PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Saturday, August 25, 2012

KULIAH 11 - PENGANGKUTAN DAN PEMENDAPAN SUNGAI


Bahan-bahan yang diangkut oleh Sungai
PENGANGKUTAN SUNGAI

Konsep pengangkutan
Pengangkutan merujuk kepada proses pergerakan bahan-bahan atau pemindahan beban  yang sedang atau yang telah terhakis mengikut aliran sungai oleh agen-agen pengangkutan sungai seperti air mengalir , dan glasier.

Kata Kunci
-          proses pergerakan bahan-bahan atau pemindahan beban 
-          beban  yang sedang atau telah terhakis
-          mengikut aliran sungai
-          oleh agen-agen pengangkutan sungai seperti air mengalir , dan glasier


CARA PENGANGKUTAN

Cara apungan
-          bahan diangkut oleh aliran sungai di atas permukaan air.
-          melibatkan bahan-bahan yang ringan seperti sampah sarap, sisa pertanian, dan bahan yang mempunyai daya apungan yang tinggi.

Cara ampaian
-          bahan-bahan diangkut oleh aliran sungai hampir dengan permukaan.
-          melibatkan bahan-bahan yang ringan seperti habuk.
-          bahan-bahan ini terampai-ampai berhampiran permukaan air.

Cara golekan
-          melibatkan pergerakan bahan / batuan secara bergolek di dasar sungai.
-          bahan-bahan bergerak secara golekan ini biasanya berat dan berbentuk bulat.

Cara loncatan/lompatan
-          melibatkan pergerakan bahan seperti serpihan batuan yang bentuknya bersegi-segi atau bujur. 
    -          batuan ini bergerak secara melompat-lompat di bahagian dasar sungai.

Cara larutan
-          batuan yang mudah larut seperti batu kapur, dolomit akan dilarutkan oleh air sungai.
-          bukti adanya proses larutan berdasarkan perubahan warna, rasa dan bau air sungai.
                        
Cara seretan
-          berlaku kepada bahan-bahan yang sangat besar seperti batu tongkol.
-          proses ini berlaku secara perlahan-lahan di bahagian dasar sungai.


FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN SUNGAI

Tenaga
-          berkait rapat dengan halaju dan isipadu air sungai.
-     semasa isipadu air sungai tinggi ( semasa banjir ), halaju aliran air sungai turut bertambah.
-          aliran air sungai yang deras mempunyai tenaga kinetik yang tinggi.
-          dengan tenaga kinetik yang tinggi, aliran air sungai berupaya untuk mengangkut bahan dengan lebih banyak dan cepat.  

Cerun
-          pada peringkat hulu ,cerun sungai curam dan mempunyai aliran air yang deras. Pada peringkat ini semua bahan yang dihakis akan diangkut secara maksimum.
-          pada peringkat tengah, cerun sungai agak landai, menyebabkan halaju aliran air berkurangan. Proses pengangkutan bahan pada peringkat ini agak kurang berkesan di mana sungai mulai memendapkan sebahagian daripada bahan yang diangkutnya.
-          manakala pada peringkat hilir, cerun sungai landai, proses pengangkutan minimum sekali dan sungai mulai memendapkan bahan yang diangkutnya.

Kekasaran alur
-          merujuk kepada licin atau kasar ( berlekuk-lekuk ) sesuatu alur sungai.
-          sekiranya alur sungai licin, bahan-bahan diangkut dengan lebih mudah terutama pengangkutan cara golekan dan seretan.
-          alur sungai yang berlekuk akan menyebabkan bahan yang diangkut akan tersekat dan melompat- lompat di dasar sungai tersebut.

Halangan
-          sungai yang lurus dan tanpa halangan pada alur, biasanya kurang melakukan proses pemendapan bahan.
-          sungai yang pada alurnya terdapat halangan sama ada halangan semula jadi ataupun buatan manusia akan berupaya unuk memerangkap bahan yang diangkut oleh aliran sungai tersebut lalu memendapkannya.

