PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Thursday, July 5, 2012

KULIAH 3 PERTUMBUHAN PENDUDUK - TREND DN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI



1.3.1      Trend penduduk dunia

mengira kadar pertumbuhan tahunan penduduk dunia & Malaysia dengan formula

KONSEP KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK
Kadar pertumbuhan penduduk biasanya merujuk kepada satu angka yang dapat menunjukkan suatu arah pertambahan penduduk sama ada pesat, perlahan, statik, atau berkurangan di sesebuah negara pada satu tempoh tertentu.
Angka ini diukur dalam unit peratus atau per seribu orang. Misalnya kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia pada tahun 2000 adalah 2.53% per 1000 = 25 orang/1000 (Pertambahan seramai 25 orang bagi setiap 1000 orang penduduk).
Negara-negara sedang membangun yang lain mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi dalam setahun antaranya seperti India 2.4%, Brazil 3.0%, dan Thailand 3.1%. Kadar pertumbuhan penduduk dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
a.       pertumbuhan semula jadi atau kadar pertumbuhan kasar pertumbuhan bersih yang mengambil kira perbezaan nilai antara imigrasi dengan emigrasi.
b.      Pertumbuhan penduduk di sesebuah negara dikira dengan menggunakan  formula berikut:

Co ntoh pengiraan :-
Data:  Jumlah Penduduk Malaysia (2000) = 21 793 293 orang.  Bilangan kelahiran = 551 370 orang dan bilangan kematian = 114 414 orang.
 
Maka kadar pertumbuhan penduduk semula jadi di Malaysia pada tahun 2000 ialah = 2.01 %.
Nilai 2.01% merupakan kadar pertumbuhan kasar yang hanya mengambil kira pertumbuhan semula jadi sahaja. Kadar pertumbuhan bersih penduduk Malaysia pada tahun 2000 perlu mengambil kira nilai migrasi bersih yang dialami oleh Malaysia pada tahun tersebut.

Andaikan jumlah imigrasi ke Malaysia pada tahun 2000 ialah 20 000 orang
dan jumlah emigrasi dari Malaysia pada tahun berkenaan ialah 5000 orang.

Migrasi Bersih = migrasi masuk - mingrasi keluar
                     = 20 000 - 5000 = 15 000 orang.

 Maka kadar pertumbuhan penduduk bersih di Malaysia pada tahun 2000 = 2.07%

1.3.2      Faktor pertumbuhan penduduk

1.3.2.1    Proses pertumbuhan penduduk

1.                   Kadar pertumbuhan penduduk – angka yg menunjukkan arah pertumbuhan penduduk sama ada pesat, perlahan, statik atau berkurang dalam tempoh tertentu.

                     Trend Pertumbuhan Penduduk Malaysia
Tahun
Semenanjung
Malaysia
Sabah
Sarawak
Malaysia
Kadar pertumbuhan tahunan (%)
1911
2.34
0.22
0.30
2.86
              -
1921
2.91
0.26
0.35
3.52
2.1
1931
3.79
0.27
0.43
4.49
2.4
1947
4.91
0.32
0.55
5.78
1.6
1957
6.28
0.41
0.85
7.54
2.5
1970
8.81
0.65
0.98
10.44
2.5
1980
11.14
1.00
1.29
13.14
2.3
1991
14.76
1.86
1.71
18.33
2.6
2000
18.52
2.68
2.07
23.27
2.6
Sumber. Katiman Rostam (1984); Malaysia (2001).

2.       Pada kira-kira pertengahan kurun ke 19, Malaysia ada penduduk yang kecil sekitar 400 000 orang. Kadar pertumbuhan penduduk ketika itu amat perlahan kerana:
a.    taraf kesihatan rendah.
b.    kawalan penyakit tidak berkesan.
c.     keadaan politik yang kurang stabil.
d.    sistem ekonomi sara diri yang tidak mampu menampung penduduk yang ramai.
3.     Campur tangan  Inggeris di negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak selepas pertengahan kurun ke-19, penduduk Malaysia mula bertambah dengan  pesat.
Populasi Penduduk Malaysia Mengikut Kaum 2005,2007&2010
4.   Punca utama adalah perpindahan penduduk dari China, India dan pulau­-pulau yang berdekatan. Perpindahan ini berterusan sehingga tahun 1930-an apabila kerajaan mula menghadkannya melalui penguatkuasaan Akta Kawalan Kemasukan Penduduk.
5.   Sebelum dikawal, kadar pertumbuhan penduduk Cina dan India di Malaysia telah mencapai empat hingga enam peratus setahun, melebihi kadar pertumbuhan penduduk Melayu. Dari segi peratusan, penduduk Melayu semakin kecil, iaitu daripada 27.8 peratus pada tahun 1891 kepada 20.4 peratus pada tahun 1911 dan 17.5 peratus pada  tahun 1931.
6.     Pada tahun 1947 penduduk Cina di Semenanjung Tanah Melayu berjumlah seramai 1.9 juta orang atau 38 peratus, penduduk India 0.53 juta orang atau 11 peratus, dan Melayu 2.4 juta orang atau 50 peratus.
Populasi Penduduk Malaysia Mengikut Negeri 2010
 
