PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Saturday, July 13, 2013

BENTUK-BENTUK CERUN - JENIS DAN CIRI

Bentuk-bentuk cerun yang terdapat ditanah tinggi biasanya terdiri daripada berikut :







Bentuk cerun pula mempunyai jenis-jenis tersendiri seperti di bawah:








KEGAGALAN CERUN - KAJIAN KES DI BUKIT ANTARABANGSA, HULU KELANG, SELANGOR

Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Selangor.

Tanah Runtuh,

Merupakan fenomena yang kerap belaku di Malaysia adalah dikeranakan iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hujan yang tinggi melebihi 3000 mm setahun meningkatkan kadar hakisan dan luluhawa yang boleh mempercepatkan pergerakan jisim terutama nya di kawasan cerun bukit curam.


 Peta 1.  Lokasi kawasan kejadian tanah runtuh.

 Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor merupakan kawasan yang bertopografi berbukit bukau, dengan ketinggian di antara 133 hingga 203 meter di atas paras laut. Mempunyai longitud antara 101°46‟ T hingga 101°47‟ T dan latitud antara 03°10.8‟ U hingga 03°11.3‟ U ( Peta 1). Dicirikan oleh iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun dan mempunyai jumlah hujan tahunan sebanyak 3000 sehingga 3500 mm. Kegagalan cerun atau tepatnya tanah runtuh merupakan satu kejadian geologi yang melibatkan sebahagian besar pergerakan tanah, jatuhan batuan atau cantuman dari keduanya. Kebanyakkan runtuhan tanah bermula di lereng-lereng cerun dan seringkali dicetus oleh air larian permukaan . Runtuhan tanah berlaku mungkin secara berperingkat dan mungkin berlaku dengan pantas tanpa disedari sewaktu hujan lebat serta bergerak bersamanya bahan bumi yang menggelongsor mengikut tarikan graviti . 

Air yang mengalir di permukaan akan sentiasa menyebabkan hakisan. Kadar hakisan semakin tinggi sekiranya tanah di sesuatu kawasan itu terletak di tempat yang tinggi dan curam seperti di lereng-lereng bukit. Pengaliran air yang teramat deras akan menghakis bunga tanah atau lapisan atas. Berkaitan dengan proses hakisan, runtuhan tanah juga akan berlaku di cerun bukit, terutamanya berlaku semasa hujan lebat. Proses kegagalan cerun  menjadi satu masalah di kawasan di berbukit-bukau seperti Cameron Highlands, Fraser Hill, Genting Highlands di Pahang dan beberapa kawasan tanah tinggi di Malaysia. 
Sumber : BH


Kebiasaannya kegagalan cerun atau tanah runtuh akan meragut nyawa manusia serta memusnahkan harta benda. Contohnya, beberapa kejadian tanah runtuh besar yang telah berlaku seperti di Highland Tower dan Taman Hillview  di Hulu Kelang (Selangor), Gua Tempurung (Perak), Paya Terobong (Pulau Pinang), persimpangan lebuhraya NKVE, Bukit Lanjan serta beberapa kegagalan cerun bersaiz kecil dan sederhana. Fenomena ini seringkali dikaitkan  dengan musim tengkujuh, di mana sejumlah curahan hujan yang tinggi bertindak sebagai pencetus kepada kegagalan cerun. Keadaan iklim tropika yang panas dan lembab ini juga turut menyebabkan proses luluhawa secara relatifnya adalah lebih tinggi berbanding kawasan beriklim lain . 

Namun begitu, faktor-faktor lain seperti keadaan geologi, geomorfologi & struktur geologi akan berperanan dalam mempengaruhi corak pelemahan batuan. Kawasan kajian yang terletak di Bukit Antarabangsa merupakan kawasan perumahan di lereng bukit di Ulu Klang, Selangor, Malaysia. Bukit Antarabangsa, Ampang adalah sebuah kawasan penempatan awam yang berprofil  pertengahan ke tinggi. Namun begitu, penempatan yang dimajukan sebagai perumahan ini mempunyai keadaan muka bumi yang bercerun dan sama sekali tidak selamat dan tidak stabil untuk diduduki. Kebanyakan projek  pembangunan di sekitar kawasan Bukit Antarabangsa terletak di kawasan cerun bukit. Peristiwa tanah runtuh yang berlaku pada 6 Disember 2008 di Bukit Antarabangsa telah meranapkan 20 buah rumah dan mengorbankan sekurangnya lima orang penduduk dan lebih daripada 2,000 orang pula terpaksa dipindahkan ke tempat yang selamat. 
Kesan tanah runtuh