Bentuk alur
-          alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air sungai deras dan menggalakkan pengangkutan bahan berlaku secara maksimum dan keadaan ini mengurangkan proses pemendapan bahan.
-          alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi kurang. Kesannya  bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.

Saiz bahan
-          bahan yang bersaiz besar dan berat seperti batu tongkol  diangkut secara perlahan melalui cara        golekan atau seretan.
-          bahan-bahan yang bersaiz kecil dan ringan seperti kelodak, habuk dan debu akan diangkut secara apungan atau ampaian.

Jenis bahan
-          bahan yang  mempunyai daya apungan yang tinggi seperti sampah sarap, sisa pertanian akan diangkut
       oleh aliran air sungai dengan cara apungan.
-          bahan yang berat seperti batu tongkol akan diangkut secara seretan atau golekan.

Bentuk bahan
-          bahan yang berbentuk bulat atau hamper bulat akan diangkut di bahagian dasar sungai dengan cara golekan atau seretan.
      -          bahan yang berbentuk bersegi-segi  seperti serpihan batuan akan terloncat-loncat di    
            dasar sungai. 

BENTUK MUKA BUMI ( SUNGAI PERINGKAT DEWASA )

-          Pengangkutan sungai biasanya dikaitkan dengan sungai peringkat dewasa ( pertengahan ).
-          Ini kerana sungai peringkat dewasa menjalankan proses pengangkutan  ( proses yang dominan ).
-          Ini kerana cerun sungai menjadi sederhana berbanding peringkat hulu.
-          Kesannya aliran air kurang deras berbanding di hulu. ( tenaga kinetiknya mulai hilang )
-          Isipadu sungai semakin bertambah kerana percantungan beberapa cawangan sungai mengalakkan proses pengangkutan sungai.
Bentuk Muka Bumi Peringkat Dewasa

PEMENDAPAN SUNGAI

Konsep pemendapan
Pemendapan sungai merujuk kepada proses pemendapan bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai di bahagian tebing , dasar atau hilir sungai oleh aliran air sungai itu sendiri akibat daripada hilangnya tenaga    pengangkutan aliran air sungai tersebut . 

Kata Kunci
-          proses pemendapan bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai
-          di bahagian tebing , dasar atau hilir sungai
-          oleh aliran air sungai itu sendiri
    -     akibat daripada hilangnya tenaga pengangkutan aliran air sungai tersebut

   FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMENDAPAN   

 Isi padu air/ halaju air sungai
-          Isi padu atau kuantiti air sungai mempengaruhi halaju air sungai dan keberkesanan  pemendapan bahan. 
-          Semasa isipadu air sungai tinggi terutamanya semasa banjir, air akan melimpahi tebing sungai. Air yang melimpahi tebing ini akan membawa bersamanya bahan seperti kelodak, pasir, lumpur dan sebagainya ke tebing sungai. Bahan-bahan ini kemudiaanya akan dimendapkan dibahagian tebing selepas banjir surut.
-          Isipadu sungai yang tinggi juga menyebabkan halaju air sungai bertambah. Aliran air yang laju mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menbawa lebih banyak bahan daripada hulu ke hilir sungai. Bahan yang banyak ini kemudiannya akan dimendapkan dibahagian hilir atau muara sungai.
-          Walaupun begitu, isipadu air yang tinggi akan menyebabkan proses pengangkutan lebih dominan dan ini mengurangkan proses pemendapan.

Kecerunan
-          Kecerunan dasar sungai mempengaruhi halaju air sungai.
-          Cerun dasar sungai yang curam di kawasan hulu sungai menyebabkan halaju air sungai tinggi. Oleh itu, proses pemendapan tidak berlaku kerana terdapatnya proses hakisan dan pengangkutan bahan secara besar-besaran di kawasan ini.
-          Cerun yang landai di kawasan hilir sungai menyebabkan halaju air sungai berkurangan. Halaju air sungai yang perlahan menyebabkan bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai dimendapkan di kawasan ini.  