1.3.2.2 Faktor mempengaruhi pertumbuhan penduduk

1.              Kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah dipengaruhi oleh taraf kesihatan baik, prasaran kesihatan cukup & sistem perubatan cekap.
2.                   Kesuburan meningkat – amalan kahwin muda.
3.                   Sumber makanan seimbang – revolusi hijau, tiada kebuluran, kurang kematian.
4.             Program perancangan keluarga – gagal di negara membangun kerana taraf pendidikan, budaya & adat.
5.                   Faktor sosial – pendidikan rendah.
6.                   Kestabilan politik – aman, tiada perang.
7.                   Dasar Kerajaan – Kempen 70 juta menjelang 2100, rebat cukai, cuti bersalin, rawatan percuma.
8.                   Kadar migrasi bersih – tinggi (PATI).
9.                   Agama – Islam (ramai umat), Cina (perlu anak lelaki sbg pewaris).

Trend Pertambahan Penduduk Bandar Di Malaysia

TELAGA ZAMZAM

sumber http://2.bp.blogspot.com/
Bekas Air Zamzam di Masjid Nabawi,Madinah.
Pengetahuan tentang telaga Zamzam dan airnya yang sering di bawa pulang dari Mekah oleh para jemaah yang menunaikan Haji dan Umrah hanya setakat tahu sunnahnya dan khasiat. Sesiapa yang pernah mengerjkan haji dan umrah akan dapat minum air zamzam percuma setiap waktu kerana ianya disedikan di dalam dan luar masjid Mekah dan Madinah, malah masjid-masjid lain pun terdapat.

Apa yang saya nak utarakan kali ini, adalah membincangkan air zamzam ini dari sudut geologi dan hidrologi. Para pelajar STPM yang mengambil  mata pelajaran geografi STPM sudah tentu memahami istilah geologi dan hidrologi. Ianya adalah tentang batuan dan air di kerak bumi.
Telaga yang asalnya kecil sahaja semasa Nabi Ismail a.s tetapi sekarang jadi besar dan mengeluarkan berjuta-juta liter sehari. Dari mana datangnya air ini di tengah2 padang pasir kontang itu dan air nya pulak diakui oleh saintis-saintis barat dan Jepun sebagai terbaik di dunia.

KUALITI AIR ZAM-ZAM
Kajian telah dilakukan bahawa Air Zamzam tiada warna dan bau, mempunyai rasa yang unik; pH adalah 7.9–8.0 (alkali). Sodium chloride (garam biasa) berlebihan dalam Zamzam – memberikan rasa sedikit payau. Zamzam sangat baik utk kesihatan – menyegarkan dan berikut merupakan kepekatan mineral yang terkandung dalam air zam-zam:
  • Sodium – 250 mg/l
  • Calcium -198 mg/l
  • Magnesium – 43.7 mg/l
  • Chloride – 335 mg/l
  • Sulfur – 370 mg/l
  • Iron – 0.15 mg/l
  • Manganese – 0.15 mg/l
  • Copper – 0.12 mg/l
  • (Analysis of a study conducted in the laboratory of the Department of Water and Waste Water Treatment, the Western Province, Saudi Arabia)

بسم الله الرحمن الرحيم
زمزم

Air Zam-Zam Adalah Berkhasiat, Berkat,Bersih dan Penawar Paling Mujarab Anugerah Allah Subhanahu Wataala.
عن أبي ذر ـ رضي الله عنه ـ قال: قال رسول الله ـ
صلى الله عليه وسلم ـ عن ماء زمزم:
  إنها مباركة ، إنها طعام Ø·ُعم 

[ رواه مسلم]


Sejarah

Umat Islam percaya telaga zam-zam ditemui oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud 'kepung air'. Ketika itu Mekah belum ada penduduk.