Kekuatan cerun yang tidak mampu mengawal dan menyokong kekuatan tapak bagi perumahan tersebut akibat hujan yang berterusan, telah menyebabkan kawasan menjadi tidak stabil dan aliran air berlebihan ini telah menyusup ke bawah permukaan dan menjadikan bahan bumi di bawah permukaan semakin  lemah. Ditambah pula, dengan keadaan cerun yang tidak stabil menyebabkan sejumlah bahan bumi bersama beberapa rumah penduduk yang terlibat runtuh di sepanjang cerun dan dilonggokkan ke beberapa ratus meter dari  tempatnya yang asal. Menurut laporan, 13 Ogos 2008, menunjukkan bahawa kebanyakkan cerun di kawasan  Bukit Antarabangsa berada pada kelas III, iaitu cerun yang berisiko tinggi kerana mempunyai kecerunan 26° - 35°.  

Wednesday, July 10, 2013

CATATAN DARI MESIR

Photo: [ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Rabu | 10 Julai 2013 | 04.41 pagi

Penyokong Dr.Muhammad Mursi menunaikan qiamulail beramai-ramai pada pagi 1 Ramadhan di Medan Rabaah Adawiyyah. Inilah adalah salah satu senjata yang di gunakan untuk melawan kumpulan penentang.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Rabu | 10 Julai 2013 | 04.41 pagi

Penyokong Dr.Muhammad Mursi menunaikan qiamulail beramai-ramai pada pagi 1 Ramadhan di Medan Rabaah Adawiyyah. Inilah adalah salah satu senjata yang di gunakan untuk melawan kumpulan penentang.


Jumlah penyokong Dr. Muhammad Mursi semakin ramai di tengah bandar Bani Suez dengan kehadiran penduduk setempat bagi menyatakan sokongan terhadap Presiden Dr.Muhammad Mursi. Sementara itu Gabenor Bani Suez juga turun pada hari ini untuk berkampung di Medan Syuhada tengah bandar Suez


Barisan Penyelamat, gabungan penentang Presiden Dr. Muhammad Mursi menolak dekri yang dikeluarkan oleh Presiden sementara, Adli Mansour pada 8 Julai lalu disebabkan ia tidak dibawa berbincang dengan mereka.




Syeikh Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed 'Isa Ma'sarawi malam ini mengumumkan penyertaan beliau bersama-sama rakyat menolak rampasan kuasa tentera di dataran Raba'ah. 

Beliau juga diberikan penghormatan untuk mengimami solat terawih. Beliau juga mengumumkan akan menjadi imam kepada umat Islam di Rabaah Adawiyyah sepanjang Ramadan.

Sementara itu Jabhah ulamak minta Syeikh Azhar letak jawatan dan menegaskan bahawa Dr.Muhammad Mursi adalah Presiden Mesir yang sah.

Jabhah Ulamak Azhar ditubuhkan di Kaherah pada tahun 1946 , no pendaftaran 565 yang didaftarkan pada tahun 1967 sebelum penubuhan Majmak Buhus Islamiyyah . Selepas itu pergerakan pertubuhan ini terhenti akhir tahun 80-an dan kembali aktif pada tahun 1994 yang pada ketika itu diuruskan oleh Dr Muhammad Toyyib An-Najjar , Mantan Rektor Universiti Al-Azhar .

Jabhah ini terdiri daripada Ulamak Azhar yang diistilahkan sebagai " Ahlul Haqq " iaitu mereka yang ingin mendokong kebenaran .