Muatan sungai                                                                                                                                
-          Muatan sungai merujuk kepada bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air sungai seperti kelodak, lumpur, pasir, kelikir dan sebagainya .
-          Bahan-bahan tersebut berasal daripada kegiatan hakisan yang berlaku ke atas tebing dan dasar sungai, hakisan permukaan berhampiran dengan sungai ataupun kegiatan luluhawa di bahagian hulu sungai.
-          Sungai yang banyak muatan bahan aktiviti pemendapan berlaku dengan hebat berbanding dengan sungai yang tidak mempunyai bahan yang dibawa.

Bentuk alur
-          Alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air sungai deras dan menggalakkan  pengangkutan bahan berlaku secara maksimum dan keadaan ini mengurangkan proses pemendapan bahan.
-          Alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi kurang. Kesannya  bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.

Jenis batuan
-          sekiranya bahagian dasar dan tebing sungai terbentuk daripada batuan yang lembut daripada kumpulan batuan enapan , maka kadar hakisan ke atas tebing dan dasar sungai menjadi lebih giat.
-          hakisan yang giat ke atas dasar dan tebing sungai akan menyediakan bahan ( sedimen ) yang banyak yang diangkut oleh aliran sungai tersebut. Kesannya proses pemendapan akan berlaku secara giat. 

 Halangan
-          sungai yang lurus dan tanpa halangan pada alur, biasanya kurang melakukan proses pemendapan bahan.
-          sungai yang pada alurnya terdapat halangan sama ada halangan semula jadi ataupun buatan manusia akan berupaya unuk memerangkap bahan yang diangkut oleh aliran sungai tersebut lalu memendapkannya. 

BENTUK MUKA BUMI PEMENDAPAN SUNGAI ( PERINGKAT TUA / HILIR )

Dataran banjir
-          banjir yang melimpahi tebing sungai akan memendapkan bahan-bahan yang dibawanya seperti lumpur, kelodak, lempung,pasir, kelikir dan sebagainya.
    -          kejadian banjir yang berulang-ulang menyebabkan bahan yang dimendapkan bertambah dan membentuk satu dataran yang luas dan lebar dikenali sebagai dataran banjir.
    -          satu contoh dataran banjir yang terkenal di Malaysia ialah Dataran Kedah – Perlis.
 
Tasik ladam
-          pembentukan tasik ladam berlaku dalam tiga peringkat.
-          Peringkat 1 -   Hakisan berlaku dengan giat di tebing luar likuan sungai manakala pemendapan berlaku di tebing dalam likuan sungai. Hakisan di luar likuan dan pemendapan di dalam likuan sungai menyebabkan kedua-dua lengkok likuan menjadi semakin rapat.
-          Peringkat 2 -  Kedua-dua lengkok bertemu dan air mengalir terus.
-          Peringkat 3 -  Pemendapan yang berterusan membentuk likuan sungai yang terpisah daripada alur baru sungai. Likuan sungai asal yang terpisah daripada alur baru akan membentuk likuan terpenggal lalu menjadi sebuah tasik yang dikenali sebagai tasik ladam. 
Pembentukan Tasik Ladam

Tetambak

-          merujuk kepada permatang rendah yang terbentuk selari dengan tebing sungai.
-          terbentuk apabila banjir yang melimpahi tebing sungai memendapkan bahan pada tebingnya.
-          timbunan bahan ini dibentuk secara berperingkat-peringkat setiap kali berlakunya banjir.
-          contoh tetambak ialah di tebing sungai Hwang Ho,Rhine dan Sungai Mississippi.
 
Pulau

-          terbentuk di bahagian hilir sungai.
-          bahan-bahan yang dibawa oleh aliran sungai di halang lalu dimendapkan.
-          pemendapan bahan berlaku secara berulang kali lalu membentuk daratan yang ditumbuhi pelbagai jenis tumbuhan.
-          Daratan ini dikenali sebagai pulau. Contoh Pulau Duyung di Terengganu.  

