PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, November 19, 2014

PELITA AJIAB YANG MENYALA SEJAK 1500 TAHUN DAHULA

Pelita Ajaib yang menyala sejak 1500 tahun dulu


Seperti sukar untuk diterima akal apabila sekumpulan penyelidik menemui sebuah pelita yang masih lagi menyala di makam milik seorang gadis bangsawan dari zaman yunani purba.


Penemuan ini dianggap misteri kerana, tempat itu baru sahaja ditemui sejak 1500 tahun yang lalu.

Itu yang membuatkan para penyelidik cuba mencari jawapan bagi mendapatkan kepastian mengenai misteri ini.


Seorang sarjana Australia, Robbert Briggen, berpendapat bahawa manusia zaman prasejarah memiliki kebijaksaan yang lebih maju daripada ilmu pengetahuan yang kita miliki kerana mereka memiliki pelita-pelita abadi.


Pada bulan April 1485 mayat seorang gadis bangsawan dari zaman yunani purba dikeluarkan dari tempat perkuburannya di “Appian Way”. Ketika para penyelidik memasuki tempat pemakamannya, mereka terkejut apabila menemui sebuah lampu yang menyala sejak 1,500 tahun yang lalu.


Pertanyaannya adalah, dengan cara apa para nenek moyang kita membuat lampu yang mampu terus menyala selama itu? Misteri itu masih tetap merupakan misteri yang pelik akan tetapi sejumlah ahli arkeologi terus berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.


Beberapa orang di antara mereka seperti Briggen, mengemukakan pendapat bahawa tenaga yang digunakan untuk menyalakan lampu itu mungkin telah hilang dari permukaan bumi ini.


Akan tetapi, tidak ada bukti yang boleh membuktikan teori-teorinya itu. Manusia pintar dari manakah yang membuat lampu yang terus menyala selama 1,500 tahun?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...