PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, September 19, 2011

POKOK DISELIPUTI SARANG LABAH-LABAH SELEPAS PERISTIWA BANJIR BESAR DIPAKISTAN


DUA batang pokok dipenuhi dengan sarang labah-labah di wilayah Sindh, Pakistan.
 
KARACHI, Pakistan 28 Mac 11: Sejumlah pokok di wilayah Sindh dekat sini dipenuhi dengan sarang labah-labah sehingga menghasilkan satu pemandangan yang menyeramkan, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun kejadian banjir melanda Pakistan tahun lepas tetapi terdapat air yang masih lagi tidak surut sepenuhnya menyebabkan banyak serangga kecil menjadikan pokok sebagai tempat tinggal.
Menurut penduduk tempatan, mereka tidak pernah melihat fenomena tersebut berlaku sebelum ini tetapi sarang labah-labah itu telah berjaya mengurangkan populasi nyamuk.
Sebahagian besar kawasan bencana yang melanda Pakistan masih lagi belum surut selepas enam bulan hujan lebat melanda negara itu.
Fenomena pokok yang menggerunkan itu pula adalah kesan terbaru akibat banjir besar yang telah menyebabkan 2,000 orang terbunuh. - Agensi
Lihat sebelum ini...
Begitulah makhluk ciptaan Allah SWT (termasuk pokok diselimuti sarang labah-labah ini) membuktikan kehebatan Penciptanya. Disebalik racun ada penawar.. Binatang kecil yang pernah membantu Nabi Muhammad SAW sewaktu melindung diri di sebuah gua dalam proses hijrah dari Makkah ke Madinah. Proses membebaskan manusia dari kezaliman sesamanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...