Konsep cuaca dan iklim
Cuaca :
Keadaan atmosfera di sesuatu tempat yang
tertentu ( terhad ) dalam masa yang
tertentu ( 24 jam ).
Iklim : Keadaan atmosfera di sesuatu tempat /
kawasan
yang luas dan dalam jangka masa yang panjang
iaitu dalam masa 30 atau 35 tahun.
Perbezaan iklim dan cuaca dari segi masa dan ruang keluasannya.
Cuaca dilihat dalam tempoh masa yang
pendek dan ruang yang kecil (kawasan setempat seperti cuaca di Bandar KL)
manakala iklim dilihat dalam tempoh masa yang panjang dan ruangnya adalah luas
(seperti iklim sebuah Negara, Wilayah, Benua).
Penggunaan ungkapan Cuaca.
- Ramalan cuaca semua negeri-negeri di Malaysia hari ini seperti di dalam radio maupun TV.
- Laporan cuaca beberapa ibunegara dunia.
- Bagaimana cuaca ditempat awak sekarang?
Penggunaan ungkapan Iklim.
- Iklim di benua Asia adalah pelbagai dari iklim tropika hinggalah ke Tundra.
- Iklim negara Turki adalah jenis Mediterranean sederhana panas.
- Apakah iklim negara Malaysia? jawapannya adalah iklim tropika lembap dimana Malaysia mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun.
No comments:
Post a Comment