PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Sunday, March 6, 2011

TAKUT, GERUN, HEBAT DAN CINTA ALLAH.

PERNAHKAH kita bersedih kerana tertinggal sembahyang, terlewat mengerjakannya atau pernahkah perasaan rugi kerana tidak sempat melakukan solat secara berjemaah? Pernahkah kita terasa berdosa tidak ‘beradab’ menghadapi Allah? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Kali ini saya ingin menyentuh soal lalai dalam solat sebagai ingatan dan pedoman untuk saya sendiri dan juga pihak yang membaca posting ini.
Lawan lalai ialah khusyuk dan ia bukan setakat dapat menumpukan perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi menimbulkan perasaan tertentu  dengan Tuhan. Kalau tidak ada rasa-rasa yang berubah dalam sembahyang seperti gerun, hebat, cinta, takut, berharap kepada Tuhan maka itu tanda tidak khusyuk.
Akhirnya carilah, ikhtiarlah, bagaimana kita boleh melahirkan rasa gerun kepada Allah, rasa takut dengan neraka Allah, rasa hebat ciptaan Allah ataupun rasa cinta untuk bertemu dengan Allah kemudian hari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...