Konflik bermula ketika mana Gabenor Kaherah , Abdul Rahim Shihatah membubarkan pertubuhan ini dan menutup ibu pejabatnya pada Jun 1998 . Hal ini bertitik tolak kemarahan kerajaan kepada Jabhah ini yang mengkritik Syeikhul Azhar pada ketika itu , Syeikh Dr Sayyid Tantawi yang berjumpa dengan Pendeta Yahudi sejak pelantikannya pada tahun 1996 . Selepas kejadian itu , Jabhah Ulamak Azhar bergerak secara senyap bermula tahun 2000 dan kembali aktif dengan menubuhkan satu laman web sebagai pengisytiharan pergerakan mereka .

Antara anggota Jabhah Ulamak Azhar adalah :
- Dr Yahya Ismail ( Ketua sekarang )
- Dr Al-Ajmi Ad-Damanhuri ( mantan ketua )
- Dr Muhammad Abdul Mun'im Al-Bari ( mantan ketua )
- Syeikh Abdul Halim Mahmud (Mantan Syeikhul Azhar )
- Syeikh Sayyid Askar
- Syeikh Sayyid Sabiq
- Syeikh Ibrahim Khuli
- Syeikh Dr Abdul Hayyi Farmawi
- Syeikh Abdullah Shihatah
- Syeikh Muhammad Ghazali

Suasana di dataran Rabaah Adawiyyah ketika menunaikan solat terawih malam pertama Ramadan.
Photo: [ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Selasa | 09 Julai 2013 | 10.54 malam

Suasana di dataran Rabaah Adawiyyah ketika menunaikan solat terawih malam pertama Ramadan.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

sumber : PMRAM

Sunday, July 7, 2013

CATATAN DARI CAIRO, MESIR


Cairo, Mesir: 7 Julai2013 – Ulama Al-Azhar telah menentukan sikap mereka di dalam konflik di Mesir. Iaitu mendukung presiden Mursi dan menentang kudeta tentera yang dilancarkan oleh Jendral As-Sisi.

Sebagaimana dilaporkan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di dalam fbnya, para ulama Al-Azhar juga ikut turun di dalam demonstrasi yang berlansung pada hari semalam (Jumaat -06/07).
Para Ulamak Al-Azhar menjadi benteng utama di bahagian hadapan. Mereka terus membantah dan menolak rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh pihak askar dan menuntut Dr.Muhammad Mursi di kembalikan jawatannya selaku Presiden Mesir.

Sebelumnya, jutaan rakyat yang pro Mursi telah keluar ke lapangan Rabiah Al-Adawiyah. Para ulama Al-Azhar dilaporkan menuju lokasi tersebut. Dalam aksi tersebut, mereka membawa kain kafan, sebagai bukti bersedia untuk mati. Hal itu ditujukan demi membela syariat Islam dan menolak kudeta tentera ke atas presiden Mursi.

Syaikh Ahmad Thayyib dalam ucapannya menuntut pembebasan Presiden Mursi, para jajaran tinggi pertubuhan Ikhwanul Muslimin dan semua demonstran yang ditangkap pada demonstrasi sebelumnya.



Ulama Azhar seru rakyat tolak rampasan kuasa



MESIR: Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar Sheikh Hashim Islam mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Mesir perlu menolak rampasan kuasa oleh pihak tentera terhadap kepimpinan Dr.Muhammad Mursi.

Beliau yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar berkata, kepimpinan berasakan rampasan kuasa ditolak menurut syarak.

"Dr. Muhammad Morsi merupakan presiden yang sah kerana dipilih melalui pilihanraya.

"Adalah tidak wajar bagi rakyat mesir berpaling dari beliau. Ini kerana kepimpinan yang berasaskan rampasan kuasa ditolak menurut syarak," katanya seperti dilapor Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Menurut Sheikh Hashim lagi, rakyat Mesir wajib mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah di negara itu dan pada sama memberi jaminan hak kewarganegaraan yang sama rata bagi non-muslim serta menjaga perpaduan negara Mesir dan rakyatnya.

Menurutnya, konflik yang berlaku di Mesir bukanlah sekadar pertembungan ideologi, tetapi realiti yang berlaku kini ialah pertembungan akidah antara tamadun Islam-Arab Mesir dengan para pendukung sekular dan anti-Islam.

Ekoran rampasan kuasa yang berlaku, beliau menyeru rakyat Mesir untuk turut serta dalam revolusi mempertahankan syariat di seluruh Mesir, dan menewaskan kebatilan seperti yang berlaku dalam perang Jamal, serta membentuk satu jawatankuasa tetangga bagi memelihara negara dan rakyat.

