PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Saturday, October 12, 2013

PEPERIKSAAN PERCUBAAN GEOGRAFI STPM PENGGAL SATU 942/1

BAHAGAIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL
[40 Markah]
Jawab semua soalan.

1
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan sistem suria?

[2]


…………………………………………………………………………
...………………………………………………………………………



(b)
Rajah 1 di bawah ini menunjukkan kedudukan Bumi semasa kejadian 
empat musim.









Rajah 1:  Pergerakan Bumi





Berdasarkan Rajah 1, nyatakan kejadian empat musim bagi kedudukan 
Bumi yang berikut:
        i.    Kedudukan Bumi bertanda I.     -  …………………………………………………..
      ii.    Kedudukan Bumi bertanda II.    - ……………………………………………………
    iii.    Kedudukan Bumi bertanda III.   - ..……………..……………………………………
     iv.    Kedudukan Bumi bertanda IV.   - .………………………………………………….

[4]

(c )
Huraikan dua kesan  putaran bumi atas paksinya.

[4]


……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
......…………………………………………………..……………………
……………………………………………………………………………



(d)
Jelaskan dua  kesan perubahan empat musim terhadap aktiviti manusia.

[4]


……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………


Jawab sama ada Soalan 2 atau Soalan 3

2
(a)
Berikan takrif ekuinoks.
     
[5]

 (b)

Jelaskan proses putaran Bumi dan peredaran Bumi yang berlaku dalam Sistem Bumi.

[8]

(c)
Huraikan kesan peredaran Bumi terhadap aktiviti ekonomi primer di kawasan sederhana  dunia.

[12]
3
(a).
Apakah yang dimaksudkan dengan solstis?

[ 5 ]

(b)
Berdasarkan suatu gambarajah, huraikan kejadian musim berlaku.

[10]

(c )
Bandingkan bagaimana kejadian musim mempengaruhi kegiatan pertanian di kawasan  tropika dan sederhana. 

[10]

BAHAGAIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL
[40 Markah]
Jawab semua soalan.

4
           (a)
Takrifkan maksud lebihan penduduk .

[2]

Rajah 1 di bawah menunjukkan Model Piramid Penduduk bagi negara Malaysia dan Singapura 
pada  tahun 2010.





(b)
Berdasarkan rajah di atas, namakan  bentuk  Piramid Penduduk bagi         [2]
Malaysia dan Singapura.



Malaysia    - …………………………………………………………………

Singapura  - …………………………………………………………………




(c)
Jelaskan  dua  ciri  bentuk  Model Piramid  Penduduk Malaysia               .[4]




………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………




(d)
Huraikan dua ciri bentuk Piramid Penduduk Singapura.                            [4]



………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………



(e)
Namakan tiga negara lain yang mempunyai model Piramid Penduduk        [3]
seperti Singapura.



……………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………


Jawab sama ada Soalan 5  atau Soalan  6.
5.    a. Apakah yang dimaksudkan dengan kuantiti dan kualiti penduduk? [5]
b.   Huraikan tiga langkah untuk meningkatkan kualiti penduduk sesebuah 
     negara.                                                                                      [10]
c.    Mengapakah kualiti penduduk penting dalam pembangunan sesebuah 
     negara.                                                                                      [10]

6.    Berdasarkan kepada sebuah negara di Asia Tenggara,
a.   Nyatakan sumber-sumber alam yang boleh diperbaharui dan tidak 
     boleh diperbaharui.                                                                    [5]
b.  Bezakan antara sumber alam yang boleh diperbaharui dan tidak boleh 
    diperbaharui.                                                                             [10]
c.   Cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk menjamin
     keberterusan sumber-sumber alam tersebut.                              [10]


PEPERIKSAAN PERCUBAAN GEOGRAFI STPM PENGGAL TIGA 942/3

Bahagian A : ALAM SEKITAR FIZIKAL
( 20 markah)

Jawab semua soalan.

1 (a).    Terangkan konsep ekologi.

            ……………………………………………………………………………………

            …………………………………………………………………………………[3]



   (b).    Rajah di bawah menunjukkan hubungan tumbuhan dan haiwan dalam 
             habitat tertentu.

Berdasarkan rajah di atas, senaraikan tumbuhan dan haiwan yang terdapat 
dalam habitat yang berikut,

(i)            Hutan Hujan Tropika.

