PENYELIDIKAN PRA-U 2011

SELAMAT DATANG. ANDA SEDANG MENGIKUTI BLOG PAGAR MUSEH

Friday, April 19, 2013

KULIAH 16 - KAITAN SISTEM HIDROLOGI DENGAN MANUSIA



Objektif P&P.
a)      Menjelaskan kepentingan air .
b)      Menjelaskan gangguan imbangan air terhadap aktiviti manusia.
c)      Menjelaskan penyesuaian manusia terhadap kurangan dan lebihan air




1.    Kepentingan Air

a.      Kegunaan Domestik
  • Keperluan seharian
  • Jabatan Bekalan Air JBA
  • Sesetengah negeri menswastakan pengurusan dan bekalan air seperti PUAS di Selangor
 
b.     Kegunaan Pertanian
  • Empangan membekalkan air ke kawasan pertanian khususnya padi sawah
  • Cth: Empangan MUDA (Kedah) dan Empangan KEMUBU (Kelantan)

c.      Kegunaan Industri
  • Bahan pencuci untuk pelbagai jenis industri & penyejukan enjin/generator
  • Bekalan air bersih beterusan misalnya dalam industri pemprosesan kertas dan petrolkimia

d.     Jalan air – sungai, tasik, laut.
     Feri  digunakan sebagai alat perhubungan menghubungkan antara Seberang Perai dengan Pulau Pinang.

 
                         e.    Empangan hidroelektrik.
                               Cth. Empangan Kenyir.  





 
2. Kesan Aktiviti Manusia Terhadap Kitar Hidrologi

Pembalakan dan penyahutanan
  • Pemusnahan secara besar-besaran menyebabkan proses transpirasi (perpeluhan) tumbuhan berkurangan dan ini mempengaruhi kelembapan udara sekitar.
  • Kitar hidrologi kekurangan air akibat aktiviti pemusnahan tumbuhan semula jadi.
 Urbanisasi (aktiviti pembandaran)
  • Penurapan bumi sama ada dengan tar, bitumen @ aspalt.
  • Liang-liang pori tanah akan tertutup
  • Air hujan banyak mengalir di permukaan sebagai larian air permukaan
Perindustrian
  • Perindustrian banyak membebaskan bahan pencemar ke udara yang bertindak sebagai nukleus higroskopik
  • Nukleus ini mampu bertindak menyerap wap-wap air dalam proses pemeluwapan untuk turun bersama-samanya sebagai hujan
  • Kawasan perindustrian kerap berlaku hujan
  • Kualiti kitar hidrologi tidak bersih kerana berlakunya hujan asid
Pembinaan Empangan
  • Mengurangkan kadar larian air permukaan kerana kawasan cerun bukit telah ditenggelami air menjadi sebuah tasik yang besar
  • Menambahkan kadar sejatan dari permukaan tasik
Penghutanan semula
  • Meningkatkan kadar perpeluhan seterusnya proses pemeluwapan dalam atmosfera
  • Pokok-pokok menjalankan fungsi pintasan untuk membantu proses susupan air ke dalam tanah seterusnya aliran air bawah tanah


3.   Gangguan imbangan air terhadap aktiviti manusia

i)     Kejadian Kemarau

Aktiviti manusia yang terganggu ialah:-
a) Pertanian
-   Kekurangan air/hujan  akan menyebabkan tanah pertanian kering dan merekah
-   Cuaca yang kering meningkatkan kehilangan air daripada permukaan tanah dan tumbuhan

b)  Masalah kebuluran dan kekurangan makanan
-   Akibat daripada pengeluaran hasil pertanian yang terjejas akibat kemarau seperti di negara Afrika ( Somalia dan Utopia)

c)   Krisis air
-       Berlaku di kawasan penduduk padat/bandar
-       Jumlah air di empangan sungai dan tasik surut
-       Catuan air dan bekalan air tidak berkualiti : masalah penyakit taun

d)  Sektor perikanan/akuakultur  
-       Bekalan air sukar didapati untuk kolam ikan


ii)   Kejadian banjir
-       Aktiviti manusia yang terganggu ialah:

a)    Pertanian
-      Tanaman rosak dan ternakan mati kerana di tenggelami air

b)        Perikanan
-            Kegiatan penangkapan ikan di laut terhenti kerana hujan lebat dan laut 
       bergelora pada musim tengkujuh

c)         Pengangkutan
-            Sistem perhubungan terputus kerana jalanraya di naiki air dan jambatan runtuh

d)        Rekreasi dan pelancongan
-            Kedatangan pelancong berkurangan kerana jalanraya dan lapangan terbang 
       ditutup – mobiliti pelancong terhad

e)        Perkhidmatan sosial
-            Bekalan air dan  letrik terganggu semasa banjir dan sekolah terpaksa ditutup


iii) Banjir Kilat
-            Aktiviti manusia yang tergganggu:

a)    Jaringan pengangkutan
-      Pergerakan penduduk bandar terganggu kerana struktur seperti jalanraya, 
       tempat letak kereta, laluan terowong (smart) di penuhi air banjir.

