PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, November 19, 2014

JURANG MARIANA

Kawasan Lautan Pasifik


Perbincangan kali ini saya memfocuskan kepada keajaibkan ciptaan Allah SWT iaitu membentuk jurang laut yang paling dalam di dunia. 


Jurang Mariana adalah jurang paling dalam di dunia, dengan kedalaman sehingga 11 km (6.8 batu), dan merupakan lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi. Jurang ini terletak di dasar Lautan Pasifik di timur dan selatan Kepulauan Mariana, di timur Mindanao, Filipina. Jurang ini meliputi setengah kawasan lautan di selatan Filipina. Jurang ini ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu.


Jurang ini membentuk sempadan antara dua plat tektonik antara Plat Pasifik dan Plat Filipina. Pertembungan antara dua plat ini akan menyebabkan plat lautan bertembung dengan plat lautan seperti di rajah di atas, salah satu daripadanya akan menjunam ke bawah dan membentuk jurang lautan yang sangat dalam. Plat yang menjunam itu akan tertolak ke dalam mantel yang lebih panas. Pinggir plat berkenaan menjadi cair akibat suhu yang tinggi. Batuan yang lebur itu naik dan membentuk gunung berapi di dalam laut. 
Bahagian paling dasar adalah jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut (8,848m/29,028ka). Bahagian dasar laut di situ menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa, lebih seribu kali tekanan atmosfera piawai pada aras laut




Jurang sepanjang 2550 kilometer ni memiliki kelebarannya sehingga 69 kilometer.
                                       







  
Tekanan hidrostatik

Ketika anda masuk ke dalam laut (atau badan air) dan anda menyelam ke bawah, semakin anda menyelam semakin banyak air dari atas Anda. Air yang terdapat diantara anda dan permukaan air, semakin besar tekanan pada tubuh karena berat air melebihi anda. Tekanan ini disebut tekanan hidrostatik.
Anda dapat benar-benar dapat rasa tekanan hidrostatik ketika Anda masuk ke kolam renang dan menyelam sampai ke dasar terdalam. Anda akan merasakan tekanan hidrostatik terhadap gendang telinga anda seperti mereka sedang diperah atau didorong masuk. Anda boleh bayangkan bagaimana tekanan yang luar biasa yang di alami di Kedalaman Challenger dengan hampir tujuh batu di dasar laut- 16,000 pounds per square inch!
Tekanan air didalam Jurang Mariana 1000 kali dibanding dengan tekanan udara di mana tempat kita hidup sekarang ini. Namun hal itu bukan bererti di dalam Jurang Mariana tidak ada kehidupan, di dalamnya juga ditemui beberapa jenis ikan dengan bentuk pelik dan beberapa udang kecil.
Puncak Gunung Everest lebih kurang 8 kilometer dari aras laut. Sementara bahagian paling dasar Jurang Mariana mencecah sehingga 11 kilometer dari aras laut. Bermakna kedalaman Jurang Mariana jauh melebihi ketinggian Gunung Everest.


Dengan dasar yg sangat dalam dan gelap, pasti 1001 misteri tersembunyi dalam jurang tersebut. Antaranya ialah jenis hidupan marin yg mampu survive dan membiak dalam habitat yg sebegitu rupa. Pasti tak sama dengan hidupan yg hidup di permukaan dan pertengahan laut.
Mari kita saksikan kebesaran Allah Ta'ala melalui ciptaan2Nya yg unik dan penuh misteri. Inilah antara hidupan marin yg terdapat di celah Jurang Mariana yg berjaya dirakamkan.



                                        
                                        
                                        
                                        
                                        
    
                                        
                                        
                                       
                                         
                                         
                                         
                                         
                                         
                                         
                                         
                                         
                                         
                                                     

Tips - Idea Jimat Cermat Jika Tak Cukup Duit Setiap Bulan



Kita semak penyata pendapatan, kita mendapati duit keluar lebih banyak dari duit yang masuk. Itu namanya situasi aliran tunai negatif.

Maka situasi yang sebegitu mesti diatasi segera.

Aliran tunai negatif ini ibarat paip bocor. Kalau tidak dibaiki, maka bocor itu makin besar.

Berikut adalah 12 idea jimat cermat tambahan yang dapat kita buat:





1. Guna pengangkutan awam

Kalau duduk di Kuala Lumpur khususnya, pergi ke tempat kerja naik LRT atau motor. Cepat dan murah. Naik kereta melibatkan kos lain seperti parking, minyak dan tol.