Datuk Nabi Muhamad s.a.w bernama Abdul Muttalib telah menjaga, mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah zaman pra Islam. Perkataan "zamzam" dipercayai berasal daripada ungkapan "zomk-zomk" bermakna "berhenti mengalir" - yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan keluar. Menurut hadis, Abu Tharr Al-Ghifari, sahabat Nabi Muhammad S.A.W, berkata semasa beliau mula-mula tiba di Mekah pada zaman permulaan Islam, beliau hidup dengan meminum air zamzam selama sebulan.

Semasa ibadah umrah dan haji, para jemaah telah meniru larian Siti Hajar dari Safa ke Marwa sebanyak 7 kali yang dikenali ebagai ibadah Sae'i. Air zamzam dapat mengubat penyakit mental. Jenazah yang meninggal dunia dimandikan dengan air zamzam. Jabatan Geologi Arab Saudi telah membuat kajian tentang cara pengurusan air zamzam dan menambah jumlah air bagi menampung keperluan jemaah semasa menunaikan haji, membawa balik untuk saudara-mara dan pelbagai tujuan lain. Kajian menunjukkan air zamzam mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, magnesium dan fluorida.


Dimensi dan Profil Geologi Telaga Zamzam

Bentuk Telaga Zam-zam dapat dilihat dibawah ini.

zam-zam.jpgTelaga zamzam  sekarang ini memiliki kedalaman sekitar 30.5 meter. Hingga kedalaman 13.5 meter teratas menembus lapisan alluvium Wadi Ibrahim. Lapisan ini merupakan lapisan pasir yang sangat berpori. Lapisan ini berisi batupasir hasil transportasi dari tempat lain. Mungkin masa dahulu ada lembah yang dialiri oleh sungai yang saat ini sudah kering. Ataupun merupakan dataran rendah hasil runtuhan atau penumpukan  batuan yang lebih tinggi topografinya.

Dibawah lapisan alluvial Wadi Ibrahim ini terdapat setengah meter (0.5 m) lapisan yang sangat telap air (permeable). Lapisan yang sangat telap air inilah yang merupakan tempat utama keluarnya air  Zam-zam. kabah21.jpgKedalaman 17 meter kebawah selanjutnya, telaga ini menembus lapisan  batuan pasir aluvium dan batuan keras Diorit yang merekah  yang memang agak jarang dijumpai di Asia Tenggara, tetapi sangat banyak dijumpai di Jazirah Arab. Pada bagian atas batuan ini dijumpai rekahan-rekahan yang juga memiliki kandungan air yang banyak dan cepat mengalir. Dulu ada yang menyatakan retakan ini menuju laut Merah. Tetapi tidak ada sebarang laporan geologi yang menjelaskan hal ini.

Dari kajian telaga ini mampu mengalirkan air sebanyak 8000 liter/sesaat selama tempoh 24 jam. Celah-celah atau rekahan ini salah satu yang mengeluarkan air cukup banyak. Ada celah (rekahan) yang memanjang kearah Hajar Aswad dengan panjang 75 cm dengan ketinggian 30 cm, juga beberapa celah kecil kearah Shaffa dan Marwa.  Kajian geologis mendapati celah telaga dibawah tempat Thawaf 1.56 m, jumlah kedalaman  dari bibir telaga 30 m, kedalaman air dari bibir telaga = 4 m, kedalaman mata air 13 m, Dari mata air sampai dasar telaga 17 m, dan diameter  telaga  antara 1.46 hingga 2.66 meter. Ujian pengeluaran air dengan menggunakan jentera pump moden berkuasa tinggi menunjukkan paras air surut dari paras 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit.

Air Hujan Sebagai Sumber Berkah.


cekungan-makah.jpg
Kota Makkah terletak di lembah, menurut SGS (Saudi Geological Survey) luas lembangan yang membekalkan air zamzam adalah 60 km2 saja, sudah tentunya logiknya tidak akan mampu membekalkan air sebegitu banyak sebagai kawasan tadahan hujan. Tambahan hujan yang jarang belaku di daerah sekitar Makkah. Lembangan Kota Mekah ini secara hidrologi hanyalah telaga biasa yang sangat kecil tetapi dapat menampung berjuta-juta jemaah dikala musim haji. Suhanallah. 

