PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, February 25, 2013

KULIAH 8 -PERUBAHAN IKLIM


PERUBAHAN IKLIM

Konsep Pemanasan global

Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikutbenua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.
Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.
Kata lain.
-    Dikaitkan dengan kenaikan suhu dunia.
-    Peningkatan ini berlaku dalam skala mikro atau makro.
-    Dari sudut imbangan haba, fenomena pemanasan global bermakna  
     wujudnya ketidakseimbangan dalam bajet haba antara Bumi matahari.
-    Input haba yang terpaksa diterima oleh bumi berlebihan  berbanding 
     dengan output haba yang dikeluarkannya.


Hasil kajian Saintis Alam Sekitar, PBB:- Faktor yang menyebabkan belakunya Pemanasan Global. 

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.
  • Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.
  • Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.
  • Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .

a.  Punca Utama Pemanasan Global adalah peningkatan pelepasan gas Karbon Dioksida.
Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.
Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.
Pembakaran bahan api fosil seperti petroleum, arang batu di dalam bidang pengangkutan dan industri menyebabkan ruang atmosfera dipenuhi CO2 yang menyebabkan tenaga terestial dan bahangan bumi tidak dapat keluar ke angkasa lepas manakala bahangan suria meningkat kerapa penyerakan suria akan lebih tinggi. Ini akan meningkatkan suhu bumi.
Disamping itu pembakaran hutan dan letupan gunung berapi serta ujian senjata nuklear turut juga meningkatkan kandungan CO2. Kawasan-kawasan hutan yang menjadi penstabil udara banyak ditebang untuk tujuan ekonomi seperti untuk kayunya, tujuan pertanian, jalan perhubungan dan industri. 
Penipisan lapisan ozon disebabkan perlepasan bahan CFC turut menderitakan bumi. Bumi semakin terdedah kepada sinaran ultra Violet ( UV) yang tinggi akibat tiadanya lapisan ozon yang berperanan sebagai bahan penapis UV.

Ringkasan Punca Pemanasan Global

  • Penipisan lapisan ozon
  • Penerobosan sinar UV matahari akibat tiadanya lapisan ozon
  • Pembakaran hutan
  • Penggunaan petrol berplumbum yang menyumbang kepada kepanasan bumi
  • Kegiatan perindustrian
  • Pembukaan kawasan pertanian secara besar-besaran


b. Kesan Pemanasan Global kepada Hidupan

  • Menyebabkan kepupusan fauna di    kawasan hutan
  • Perubahan kepada proses menuai tanaman
  • Kekurangan bekalan makanan
  • Sumber makanan binatang semakin berkurangan
  • Kawasan hawa sederhana menjadi panas-mengakibatkan jenis tanaman berubah.

c. Kesan kepada alam sekitar fizikal.

  •    Pencairan salji di kutub dan kawasan pergunungan
  •    Peningkatan paras air laut. Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter                                        paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan   akan ditenggelami air. 
  •    Kawasan pinggir laut dan pulau-pulau kecil yang rendah akan tengelam. 
  •    Daratan mengecil  manakala kawasan lautan meluas.
  •    Kawasan hampir gurun menjadi gurun. Pergurunan meningkat / meluas
  •    Ganguan cuaca ekstrem meningkat – ribut, siklon, kemarau dan banjir . Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...