PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, April 19, 2011

TEMA1/ BAB 2 - TABURAN PENDUDUK


1.2.0. KONSEP TABURAN PENDUDUK.
1. Bermaksud sebaran penduduk di permukaan bumi yang tidak sekata. Ianya boleh dikategorikan kawasan padat, sederhana padat dan kawasan jarang penduduk.
2. Kepadatan penduduk ialah nisbah antara  jumlah penduduk di sesuatu kawasan berbanding keluasannya.
3. Fomula kepadatan penduduk:-
                              Kepadatan Penduduk  =    Jumlah Penduduk / Keluasan
Buat latihan dibawah.
Negeri
Keluasan(km2)
Jumlah Penduduk(Orang)
Kepadatan
(Orang/kml)
Tafsiran Penduduk
Sarawak
124 450
2 009 893
16
Jarang
Johor
18 987
2 584 997
136
Sederhana
WP  Kuala Lumpur
243
1 305 792
5 374
Padat
Pulau Pinang
1 031
1 313 500


Melaka
1 650
635 800


Pahang
35 965
1 288 400


Sarawak
124 450
2 071 500


Selangor
7 936
4 188 900


Singapura
616
3 900 000


1.2.1      Taburan penduduk dunia mengikut wilayah

a)  Data Kepadatan penduduk dunia dan penduduk bandaraya diAsia tahun 2000.
Negara paling padat dengan
penduduk di dunia.

Bil
Negara
Orang/
km2
1
Singapura
5195
2
Bangladesh
887
3
Korea Selatan
475
4
Belanda
384
5
Jepun
342
6
Belgium
334
7
India
315
8
Filipina
256
9
United Kingdom
242
Semua Negara diatas adalah Negara kecil kecuali India, mempunyai jumlah penduduk yang padat.  Singapura adalah pulau kecil dengan jumlah penduduk seramai 3 juta orang.
       
Jadual; Penduduk bandaraya mega di Asia, 2000
Negara
Bandaraya
Penduduk (juta orang)
China
Beijing
14.0
Shanghai
17.0
Tianjin
12.7
India
Delhi
13.2
Bombay
15.4
Calcutta
15.7
Bangladesh
Dhaka
12.2
Filipina
Manila
11.8
Pakistan
Karachi
11.7
Indonesia
Jakarta
13.7
Thailand
Bangkok
10.3
Korea Selatan
Seoul
12.7
Jepun
Tokyo
19.0
Sumber. United Nations, World Urbanization Prospects 1990
                 (New York, 1991).


1.2.2 . Faktor-faktor kepadatan penduduk dunia.

a.      Tumpuan penduduk di Asia adalah di kawasan tanah pamah dan juga di lembah-lembah sungai utama. Hal ini menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penduduk di Asia terdiri daripada golongan petani. Contohnya, di negara China dan India,
i.      kawasan lembah sungai utama seperti Hwang Ho, Sungai Xi Jiang, Sungai Chang Jiang dan Sungai Ganges merupakan kawasan padat penduduk.
ii.  Dataran Indo- Ganges  di India dengan kawasan di pedalaman semenanjung benua kecil itu.
iii. Bangladesh, Pakistan dan Sri Lanka merupakan negara yang padat penduduk di Asia Selatan.
iv. Kawasan timur dan barat Ural di CIS.
v.  Indonesia, khususnya di Pulau Jawa dan beberapa buah pulau lain seperti Madura dan Bali.

b.      Kini penduduk Asia bertumpu di kawasan perbandaran yang merupakan pusat perindustrian dan perkhidmatan. Oleh sebab jumlah penduduk di bandar-bandar ini besar, maka bandar tersebut dikenali sebagai bandar raya mega. Kepadatan penduduk di bandar-bandar ini juga amat tinggi (Jadual di atas.)

c.       Faktor penjajahan dimana pihak penjajah orientalis barat lebih memunpukan kawasan yang mempunyai banyak sumber dimajukan.

d.      Dasar kerajaan yang lebih kepada menumpukan pembangunan dan melengkapkan infrastruktur di kawasan yang maju dan ramat penduduk menambah lagi jumlah migrasi penduduk dari kawasan perdalaman ke Bandar-bandar besar.

e.      Faktor sejarah di mana tamadun manusia bermula seperti diChina, Benua Kecil India, Mesir Purba dan Eropah.
a)    Faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia.
1.       Faktor Fizikal  - Tanah pamah, Tanah tinggi.
2.       Faktor Ekonomi  - Peluang pekerjaan, Kawasan Perusahaan, Pusat Pentadbiran, dan Pusat 
                                 Pertumbuhan Baru.
3.       Faktor Sosial – Pembandaran dengan keperluan utiliti, pengangkutan dan perhubungan,
                           pendidikan dan kesihatan.
4.       Sejarah dan Dasar Kerajaan- pembangunaan wilayah dan tanah baru, kemudahan sosial.

b)    Faktor ketidakseimbangan penduduk di pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia
Faktor
Pantai Barat
Pantai Timur
i-  Keluasan tanah pamah Kesuburan tanih
§ luas & lebar + 50 km
§ mudahkan pembangunan
§ sempit
§ banyak tanih subur spt Dataran Kedah, Dataran Tjg Karang
§ tanah subur terhad, banyak kawasan hutan & paya (Tasik Bera, Tasik Cini)
ii- Ekonomi
§ Banyak peluang pekerjaan dlm perindustrian
§ ZPB diwujudkan spt Bayan Lepas, Johor, Klang
§ Kawasan perindustrian bertumpu di bandar besar shj spt Kota Bharu, Kuantan & Kuala Trengganu

iii-Sejarah
§ lebih awal dimajukan penjajah (British) akibat penemuan bijih timah
§ tiada penemuaan awal sumber mineral
iv-Sosial
§ banyak institusi pendidikan sbg satu tarikan
§ pusat pelancongan, perkhidmatan, pengankutan/perhubungan
§ kurang kemudahan2 sosial
v-Politik/ Governan
§ Tumpuan lebih kpd Pantai Barat
§ Tarik pelabur
§ Pelabur lebih berminat di Pantai Barat krn banyak infrastruktur

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...