PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Sunday, July 14, 2013

IKATAN ULAMAK MUSLIMIN SEDUNIA - KETETAPAN TENTANG MESIR


Istanbul: Pada 1 Ramadan 1434H bersamaan 10 Julai 2013, Ikatan Ulamak Muslimin Sedunia telah mengadakan satu persidangan khas yang berpusat di Istanbul.

Dalam pertemuan tersebut, beberapa resolusi berkenaan peristiwa semasa yang berlaku di Mesir telah disepakati antaranya:

1. Kuasa pemerintahan yang 'diamanahkan' kepada Dr.Muhammad Mursi adalah sah menurut syarak, dan wajib ke atas seluruh rakyat Mesir untuk memberikan taat setia, penghormatan serta bantuan kepada beliau.

2. Mazhab Ahlu As-Sunnah wa Al-Jamaah berpendirian bahawa haram mengingkari pemerintah muslim, memberontak dan menamatkan tempoh pemerintahannya melalui rampasan kuasa.

3. Semua golongan yang terdiri daripada latar belakang dan agama yang berbeza khususnya umat Islam diwajibkan untuk menyelamatkan dan memulangkan kuasa pemerintahan tersebut.

4. Pihak tentera perlu menyedari kesilapan mereka, malah seluruh rakyat dilarang daripada menimbulkan sebarang bentuk provokasi yang boleh mendatangkan huru-hara serta fitnah.

Rentetan daripada saranan tersebut, maka persidangan Ikatan Ulamak Muslimin di Istanbul telah menetapkan DUA garis panduan syariat seperti berikut:

- Pihak tentera mesti meletakkan semua perkara kembali pada kedudukan yang selayaknya, dan menutup semua ruang kerosakan.

- Wajib ke atas Ilmuwan Islam di Mesir khususnya ulama Al-Azhar untuk tampil menerangkan tentang pengharaman mengingkari kuasa pemerintah muslim yang dipilih melalui pilihanraya.
Juga wajib mengembalikan garis pandu syariat di atas landasannya serta menerangkan kepada rakyat tentang kewajipan memberikan taat setia kepada pemerintah.

Persidangan tersebut diakhiri dengan harapan agar Mesir terus menjadi sebuah negara yang aman dan berpendirian teguh membangun bersama syariat Islam.

Antara pihak yang terlibat dalam persidangan tersebut ialah:

- Ikatan Ulamak Muslimin.
- Ikatan Ulamak Syariah Negara-negara Teluk.
- Majlis Dakwah dan Motivasi Islam.
- Kesatuan Ulamak Afrika.
- Kesatuan Muslimin Eropah.
- Majlis Ulamak Indonesia.
- Ikatan Pendakwah Sedunia.
- Majlis Syura Ulamak Damascus.
- Ikatan Ulamak Sunni.
- Perbadanan Syariah Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan.
- Hal Ehwal Ulamak Yaman.
- Ikatan Ulamak Syria.
- Kesatuan Ulamak Sudan.
- Ikatan Ulamak Kuwait.

sumber : 
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=dCwv7unlqNI#t=0s

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...