PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, September 24, 2014

PENCEMARAN ALAM SEKITAR - UDARA


PENCEMARAN
Pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar.  Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitaran kita.  Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan pencemar .

Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia.  Terdapat berbagai jenis pencemaran iaitu:
( a ) Pencemaran udara
( b ) Pencemaran air
( c )  Pencemaran tanah
 



PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara berlaku bila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh bahan-bahan pencemar ini ialah habuk, 
debu, asap, dan gas-gas beracun . 
Jadual di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan pencemar utama yang dihasilkan . 
  



PUNCA-PUNCA PENCEMARAN
BAHAN-BAHAN PENCEMAR
Pembakaran bahan api di kilang 
dan dalam enjin kenderaan bermotor
Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida, 
karbon monoksid dan debu
Pembakaran sampah sarap dan 
hutan secara besar-besaran
Gas karbon dioksida dan debu 
 
Penyemburan racun serangga dan 
bahan-bahan kimia
Gas dan kimia beracun 
 
Penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC)
Gas CFC
  

Kesan Pencemaran Udara


Menjejaskan kesihatan


1 . Apabila kita menarik nafas , udara yang tercemar memasuki badan dan menjejaskan kesihatan kita . 
2 . Debu dan gas-gas beracun daripada kilang -kilang , ekzos kenderaan dan penyemburan racun serangga menyebabkan penyakit jika disedut . 
3 . Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata .



Penyusutan Lapisan Ozon


1 . Lapisan ozon di udara ialah lapisan yang melindungi kita daripada sinaran terik matahari . 
2 . Pembebasan  gas CFC yang digunakan dalam alat-alat menyembur , alat penyaman udara dalam peti sejuk menipiskan lapisan ozon . 
3 . Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi . 
4 . Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan penyakit kanser kulit .



Pembetukan Hujan Asid


1 . Gas-gas sulfur diosida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan dan membentuk hujan asid . 
2 . Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan . 
3 . Ia juga menghakis pakaian , kertas dan bahan binaan bangunan .



Kenaikan Suhu Di Bumi


1 . Gas karbon dioksida yang terlalu banyak dalam udara akan memerangkap haba . 
2 . Jadi suhu di bumi menigkat dan persekitaran kita menjadi panas . 
3 . Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di beberapa tempat di dunia . 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...