…………………………………………………………………………………[2]


(ii)          Hutan Paya Bakau

...……………………………………………………………………………….[2]


  (c)    Jelaskan dua kepentingan ekologi kepada tumbuhan dan haiwan.   

………………………………………………………………………………….

.…………………………………………………………………………………

..………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………..[4]


2 (a)  Apakah yang dimaksudkan dengan interaksi antara sistem ?

………………………………………………………………………………

.……………………………………………………………………………..

          ...…………………………………………………………………………..[4]


    (b)  ‘Gangguan terhadap sistem ekologi akibat kebakaran hutan yang 
           membawa kesan kepada sistem atmosfera dan sistem geomorfologi.’ 
           Jelaskan pernyataan ini.

…………………………………………………………………………………

.………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………..

         ……………………………………………………………………………..[4]


   (c )  Huraikan dua langkah bukan perundangan yang boleh mengurangkan 
          gangguan terhadap sistem ekologi.

………………………………………………………………………………

..……………………………………………………………………………..

.……………………………………………………………………………..

         ...…………………………………………………………………………..[4]



Bahagian B : ALAM SEKITAR MANUSIA
[20 markah ]

Jawap semua soalan.


3.   Gambar di bawah berkaitan dengan kemerosotan kualiti alam sekitar.


(a)    Terangkan maksudkan kemerosotan kualiti alam sekitar.

……………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………

..…………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………..[4]


(b)    Jelaskan dua aktiviti manusia yang membawa kepada berlakunya 
        kemerosotan kualiti alam sekitar di atas.

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………..[4]


(c)    Huraikan dua kesan kemerosotan kualiti alam sekitar di atas kepada
        alam sekitar fizikal.
  
………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

……………….……………………………………………………………..

……………………………………………………………………………..[4]


4 (a)  Terangkan maksud pembangunan lestari.

         .……………………………………………………………………………

………………………………..…………………………………………..

………………………………..………………………………………..[3]


   (b)  Jelaskan dua langkah undang-undang yang merangkumi dasar-dasar 
          yang menggalakkan pembangunan lestari terhadap sumber semula jadi
          di Malaysia.

……………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………..[4]


   (c ) ‘ Sebenarnya pembangunan lestari masih lagi belum berjaya 
           sepenuhnya.’ Jelaskan penyataan ini.

…………………………………………………………………………

.………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………….[3]

Saturday, October 5, 2013

HUTANG DALAM MENGATASI MASALAH EKONOMI NEGARA


Tahun 2013 telah memasuki bulan October, sejumlah negara-negara di dunia masih terbelit hutang yang besar. Ada beberapa negara tersebut selama ini dikenali sebagai negara yang kaya raya. Negara-negara tersebut berpotensi mengalami krisis berpanjangan jika tak segera mengambil cara mengatasi keadaan di negaranya. Kebanyakkan krisis ini terhasil dari sikap pemimpin negara-negara berkenaan mengambil jalan mudah dalam melalui kesempitan ekonomi mereka.

Begitu juga negara Malaysia mengambil jalan berkenaan dalam mencapai aspirasi pimpinan untuk mengekalkan kekuasaan pemerintahan. Tanpa ada kajian mendalam terhadap natijahnya dan melihat kekayaan sumber alam negara yang boleh dimaju dan adaptasi dengan sumber penduduk yang ada. Tindakan pemimpin apabila kewangan kerajaan  tenat, mengambil langkah mudah iaitu meningkatkan hutan sehingga terkini dilapurkan dalam media masa telah bernilai RM 633.022 Bilion.

Perkara penting dalam menyelesaikan masalah hutang negara, pemimpin dan rakyat mestilah amanah dan tegas serta mengenepikan persoalan kepartian. Contoh boleh dilihat oleh masyarakat Jepun selain mempunyai rakyat yang rajin dan amanah, pemimpinnya juga seringkali meletak jawatan dalam mengambil tanggung jawab negara,  jika terbukti berlaku penyelewangan dalam pentadbirannya.

Tahap hutang negara yang tinggi untuk tempoh yang berterusan, sebenarnya boleh memberikan kesan ekonomi dan kewangan negara dalam tempoh jangka panjang. Keadaan ini akan bertambah buruk jika wang yang telah dipinjam dibazirkan untuk tujuan projek-projek mega yang sebenarnya tidak perlu pada masa sekarang, tetapi diperuntukkan semata-mata untuk “mengenyangkan” suku-sakat dan kroni.

