PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Sunday, September 22, 2013

KELEBIHAN AIR

Air mempunyai formula kimia H2O, bermakna bahawa satu molekul air terbina daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Ia boleh digambarkan secara ionik sebagai HOH, dengan satu ion Hidrogen (H+) yang terikat kepada ion Hidroksida (OH-). Ia berada didalam keseimbangan dinamik di antara cecair dan wap yang berada pada suhu dan tekanan piawai. Pada suhu bilik, ia adalah cecair yang sangat jernih, tawar, dan tak berbau. Air juga dirujuk di dalam sains sebagai pelarut universal dan hanyalah satu bahan yang dijumpai tulen secara semulajadi dalam ketiga-tiga keadaan jirim.

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia. Kepentingan air sama seperti oksigen. Air adalah elemen penting demi kelangsungan hidup manusia, jika manusia tidak minum air selama seminggu, manusia boleh mengalami kegagalan serius organ dalaman dan menyebabkan kematian. Di dalam Al-Quran, terdapat banyak ayat menceritakan kepentingan air untuk manusia dan segala kehidupan di muka bumi. Allah berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat 30: "Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup."

Air membentuk 55 hingga 57 peratus berat badan kita dan memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh. Pengambilan air dalam jumlah mencukupi amat penting untuk tubuh menjalankan fungsi dengan sempurna. Air mustahak untuk melarutkan sisa metabolisma seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke ginjal. Oleh kerana itu, air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan daripada tubuh. Kekurangannya 'memaksa', ginjal bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh menyebabkan ginjal rosak.

Lebih 70 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Jika air di dalam tubuh bersih dan suci, sel tubuh lebih sihat dan kuat. Pengambilan air bersih dan mencukupi boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel badan menjadi tidak normal dan tidak sihat.

Rahsia keindahan kristal molekul air, Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun mendedikasi hidupnya mengkaji perubahan bentuk kristal molekul air  yang didedahkan kepada pengaruh positif dan negatif. Beliau mendapati, apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan positif, air membentuk molekul kristal indah. Dalam satu eksperimen, air yang didedahkan kepada doa agama Shinto dibekukan, didapati mempunyai molekul bentuk kristal bersegi enam yang indah. Eksperimen diulang dengan perkataan Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun) dibacakan di depan botol air. Hasilnya, terbentuk kristal molekul sangat indah. Keputusan sama berlaku apabila air dihadapkan tulisan huruf Jepun, "Arigato".

Dr. Masaru turut mendedahkan air kepada bacaan doa mengikut agama Islam. Hasilnya? kristal molekul air membentuk kristal indah segi enam lima cabang daun berkilau indah. Beliau menggunakan air zam-zam dan mendapati ia terdiri daripada kristal molekul air bercabang dan berkilauan. Itulah kuasa Allah. Eksperimen turut mendedahkan pengaruh negatif kepada air. Apabila air didedahkan kepada perkataan syaitan dan muzik heavy metal, didapati kristal molekul air tidak mempunyai bentuk dan kelihatan hancur dan buruk. Ternyata, air boleh 'mendengar, membaca dan memahami' kata dan doa.

Dalam perubatan Islam, penggunaan air penawar dalam rawatan adalah satu aspek penting untuk diamalkan pesakit. Air penawar biasanya dibacakan Surah al-Fatihah atau ayat suci al-Quran yang berkaitan dengan penyakit dialami pesakit. Selepas pesakit membaca ayat al-Quran, mereka dikehendaki membaca doa memohon kepada Allah untuk penyembuhan dan doa ini turut dibacakan ke air penawar.

Teori Dr. Masaru Emoto mengenai perubahan kristal molekul air boleh menerangkan kemujaraban air penawar yang didedahkan kepada bacaan ayat suci al-Quran. Pembacaan ayat suci al-Quran ke atas air penawar menyebabkan kristal molekul air penawar berubah kepada bentuk kristal indah dan memberi kesan positif kepada peminumnya.

Rahsia air zam-zam Rahsia kehebatan air zam-zam terserlah apabila rahsia Kaabah disingkap. Di bawah empat penjuru (empat segi) bentuk Kaabah terkandung rahsia air bersifat alkali. Air zam-zam, merakam segala niat jemaah secara gema gelombang, penyerahan harus diniatkan dengan baik seperti memohon keampunan, murah rezeki, penyembuhan penyakit, keinsafan dan sebagainya.

Setelah seseorang itu melakukan tawaf tujuh kali pusingan, di situ berlaku resonan (pusingan dengan geseran sesama manusia) memberikan kesan positif terhadap tubuh badan setiap Muslim yang melakukan ibadah tawaf. Jemaah akan terasa begitu hening, tenang dan lapang. Segala doa dari para ribuan jemaah setiap hari yang mengelilingi Kaabah semasa melakukan ibadah tawaf dilakukan hampir 24 jam tanpa henti kecuali waktu solat fardu dan segala ibadah lain seperti solat dan membaca kitab Al Quran dirakamkan oleh molekul air zam-zam. Ini membentuk keindahan dan pesona kristal molekul air zam-zam bila kita bandingkan dengan kristal molekul air lain.

Air penawar dalam perubatan Islam menggunakan air sebagai satu elemen penting dalam perubatan Islam. Allah menceritakan perihal penggunaan ayat sebagai ubat penawar manusia. Firman Allah dalam Surah al-Israa' ayat 82: "Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadaNya".

Dan dalam Surah Fussilat ayat 44: "Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk & penawar bagi orang yang beriman".
 
 http://myblogsantai.blogspot.com/utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...