PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, April 25, 2011

BAB 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK



KONSEP KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK
Kadar pertumbuhan penduduk biasanya merujuk kepada satu angka yang dapat menunjukkan suatu arah pertambahan penduduk sama ada pesat, perlahan, statik, atau berkurangan di sesebuah negara pada satu tempoh tertentu.
Angka ini diukur dalam unit peratus atau per seribu orang. Misalnya kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia pada tahun 2000 adalah 2.53% per 1000 = 25 orang/1000 (Pertambahan seramai 25 orang bagi setiap 1000 orang penduduk).
Negara-negara sedang membangun yang lain mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi dalam setahun antaranya seperti India 2.4%, Brazil 3.0%, dan Thailand 3.1%. Kadar pertumbuhan penduduk dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
a.       pertumbuhan semula jadi atau kadar pertumbuhan kasar pertumbuhan bersih yang mengambil kira perbezaan nilai antara imigrasi dengan emigrasi.
b.      Pertumbuhan penduduk di sesebuah negara dikira dengan menggunakan  formula berikut:
Co ntoh pengiraan :-
Data:  Jumlah Penduduk Malaysia (2000) = 21 793 293 orang.  Bilangan kelahiran = 551 370 orang dan bilangan kematian = 114 414 orang.





Maka kadar pertumbuhan penduduk semula jadi di Malaysia pada tahun 2000 ialah = 2.01 %.
Nilai 2.01% merupakan kadar pertumbuhan kasar yang hanya mengambil kira pertumbuhan semula jadi sahaja. Kadar pertumbuhan bersih penduduk Malaysia pada tahun 2000 perlu mengambil kira nilai migrasi bersih yang dialami oleh Malaysia pada tahun tersebut.

Andaikan jumlah imigrasi ke Malaysia pada tahun 2000 ialah 20 000 orang
dan jumlah emigrasi dari Malaysia pada tahun berkenaan ialah 5000 orang.

Migrasi Bersih = migrasi masuk - mingrasi keluar
                     = 20 000 - 5000 = 15 000 orang.

Maka kadar pertumbuhan penduduk bersih di Malaysia pada tahun 2000 = 2.07%

1.3.2      Faktor pertumbuhan penduduk

1.3.2.1    Proses pertumbuhan penduduk

1.                   Kadar pertumbuhan penduduk – angka yg menunjukkan arah pertumbuhan penduduk sama ada pesat, perlahan, statik atau berkurang dalam tempoh tertentu.

                     Trend Pertumbuhan Penduduk Malaysia
Tahun
Semenanjung
Malaysia
Sabah
Sarawak
Malaysia
Kadar pertumbuhan tahunan (%)
1911
2.34
0.22
0.30
2.86
              -
1921
2.91
0.26
0.35
3.52
2.1
1931
3.79
0.27
0.43
4.49
2.4
1947
4.91
0.32
0.55
5.78
1.6
1957
6.28
0.41
0.85
7.54
2.5
1970
8.81
0.65
0.98
10.44
2.5
1980
11.14
1.00
1.29
13.14
2.3
1991
14.76
1.86
1.71
18.33
2.6
2000
18.52
2.68
2.07
23.27
2.6
Sumber. Katiman Rostam (1984); Malaysia (2001).

2.       Pada kira-kira pertengahan kurun ke 19, Malaysia ada penduduk yang kecil sekitar 400 000 orang. Kadar pertumbuhan penduduk ketika itu amat perlahan kerana:
a.    taraf kesihatan rendah.
b.    kawalan penyakit tidak berkesan.
c.     keadaan politik yang kurang stabil.
d.    sistem ekonomi sara diri yang tidak mampu menampung penduduk yang ramai.
3.       Campur tangan  Inggeris di negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak selepas pertengahan kurun ke-19, penduduk Malaysia mula bertambah dengan  pesat.
4.       Punca utama adalah perpindahan penduduk dari China, India dan pulau­-pulau yang berdekatan. Perpindahan ini berterusan sehingga tahun 1930-an apabila kerajaan mula menghadkannya melalui penguatkuasaan Akta Kawalan Kemasukan Penduduk.
5.       Sebelum dikawal, kadar pertumbuhan penduduk Cina dan India di Malaysia telah mencapai empat hingga enam peratus setahun, melebihi kadar pertumbuhan penduduk Melayu. Dari segi peratusan, penduduk Melayu semakin kecil, iaitu daripada 27.8 peratus pada tahun 1891 kepada 20.4 peratus pada tahun 1911 dan 17.5 peratus pada  tahun 1931.
6.       Pada tahun 1947 penduduk Cina di Semenanjung Tanah Melayu berjumlah seramai 1.9 juta orang atau 38 peratus, penduduk India 0.53 juta orang atau 11 peratus, dan Melayu 2.4 juta orang atau 50 peratus.