Langkah terbaru kerajaan meningkatkan harga minyak dan GST merupakan langkah bijak untuk dimensi masa jangka pendek. Ini boleh meningkatkan pendapatan kerajaan sebagai langkah mengurangkan hutang.  Selain itu langkah dalam meningkatkan pendapatan rakyat dan mengkukuhkan harga komoditi utama negara juga perlu dalam menstabilkan pendapatan dan pembelanjaan rakyat.  

Menilik dari jumlah hutang, berikut 12 negara dengan jumlah hutang yang lebih besar dari Keluaran Domestik Negara Kasar (KDNK) negara tersebut, seperti dikutip majalah economist, (7/1/2013).

1. Yunani
Hutang negara US $ 404,21 bilion
Hutang per kapita US $ 35.738
Penduduk penduduk 11.300.382
Nisbah hutang kepada KDNK 158 peratus

2. Itali
Hutang negara US $ 2,473 trilion
Hutang per kapita US $ 40.580,44
Penduduk penduduk 61.004.016
Nisbah hutang kepada KDNK 120,7 peratus

3. U Kingdom
Hutang negara US $ 2,232 trilion
Hutang per kapita US $ 35.358,89
Penduduk penduduk 63.107.267
Nisbah hutang kepada KDNK 90,7 peratus

4. Perancis
Hutang negara US $ 2,337 trilion
Hutang per kapita US $ 36.731,54
Penduduk penduduk 63.605.928
Nisbah hutang kepada KDNK 89,9 peratus

5. Kanada
Hutang negara US $ 1,538 trilion
Hutang per kapita US $ 44.357,11
Penduduk penduduk 34.706.311
Nisbah hutang kepada KDNK 86,8 peratus

6. Jerman
Hutang negara US $ 2,795 trilion
Hutang per kapita US $ 34.224,83
Penduduk penduduk 81.700.573
Nisbah hutang kepada KDNK 82,8 peratus

7. Amerika Syarikat
Hutang negara US $ 11,605 trilion
Hutang per kapita US $ 36.921
Penduduk penduduk 314.347.814
Nisbah hutang kepada KDNK 74,2 peratus

8. Sepanyol
Hutang negara US $ 1,011 trilion
Hutang per kapita US $ 21.845,42
Penduduk penduduk 46.303.251
Nisbah hutang kepada KDNK 73,9 peratus

9. Brazil
Hutang negara US $ 1,355 trilion
Hutang per kapita US $ 6.962,21
Penduduk penduduk 194.736.338
Nisbah hutang kepada KDNK 54.4 peratus

10. India
Hutang negara US $ 1,005 trilion
Hutang per kapita US $ 824.72
Penduduk penduduk 1.220.344.262
Nisbah hutang kepada KDNK 49.9 peratus

11. Mexico
Hutang negara US $ 423,95 trilion
Hutang per kapita US $ 3.685,35
Penduduk penduduk 115.022.491
Nisbah hutang kepada KDNK 35,9 peratus

12. China

Hutang negara US $ 1,337 trilion
Hutang per kapita US $ 1.005,81
Penduduk penduduk 1.329.153.005
Nisbah hutang kepada KDNK 15.9 peratus

Analisa Ekonomi : pagarmuseh.blogspot.com

USA "SHUTDOWN" -KRONOLOGI

Masyarakat dunia tersentak dengan berita dari negara kuasa besar Amerika Syarikat. Tepat pada 1 Oktober 2013, pemerintahan Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Barack Obama `shutdown` alias lumpuh kerana tidak mempunyai bajet. Artinya, negara ini menutup seluruh perkhidmatan awam, kecuali sektor penting seperti kesihatan dan keselamatan. Sebanyak 800 ribu pekerja  perkhidmatan awam yang tidak sensitif, seperti muzium dan taman nasional harus rehat bekerja sejenak.
Dasar seperti ini berulang lagi setelah 17 tahun lalu kerajaan AS juga mengalami penutupan di era Bill Clinton. Obama mengaku tidak punya pilihan lain. Anjuran anggaran pendapatan dan belanja negara 2013-2014 yang didalamnya berisi penyerahan hutang, tak diluluskan Kongres dari kubu Republik. Inilah yang menjadi pencetus shutdown .
Kongres menolak untuk menyetujui peningkatan beban hutang, jika Obama masih mahu melaksanakan dasar belanjawan kesihatan untuk insurans semua warga atau yang disebut Obamacare. Kongres minta Obamacare ditunda setahun, namun pihak Senat yang didominasi Demokrat menolaknya. Kerana penolakan tersebut, pihak kongres menolak menyetujui penambahan  hutang kerajaan.
Tanpa persetujuan ini, berarti Amerika tak mempunyai wang untuk menggaji pekerja kerajaan. Sebab batas wang negara ini hanya sampai akhir September. Buat sementara waktu tanpa persetujuan kongres, perlembagaan Amerika tidak membenarkan Presiden Barrack Obama memutuskan dengan kuasa Presiden.
Bagaimana hal ini boleh terjadi, berikut adalah kronologi dari pelbagai sumber seperti New York Times, Associated Press dan lain-lain, Kamis (3/10/2013):