2. Bawa bekal makanan

Masak yang simple sahaja. Telur dan ayam goreng letak sambal atau kicap. Cukup.

Dapat isteri pula yang tolong buatkan, ada perasa kasih sayang yang makcik nasi lemak tak boleh bagi.

3. Berhenti merokok.

Kaedah paling berkesan. Kesihatan pun terjaga.

Kalau sehari RM 10 habis untuk rokok, berapa habis untuk sebulan? Berapa habis dalam setahun? Pernah kira ?

4. Berjimat jika makan di luar

Air sirap ais sekarang pun dah mahal. RM1.30 segelas bila letak ais. Baik minum sahaja air kosong. Terbaik, kombinasi cara #2.

5. Rancang perbelanjaan di pasar raya

Menulis terlebih dahulu senarai barang yang hendak dibeli sebelum ke pasar raya dan bawa wang secukupnya sahaja.

6. Semak keperluan ASTRO.

Kadang-kadang di dalam sebulan, hanya 2-3 kali sahaja kita menonton Astro. Tapi masih perlu bayar penuh. Aduh!

Atau dari ratusan saluran yang kita langgan, saluran mana yang paling kita suka tonton. Sudah lah mahal, hujan tiada siaran. Unifi TV ?

7. Selamat tinggal surat khabar.

Tak perlu beli suratkhabar, baca sahaja di internet. Akhbar online pro kerajaan pun ada, akhbar online pro pembangkang pun ada.

Percuma.

8. Elak ke pawagam

Tonton wayang? Tak payahlah. Beli tiket kemudian beli air dan pop corn lagi. Haish.

Cari sahaja di internet, percuma. Youtube pun dah banyak benda menarik. (Zed Zaidi jangan marah noo…)

9. Bundle pun ok

Beli baju di pasar malam untuk pakaian yang digunakan sekadar untuk pergi bermain bola, sekadar untuk pakai di rumah dan sebagainya. Tidak perlu berbelanja beratus ringgit semata-mata hendak orang kata “Wow, jersi Liverpool original la”.

10. Langganan kelab

Semak keahlian-keahlian kelab tertentu yang kita ada. Betul kah kita manfaatkannya?

11. Basuh sendiri kereta.

Tak perlu nak habiskan RM10 untuk benda yang kita sendiri boleh buat. Anak dah besar dapat bantu, boleh eratkan silaturrahim. Kalau duduk di Selangor kan ada air percuma. Hi hi hi.

12. Banding! Banding! Banding!

Buat perbandingan harga sebelum membeli produk yang bukan untuk kegunaan harian seperti perabot dan sebagainya. Semak harga di 2-3 kedai yang berlainan untuk tahu harga pasaran untuk produk tersebut.

 
schods.blogspot

PELITA AJIAB YANG MENYALA SEJAK 1500 TAHUN DAHULA

Pelita Ajaib yang menyala sejak 1500 tahun dulu


Seperti sukar untuk diterima akal apabila sekumpulan penyelidik menemui sebuah pelita yang masih lagi menyala di makam milik seorang gadis bangsawan dari zaman yunani purba.


Penemuan ini dianggap misteri kerana, tempat itu baru sahaja ditemui sejak 1500 tahun yang lalu.

Itu yang membuatkan para penyelidik cuba mencari jawapan bagi mendapatkan kepastian mengenai misteri ini.


Seorang sarjana Australia, Robbert Briggen, berpendapat bahawa manusia zaman prasejarah memiliki kebijaksaan yang lebih maju daripada ilmu pengetahuan yang kita miliki kerana mereka memiliki pelita-pelita abadi.


Pada bulan April 1485 mayat seorang gadis bangsawan dari zaman yunani purba dikeluarkan dari tempat perkuburannya di “Appian Way”. Ketika para penyelidik memasuki tempat pemakamannya, mereka terkejut apabila menemui sebuah lampu yang menyala sejak 1,500 tahun yang lalu.


Pertanyaannya adalah, dengan cara apa para nenek moyang kita membuat lampu yang mampu terus menyala selama itu? Misteri itu masih tetap merupakan misteri yang pelik akan tetapi sejumlah ahli arkeologi terus berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.


Beberapa orang di antara mereka seperti Briggen, mengemukakan pendapat bahawa tenaga yang digunakan untuk menyalakan lampu itu mungkin telah hilang dari permukaan bumi ini.