"Walaupun berbeza pandangan antara kita terhadap penjenayah dan pemberontak, namun kita juga perlu membezakan antara demontrasi rampasan kuasa yang diharamkan Islam dengan demontrasi bantahan yang diharuskan oleh Islam.

“Antara prinsip tertinggi dalam Islam ialah menganjurkan kebebasan, membenci pemerintahan diktator dan keganasan," katanya. -HD


Friday, July 5, 2013

JATUHNYA KERAJAAN RAKYAT DI MESIR

Terkini Krisis Di Mesir 4 Julai 2013 | DR Morsi tumbang Secara Tidak Demokratik, Kini Dalam Tahanan Tentera

Terkini Krisis Di Mesir 7 Julai 2013 | DR Morsi tumbang Secara Tidak Demokratik, Kini Dalam Tahanan TenteraKAHERAH-MESIR: Tentera Mesir akhirnya menumbangkan Presiden Mohamed Morsi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional.

Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera. “Morsi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini,” kata anak kepada pembantu Morsi, Gehad El-Haddad.

Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.

Ketua angkatan tentera mengeluarkan satu deklarasi petang semalam, menggantung perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara. Morsi melalui laman Facebooknya berkata, beliau menolak sekeras-kerasnya rampasan kuasa yang dibuat oleh pihak tentera ini.

Dalam siaran televisyen tempatan, pemimpin tentera dan tokoh politik, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi. Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu.


[BIODATA DR. MOHAMMAD MORSI] 
Kenali Siapakah Dr. Mohammad Morsi Presiden Mesir.
1. Dr.Muhammad Morsi,walaupun beliau ialah seorang Presiden,beliau hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu,Beliau akan balik ke rumah sewa beliau untuk berehat. dan rumah sewa itu disewanya sendiri oleh beliau. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta walau satu  1 sen gaji.

2. Beliau menghafal Al-Quran secara keseluruhannya.

3. Beliau ialah seorang jurutera (metallurgy engineering) salah satu bidang dari bidang pembuatan (manufactruing engineering).

4. Beliau,Isteri beliau, 5 anak mereka, dan 3 cucu mereka, semuanya adalah Hafiz/Hafizah Quran.

5. Salah seorang anak beliau,berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi. Kerajaan Saudi telah memanggil beliau dan meminta beliau untuk berhenti sebagai doktor kerana beliau ialah anak seorang presiden mesir dan negara yang besar. Jawapan anak beliau ialah: "Bapaku ialah Presiden Mesir,dan itu amanahnya. Aku hanya anak kepada seorang bapa dan aku akan berkhidmat sebagaimana orang awam yang lain dalam mencari rezeki."

6. Waktu solat jumaat, Dr.Muhammad Morsi datang awal satu jam dari solat jumaat dan beliau berada di saf paling depan sekali dan membaca Surah Al-Kahfi dan tidak ada sebarang pengawal atau protokol untuk membezakan beliau dengan rakyat.

7.Apabila beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan urusan negara,Beliau menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana.

8. Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokal ataupun pengawal peribadi untuk melindungi beliau.

Semoga Allah S.W.T memelihara dan merahmati serta memudahkan urusan Dr.Muhammad Morsi dalam urusan pemerintahan negara Mesir dan menjaga kebajikan rakyat dan umum islam secara kesuluruhannya dan kita berdoa juga semoga Allah S.W.T membangkitkan pemimpin-pemimpin seperti ini di negara-negara Islam yang lain juga, InsyaAllah.

Ustad Don Daniyal Mengutuk Dan Mengecam TV3 Kerana Menggelar Presiden Sah Mesir DR MORSI AL HAFIZ sebagai Diktator ( Print Screen FB Ustaz Don )

From Malaysia We Support Mohammed Morsi | Ustaz Don Daniyal Mengutuk Dan Mengecam TV3 Kerana Menggelar Presiden Sah Mesir DR MORSI AL HAFIZ sebagai Diktator ( Print Screen FB Ustaz Don ) | Ustaz Don begitu marah dengan TV3 yang begitu biadap memanggil Dr Morsi sebagai diktator sedangkan beliau menang dalam pilihanraya secara demokratik yang bersih.

