PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, January 9, 2013

KELEBIHAN GARAM

Garam bukit dilombong di Banjaran Himalaya.
Garam, juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang komponen utamanya ialah natrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan. Rasa garam (masin) merupakan salah satu daripada rasa asas manusia. Garamlah yang menyebabkan laut terasa masin.

Garam dari sejatan air laut oleh pemanasan matahari di Thailand
Terdapat pelbagai jenis garam, ada garam dari penyejatan air laut ( garam putih yang biasa digunakan oleh manusia ), terdapat juga garam bukit  atau garam batu ialah bentuk galian natrium klorida (NaCl). Ianya membentuk hablur kiub. Biasanya tidak berwarna atau putih, galian ini boleh juga berwarna biru, ungu, merah, merah jambu, kuning, jingga dan kelabu bergantung kepada jenis dan jumlah bendasing. Ada juga garam kristal yang dilombong di bawah tanah seperti di Poland dan beberapa negara Arab.

 Kebanyakan garam digunakan sebagai garam makan, dan berfungsi sebagai penyedap makanan namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh, kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit.
Garam Bukit @ Batu
Garam juga merupakan satu komposisi kimia yang berupaya untuk dijadikan sebagai bahan dagangan. ini adalah kerana garam pada masa kini merupakan satu bahan yang amat diperlukan sama ada digunakan dalam bidang perubatan, pertanian mahupun dalam bidang pembuatan makanan.
Pada masa dahulu iaitu pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam kerana harga garam adalah sangat mahal. Tradisi Yunani inilah yang mula membayar gaji tentera dari situlah kata nama 'gaji' dalam bahasa Inggeris dicipta iaitu 'salary' yang diambil daripada perkataan Latin yang bermaksud 'garam'
Selain itu, pada zaman penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu pada awal 1940-an, garam juga boleh dikategorikan sebagai barang mewah. Ini adalah sesebuah rumah ataupun keluarga boleh dianggap mewah dan berada jika mempunyai garam kerana pada masa itu garam amat sukar untuk diperolehi. 
Garam Kristal

Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun. 

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan. 

Dari Abdullah Bin Umar ” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam” Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam.  Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi. 


Petua berdasarkan kajian

1.  Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2.  Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3.  Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

4.  Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

5.  Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa / angin. Pengembara atau pelancong yang akan berjalan jauh terutama ke negara-negara beriklim sejuk atau panas akan mengalami alahan terhadap hawa / angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...