PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, December 17, 2012

AMALAN BERSUNAT

circumcision
Lebih sejuta kanak-kanak lelaki USA disunatkan setiap tahun
Amalah Islam bersunat/ berkitan  merupakan sunnah yang dilakukan oleh Nabi Saw. Merupakan  anugerah Allah untuk hamba-hambanya. Allah yang mencipta manusia maka sudah tentu Dialah yang tahu kelemahan dan kebaikan untuk hamba-hamba-Nya. Kini terbukti dari kajian-kajian saintifik kebaikan amalan bersunat, malah disahkan oleh sekumpulan doktor kanak-kanak di Amerika Syarikat yang berpengaruh mengatakan amalan bersunat terhadap bayi yang baru lahir memberi manfaat kesihatan yang jauh lebih tinggi berbanding risikonya.

Persatuan doktor kanak-kanak Amerika menyebut bahawa data yang mereka miliki menunjukkan sunat mengurangkan risiko kanser zakar, jangkitan saluran air seni, dan penularan penyakit seksual seperti HIV. Sokongan terhadap sunat ini merupakan sebuah perubahan dari sikap mereka 13 tahun sebelumnya yang neutral.

Namun demikian persatuan doktor anak itu juga menekankan bahawa keputusan yang terkini ada di tangan orang tua bayi. Amalan sunat sendiri telah turun mendadak di Amerika kerana sebelum ini dianggap berisiko dan memberi manfaat perubatan yang relatif boleh diabaikan.
Rujuk SINI .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...