Cerun landai - kegagalan cerun rendah |
Cerun curam - kegagalan cerun tinggi. |
1. Jenis cerun.
- Cerun landai kegagalan cerun pelahan manakala cerun curam kegagalan cerun akan lebih cepat.
2. Jenis batuan.
- Batuan keras ( batuan granit dan metamorfosis) proses kegagalan cerun akan lebih lambat.
- Batuan lembut ( batuan enapan) proses kegagalan cerun menjadi lebih cepat bertindak.
Tumbuhan dapat melindungi kegagalan cerun di cerun |
3. Liputan Tumbuhan.
- Litupan tumbuhan yang menutup tanah dari tindakan luluhawa dan hakisan boleh memgurangkan kesan kegagalan cerun berbanding
- kawasan cerun yang terdedah kepada tindakan luluhawa dan hakisan yang boleh membantu proses kegagalan cerun yang lebih giat.
4. Hujan yang lebat dan pencairan salji
- Hujan tahunan yang lebat ( melebihi 2000 mm ), terutama di kawasan tropika lembap menggalakkan berlakunya pergerakan jisim / kegagalan cerun.
- Air hujan yang menyerap ke dalam tanah akan menjadi agen pelincir dan pemberat. Air dalam tanah memudahkan pergerakan tanah kerana fungsinya sebagai pelincir manakala tanah yang basah menjadi lebih berat dan mudah bergerak bebanding tanah yang kering. Hujan apabila bercampur dengan tanah akan menghasilkan aliran lumpur.
- Di kawasan sederhana dunia, apabila salji mencair tanah di bahagian atas akan bergerak ke bawah cerun dalam bentuk gelangsar kerana tanah tersebut menjadi licin.
5. Kegiatan luluhawa.
- Di kawasan tropika lembap luluhawa dalaman berlaku dengan giat dan jauh ke dalam bumi ( melebihi 30 meter ). Luluhawa dalaman terutama di cerun akan menghasilkan lapisan regolit yang tebal dan longgar. Regolit tebal dan longgar ini mudah untuk bergerak akibat tarikan graviti. Ini akan meningkatkan proses kegagalan cerun dengan bantuan luluhawa mekanika dan kimia.
Letusan Gunung Berapi menyebabkan tebing cerun runtuh. |
6. Letusan gunung berapi dan gempa
bumi.
- Berupaya untuk membentuk gegaran yang kuat ke atas cerun. Gegaran ini menjadikan tanah di kawasan cerun longgar ,tidak stabil dan seterusnya mudah untuk runtuh. Proses ini dinamakan sebagai kegagalan cerun mendadak / sangat cepat.
Faktor aktiviti manusia
1. Penebangan / kegiatan pembalakan di cerun.
- Akar tumbuhan berfungsi untuk memegang dan mencengkam tanah di cerun. Ketiadaan tumbuhan menyebabkan tanah di cerun tidak stabil dan mudah runtuh. Jadi aktiviti pembalakan dan penyahutanan boleh mempercepatkan proses kegagalan cerun terutama cerun di tebing yang curam.
2. Pertanian.
- Pertanian tanpa teres akan mengurangkan kestabilan cerun. Pertanian melibatkan aktiviti penebangan tumbuhan asal di sesuatu kawasan. Ketiadaan tumbuhan mengurangkan cengkaman akar yang memegang dan mencengkam tanah di cerun. Aktiviti pembajakan tanah terutama dilereng-lerang gunung menjadikan struktur tanah menjadi longgar dan mudah untuk runtuh.
3. Perlombongan kuari.
- Kebiasaannya aktiviti perlombongan kuari melibatkan penggunaan bahan letupan dan kerja-kerja pengorekan tanah. Struktur tanah kawasan cerun menjadi longgar. Gegaran akibat penggunaan bahan letupan menyebabkan tanah dan batuan di cerun mudah pecah dan runtuh.
4. Pembinaan.
- Aktiviti pembinaan seperti pembinaan jalan raya, bangunan di cerun akan menlibatkan hutan asal kawasan tersebut ditebang. Penebangan hutan akan mendedahkan permukaan bumi kepada aktiviti luluhawa yang menyebabkan tanah di kawasan tersebut menjadi peroi, longgar dan tidak stabil. Tanah yang peroi, longgar dan tidak stabil mudah untuk jatuh sekiranya berlaku gegaran, hujan dan sebaginya.
- Begitu juga pembinaan bangunan-bangunan di cerun seperti pembinaan hotel, rumah kediaman dan sebagainya akan melibatkan kerja-kerja penggorekan, pengemburan tanah dan penebangan tumbuhan asal di kawasan tersebut. Permukaan bumi yang terdedah dan tanah yang longgar akan mempercepatkan proses kegagalan cerun.
5. Penternakan.
- Kegiatan penternakan binatang seperti lembu dan kambing secara intensif akan menyebabkan berlakunya ragutan agresif/berlebihan di kawasan cerun. Ini akan mendedahkan permukaan cerun kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan luluhawa. Rumput yang menjadi pemegang dan pencengkam tanah melalui peranan akarnya, akan hilang peranannya jika kegiatan penternakan intensif di kawasan berbukit. Ketiadaan rumput menyebabkan struktur tanah di cerun menjadi longgar, yang mana akan meningkatkan proses kegagalan cerun berlaku.
6. Pembinaan jalan raya / lebuh raya.
Pembinaan jalan raya melibatkan pembersihan tumbuhan asal |
- Melibatkan kerja-kerja pemotongan cerun atau susuh bukit menyebabkan kecerunan cerun bertambah. Cerun yang curam tidak stabil dan mudah runtuh. Ianya turut melibatkan penebangan tumbuhan asal kawasan tersebut menyebabkan permukaan bumi terdedah kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan luluhawa. Akar tumbuhan berperanan memegang dan mencengkam tanah daripada runtuh.
No comments:
Post a Comment