PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, September 27, 2011

SKEMA JAWAPAN GEOGRAFI KERTAS 1 NEGERI KEDAH - SOALAN 1 DAN 2


1
(a)
Takrifkan konsep pergerakan bumi.
[5]

(b)
Lukis dan jelaskan tiga ciri perbezaan antara afelion dan perihelion.
[8]

(c)
Huraikan pengaruh bahangan suria terhadap flora dan fauna di kawasan Tropika Lembap
[12]

JAWAPAN.
1
(a)
Takrifkan konsep pergerakan bumi.
[5]


(i)                                   (ii)                           (iii)
Putaran bumi di atas/ paksinya sambil /mengelilingi matahari dan
            (iv)                                                  (v)
peredaran bumi mengelilingi matahari /di atas orbitnya.                               1 isi x 1m = 5m



(b)
Lukis dan jelaskan tiga ciri perbezaan  antara afelion dan perihelion.
[8]

          
                Afelion
           Perihelion
1.         Jarak  paling jauh dengan matahari iaitu 152 juta km
2.         Tarikh kejadian afelion ialah pada 4 April
3.         Musim panas
1.      Jarak paling dekat dengan matahari iaitu 147 juta km
2.      Tarikh kejadian perihelion ialah pada 3 Januari.
3.      Musim dingin


(c)
Huraikan pengaruh bahangan suria terhadap flora dan fauna di kawasan Tropika Lembap
[12]


(I)                 Terhadap flora.



CF1  - Menentukan jenis hutan di Tropika Lembap
           Tanah tinggi- bahangan rendah – hutan gunung.
           Tanah rendah – bahangan tinggi – hutan hujan tropika.



CF2 -  Menentukan jenis pokok.
           Suhu tinggi – tumbuh pelbagai jenis pokok/ tumbuhan – pokok    
           saka, mmemanjat, menumpang dan tumbuhan lantai.
           Pokok memanjat, menumpang – untuk mendapatkan cahaya  
           Matahari - pokok  buah-buahan tropika.



CF3-  Mempengaruhi ciri-ciri daun - membentuk pokok berdaun lebat, 
           lebar  dan malar hijau.


CF4-   Mempengaruhi ciri-ciri pokok - kayu keras, tinggi dan lurus.



CF5-   Merangsang proses transpirasi ( perpeluhan) pokok – 
            Haba matahari menyejat wap air (perpeluhan) 
            di daun pokok melalui liang stoma.




(ii)Terhadap fauna



CN1-  Mempengaruhi sifat fizikal haiwan – haba tinggi –
           bulu haiwan nipis



CN2-  Mempengaruhi warna bulu atau kulit- Haba tinggi – 
            warna kecoklatan atau kekuningan yang sesuai 
           dengan suhu yang  tinggi



CN3-  Menyebabkan kewujudan pelbagai jenis haiwan- 
           pelbagai jenis haiwan yang sesuai   
           dengan suhu tinggi – haiwan herbivor dan karnivor. 
           Suhu persekitaran yang tinggi mewujudkan habitat
            yang  sesuai bagi haiwan tropika.




2
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga endogenik?
[5]

(b)
Jelaskan pengaruh tenaga endogenik terhadap kejadian gempa bumi.
[8]

(c)
Huraikan kesan gempa bumi terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti  anusia.
[12]



JAWAPAN
2
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga endogenik?
[5]


(i)                                                                           (ii)
Tenaga endogenik merujuk kepada/ tenaga dalam bentuk arus perolakan / berpunca                                                                      
                                                        (iii)
daripada dalaman bumi /dan bergerak ke permukaan bumi /lalu menghasilkan
                                         (iv)                                                   (v)
pelbagai bentuk muka bumi /di lapisan bawah atau atas kerak bumi.



(b)
Jelaskan pengaruh tenaga endogenik terhadap kejadian gempa bumi.
[8]

B1

 Di lapisan astenosfera yang terletak di atas mantel bumi, wujud pergerakan  arus perolakan.


B2
Arus perolakan tersebut sentiasa tertolak ke permukaan bumi


B3
Arus perolakan ini mempunyai daya yang kuat untuk menggerakkan plat-plat (kerak bumi) yang terapung di atas lautan magma.


B4
Plat-plat bergerak dalam tiga cara iaitu pertembungan, pemisahan/ pencapahan dan perselisihan plat untuk mencapai keseimbangan.


B5
Gerakan secara kuat dan tiba-tiba hasil daripada pergerakan dan penyesuaian tersebut  pada kerak bumi akan menghasilkan gempa bumi.



                                                Mana-mana 4 proses X 2 m = 8 m



(c)
Huraikan kesan gempa bumi terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti  manusia.
[12]

CF1


                              Kesan terhadap  alam sekitar fizikal
Kejadian Tsunami
       Gegaran akibat gempa bumi di dasar laut berupaya untuk mewujudkan  pergerakan ombak selaju 800km sejam. Pergerakan ombak akan menjadi tinggi apabila memasuki kawasan pantai yang cetek. Akibat pergeselan akan mengurangkan pergerakan ombak. Tolakan ombak secara berterusan di bahagian belakang akan meninggikan ombak-ombak yang berada di hadapan. Kenaikan ketinggian ombak secara tiba-tiba akan menyebabkan air laut berhampiran pinggir pantai akan mengundur ke laut untuk tempoh beberapa minit sebelum ianya melanda semula pantai dalam bentuk ombak pembinasa.


CF2
Pergerakan jisim
      Gempa bumi menghasilkan gegaran yang kuat terhadap kerak bumi. Gegaran tersebut boleh menyebabkan ketidakstabilan tanah di kawasan cerun dan seterusnya menyebabkan gerakan jisim seperti tanah runtuh.


CF3
Kenaikan dan kejatuhan aras laut
       Gempa bumi boleh menyebabkan berlakunya gelinciran pada kerak bumi. Sekiranya gempa bumi tersebut menyebabkan berlakunya pengangkatan daratan, maka aras laut akan jatuh. Tetapi  sebaliknya gempa bumi tersebut menyebabkan kejatuhan  daratan maka aras laut akan meningkat.


CF4
Memusnahkan hutan pinggir pantai
        Tsunami yang terhasil akibat gempa bumi di dasar laut akan masuk ke hutan-hutan pinggir pantai. Kesannya hutan-hutan pinggir   pantai akan dicemari dengan air masin. Keadaan ini boleh menyebabkan kemusnahan hutan tersebut.


CF5
 Kemusnahan/ menjejaskan habitat hidupan laut.
       Kemusnahan hidupan laut seperti karang dan kemusnahan habitat.



                                 Kesan  terhadap  aktiviti manusia


CM1
Kesan kepada sistem pengangkutan.
     Kemusnahan jalan raya, jalan keretapi dan lapangan terbang – pengangkutan tergendala.


CM2
Kesan kepada aktiviti ekonomi
       Tanah runtuh akibat gempa bumi boleh menyebabkan kegiatan pertanian di cerun musnah, memusnahkan kawasan premis perniagaan , penenggelaman kawasan pinggir pantai-  memusnahkan pertanian pinggir laut.


CM3
 Kesan kepada bekalan air dan elektrik
       Bekalan air dan lektrik  terputus, aktiviti ekonomi manusia terganggu.


CM4
 Kesan kepada petempatan penduduk
      Kemusnahan kediaman penduduk akibat tanah runtuh dan goncangan yang kuat- gangguan terhadap aktiviti harian.



Maksimun 3 kesan fizikal dan 3 kesan kepada aktiviti manusia        [6  isi x  2m = 12m]                                                          


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...