Dalam pelajaran geografi di sekolah kita diberitahu guru kepentingan tenaga solar yang mesra alam. Tapi di negara kita yang menerima cahaya suria sepanjang tahun masih belum menggunakannya. Ini menjadi persoalannya, Adakah pihak TNB tidak menggalakkan kerana takut kerugian ataupun kita tiada pakar dalam bidang ini. Pada hemat saya kalau di kampung-kampung dan dibandar-bandar dapat disediakan kemudahan dan dimajukan penggunan tenaga solar ini, kita dapat menjimatkan berbilion ringgit daripada menggunakan petroleum, gas asli dan arangbatu yang banyak digunakan oleh stesen janakuasa terma didalam negara. Selain itu ia juga dapat menyelamatkan bumi kita daripada kesan rumah hijau dan pencemaran alam.




Antara kegunaan kuasa dari suria ini di Malaysia ialah:



Di suatu ketika nanti, apabila bekalan elektrik sudah menjadi mahal kerana kekurangan bahan api atau harga nya yang semakin mahal, tenaga suria mungkin akan menjadi pilihan. Sebelumini berlaku, negara perlu bersedia berbuat sesuatu dari sekarang.
No comments:
Post a Comment