PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Thursday, May 17, 2012

PEPERIKSAAN AKHIR PENGGAL 1- STPM [GEOGRAFI KERTAS 2 ]



Jawab empat soalan sahaja.
1. (a) Apakah maksud sumber alam boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui   [6]
    (b) Merujuk kepada satu jenis sumber alam di Malaysia, huraikan faktor-faktor yang  
         mempengaruhi penerokaan dan penggunaan sumber alam tersebut .                  [9]
    (c) Berdasarkan satu jenis sumber alam yang anda pilih pada soalan (b), Jelaskan
          kesan-kesan penerokaannya terhadap alam sekitar fizikal.                               [10]

2. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan migrasi dalaman ?                                      [5]
     (b) Jelaskan faktor-fakor yang mempengaruhi migrasi dalaman di Malaysia .           [10]
     (c) Huraikan kesan-kesan migrasi dalaman terhadap sosio ekonomi dan alam 
          sekitar fizikal.                                                                                               [10]


3.(a) Jadual 1 dibawah menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ( peratus ) bagi
         beberapa buah Negara maju dan Negara sedang membangun terpilih antara tahun 1995 
         hingga  tahun 1999.

                                                                          Jadual 1
Negara
Kadar Pertumbuhan penduduk tahunan ( % )
1995
1996
1997
1998
1999
Amerika Syarikat
0.9
0.9
0.9
1.0
1.0
United Kingdom
0.4
0.3
0.4
0.3
0.3
Jepun
0.2
0.2
0.2
0.2
0.2
Indonesia
1.6
1.6
1.5
1.5
1.5
Filipina
2.3
2.3
2.3
2.2
2.2
Malaysia
2.8
2.3
2.3
2.3
2.4

 (i)  Dengan menggunakan jadual 1, siapkan sebuah graf garis yang sesuai bagi   
      menunjukkan  kadar pertumbuhan penduduk tahunan di beberapa buah negara 
      maju dan negara sedang membangun terpilih antara tahun 1995 hingga 1999.  [ 9 ]
(ii)  Kenal pasti negara dan jelaskan faktor pertumbuhan penduduk tinggi                  [10]
(iii) Kesan pertumbuhan penduduk terhadap demografi dan sosioekonomi                [6]

ATAU

(b) Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan,
     (i)    Pilih satu kegiatan ekonomi primer dan namakan kawasan kajian.                    [2]
     (ii)   Nyatakan kaedah kajian yang telah digunakan.                                                [3]
     (iii)  Huraikan ciri-ciri kegiatan ekonomi tersebut.                                                    [10]
     (iv)  Jelaskan masalah alam sekitar yang timbul akibat dari kegiatan ekonomi 
            berkenaan.  [10]
 
4. (a) Apakah yang dimaksudkan pertanian lestari.                                                      [ 5]
    (b) Jelaskan masalah yang dihadapi untuk memajukan aktiviti pertanian di Malaysia. [10]
    (c) Huraikan langkah-langkah yang boleh dijalankan untuk meningkatkan kemajuan
         sektor pertanian di Malaysia.                                                                           [10]


5.(a) Nyatakan ciri-ciri perikanan laut dalam.                                                              [5]
   (b) Jelaskan kepentingan perikanan laut dalam kepada pembangunan ekonomi dan
        sosial sesebuah negara                                                                                   [10]
   (c) Huraikan masalah yang dihadapi untuk membangunkan sektor perikanan laut dalam. [10]


6. (a)  Nyatakan ciri-ciri Hutan Hujan Tropika.                                                            [5]
     (b) Jelaskan mengapa hutan masih dianggap sebagai sumber ekonomi penting bagi 
          negara  Malaysia.                                                                                       [10]
     (c) Huraikan langkah ke arah penglestarian sektor perhutanan di Malaysia.            [10]


7 (a)  Nyatakan taburan lokasi lima jenis mineral utama negara Malaysia                    [5 ]
   (b)  Merujuk kepada negara Malaysia,huraikan bagaimana aktiviti perlombongan 
         memberi  impak ke atas alam sekitar fizikal dan,                                           [10]
   (c)  Huraikan langkah-langkah pemuliharaan dan pemeliharaan yang boleh diambil
         untuk  mengurangkan impak negatif tersebut.                                                 [10]


8.  (a) Sebutkan dua jenis industri primer dan dua jenis industri sekunder.                  [4]
     (b) Jelaskan mengapakah industri perkilangan semakin dimajukan di Malaysia     [10]
     (c) Dengan merujuk kepada satu jenis industri perkilangan di Malaysia, jelaskan
          kesan aktiviti tersebut ke atas alam sekitar fizikal.                                       [11]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...