28 Ogos 2013
Ketua DPR, John A Boehner mengatakan Presiden Barack Obama harus bersiap-siap berkonfrontasi berkaitan siling hutang negara yang diajukan pemerintahannya. Di sisi lain, Obama berulang kali mengatakan tidak mempunyai rancangan untuk berunding dengan Kongres Parti Republik. Dia pun meminta masalah hutang ini diangkat tanpa tekanan politik.

30 Ogos
Pertemuan antara pembantu senior Rumah Putih dengan 8 senator Republik cuba untuk mencari jalan berkaitan pengurangan defisit guna mengelakkan krisis fiskal berakhir dengan tidak adanya kesepakatan.

11 September
Pemimpin Republik memberikan isyarat mereka akan menyokong peningkatan had hutang negara hanya jika Presiden Obama dan Demokrat dapat menunda perlaksanaan Program Kesihatan.

13 September
Ketua DPR John A Boehner berusaha perjanjian dengan para pemimpin Kongres Demokrat dan Republik untuk mencegah terjadinya penutupan pemerintahan pada 1 Oktober dan menaikkan siling hutang. Kubu Republik tetap kukuh meminta pemotongan bajet tanpa remeh-temeh dana bagi Pentagon dan veteran. Hal yang adalah hasil dari pemotongan anggaran  dana kesihatan cadangan Obama.

16 September
Majlis Ekonomi Negara, penasihat pemerintahan Obama, mengingatkan Kongres untuk menaikkan siling hutang agar tak membahayakan ekonomi yang masih rapuh.

17 September
Kongres mengeluarkan memo yang menyatakan dengan kemungkinan terjadinya `shutdown` dan gagal bayar hutang. Obama memberi amaran kepada Kongres keadaan boleh menjadi seperti mana keadaan ekonomi yang dibuat sejak 2008 jika tak segera menyelesaikan soal bajet.

26 September
Hambatan terbesar pembahasan bajet kerajaan berada pada tangan-tangan kader kecil dari Parti Republik, seperti senator Sen Ted Cruz, yang memberikan pidato selama 21 jam di hadapan Senat. Dia dikenal paling menentang anjuran anggaran Obama. Namun, Senat tetap menyetujui undang-undang untuk menjaga pemerintahan yang terbuka tanpa mengganggu bajet kesihatan Obama. Saat ini terbuka peluang untuk meneruskan pengesahan RUU oleh DPR.

27 September
Ahli Kongres Kubu Republik dan Demokrat terus berunding dengan agresif. Pimpinan kubu Republik cuba untuk mengalihkan sengketa anggaran dengan mempertikaikan kenaikan had pinjaman kerajaan. Republik mengatakan akan bersetuju meningkatkan had hutang untuk mencegah shutdown kerajaan hanya jika Demokrat menerima senarai keutamaan.

30 september
Ini menjadi saat kritis shutdown AS terjadi. Pada tarikh ini menjadi batas akhir Senat membincangkan bajet yang menjadi dana pembiayaan negara ini. Mesyuarat itu seharusnya memutuskan soal penambahan anggaran kecemasan untuk membiayai bajet kerajaan.
Hasilnya pun di luar dugaan. Kongres yang didominasi Republikan dan Senat yang didominasi Parti Demokrat pengusung Barack Obama menemui jalan buntu tentang pembahasan anggaran tersebut. 
Kubu Republik mensyaratkan penambahan anggaran baru dapat dilakukan jika terlebih dahulu dilakukan peninjauan ulang atas UU Kesihatan yang mendasari "Obamacare". Senat dari Kubu Demokrat telah empat kali menolak cadangan yang dipopularkan  Republik, termasuk usaha awal meluluskan program jaminan kesihatan. Pengarah Komunikasi White House, Jennifer Palmieri ketika berkata kepada MSNBC mengatakan di masa depan kerajaan terbuka terhadap semakan "Obamacare", tetapi bukan dalam kerangka rundingan untuk meluluskan bajet kerajaan .

