PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, September 27, 2016

AHLI PARLIMEN [MP] BELANDA TOLAK UNTUK BERJABAT TANGAN DENGAN NETANYAHU


Khamis, 15-09-2016 – Forum Palestin di Eropah-Tawasol-memuji Ahli Parlimen (MP) Belanda, Tunahan Kuzu yang menolak untuk berjabat tangan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semasa kunjungan dua hari Netanyahu ke Belanda minggu lalu. Ketua Forum Tawasol, Zaher Biraoui mengucapkan terima kasih kepada Kuzu yang memboikot lawatan Netanyahu dan enggan bertemu dengan beliau kerana protes atas jenayah yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin.
Dalam surat beliau yang dihantar kepada Kuzu, al-Biraoui berkata, Kuzu berani memartabatkan perjuangan rakyat Palestin dan meningkatkan kesedaran Eropah terhadap jenayah yang dilakukan oleh pendudukan Israel. Pada hari Rabu, MP Belanda, Tunahan Kuzu – berketurunan Turki – enggan berjabat tangan Benjamin Netanyahu sebagai protes dan menegaskan tiada layanan karpet merah istimewa buat penjenayah yang me’merah’kan Semenanjung Gaza dengan darah kanan-kanak dan rakyat Palestin yang tak berdosa.
sumber : http://english.palinfo.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...