1.3.2.2 Faktor mempengaruhi pertumbuhan penduduk

1.                   Kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah dipengaruhi oleh taraf kesihatan baik, prasaran kesihatan cukup & sistem perubatan cekap.
2.                   Kesuburan meningkat – amalan kahwin muda.
3.                   Sumber makanan seimbang – revolusi hijau, tiada kebuluran, kurang kematian.
4.                   Program perancangan keluarga – gagal di negara membangun kerana taraf pendidikan, budaya & adat.
5.                   Faktor sosial – pendidikan rendah.
6.                   Kestabilan politik – aman, tiada perang.
7.                   Dasar Kerajaan – Kempen 70 juta menjelang 2100, rebat cukai, cuti bersalin, rawatan percuma.
8.                   Kadar migrasi bersih – tinggi (PATI).
9.                   Agama – Islam (ramai umat), Cina (perlu anak lelaki sbg pewaris).

1.3.4      Kesan pertumbuhan penduduk

Kesan negatif

1.       Tekanan terhadap sumber alam – persaingan guna tanah pertanian, petempatan, pembangunan prasarana.
2.       Kemerosoran/kepupusan sumber – sumber yang tidak boleh diperbaharui.
3.       Pencemaran & kerosakan sumber – air,udara,tanih
4.       Kemiskinan & kemunduran
5.       Kekurangan bekalan sumber makanan
6.       Kesan sosial – taraf pendidikan dan kesihatan rendah

LATIHAN BAB 3

Jadual I;  Kadar kelahiran penduduk di negara terpilih di Asia Tenggara  pada tahun 1954 dan 1996
Negara
Kadar kelahiran (per 1000 penduduk)
1954
1996
Brunei
52.9
25.0
Kemboja
51.0
38.2
Indonesia
52.0
                    20.3
Malaysia
44.1
25.5
Myanma
410
28.8
Filipina
50.0
31.2
Singapura
45.5
13.4
Thailand
46.0
18.1
Vietnam
38.0
28.9

1.    Jadual 1, menunjukkan kadar kelahiran penduduk di negara terpilih di Asia Tenggara pada tahun 1954 dan 1996.
b.    Berdasarkan Jadual 1, kenal pasti  tiga buah negara yang mengalami penurunan kadar kelahiran paling ketara  dari tahun 1954 hingga tahun 1996.    [3 ]
c.     Huraikan sebab-sebab berlakunya penurunan kadar kelahiran di negara2  Asia Tenggara.    [10]
d.    Jelaskan kesan pertambahan penduduk terhadap sumber alam di negara2  Asia Tenggara.    [10]
1.    Berdasarkan sesetengah negara di rantau Asia Pasifik yang telah anda kaji;
  1. Jelaskan factor-faktor yang menyebabkan Negara-negara tersebut mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang pesat.    [10]
  2. Huraikan kesan-kesan pertumbuhan penduduk yang pesat ke atas sumber-sumber alam di dalam Negara berkenaan.   [10]

2.    Sejauhmanakah dasar kerajaan penting dalam mempengaruhi pertumbuhan penduduk di Asia Tenggara.   [10]
3.    Huraikan kesan-kesan negatif  pertumbuhan penduduk yang pesat ke atas negara2  Asia Tenggara  [10]
4.    Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pertumbuhan penduduk? [5]
5.    Pilih sebuah Negara  di rantau Asia Pasifik yang mengalami kurangan penduduk, dan jelaskan sebab-sebab mengapakah Negara tersebut perlu meningkatkan pertumbuhan penduduknya.  [10]
6.    Cadangkan langkah-langkah  untuk negara tersebut perlu meningkatkan pertumbuhan penduduknya.[10]

Jadual 2; Kadar Kelahiran Kasar dan Kadar Kematian Kasar bagi beberapa buah Negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 1994.
Negara-negara  Asia Pasifik Terpilih
Kadar Kelahiran Kasar
(per 1000) Orang
Kadar Kematian Kasar
(per 1000) Orang
China
36
13
Indonesia
24
8
Korea Selatan
15
6
Malaysia
28
5
Filipina
31
6
Singapura
19
5

