PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, July 10, 2013

CATATAN DARI MESIR

Photo: [ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Rabu | 10 Julai 2013 | 04.41 pagi

Penyokong Dr.Muhammad Mursi menunaikan qiamulail beramai-ramai pada pagi 1 Ramadhan di Medan Rabaah Adawiyyah. Inilah adalah salah satu senjata yang di gunakan untuk melawan kumpulan penentang.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Rabu | 10 Julai 2013 | 04.41 pagi

Penyokong Dr.Muhammad Mursi menunaikan qiamulail beramai-ramai pada pagi 1 Ramadhan di Medan Rabaah Adawiyyah. Inilah adalah salah satu senjata yang di gunakan untuk melawan kumpulan penentang.


Jumlah penyokong Dr. Muhammad Mursi semakin ramai di tengah bandar Bani Suez dengan kehadiran penduduk setempat bagi menyatakan sokongan terhadap Presiden Dr.Muhammad Mursi. Sementara itu Gabenor Bani Suez juga turun pada hari ini untuk berkampung di Medan Syuhada tengah bandar Suez


Barisan Penyelamat, gabungan penentang Presiden Dr. Muhammad Mursi menolak dekri yang dikeluarkan oleh Presiden sementara, Adli Mansour pada 8 Julai lalu disebabkan ia tidak dibawa berbincang dengan mereka.




Syeikh Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed 'Isa Ma'sarawi malam ini mengumumkan penyertaan beliau bersama-sama rakyat menolak rampasan kuasa tentera di dataran Raba'ah. 

Beliau juga diberikan penghormatan untuk mengimami solat terawih. Beliau juga mengumumkan akan menjadi imam kepada umat Islam di Rabaah Adawiyyah sepanjang Ramadan.

Sementara itu Jabhah ulamak minta Syeikh Azhar letak jawatan dan menegaskan bahawa Dr.Muhammad Mursi adalah Presiden Mesir yang sah.

Jabhah Ulamak Azhar ditubuhkan di Kaherah pada tahun 1946 , no pendaftaran 565 yang didaftarkan pada tahun 1967 sebelum penubuhan Majmak Buhus Islamiyyah . Selepas itu pergerakan pertubuhan ini terhenti akhir tahun 80-an dan kembali aktif pada tahun 1994 yang pada ketika itu diuruskan oleh Dr Muhammad Toyyib An-Najjar , Mantan Rektor Universiti Al-Azhar .

Jabhah ini terdiri daripada Ulamak Azhar yang diistilahkan sebagai " Ahlul Haqq " iaitu mereka yang ingin mendokong kebenaran .

Konflik bermula ketika mana Gabenor Kaherah , Abdul Rahim Shihatah membubarkan pertubuhan ini dan menutup ibu pejabatnya pada Jun 1998 . Hal ini bertitik tolak kemarahan kerajaan kepada Jabhah ini yang mengkritik Syeikhul Azhar pada ketika itu , Syeikh Dr Sayyid Tantawi yang berjumpa dengan Pendeta Yahudi sejak pelantikannya pada tahun 1996 . Selepas kejadian itu , Jabhah Ulamak Azhar bergerak secara senyap bermula tahun 2000 dan kembali aktif dengan menubuhkan satu laman web sebagai pengisytiharan pergerakan mereka .

Antara anggota Jabhah Ulamak Azhar adalah :
- Dr Yahya Ismail ( Ketua sekarang )
- Dr Al-Ajmi Ad-Damanhuri ( mantan ketua )
- Dr Muhammad Abdul Mun'im Al-Bari ( mantan ketua )
- Syeikh Abdul Halim Mahmud (Mantan Syeikhul Azhar )
- Syeikh Sayyid Askar
- Syeikh Sayyid Sabiq
- Syeikh Ibrahim Khuli
- Syeikh Dr Abdul Hayyi Farmawi
- Syeikh Abdullah Shihatah
- Syeikh Muhammad Ghazali

Suasana di dataran Rabaah Adawiyyah ketika menunaikan solat terawih malam pertama Ramadan.
Photo: [ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Selasa | 09 Julai 2013 | 10.54 malam

Suasana di dataran Rabaah Adawiyyah ketika menunaikan solat terawih malam pertama Ramadan.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

sumber : PMRAM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...