 



Ini adalah jasa Dr Morsi di Mesir dan fikirlah secara matang jika kamu mahu menghukum beliau sebagai diktator:-

1. Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%.

2. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.

3. Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.

4. Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

5. Dosa Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

6. Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.

7. Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.

8. Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.

9. Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.

10. Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.

11. Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.

12. Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu.

13.  Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.

14.  Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.

15.  Dosa Mursi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.

16.   Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.

17.   Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.

18.  Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya.

19. Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan.

20. Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama. Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik. Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran.

Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang. Itulah "dosa" insan bernama Morsi. Orang Islam amal sekular ini memang rapat dengan Amerika & Yahudi. Dan mereka tidak pernah akan sokong agenda Islam walaupun mereka kalah dibawah sistem mereka cipta.

Tuesday, July 2, 2013

PENEMUAN ORANG MUKMIN YANG DIGUNA PAKAI SEHINGGA SEKARANG

SEPULUH PENEMUAN ORANG ISLAM YANG MENGKAGUMKAN



Kita selalu didoktrinkan apa ilmu yang hebat dihasilkan dari orang Barat, malah dari Jepun juga sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya orang-orang Islam dahulu adalah lebih banyak membuat penemuan henat dalam sains dan teknologi mendahului Barat. Tahukan anda bahawa kehidupan moden kita masakini adalah tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim.
Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Ahli Kimia
Abu Musa Jabir bin Hayyan , atau dikenali dengan nama Geber di dunia Barat , diperkirakan lahir di Kuffah , Iraq pada tahun 750 dan wafat pada tahun 803 . Sumbangan terbesar Jabir adalah dalam bidang kimia . Keahliannya ini didapatnya dengan ia berguru pada Barmaki Vizier , pada masa pemerintahan Harun Ar-Rasyid di Baghdad. Ia mengembangkan teknik eksperimentasi sistematik di dalam penyelidikan kimia, sehingga setiap eksperimen boleh diterbitkan semula kembali. Jabir menekankan bahawa kuantiti zat berkaitan dengan reaksi kimia yang terjadi, sehingga dapat dianggap Jabir telah merintis ditemukannya hukum perbandingan tetap .
Sumbangan lain antara lain dalam penyempurnaan proses kristal , penyulingan, kalsinasi , sublimasi dan penyejatan serta pengembangan instrumen untuk melakukan proses-proses tersebut.
Karya Jabir antara lain:
Kitab Al-Kimya (diterjemahkan ke Bahasa Inggeris menjadi The Book of the Composition of Alchemy ), Kitab Al-Sab'een,  Kitab Al Rahmah, Al tajmi, Al Zilaq al Sharqi, Book of The Kingdom, Book of Eastern Mercury dan Book of Balance.
 
 
2. Pembedahan

Dr Al 
Zahrawi @ isuhangat Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.







 
3. Kopi
kopi yemen @ isuhangat

Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Qairo oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.
 



4. Mesin Terbang
Abbas ibn Firnas @ isuhangat
Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.
 




5. Universiti
Fatima al-Firhi @ isuhangat
Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti   yang dinamakan UniversitI Al-Qarawiyyin atau Al-Karaouine (bahasa Arab: جامعة القرويين)  adalah universitI pertama di dunia yang berlokasi di Fez, Maroko. Universiti ini telah dan terus menjadi salah satu pusat spiritual dan pendidikan terkemuka dari dunia Muslim. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.


 

6. Aljabar
aljabar @ isuhangat
Penemu Aljabar adalah Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi . Aljabar berasal dari Bahasa Arab " al-jabr "yang bermaksud "pertemuan" , "hubungan" atau "penyelesaian" adalah cabang matematik yang boleh disifatkan sebagai generalisasi dari bidang aritmetik . Aljabar juga merupakan nama sebuah struktur aljabar abstrak, yaitu aljabar dalam sebuah bidang .
Kitab Al Jabar
Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Pakar Matematik Islam yang lainnya Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.
Aljabar dasar , yang mencatat sifat-sifat operasi bilangan riil , menggunakan simbol sebagai "pengganti" untuk menandakan pemalar dan pembolehubah , dan mempelajari peraturan tentang ungkapan dan persamaan matematik yang melibatkan simbol-simbol tersebut.  Bentuk-Bentuk seperti 2a,-5b, x3, 3p + 2q disebut bentuk aljabar . Pada bentuk aljabar 2a, 2 disebut pekali , sedangkan a disebut variabel (peubah). 