7.        Berdasarkan jadual di atas  jawab soalan-soalan yang diberi.
  1. Lukiskan sebuah graf bar yang sesuai bagi menunjukkan kadar kelahiran kasar dan kadar  kematan kasar di beberapa buah negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 1994.  [10]
  2. Kirakan kadar pertambahan semula jadi kasar penduduk (dalam unit per 1000 orang) bagi setiap Negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 1994.              [6]
  3. Mengapakah  negara-negara Asia Pasifik di atas mempunyai kadar pertumbuhan semula jadi pendudk  berbeza-beza?  [10]

KESAN RADIOAKTIF


Berdasarkan panduan UIC Limited, sisa radioaktif terdiri dari pelbagai jenis elemen yang memerlukan cara pengendalian dan pengurusan berbeza. Biasanya, sisa radioaktif diklasifikasi kepada tiga iaitu sisa tahap rendah (sisa dari hospital, makmal dan industri seperti industri tenaga nuklear) dan sisa tahap sederhana (mengandungi lumpur kimia, komponen reaktor dan resin).

Manakala sisa tahap tinggi pula terdiri daripada sisa bahan api yang telah digunakan dan elemen berat yang mempunyai tahap radioaktif yang tinggi. Jenis sisa ini bergantung kepada jumlah dan jenis bahan radioaktif yang terkandung di dalamnya.

Faktor lain yang perlu diberi perhatian untuk menguruskan sisa radioaktif adalah berdasarkan tempoh masa ia kekal sebagai bahan berbahaya sehingga menemui satu jangka waktu yang dipanggil separuh hayat.

Dalam tempoh berkenaan, bahan radioaktif akan mengurai sedikit demi sedikit untuk mengurangkan tahap bahaya sehingga keadaannya stabil dan tidak membahayakan; dan proses ini memakan masa dari beberapa saat ke berjuta-juta tahun tertakluk kepada jenis isotopnya.

Menurut John R Cooper di dalam bukunya; Radioactive Releases in the Environment : Impact and Assessment, beberapa industri moden terutama yang membabitkan penghasilan tenaga dan perubatan, mempunyai potensi pembebasan sisa bahan radioaktif ke persekitaran yang sangat tinggi berbanding industri lain.

Keadaan ini mengambil kira faktor produk yang kebanyakannya perlu melalui proses radiasi selain sifat semula jadi bahan utama yang membahayakan. Kita terdedah kepada bahaya bahan radioaktif setiap hari namun kesannya yang tidak ketara pada tempoh permulaan tidak memberi peluang kepada pencegahan dan rawatan awal.
   
Mungkin kita tidak sedar ketika berdepan dan menggunakan produk berasaskan bahan yang dikategorikan sebagai radioaktif, malah kita juga mungkin tidak pernah tahu, bahan radioaktif ini digunakan sebagai salah satu bahan utama.

Ada banyak produk yang mengandungi bahan radioaktif seperti jangka suhu, bateri, minyak berplumbum, tali pinggang dan bahan kosmetik seperti krim muka.

Pendedahan kepada bahan radioaktif untuk tempoh yang panjang boleh memberi kesan maut terhadap pengguna. Begitu juga dengan sinar-X yang perlu kita jalani semasa membuat pemeriksaan kesihatan. Sinar-x adalah sinar gamma yang menunjukkan kesan lebih ketara berbanding sinaran lainnya.

Atas sebab itulah, pakar perubatan sering mencadangkan, ujian sinar-X hanya boleh dilakukan enam bulan sekali dan tidak dibenarkan sama sekali dijalankan ke atas wanita mengandung. Sinar-X mampu membunuh sel dalam badan terutama sel yang baru terbentuk dan keadaan ini dikhuatiri akan menjejaskan struktur bayi di dalam kandungan.

Begitupun, ada juga radioaktif yang digunakan sebagai bahan perubahan. Contohnya radium digunakan untuk merawat kanser yang pejal (radiasi radium secara kerap mampu memusnahkan tisu tumor dalam badan pesakit). Fungsi asasnya sebagai pemusnah sel digunakan untuk kebaikan dan kemajuan sejagat.

Malah, rencana keluaran Wikipedia, The Free Encyclopedia pernah mengisahkan kesengsaraan rakyat negara Jepun berdepan dengan pencemaran bahan radioaktif yang bermula pada 1950.

Toyama, sebuah bandar kecil di Pulau Honshu, di Chubu, menyimpan sejarah hitam apabila diserang sejenis penyakit ganjil akibat pencemaran kadmium dalam sistem perairan.

Kadmium yang sering digunakan sebagai bahan saduran dan bahan utama pembuatan bateri, adalah sisa sampingan toksik berpunca dari aktiviti perlombongan sebuah syarikat yang melombong perak, plumbum, zink dan kuprum untuk kegunaan industri.

