PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, February 6, 2012

KULIAH 2 - ATMOSFERA BUMI - KONSEP DAN CIRI

IKLIM DUNIA

DEFINISI CUACA






Cuaca adalah keadaan meterologi atmosfera di sesuatu tempat pada masa tertentu atau bagi satu tempoh masa yang singkat bagi ruang lingkup yang lebih kecil.
Contoh : hujan, panas, mendung
  
DEFINISI IKLIM
Iklim merujuk kepada keadaan purata atmosfera bagi suatu jangka masa yang panjang 
dan   ruang luas yang bergantung kepada kedudukan latitud.
Contoh : Khatulistiwa, monsoon tropika, tundra dan mediterranian

UNSUR-UNSUR CUACA DAN IKLIM
  1. Bahangan Suria.
  2. Bahangan Bumi
  3. Kerpasan 
  4. Suhu 
  5. Tekanan Udara
  6. Kelembapan Udara
  7. Angin 
  8. Awan
1. BAHANG SURIA / MATAHARI
  • Matahari (72% gas hidrogen dan 27% gas helium) merupakan punca tenaga paling utama untuk menggerak dan   meneruskan semua proses di atmosfera dan di permukaan bumi. 
  • Tenaga matahari membekalkan kira-kira 99.97% daripada jumlah tenaga yang terdapat  dalam sistem bumi atmosfera dan selebihnya daripada punca tenaga endogenik.
  • Perbezaan penerimaan tenaga matahari dari segi masa dan kawasan menyebabkan wujudnya cuaca dan iklim.
  •  Bahangan Matahari/ suria dipancarkan  ke bumi dalam bentuk gelombang elektromagnet yang pendek (0.2 - 0.4 mikron). 
  • Bahangan suria lebih tinggi di kawasan tropika berbanding kawasan sederhana dan zon sejuk.
2. BAHANGAN BUMI. 

  • Setelah menerima dan menyerap bahangan matahari / sinaran matahari, bumi akan membebaskan bahangannya pada waktu malam.
  • Pembebasan bahangan  bumi ini berlaku dalam bentuk  gelombang panjang (suhu bumi jauh lebih rendah berbanding sinaran matahari)
  • Bahangan ini tidak terus lesap ke angkasa dan sebahagiannya akan diserap oleh lapisan atmosfera.
3. KERPASAN
  • Kerpasan adalah titisan-titisan air yang turun dari langit ke permukaan bumi
  • Contoh : hujan, salji, hujan batu
  • Alat pengukur : tolok hujan
  • Unit ukuran : inci dan millimeter
 4. SUHU
  • Darjah kepanasan udara di sesuatu tempat.
  • Darjah kepanasan udara ini datangnya dari sinaran suria yang mempunyai tenaga haba di dalamnya.
  • Alat pengukur : termometer / termometer six
  • Unit ukuran : Fahrenheit atau Celsius
5. TEKANAN UDARA
  • Tekanan udara merupakan berat jisim udara yang dihasilkan oleh atmosfera terhadap permukaan bumi.
  • Wujud dua tekanan udara iaitu tekanan udara tinggi ( udara berat, bersifat sejuk, suhu rendah ), manakala  tekanan udara rendah ( udara ringgan, bersifat panas, suhu tinggi ) 
  • Alat pengukur : barometer aneroid
  • Unit ukuran : milibar
 6. KELEMBAPAN UDARA
  • Jumlah wap air yang terdapat dalam udara.
  • Kelembapan mutlak : kandungan wap air sebenar yang terdapat dalam udara dalam suatu masa
  • Kelembapan bandingan : nisbah jumlah wap air yang sebenar berbanding dengan jumlah wap air yang boleh ditampung oleh udara berkenaan
  • Alat pengukur : Higrometer
  • Unit ukuran :  Kelembapan mutlak : g/m3,        Kelembapan bandingan : %
 7. ANGIN
  • Udara yang bergerak secara mendatar
  • Angin bergerak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah
  • Alat mengukur halaju angin : anemometer
 8. AWAN
  • Titisan air yang sangat halus yang berdiameter antara  0.02 mm hingga  0.06 mm serta terapung-apung di udara
  • Terbentuk akibat proses pemeluwapan dan penyejukan 
  • Jenis-jenis Awan 
    1. Sirus ( awan tinggi )
    2. Kumulus ( awan tengah )
    3. Stratokumulus ( awan bawah )
    4.  Kumulonimbus ( awan menegak )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...