Beting Pasir

-          merujuk kepada timbunan pasir atau kelikir yang mewujudkan permatang rendah selari dengan tebing sungai.
-          beting pasir terbentuk apabila terdapatnya pusaran air yang menggali dan memendapkan semula pasir tersebut.

Delta

-          merujuk kepada satu dataran mendap yang luas dan rata.
-          terbentuk apabila bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air sungai ditimbunkan secara berterusan di muara sungai.
-          sebahagian besar bahan yang membentuk delta ialah terdiri daripada kelodak, lempung, pasir dan lain-lain.
-          contoh delta di Malaysia ialah Delta Kelantan.



Pembentukan Tasik Ladam di Peringkat Hilir








KEPENTINGAN BENTUK BUMI HAKISAN DAN PEMENDAPAN SUNGAI TERHADAP AKTIVITI MANUSIA

Bentuk muka bumi ( hakisan )
kepentingan

Air terjun

Pelancongan

Jeram

Pelancongan

Lubuk

Perikanan

Gaung/ lurah

Pelancongan

Bentuk muka bumi ( pemendapan )
Kepentingan

Dataran banjir

Pertanian, perhubungan, akuakultur

Delta

Pertanian, perhubungan, akuakultur

Tasik ladam

Perikanan, rekreasi, akuakultur

Tetambak

Perhubungan, petempatan

Pulau

Rekreasi / pelancongan , pertanian

Beting pasir

Perlombongan, rekreasi.

KULIAH 13 - PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI


PROSES PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI

Konsep  pemendapan pinggir pantai

Proses pemendapan merujuk kepada bahan-bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan pinggir pantai telah dimendapkan di pantai atau berhampiran pantai oleh agen-agen pemendapan pinggir laut seperti ombak, angin, arus dan pasang surut lalu membentuk bentuk-bentuk muka bumi pinggir pantai seperti anak tanjung, beting pasir dan pantai.

Kata kunci
-         bahan-bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan pinggir pantai telah dimendapkan
-         di pantai atau berhampiran pantai
-         oleh agen-agen pemendapan pinggir laut seperti ombak ,angin, arus dan pasang surut
-         membentuk bentuk-bentuk muka bumi pinggir pantai seperti anak tanjung, beting pasir dan pantai


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI

Ombak dan arus
o   Hakisan pinggir berlaku dengan giat sekiranya ombak yang menyerang pinggir pantai adalah jenis ombak pembinasa atau ombak yang lebih bertenaga seperti ombak ribut dan tsunami 
o   arus bergerak selari dengan pantai.
o   bahan-bahan seperti pasir, kelikir, tanah liat, kelodak dan sebagainya  akan diseret selari dengan pantai.
o   berupaya untuk menghakis dan memindahkan bahan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Kecerunan
o   pantai yang bercerun curam biasanya mengalami hakisan yang lebih giat. Bahan-bahan pinggir pantai lebih mudah diangkut ke laut oleh agen-agen hakisan pinggir pantai. 

Angin
o   angin monsum yang melanda pantai timur Semenanjung Malaysia membawa angin yang kuat yang boleh mengcorakkan pantai
o   angin bayu kurang kuat untuk mencorakkan pantai.

Pasang surut
o   Air Pasang surut besar / purbani lebih kuat untuk mencorakkan pantai.
o   Air pasang biasa kurang kesannya.

Tumbuhan
o   tumbuhan ( pokok bakau ) boleh menghalang serangan terus ombak ke atas pinggir pantai melalui peranan akarnya.
o   sekiranya tiada pokok bakau, ombak akan menyerang secra terus pinggir pantai dan kesannya pantai terhakis.

Orientasi pantai
o   Pantai yang terdedah tanpa perlindungan sama ada oleh pulau, beting, tanjung ataupun benteng akan mengalami kadar hakisan yang giat berbanding pantai yang  terlindung.

