PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Sunday, July 29, 2012

AMALAN SUNAT DI BULAN RAMADHAN

Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.

Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.


1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar


Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)


Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)


Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)


2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka


Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)


Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)


3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.


Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
Menunggu untuk berbuka di Masjid Nabawi


4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)


Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)


5. Bersiwak atau menggosok gigi.


Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)


Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)


6. Bermurah hati dan banyak menderma.


Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
 
Berbuka Puasa di Mekah
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.

(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)


Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.


8. Memberi makan untuk berbuka puasa.

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)


9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)


Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)


10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)
Iman Masjid Mekah : Abdul Rahman Al Sudaih


Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.

Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahan melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin. 
I Love Islam

Friday, July 27, 2012

KULIAH 7 - PENDUDUK DAN SUMBER ALAM


1.5.1.     Pengenalan Umum Komponen Alam Sekitar Fizikal

Komponen Alam Sekitar Fizikal terbahagi kepada 4:-

i.         Biosfera                 ii.   Litosfera                      iii.  Hidrosfera                 iv.   Atmosfera

i.                    Biosfera
§   Unsur-unsur melibatkan hidupan meliputi kws kerak bumi (litosfera) dan atmosfera.
§ Cth hidupan:  manusia, tumbuhan, bakteria, binatang2, spora dan lain-lain.
§   Setiap hidupan ada ekosistem (saling kebergantungan) biotik (hidup) & abiotik (bukan hidup).
§   #Kepentingan – kemandirian spesis flora & fauna, rantaian makanan, kajian.


ii.                  Litosfera
§   Kerak bumi (lapisan luar bumi yg membentuk benua dan pulau dan dasar lautan.
§   Ketebalan – 5 km (dasar laut) & 50 km (daratan).
§   Kandungan utama – batuan & mineral serta tanih.
§ #Kepentingan – sumber batuan, mineral & utk sektor pertanian.

iii.                Hidrosfera
§   Meliputi sumber air: cth; laut, tasik, sungai. Lombong, air bawah tanah.
§   97.2% air masin dan 2.8% air tawar.
§   #Laut (perikanan & petroleum, gas asli) & menyederhanakan suhu.

iv.                          Atmosfera
§   Lapisan udara – ketebalan lingkungan 1000 km.
§   Penduduk sebagai sumber manusia.


Lapisan-lapisan dalam atmosfera.
Lapisan Atmosfera

Kepentingan Atmosfera

1.   Troposfera
·      Sumber air, hidupan
·      Sumber oksigen utk pernafasan
·      Sumber karbon dioksida utk fotosintesis
·      Pemantul cahaya matahari
2.     Stratosfera
·         Penangkis gelombang ultraungu

3.     Mesosfera
·          Menghalang meteorit besar jatuh ke bumi

4.     Ionosfera
·          Telekomunikasi



1.5.2      Alam sekitar fizikal sebagai sumber Alam


1.5.3      Daya tampung persekitaran fizikal         

1.5.3.1   Kepentingan sumber alam kepada manusia

Jenis Sumber Alam
Kepentingan
i) Hutan
§  sumber oksigen
§  ekopelancongan, rekreasi
§  ubat-ubatan (herba tradisional)
§  tadahan hujan
§  kepelbagaian diversiti (biodiversiti)
§  R&D (kacukan poko ,ubatan)
§  makanan (petai,jering)
§  sumber pendapatan- (balak) – cengal, merbau
§  peluang pekerjaan (pembalak)
§  produk hiliran (perabot)
ii) Air
§  Kegunaan domestik (minum, masak, mandi, basuh)
§  sektor perindustrian berasaskan minuman &makaanan dan industri besi & keluli (penyejukan)
§  pengiran tanaman (padi)
§  sumber makanan / protien
§  kawasan rekreasi dan pelancongan

iii) Mineral
§  sektor pembinaan bangunan (tiang konkrit, bt. kelikir)
§  industri pembuatan (besi & keluli, sadur tin, tin minuman)
§  menjimatkan tukaran matawang (kegunaan tempatan)
§  Tenaga elektrik (arang batu, petroleum, gas asli)
§  Menyediakan peluang pekerjaan
iv) Tanah-tanih
§  Sektor pertanian (aluvium-padi) dan pelbagai aktiviti pertanian
§  Tapak pembinaan (petempatan, perindustrian)
§  Kawasan tanah tinggi dan pantai, pulau ( pelancongan & rekreasi)
v.    Laut dan sumber Marin
§  Sediakan sumber protien
§  Bahan mentah ( petroleun, gas asli, mutiara dan pelbagai karangan.
§  Taman laut pantai dan pulau untuk pelancongan.
§  Pengangkutan jalan laut, pelabuhan
§  Tenaga ombak dan arus pasang surut untuk jana kuasa elektrik.


1.6.3.2.  Konsep daya tampung sumber alam

#             Sumber ada daya tampung (terhad)

Daya tampung sumber = keupayaan sesuatu sumber memenuhi & menampung
                                            keperluan penduduk

                Cth: penduduk ramai, sumber terhad menyebabkan:
·                     Kekurangan makanan dan Kebuluran
·                     Wabak penyakit
·                     Krisis air, tenaga
·                     Kehilangan sumber warisan
·                     Kesejahteraan hidup manusia terjejas

* Jelaskan konsep lebihan penduduk, kurang penduduk dan penduduk optimum            

1.6.3.3   Langkah2/ usaha memastikan daya tampung sumber secara berterusan (*Cth: Sumber Hutan)

1.                   Langkah perundangan
·                    Kuatkuasa undang2 (denda/penjara)
·                    Wujudkan akta perhutanan
·                    Pemantauan (jabatan hutan)

2.                   Langkah Pengurusan
·                    Wartakan taman negara
·                    Tanam semula hutan
·                    Rawatan silvikultur
·                    R&D (FRIM)
·                    Kuota
·                    Lesen pembalakan
·                    Penebangan terpilih (pokok matang)

3.                   Langkah Pendidikan
·                     Kempen (cintai hutan)
·                     Penerapan dalam sukatan pelajaran (Geografi, Alam Sekitar, Kajian Tempatan)

* Guru boleh minta pelajar berbincang dalam kumpulan utk sumber2 lain dgn menekankan 3P seperti di atas.