1 Oktober
Kerajaan persekutuan Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Barack Obama akhirnya menutup pemerintahan pertama kalinya dalam hampir dua dekad ini kerana bajet belum diluluskan. Ini terjadi setelah rundingan antara Kongres kubu Republik dan Demokrat gagal memecahkan kebuntuan berkaitan bajet. Sebanyak 800 ribu pekerja negara ini menganggur kerana bekerja tanpa dibayar.
Penutupan masih berterusan tanpa adanya titik temu. Shutdown Amerika terakhir kali terjadi pada 1995-1996 saat pemerintahan dipimpin Bill Clinton dari Demokrat. Amerika harus menyelesaikan hal ini kerana negara ini juga mempunyai tarikh akhir bayar hutang pada 17 Oktober 2013. Jika pengajuan siling hutang itu ditolak, hutang-hutang Amerika akan digagal bayar alias default deft pada pertengahan Oktober 2013. 


Analisa Ekonomi USA:  pagarmuseh.blogspot.com 

Friday, October 4, 2013

NANO TEKNOLOGI ( TEKNOLOGI MOLEKUL) - SATU KEFAHAMAN ASAS

Molekul bahan
TAKRIFAN ASAS NANO TEKNOLOGI

Nanoteknologi adalah kejuruteraan sistem berfungsi pada skala molekul . Ini meliputi kedua-dua kerja dan konsep yang lebih maju semasa. Dalam erti kata asalnya, 'nano' merujuk kepada keupayaan yang diunjurkan untuk membina item dari bawah ke atas , dengan menggunakan teknik dan alat-alat yang maju pada hari ini untuk membuat, produk prestasi tinggi yang lengkap.


SEJARAH  NANO TEKNOLOGI
Sejarah Nanoteknologi melangkaui lewat abad ke-19 apabila sains koloid mula-mula berakar umbi. Walaupun tidak dirujuk sebagai "nanoteknologi" ketika itu, teknik-teknik yang sama masih diguna pakai pada hari ini untuk mensintesiskan banyak daripada bahan-bahan pada saiz nanometer.
Istilah "nanoteknologi" ditakrifkan buat pertama kali oleh  Norio Taniguchi, Profesor Universiti Sains Tokyo, pada tahun 1974 dalam kertas kerjanya, "Mengenai Konsep Asas 'Nano Teknologi'," sebagai berikut: "'Nano teknologi' terdiri terutamanya daripada pemprosesan bahan-bahan melalui pemisahan, penyatuan, dan pencacatan bentuk oleh sebiji atom atau sebiji molekul."
Processor Komputer
Nanoteknologi dan nano sains bermula pada awal 1980-an dengan dimajukan dua perkara: kelahiran sains kelompok dan penciptaan mikroskop penerowongan imbasan (scanning tunneling microscope - STM). Kemajuan ini mendorong kepada penemuan fuleren pada 1986  dan nano tiub karbon beberapa tahun kemudian.  Mikroskop daya atom dan mikroskop terowong imbasan merupakan dua versi pertama pengesan yang memperkenalkan nanoteknologi.
Nanoteknologi merupakan "industri nanotek yang dibina berasaskan penjualan tiub nano, wayar nano dan yang sepertinya" yang akan "berakhir dengan beberapa pembekal menjual barangan sampingan dengan jumlah yang banyak." Bahan yang bertambah secara nanoteknologi akan mengurangkan berat dan diikuti dengan bertambahnya kestabilan dan kegunaan.


Molekul Bahan Berenjin
PENGERTIAN NANO TEKNOLOGI
Nanoteknologi (juga dikenali dalam ringkasan sebagai nanotek) merupakan cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10−9 meter). Pada dasarnya, nanoteknologi ialah peluasan sains-sains yang sedia ada ke skala nano. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah bahawa semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan-bahan yang menarik serta penggunaan-penggunaan yang baru. Umpamanya, bahan-bahan yang legap menjadi lut sinar (tembaga); bahan-bahan yang stabil menjadi bahan boleh bakar (aluminium); pepejal menjadi cecair pada suhu bilik (emas); dan penebat  menjadi konduktor (silikon). Kejayaan-kejayaan cemerlang dalam nanoteknologi telah menghasilkan alat-alat solek dan losen-losen pelindung cahaya matahari yang lebih baik, serta seluar kalis air.
Struktur-struktur nano terdiri daripada tiga jenis, berdasarkan bilangan dimensinya:
satu dimensi: permukaan objek antara 0.1 dan 100 nm;
dua dimensi: nano tiub yang mempunyai diameter antara 0.1 dan 100 nm;
tiga dimensi: zarah dengan saiz antara 0.1 dan 100 nm.