Namun, sikap tidak bertanggungjawab Kamioka Mines, syarikat yang membekalkan bahan mentah berkenaan meninggalkan kesan amat menyedihkan kepada masyarakat desa ini.

Penyakit ‘Itai-Itai’, sejenis penyakit yang menyebabkan badan pesakit menjadi lemah akibat keracunan kadmium yang menyerang sendi dan tulang belakang selain membantutkan fungsi buah pinggang sebagai penapis bahan asing dan asid sebelum masuk ke dalam saluran darah.

Itai adalah perkataan Jepun yang bermaksud sakit, digunakan untuk menamakan penyakit ganjil ini kerana pesakitnya sering menyebut perkataan ini bagi menggambarkan kesengsaraan mereka.

Bukan itu saja, penyakit Minamata, sejenis sindrom neurologi yang disebabkan keracunan raksa turut menyebabkan simptom seperti ketidakstabilan pergerakan akibat kegagalan sistem serebelum otak untuk berfungsi dengan baik, gangguan deria rasa pada tangan dan kaki, pengurangan daya penglihatan dan pendengaran. Dalam kes teruk, ia boleh menyebabkan pesakit lumpuh dan maut.

Penyakit Minamata dikesan pada Mei 1956 di sebuah bandar yang terletak di pantai barat bahagian selatan Pulau Kyushu, Jepun. Bermula dari empat orang yang menunjukkan simptom Minamata yang berakhir dengan kematian. Simptom yang sama turut meragut nyawa tiga belas orang nelayan di pulau berkenaan.

Haiwan dan burung yang mempunyai habitat berhampiran kawasan berkenaan turut menerima nasib sama. Penyelidik dari Universiti Kumamoto mengunjungi daerah berkenaan untuk menyelidik dan mendapati penyakit ini berpunca daripada kandungan raksa yang tinggi dalam ikan.

Hal ini adalah tanggungjawab syarikat Chisso Corporation yang menghasilkan produk seperti ethanal dan plastik PVC (dan raksa digunakan sebagai pemangkin untuk membuat PVC).

Kajian menunjukkan, makanan laut seperti ikan dan kerang boleh mengumpulkan raksa dalam badan tanpa menjejaskan kehidupannya. Memburukkan keadaan, masyarakat di situ amat bergantung kepada hasil laut sebagai sumber makanan dan punca pendapatan.

Sisa bahan radioaktif perlu dirawat sebelum dibebaskan ke alam sekitar untuk banyak tujuan terutama menjaga kesihatan dan pengekalan sistem alam sekitar.

Ini termasuklah pengendalian di dalam makmal. Mengendalikan bahan radioaktif perlulah dilakukan dengan hati-hati dan cermat. Pastikan segala arahan dan panduan yang disediakan dipatuhi kerana sebarang keengkaran dan kecuaian akan membawa padah.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI NUKLEAR



1.    Teknologi nuklear memainkan peranan yang penting dalam bidang perubatan
§  Alat diagnostik untuk mengesan dan menentukan pelbagai jenis penyakit .
§  Membantu para doktor memastikan sama ada kelenar tiroid berfungsi dengan normal atau tidak.
§  Mensteril bahan-bahan perubatan.

2.    Teknik-teknik ujian tanpa musnah tolok nukleoni dan teknik penyurih berpotensi.
§  Digunakan untuk mengesan rekahan dalam tuangan logam.
§  Menyelesaikan masalah di loji-loji kejuruteraan
§  Percampuran bahan radioaktif ke dalam sistem paip yang mengalirkan petroleum atau air membolehkan kadar aliran dan kebocoran bawah tanah dikesan.

3.  Teknologi nuklear juga menyumbang kepada bidang ketenteraan:-
§ Teknologi nuklear sering dieksploitasi untuk membuat senjata nuklear. Contohnya, bom atom, bom nuklear dan peluru berpandu nuklear.
§  Di samping itu, kapal selam nuklear juga dapat dibina (kapal selam nuklear yang pertama telah dilancarkan oleh Rusia pada tahun 1954)

4.    Teknologi nuklear penting dalam membangun dan memajukan bidang pendidikan
§  Disiplin sains dan teknologi seperti kimia, genetic, fizik, biologi, biokimia, kejuruteraan dan sebagainya amat bergantung kepada teknologi nuklear.
§  Penyelidikan dan pembangunan bidang-bidang tersebut memerlukan teknologi nuklear.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...