PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, December 11, 2012

"You Tube" KELUARAN IRAN

Laman Mehr

 Iran melancarkan laman internet baru yang disediakan bagi warga di negara tersebut untuk berkongsi video-video pendek.
Diberi nama Mehr, laman berkongsi video ala YouTube ini dijalankan oleh badan penyiaran rasmi Iran, IRIB.


Ini bukan laman berkongsi video yang pertama di Iran, kerana perkhidmatan serupa, yang diberi nama Aparat, telah disediakan oleh cloob, yang juga menyediakan perkhidmatan jejaring sosial.
Video talian sangat popular di Iran namun rendahnya kelajuan sambungan internet membuat sebahagian besar warga menikmati video-video ini dengan cara dimuat turun terlebih dulu.
YouTube, laman berkongsi video yang terbesar di dunia yang dimiliki Google, disekat kerajaan Iran sejak 2009.
Tehran mengurangkan liputan YouTube di Iran selepas menayangkan pelbagai protes mengenai dugaan kecurangan pilihan raya oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad.
Meski demikian, mereka yang celik teknologi biasanya boleh 'melalui sekatan ini' dengan menggunakan apa yang disebut Virtual Private Networks atau VPN untuk mengakses YouTube.
Sejauh ini belum ada data mengenai jumlah pengguna Mehr, namun Aparat dikenali sebagai salah satu laman internet yang paling popular di Iran.
Pejabat pusat Aparat berada di Iran dan mempunyai sponsor antarabangsa seperti syarikat elektronik Korea, LG.
IRAN PRESS TV

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...