Risiko nanoteknologi boleh diluaskan kepada tiga bahagian:
risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim nano
risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi nano lain)

risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri.


Thursday, October 3, 2013

Kisah Ilmuan Peluk Islam Setelah Mengetahui Bakteria Dalam Air Liur Anjing


Setelah Mengetahui Bakteria Dalam Air Liur Anjing, Seorang ilmuan besar yang mendalami bidang bakteria berkunjung ke Mesir untuk mensekolahkan anaknya dan dia sendiri memperolehi pekerjaan dalam bidangnya tersebut. Pada suatu hari dia membaca buku hadith yang berkaitan dengan masalah kesihatan. Tiba-tiba dia tidak percaya ketika membaca hadis Nabi saw,

“Jika seekor anjing menjilat perkakas rumah salah seorang di antara kamu, maka cucilah alat (tempat) itu tujuh kali, satu kali di antara yang tujuh itu dicampur dengan tanah ..”

Sejenak dia berdiam menatap hadis itu. Dalam dirinya mula timbul soalan-pert anyaan: Perintah mencuci tujuh kali itu memang perlu dilakukan, dan merupakan kewajipan, namun mengapa Nabi masih menyuruh membasuh tempat itu satu kali dengan tanah? Tidakkah dengan memakai air sahaja sudah cukup?

Soalan itu terus mengganggunya. Kemudian dia mengambil sebuah alat rumah dan membiarkannya dijilati anjing. Lalu mencucinya dengan air tujuh kali. Selepas itu ia teliti dengan menggunakan mikroskop, dan yang terlihat: Berjuta-juta bakteria masih melekat di tempat itu. Bermakna mencuci dengan air tidaklah cukup untuk menghilangkan bakteria atau kuman-kuman penyakit anjing yang melekat ditempat tersebut.

Sekarang dia cuba sekali lagi, mencuci tempat itu dengan debu tanah. Dan setelah diteliti, ternyata, kuman-kuman telah hilang seluruhnya.

Louis Pasteur
Soalan yang timbul dibenaknya sekarang: Siapa yang memberitahu hal ini kepada Muhammad? Padahal penemuan rahsia bakteria baru diketemukan oleh Louis Pasteur (27 Disember 1822 – 28 September 1895) ialah seorang ahli kimia berbangsa Perancis yang masyhur kerana kejayaan cemerlang beliau dalam mikrobiologi. Eksperimen-eksprimen beliau mengesahkan teori kuman penyakit, yang juga mengurangkan kematian akibat demam kelahiran anak. Selain itu beliau mencipta vaksin pertama untuk penyakit anjing gila. Beliau paling dikenali ramai kerana menunjukkan cara menghalang susu dan wain daripada menjadi masam - maka nama proses ini dinamakan pempasteuran. Beliau dianggap sebagai salah seorang daripada tiga orang pelopor bakteriologi, bersama dengan Ferdinand Cohn dan Robert Koch. Beliau juga melakukan banyak penemuan dalam bidang kimia, terutamanya ketidaksimetrian hablur.



Bukankah jauh sekali jarak antara Muhammad dengan Pasteur? Bermakna penemuan Pasteur hanyalah mengulang penemuan lama, di mana Muhammad telah mengetahui bahawa bakteria atau kuman penyakit itu ada pada anjing dan dapat dihilangkan hanya dengan menggunakan debu dan dibasuh dengan air enam kali. Siapa yang memberitahu hakikat ilmiah ini kepada Muhammad?

Subhanallah, Allah SWT lah yang memberi petunjuk kepada Nabi Muhammad SAW, segala hal yang bermanfaat bagi umatnya.

Dan akhirnya keyakinan ilmuan tersebut mengukuhkannya untuk masuk Islam bersama puterinya yang kala itu ikut bersamanya ke Kaherah.

Maha Suci Allah, yang atas kurnia dan rahmatNya terbukalah setiap jalan kebaikan ..

Wallahu a’lam bishawab

sumber: halimislam.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...