PENYELIDIKAN PRA-U 2011

SELAMAT DATANG. ANDA SEDANG MENGIKUTI BLOG PAGAR MUSEH

Saturday, August 4, 2012

KAITAN SUJUD DENGAN PERKEMBANGAN OTAK

7 ANGGOTA SUJUD SYARAT SAH SUJUD

Ketika sujud manusia menyedut udara yang paling bersih kerana kemampatan oksigen adalah lebih tinggi dikawasan yang paling hampir dengan muka bumi. Oleh itu bersihlah kawasan yang kita hendak sujud ketika solat dari sampah dan debu supaya kita dapat menikmati udara yang lebih segar dan bersih. 
Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna.
Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika solat.
MasyaAllah, bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.
Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?
Otak berkedudukan sujud
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?"  (Surah Fusshilat : Ayat 53)

Kelebihan sujud

“Wahai orang-orang yang beriman! ruku'lah dan sujudlah kamu kepada Tuhan kamu (Allah) dan perbuatlah kebaikan mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan”. (Surah Al-Hajj : ayat 77)

Sujud melegakan sistem pernafasan.  Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. 

Rasulullah s.a.w bersabda, “Saat yang paling dekat bagi seorang hamba untuk berada di samping Tuhannya, ialah ketika Ia sujud. Dari itu hendaklah kamu memperbanyak do‘a ketika sujud itu!”

Dan sabdanya pula: “Ketahuilah bahawa saya dilarang membaca AlQuran di waktu ruku’ mahupun sujud. Maka sewaktu ruku’, hendaklah kamu membesarkan Tuhan, sedang di waktu sujud, usahakanlah padanya berdo‘a dengan sungguh-sungguh, kerana besar kemungkinan akan dikabulkan Tuhan!”  (Hadith Riwayat Ahmad dan Muslim).

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Di dalam Majalah Buletin Bulanan MICNA, jurucakap persatuan ini membuat kenyataan bahawa;

"Darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar solat yang telah diwajibkan oleh Islam".


Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.

Doktor neurologi tersebut tertarik untuk memeluk Islam semasa membuat kajian saraf yang dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dimasuki darah walaupun sepatutnya setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Kini doktor tersebut memeluk Islam dan beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Beliau juga membuat ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui Al-Quran dan Hadis Nabawi. Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black Seed).

Manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat keputusan secara normal.

Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah.
"Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya secara normal"

 Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.
  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...