PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, September 1, 2014

BRITISH PERKENALKAN SEJARAH KEBANGKITAN ISLAM DALAM KURIKULUM SEKOLAH PERINGKAT A-LEVEL.


Sejarah kebangkitan Islam akan masuk dalam salah satu kurikulum pelajaran di sekolah peringkat menengah atas di Inggeris atau A-level. Langkah ini diambil selepas pihak berkuasa Inggeris menganggap kurikulum sejarah terlalu berkiblat ke Barat. Diberitakan BBC, Selasa 20 Mei 2014, topik kebangkitan Islam yang akan masuk dalam pelajaran sejarah merangkumi tempoh tahun 550 hingga 750 Selain itu, juga akan dimasukkan sejarah kerajaan-kerajaan Prakolonialisasi di Afrika. Menurut lembaga kajian ujian sekolah Inggeris, OCR, tujuan dari penambahan topik-topik baru ini adalah untuk memperluaskan mata pelajaran sejarah, yang merupakan paling popular kelima di kalangan pelajar. Kepala unit sejarah di OCR, Mike Goddard, langkah ini juga diambil selepas sejumlah balas bermunculan. Salah satunya soal tuduhan pelajaran sejarah terlalu fokus pada sejarah Barat dan mengulang-ulang kajian yang itu-itu saja. "Universiti-universiti mengatakan kepada kami mereka mahukan pelajar yang mempunyai pengetahuan yang lebih luas," jelasnya. Pelan ini akan ada 10 topik yang benar- benar baru dalam pelajaran sejarah Inggeris. Namun rancangan ini masih perlu mendapat kelulusan kerajaan. Jika diluluskan, akan mula diajar di sekolah-sekolah Inggeris mulai September 2015 (* BBC)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...