1.5.1.        Pertumbuhan dan tumpuan penduduk terhadap alam sekitar

1.5.1.2.                 Kesan pertumbuhan penduduk

Kesan negatif

·                     Kesan kpd sumber air – penerokaan hutan oleh manusia (pertanian & petempatan – tadahan air kurang, sumber air kurang & merosot, air tercemar (sisa domestik & kumbahan)
·                     Kesan kpd sumber hutan – kayu berharga pupus (cengal)
·                     Kesan kpd mineral – semakin berkurangan/pups (emas, b. Timah)
·                     Kesan kpd sumber udara – udara tercemar (kilang, kenderaan, pembakaran terbuka)
·                     Kesan kpd ketidakseimbangan ekosistem – kitaran oksigen dan karbon dioksida

Kesan positif
·                     Sumber dapat dimanfaatkan sepenuhnya dgn adanya buruh yg ramai
·                     Kawasan baru dpt dimajukan


1.6.4.2   Sebab berlakunya kemusnahan alam sekitar di kawasan tumpuan penduduk
(Cth Kuala Lumpur)
·                     Kurang kesedaran sivik terhadap alam sekitar
·                     Kurang pegawasan
·                     Kurang pengurusan
·                     Sikap Imigrasi – tiada kecintaan terhadap negara
 
1.6.4.3    Impak Alam Sekitar Ke Atas Manusia.

Kesan ke atas alam Sekitar Fizikal
Kesan Ke atas Alam Sekitar Manusia
Hakisan tanah, gerakan jisim,
tanah runtuh dan tanah menclap
§ Meragut nyawa manusia.
§ Kerosakan bangunan, kediaman, jalan raya, dan infrastruktur lain.
Pencemaran air
§  Menjejaskan sumber penclapatan nelayan dan bekalan sumber protein ikan akibat kekurangan sumber akuatik.
§  Mengurangkan bekalan air bersih.
§  Memusnahkan taman-taman laut dan menjejaskan industri pelancongan.
Banjir sungai dan banjir kilat
§  Menyebabkan kehilangan nyawa, kerosakan tanam-tanaman dan
§  ternakan serta harta benda.
§  Menjejaskan pergerakan lalu lintas bandar, mengganggu komunikas dan merosakkan bangunan dan kenderaan.
§  Menyediakan kos untuk balk pulih.
Kerosakan ekologi hutan
§  Bekalan air terjejas.
§  Berlaku fenomena kemarau setempat.
§  Kehilangan khazanah fauna clan flora yang berharga kepada generasi akan datang.
§  Kekurangan sumber kayu kayan tertentu untuk industri pembalakan.
Pemanasan global dan pulau haba bandar.
§  Menyebabkan ketidakselesaan dan kepanasan       
§  Risiko penyakit kulit.
§  Risiko banjir laut akibat pencairan ais yang akan menenggelamkan
kawasan daratan yang rendah.
Pencemaran udara dan jerebu
§  Mengakibatkan penyakit radang paru-paru dan asma.
§  Menghalang penglihatan, risiko kemalangan jalan raya, menjejaskan industri penerbangan dan mengganggu laluan kapal laut.
Hujan Asid
§  Risiko keracunan makanan.
§  Melunturkan warna bangunan dan kenderaan.
§  Menjejaskan pengeluaran hasil pertanian.
Kepupusan sumber mineral dan sumber kuasa
§  Risiko kehabisan sumber galian.
§  Penutupan industri perlombongan dan kehilangan peluang pekerjaan.
§  Krisis sumber tenaga.

1.6.4.4    Langkah mengurangkan kesan kemusnahan alam sekitar

1.                   Perundangan

·                    Wujudkan akta (Akta Alam Sekeliling 1974) – mudahkan pendakwaan
·                    Akta/ ordinan (Cth: Akata Perhutanan Negara) – hukuman kpd pesalah dlm sektor pembalakan.
·                    Agemsi pelaksanan (JAS, JPS, PBT) – pemantauan berterusan
·                    Penguatkuasaan – hukuman,denda, kompaun
·                    Prosedur EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar/Enviroment Impact Assesment) – dikemaskini bg semua projek pembinaan

2.                   Bukan Perundangan

·                    Kitar semula, adakan kempen kesedaran orang ramai
·                    pematuhan peraturan
·                    Melibatkan diri dlm kursus/ pndidikan alam sekitar
·                    Menyertai NGO -  MNS (Malayan Nature Society), Peratuan Pengguna
·                    Sikap orang ramai (harmoni dgn alam sekitar)                    


LATIHAN  KULIAH 7
a.  Apakah yang dimaksudkan dengan sumber alam?      [51 
b.  Jelaskan jenis-jenis sumber yang terdapat di dunia berserta dengan contoh bagi setiap jenis tersebut.         [7  ]
a.    Dengan merujuk kepada negara Malaysia, pilih satu jenis sumber alam dan bincangkan faktor­2 yang mempengaruhi penerokaan dan kesan penerokaan sumber tersebut terhadap alam sekitar.  [13 ]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...