PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, April 5, 2011

FENOMENA IKAN BERARAK BERENANG DI KAWASAN PINGGIR PANTAI

CATATAN RAKAN PADA EMAIL SAYA.
Untuk pengetahuan Sue, dari semasa ke semasa, kalau kita ada rezeki utk terserempak sebab kebetulan lalu di pantai Teluk Lipat, fenomena ini juga berlaku di Dungun ni (walaupun tak dak gempa bumi atau tsunami) ...

Kita akan terpegun melihat sekumpulan lelaki yg berderet berdiri  menjarakkan diri mereka dlm 20 meters from each other sepanjang pantai Dungun, masing2 ready memegang jala, dan masing2 menunggu saat yg sesuai utk menebarkan jala... Kalau masa tu kita pandang ke laut, kita akan nampak di permukaan laut dekaaat dgn pantai macam pelik sedikit, macam ada tompokan2 hitam... rupa2nya tompokan -tompokan hitam di laut itu ialah schools of fish!!!

Taapi, yg paling best sekali sepanjang saya dok di Dungun ialah pengalaman melihat beribu2 kerang landing di pantai Dungun, jadi macam pesta pulak bila orang berkumpul dgn raga, bakul, tudung saji plastik yg bberlubang2  serta bekas yg sesuai utuk menyauk kerang di tepi pantai each time ombak datang!!! Lepas kerang2 tu 'serang' Dungun, agaknya ombak menolak saki baki kerang2 tu ke pantai Rantau Abang pulak....

Masa tu agaknya berita mudah tersebar sebab org pakat guna hp utk bagi tahu keluarga/kawan masing2... sebab tu lah org mudah berkumpul beramai2 dlm masa yg singkat...

Tu tak masuk fenomena gamat landing di pantai belah Kuala Terengganu pulak...
masa tu dlm rasa seronok, rasa cemas je... bimbang petanda apa Allah nak tunjuk.
Mujo tak dak apa2... boleh jadi Allah nak bagi rezeki lebih dekat kita di sebelah sini...

SUNDAY, MARCH 13, 2011
Fenomena Aneh Ikan Kerana Tsunami
SEKUMPULAN ikan sardin dilihat berenang berhampiran persisiran pantai Acapulco, Mexico, hari ini. Menurut nelayan tempatan, mereka tidak pernah melihat kejadian seperti itu sebelum ini. Dari jauh, sekumpulan ikan itu kelihatan seolah-olah seperti tumpahan minyak.



Seorang lelaki mengambil foto sebuah kawanan ikan sardin dari pantai Acapulco .
 


Nelayan berlumba-lumba ke pantai untuk tidak melepaskan rezeki terpijak.



Beberapa pakar berkata fenomena ini ada berkaitan dengan tsunami di Jepun.

"Ada sekitar 20 atau 30 nelayan dan ada ramai yang datang bersama dengan anak-anak mereka untuk tidak melepaskan keuntungan ini," kata Carlos Morales.

Nelayan di Acapulco berkata mereka tidak pernah melihat kumpulan besar ikan seperti ini yang berhampiran pantai sebelum ini.



Kumpulan ikan yang sangat padat sehingga kelihatan seperti tumpahan minyak dari atas.
 

Beberapa orang yang sedang mandi menjauhkan diri fenomena misteri itu dan keluar dari air
 
Pandangan saya,
Setiap apa yang belaku ada hikmahnya, Allah yang lebih mengetahui....
Kejadian gempa bumi berlaku setiap saat di kawasan titik focus dan melampaui epicenternya, cumanya kekuatan gempa bumi itu yang menjadi titik biasa atau boleh meruntuhkan bangunan. Kalau dalam kurang daripada 2 skala ricther, ianya tidak memberi apa-apa kesan, berkemunkinan hanya boleh dikesan oleh binatang sahaja. Tapi kalau kekuatanya mencapai dan melebihi daripada 6 skala ricther ianya adalah bencana.
 
Ikan, ataupun binatang-binatang lain biasanya dapat mengesan akan belaku kejadian gempa, maka mereka akan meninggalkan tempat akan belaku kejadian gempa. Begitu juga bilamana belaku aliran magma daripada lapisan mantel di dalam perut bumi. Ikan dan binatang marin lain dapat merasa peningkatan  suhu air didasar laut .  Mereka akan  keluar kepemukaan air atau berpindah ke tempat lain. Aliran magma ini keluar  kerana aktiviti  pertembungan, perselisihan dan percapahan yang sering berlaku berhampiran sempadan plat tektonik yang lemah. Kadang-kadang kita boleh melihat fenomena ikan dan hidupan marin lain sering terdampar dipantai seperti orang kata buang tabiaat pada binatan berkenaan. Wallahuaklam.
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...