Khamis, 15-09-2016 – Forum Palestin di
Eropah-Tawasol-memuji Ahli Parlimen (MP) Belanda, Tunahan Kuzu yang
menolak untuk berjabat tangan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin
Netanyahu, semasa kunjungan dua hari Netanyahu ke Belanda minggu lalu.
Ketua Forum Tawasol, Zaher Biraoui mengucapkan terima kasih kepada Kuzu
yang memboikot lawatan Netanyahu dan enggan bertemu dengan beliau kerana
protes atas jenayah yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin.
Dalam surat beliau yang dihantar kepada Kuzu, al-Biraoui berkata,
Kuzu berani memartabatkan perjuangan rakyat Palestin dan meningkatkan
kesedaran Eropah terhadap jenayah yang dilakukan oleh pendudukan Israel.
Pada hari Rabu, MP Belanda, Tunahan Kuzu – berketurunan Turki – enggan
berjabat tangan Benjamin Netanyahu sebagai protes dan menegaskan tiada
layanan karpet merah istimewa buat penjenayah yang me’merah’kan
Semenanjung Gaza dengan darah kanan-kanak dan rakyat Palestin yang tak
berdosa.
sumber : http://english.palinfo.com