Jenis dan saiz bahan Bahan muatan
o   beban yang mengandungi batuan kelikir lebih senang dimendapkan dan digulingkan ke depan berbanding batuan tanah liat yang mudah dihakiskan.
o   mendakan batuan kelikir akan membentuk pantai yang lebih luas dan lebar.

Halangan
o   pulau, benting tembolo tanjung dan tertanjung merupakan halangan kepada ombak untuk membina pantai.
o   Kawasan pantai yang terdedah kepada ombak lebih mudah dan banyak membina pantai.

BENTUK MUKA BUMI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI

Pantai

Konsep pantai

Pantai merujuk kepada pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, kerangan dan sebagainya di kawasan pinggir pantai iaitu antara tikas air surut dengan tikas air pasang termasuk pantai hadapan dan pantai belakang hasil tindakan agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan arus.  

Kata kunci
-          pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, kerangan dan sebagainya
-          di kawasan pinggir pantai
-          antara tikas air surut dengan tikas air pasang
-          termasuk pantai hadapan dan pantai belakang
    -     hasil tindakan agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan arus
 
Proses pembentukan
-          bentuk muka bumi yang terdapat di garisan pinggir pantai.
-          mengandungi bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, kerangan
-          bahan-bahan yang berasal dari daratan atau dari laut akan dimendapkan oleh agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak, arus, angin dan aktiviti pasang  surut.

Tetanjung  / anak tanjung

-          merujuk kepada permatang yang rendah dan sempit hasil pemendapan bahan-bahan seperti pasir ,kelikir dan lumpur di kawasan pinggir pantai  terutamanya di muara teluk atau muara sungai.
-          satu hujungnya bercantum dengan daratan dan satu hujung lagi menganjur ke laut.
-          dibentuk oleh hanyutan pesisir pantai.
-          proses pembentukannya bermula dengan adanya tempat-tempat yang sesuai bagi membolehkan pasir, kelikir dan lumpur tersebut dilonggokkan.
-          pembentukannya sacara berperingkat-peringkat dan mengambil masa yang lama.


Bentuk Muka Bumi Pemendapan.




KEPENTINGAN BENTUK MUKA BUMI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI  KEPADA AKTIVITI MANUSIA

Bentuk muka bumi hakisan

Teluk -  pembinaan pelabuhan,ekopelancongan, akuakultur
Gua , gerbang laut, dan batu bonjol -  pelancongan
Geo dan gloup – pelancongan, perikanan
Tanjung – pelancongan, perikanan

Bentuk muka bumi pemendapan

Pantai – ekopelancongan, rekreasi
Beting pasir – perikanan, perlombongan pasir
Anak tanjung – perikanan dan perlombongan pasir


PERUBAHAN ARAS LAUT

Konsep perubahan aras laut

Perubahan aras laut merujuk kepada kejatuhan atau kenaikan aras laut yang diukur secara perbandingan dengan daratan sama ada dalam skala kecil ( tempatan ) atau skala besar ( dunia ).

Kata kunci
  •  kejatuhan atau kenaikan aras laut
  • diukur secara perbandingan dengan daratan
  • sama ada dalam skala kecil ( tempatan ) atau skala besar ( dunia )
 
TEORI PERUBAHAN ARAS LAUT

Perubahan aras laut tektonik
  • Peningkatan aras laut yang disebabkan oleh pergerakan –pergerakan endogenetik ( dalaman bumi ) terutama di dasar laut  seperti letupan gunung berapi, gelinciran dan sebagainya.
  • Hanya melibatkan kawasan yang kecil atau kawasan-kawasan yang tertentu sahaja.
 Perubahan aras laut mendapan
  • berpunca daripada pertambahan bahan-bahan mendapan di dasar laut atau lautan.
  • mendapan ini berasal daripada kawasan-kawasan daratan seperti mendapan oleh sungai dan glasier.
  • berlaku secara tidak menyeluruh atau secara terhad.
Perubahan aras laut eustatik
  • merujuk kepada kenaikan aras laut secara besar-besaran di bahagian pinggir laut seluruh dunia.
  • diakibatkan oleh pencairan glasier dan ais secara besar-besaran pada masa lampau.
 Perubahan isostatik
  • Isostatik di maksudkan bumi berada terapung di atas lapisan lautan magma yang panas  dan  cair.
  • Blok-blok bumi yang lebih berat akan jatuh / turun menyebabkan peningkatan aras air laut.
  • manakala blok-blok bumi yang lebih ringan ( kurang berat beban ) akan terangkat ( pemulihan isostatik )  penurunan aras air laut.