Akan tetapi, tidak ada bukti yang boleh membuktikan teori-teorinya itu. Manusia pintar dari manakah yang membuat lampu yang terus menyala selama 1,500 tahun?

Wednesday, November 5, 2014

5 KANAK-KANAK PINTAR DI DUNIA

Subhanallah! 5 Kanak-Kanak Islam Ajaib Yang Pernah Menggemparkan Dunia

5 Kanak-Kanak Islam Ajaib Yang Pernah Menggemparkan Dunia. Allah S.W.T memang berkuasa keatas manusia bahkan seluruh makhluk dan hidupan dibumi ini.

Subhanallah! 5 Kanak-Kanak Islam Ajaib Yang Pernah Menggemparkan Dunia | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua. Setiap ibu bapa dalam dunia ni sudah semestinya mengimpikan anak yang sihat tubuh badan, anak yang mampu menjadi anak soleh/solehah, dan anak yang baik-baik belaka. Perkara ini sememangnya tidak mustahil kerana terdapat surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh dibaca oleh ibu bapa semasa anak dalam kandungan dan juga ketika ini terdapat teori-teori tentang amalan untuk ibu mengandung bagi mendapatkan anak yang baik.

Allah S.W.T memang berkuasa keatas manusia bahkan seluruh makhluk dan hidupan dibumi ini. Ini terbukti apabila lima kanak-kanak yang genius ini berjaya menggemparkan dunia. Siapakah diri mereka sebenarnya? Untuk itu, mari kita lihat senarai lima anak kecil beragama Islam yang sangat genius dan ajaib hingga menggemparkan dunia.
Berikut 5 Anak Ajaib Islam Yang Mengemparkan Dunia:
1. Akrit Jaswal
5 Anak Ajaib Dan genius Islam Yang Menggemparkan Dunia Akrit Jaswal Subhanallah! 5 Kanak Kanak Islam Ajaib Yang Pernah Menggemparkan Dunia
Akrit Jaswal yang mempunyai IQ 146 (manusia terpintar di India) sejak berusia 7 tahun ia sudah mampu melakukan operasi pembedahan secara otodidak
2. Sayyid Muhammad Husein Tabataba’i
5 Anak Ajaib Dan genius Islam Yang Menggemparkan Dunia Sayyid Muhammad Husein Tabatabai Subhanallah! 5 Kanak Kanak Islam Ajaib Yang Pernah Menggemparkan Dunia
Sayyid Muhammad Hussein Tabataba’i seorang kanak-kanak yang sudah berjaya menghafal surat-surat dalam Al-Qur’an dan mampu menafsirkannya. Beliau juga telah menerima gelaran Doktor di usia tujuh tahun di Hijaz Collage Islamic University di UK.
3. Abdurrahman Farih
5 Anak Ajaib Dan genius Islam Yang Menggemparkan Dunia Abdurrahman Farih Subhanallah! 5 Kanak Kanak Islam Ajaib Yang Pernah Menggemparkan Dunia
Di bumi Aljazair, ada anak genius yang berusia tiga tahun bernama Abdurrahman Farih mampu menghafal Al Quran hanya mendengar orang lain membaca Al Quran sejak ia masih di dalam kandungan ibunya.
4. Ali Yakubov
5 Anak Ajaib Dan genius Islam Yang Menggemparkan Dunia Ali Yakubov Subhanallah! 5 Kanak Kanak Islam Ajaib Yang Pernah Menggemparkan Dunia
Di Rusia kemunculan ayat-ayat ‘Al Quran” di sekitar tubuh bayi yang berusia sembilan bulan bernama Ali Yakubov, telah membuat 2000 orang Muslim dari kawasan utara Rusia mendatangi untuk melihatnya.
5. Syarifuddin Khalifah
5 Anak Ajaib Dan genius Islam Yang Menggemparkan Dunia Syarifuddin Khalifah Subhanallah! 5 Kanak Kanak Islam Ajaib Yang Pernah Menggemparkan Dunia
Syarifuddin Khalifah, seorang anak ajaib, lahir di Arusha, di bahagian utara Tanzania (sebuah negara di Afrika Timur) pada usia satu setengah tahun sudah mampu menghafal Al-Quran dan juga mampu mendirikan solat lima waktu. Apa yang lebih mengejutkan apabila dia bukanlah seorang anak dari ibubapa yang beragama Islam. Beliau telah mengislamkan lebih dari ribuan orang.
Subhanallah
sumber : fuh.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...