b)    Rekreasi pelancongan
-      Pusat-pusat pelancongan di bandar kurang dikunjungi kerana gangguan banjir 
       di kawasan tersebut
      
c)    Perkhidmatan Perniagaan
-      Bangunan kedai ditutup kerana barangan jualan rosak ditenggelami air.

d)    Perkhidmatan sosial
-      Infrastruktur awam mengalami kerosakan kesan daripada banjir
-      Kawasan taman perumahan yang buruk sistem peparitannya terjejas teruk 
       kerana banjir.

4.  Penyesuaian manusia terhadap kurangan air dan lebihan air
i)          Hujan tiruan
-            Mengadakan proses pembenihan awan di kawasan yang dikenalpasti untuk mengatasi masalah kurangan air/kemarau

ii)        Sistem pengairan
-            Membina rancangan pengairan pertanian, tali air dan terusan untuk mengawal bekalan 
       air yang berterusan untuk mengatasi masalah kurangan air/kemarau

iii)       Penghutanan
-            Jalankan program penanaman semula hutan untuk dikekalkan sebagai kawasan 
      tadahan air supaya lebihan air/kerpasan dapat meningkatkan kadar penyusupan air 
      dalam tanah

iv)      Penyahutanan
-      Aktiviti penebangan hutan secara haram dan tidak terkawal perlu dikurangkan 
       supaya proses sejatpeluhan tidak terganggu dan mengurangkan air larian permukaan.


KEMEROSOTAN KUALITI SUMBER AIR
  1. Konsep Kemerosotan Kualiti Sumber Air
Pencemaran terhadap sumber-sumber air iaitu sumber air bersih sama ada dari sungai, laut, 
tasik, kolam dan tankungan semula jadi, air bawah tanah, dan juga air hujan terceat atau 
kualitinya semakin rendah.

  1. Faktor-faktor Kualiti Sumber Air Merosot
Air sungai Keroh/ada daundan ranting kayu akibat pembangunan tanah
Pembangunan tanah
Pertanian, petempatan, pembandaran dan perindustrian yang melibatkan aktiviti pembalakan 
dan penyahutanan

Pembangunan pertanian
 Penggunaan racub serangga seperti DDT dan penggunaan 
 baja kimia


Sektor penternakan
Penyaliran najis haiwan ke sungai atau pembuanagan sisa-sisa haiwan yang disembelih atau yang mati ke sungai, tasik dan paya
Perindustrian mencemarkan sungai

Perindustrian
Pelepasan sisa kilang ke sungai tasik dan paya

Pelancongan
Pelepasan sisa kumbahan dari hotel, resort dan chalet ke laut menyebabkan pencemaran laut
Pembangunan sumber tenaga

Pembinaan Empangan.
Empangan hidroelektrik mencemarkan sungai dengan kelodak dan bahan ampaian

Perlombongan
Sisa perlombingan bijih timah, emas dan tembaga mencemarkan sungai dan tasik

Pengangkutan
Pembuangan enap cemar serta perlanggaran sehingga menyebabkan tumpahan minyak 
oleh kapal-kapal tangki ke laut

Proses pembandaran
Pertambahan penduduk di bandar menambahkan pembuangan sisa domestik seperti sampah 
sarap dan air kumbahan ke sungai

  1. Langkah-langkah Mengatasi Masalah Kemerosotan Kualiti Sumber Air
  • Langkah perundangan
  • Mengawal aktiviti pembalakan
  • Merawat air yang telah tercemar
  • Meningkatkan kerjasama serantau
  • Melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar
  • Kos rawatan yang tinggi mesti dikongsi bersama oleh kerajaan mahupun swasta

PEMBANDARAN DAN KESAN TERHADAP SISTEM HIDROLOGI
  1. Konsep Hidrologi Bandar
Satu edaran hidrologi tempatan yang melibatkan 3 medium penting iaitu atmosfera bandar,
dataran bandar dan juga sumber-sumber air di bandar

  1. Pembandaran dan Kesan Terhadap Kitaran Hidrologi
  • Pengurangan proses perpeluhan (transpirasi) pokok
  • Menghapuskan fungsi cegatan silara pokok (pintasan) tehadap hujan.
  • Kehilangan pintasan mendatar oleh akar-akar pokok terhadap pergarakan air permukaan
  1. Pembandaran dan Kesan Terhadap Kuantiti atau Isi Padu Air Sungai
  • Pertambahan kawasan permukaan tidak telap air & mengurangkan jumlah air yang menyusup ke dalam tanah
  • Kerja pembangunan tanah.-storan air rendah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...