BUKTI PERUBAHAN ARAS LAUT

Kenaikan aras laut.
1.    Bukti yang menyokong tentang aras laut yang ada pada masa kini lebih tinggi berbanding masa lampau adalah:-
a.       Wujud pinggir pantai tenggelam dan hutan pantai yang tenggelam sepertimana delta dan muara sungai tenggelam di Lancashire, Utara Wales, England. Kesannya pada masa kini akibat tenggelam ianya membentuk paya, dataran berlumpur serta anak-anak teluk. Hutan juga tenggelam membentuk hutan paya air masin.

b.      Wujudnya pelbagai jenis pantai iaitu;
i.        Pantai Ria – pantai sebenar tenggelam menyebabkan gigi ombak mengentam cenuram yang merupakan lanjutan banjaran yang menganjur kelaut.
ii.      Pantai Fiord – aras air laut meningkat lalu menenggelamkan lurah-lurah sungai glasier yang berada di pinggir pantai seperti Fiord Segne, Norway
iii.    Pantai Dalmatia – aras air laut meningkat lalu menenggelamkan pinggir laut yang terdiri daripada banjaran yang selari dengan pantai. Membentuk garis pantai yang selari dan memanjang serta selat-selat yang lurus seperti di Yugoslavia yang selari dengan laut Adriatik.

c.       Kewujudan terumbu karang (pinggir pantai, penghalang dan pulau cincin / atol ) – jelas amat dipengaruhi oleh kenaikan aras air laut.


Penurunan Aras Laut.
Bukti yang menunjukkan aras air laut kini lebih rendah berbanding aras air laut masa lalu adalah:-
a.    Kewujudan pantai timbul / pantai terangkat
  • bentuk pantai yang bertingkat dengan lekukan, gua dan teluk berada di aras air pasang besar malah lebih tinggi.
  • Pentai hakis ombak berada di atas tikah air pasang.
b.    Kewujudan teres enapan dan teres hakisan bertingkt-tingkat menunjukkan aras air laut telah jatuh beberapa kali. Contoh di Pulau Langkawi ada teres enapan bertingkat setinggi 3 meter daripada aras air laut sekarang.
c.    Kewujudan likuan mendalam pada bahagian tengah dan hilir sungai di mana muara sungai dulunya telah menjalankan balik  proses hakisan ( rejuvanisasi )

KESAN KENAIKAN ARAS LAUT
  • Kawasan daratan mengecil
  • Kawasan lautan semakin luas.
  • Pulau yang rendah dan kecil akan tengelam
  • Kawasan rendah berada di bawah aras air laut seperti dataran tanah pamah rendah, delta dan kawasan paya bakau serta nipah yang berhampiran laut tengelam.
  • Muara sungai tengelam dan mempunyai keratan rentas yang lebih luas dan panjang.
  • Aktiviti  ombak dan arus akan masuk kedalam daratan.

KESAN KEJATUHAN ARAS LAUT
  • Daratan semakin meluas
  • Kawasan lautan mengecil
  • Pulau semakin membesar dan tinggi.
  • Aktiviti sungai berubah, kawasan pemendapan bertukar kepada hakisan pula ( sungai balik muda / rejuvanisasi sungai )
  • Kawasan delta akan semakin membesar.
  • Aktiviti ombak dan arus lautan turun jauh ke laut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...