7. Optik

kejayaan besar muslim@ isuhangatSejarah mencatat salah satu peletak dasar fisika optik adalah seorang sarjana muslim yang bernama Ibnu Haitham atau dikenal dibarat dengan nama Alhazen, Avennathan, Avenethan. Belaiu mengecap pendidikannya di Basrah dan Baghdad penguasaan matematikanya oleh Max Mayerhof, seorang sejarahwan menganggap mengunggli Euclides dan Ptolemeus.
“Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia Islam” ujar Hassani. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga menemui fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.
kejayaan Islam @ isuhangat
Karya utama mengenai tentang optik naskah aslinya dalam bahasa Arab hilang, tapi yang diterjemahkan dalam bahasa Latin masih ditemukan. Ibnu Haitam mengoreksi konsep Euclides dan Ptolemeus tentang penglihatan. Menurut kedua ilmuwan Yunani itu mata mengerimkan berkas-berkas cahaya visual ke objek penglihatan sehingga sebuah benda bisa terlihat. Sebaliknya, menurut Ibnu Haitham, etinalah pusat penglihatan dan benda dapat terlihat karena memantulkan sinar atau cahaya ke mata. Kesan yang ditimbulkan cahaya pada retina dibawa ke otak melalui saraf-saraf optik.

Beberapa buku lainnya mengenai cahaya yang ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antaranya, Light dan On Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahas mengenai senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang-bayang dan gerhana. Menurut Ibnu Haitham cahaya fajar bermula apabila matahari berada di garis 19 derajat ufuk timur. Warna merahakan hilang apabila matahari berada di garis 19 darjah ufuk barat. Dalam kajiannya, beliau juga jaya menghasilkan kedudukan cahaya seperti pembiasan cahaya dan pembalik cahaya.
Untuk semua eksperimen lensa beliau membuat lensa dan cermin cekung melalui mesin bubut yang ia miliki dengan melakukanpercobaan kaca yang dibakar maka tercetuslah teori lensa. Teori itu telah dipergunakan oleh saintis Itali untuk menghasilkan kaca pembesar pertama. Eksperimennya tergolong berhasil pada saat itu menemukan titik fokus sebagai tempat pembakaran yang terbaik pada saat itu ia berhasil mengawinkan cermin-cermin cembung dan cermin-cermin cekung. Sinar yang masuk dikonsentrasikan padatitik fokus sehingga menjadi titik bakar. Teorinya telah membawa penemuan film yang kemudian disambung-sambung dan dimiankan pada para penonton sebagaimana yang dapat kita tonton hingga sekarang ini.
Ibnu Haitham juga banyak melalakukan eksperimen mengenai kamera obskura atau metode kamar gelap, gerak rekilinear cahaya, sifat bayang, penggunaan lensa, dan beberapa fenomena optikal lainnya. Kamar gelap atau kamera obskura dikakukan oleh Ibnu Haitham pada saat terjadi gerhana bulan. Kala itu, mengintip citra matahari yang setengah bulat pada sebuah dinding yang berhadapan dengan lubang kecil yang terbuat dari tirai penutup jendela.
Buku tentang optik, Kitab al-Manazir diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh F.Risner dan diterbitkan oleh Bisle pada tahun 1572 M. Karyanya bersama karya-karya optik lainnya sangat mempengaruhi ilmuwan Barat seperti Boger, Becon, Johanes Kepler, dan Pol Witelo. Diyakini, banyak karya-karya monumental dari mereka diilhami oleh hasil karya eksperimen Ibnu Haitham.


8. Muzik
muzik Islam @ isuhangat
Pemuzik muslim kelihatan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.


lute @ isuhangat


9. Berus Gigi

berus gigi@isuhangat

Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.









10. Takal/ Crank


takal @ isuhangat
Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali berasal dari dunia Islam, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.





sumber : love2islam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...