Gambar disebelah ini memperlihatkan lokasi telaga Zamzam yang terletak ditengah lembah yang memanjang. Masjidil haram berada di bagian tengah diantara bukit-bukit disekitarnya. Luas lembangannya yang hanya 60 Km persegi ini tentunya cukup kecil untuk menangkap air hujan yang sangat jarang terjadi di Makkah. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.  Menakjubkan juga dimana tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Model 3 dimensi dari reservoir Telga Zam-Zam. Dibuat oleh SGS (Saudi Geological Services)

Model dalam peta dari Akuifer Telaga Zam-Zam. Dibuat oleh SGS (Saudi Geological Services)

 Mengikut laporan Berita Harian, 2010
MAKKAH; Paras air di telaga zamzam di Masjidil Haram sudah meningkat, kata Timbalan Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram, Yousif Al-Wabil. Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana banyak telaga zamzam tidak lagi mengalirkan air ke telaga persendirian yang digali oleh orang awam.

Wednesday, July 4, 2012

KULIAH 3 -KONSEP GEOMORFOLOGI & STRUKTUR BUMI


KONSEP GEOMORFOLOGI

Geomorfologi merupakan satu bidang sains yang mengkaji tentang pembentukan bentuk bumi , proses-proses yang berkaitan dan perkembangannya.

PERKATAAN GEOMORFOLOGI BERASAL DARI BAHASA YUNANI
GEO (BUMI),MORPHE (BENTUK),LOGOS (KAJIAN). 
   INI APABILA DISAMBUNGKAN BERMAKSUD KAJIAN BENTUK BUMI
   IA MERUPAKAN SATU BIDANG SAINS BUMI YANG MENGKAJI INTERAKSI ANTARA
   PROSES, FAKTOR DAN BENTUK DI PERMUKAAN BUMI SECARA SAINTIFIK.

GEOMORFOLOGI BERKAIT RAPAT DENGAN DISIPLIN-DISIPLIN SAINS BUMI SEPERTI BIDANG FIZIK, MATEROLOGI, KIMIA, GEOLOGI, PEDOLOGI, BIOLOGI, DAN SEBAGAINYA.
         -  DISIPLIN-DISIPLIN SAINS BUMI

PROSES GEOMOFORLOGI
  IALAH SEMUA PROSES FIZIKAL, KIMIA, DAN BIOLOGI YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBENTUK, MEMPERKEMBANG, DAN MENGUBAH BENTUK MUKA BUMI ATAU PANDANG DARAT FIZIKAL SAMA ADA SECARA MAKRO ATAU MIKRO.

 PROSES ENDOGENIK
•    ADALAH PROSES YANG BERPUNCA DARI DALAM BUMI
•    MAMPU MENGHASIL BENTUK MUKA BUMI
            -  PERGERAKAN TEKTONIK
            -  LIPATAN KERAK BUMI
            -  GELINCIRAN
            -  GEMPA BUMI
            -  IGNEUS
            -  METAMORFOSISME

  PROSES EKSOGENIK
•   PROSES YANG BERLAKU DI LUAR BUMI ATAU DI PERMUKAAN BUMI
•   DAPAT MENGUKIR DAN MENGUBAH BENTUK MUKA BUMI
         -  LULUHAWA
         -  HAKISAN
         -  PENGANGKUTAN DAN PEMENDAPAN
         -  GERAKAN JISIM


   ASTENOSFERA
•   LAPISAN YANG PALING PENTING MEMPENGARUHI PERGERAKAN DALAMAN BUMI
•   ADALAH LAPISAN SEPARUH CAIR YANG BERADA DI MANTEL BUMI
•   TERDIRI DARIPADA CAIRAN BATUAN YANG AMAT PANAS YANG MENYEBABKAN WUJUDNYA TENAGA HABA YANG TINGGI SERTA ARUS-ARUS PEROLAKAN YANG BOLEH MENGGERAKKAN LAPISAN KERAK BUMI.KESANNYA WUJUD PROSES ENDOGENIK.


   PROSES OROGENESIS (PERLIPATAN)
   PROSES OROGENESIS ATAU PROSES PERLIPATAN KERAK BUMI YANG MENGHASILKAN BANJARAN GUNUNG LIPAT.PROSES INI BERPUNCA DARIPADA DAYA TOLAKAN YANG BERLAKU PADA ARAH YANG BERTENTANGAN YANG DI ALAMI OLEH KERAK BUMI
   AKIBAT DAYA TOLAKAN DI KIRI DAN KANAN MAKA LAPISAN KERAK BUMI AKAN TERLIPAT MEMBENTUK BANJARAN GUNUNG YANG DISELANGI DENGAN LURAH ATAU LEMBAH. MISALNYA SISTEM GUNUNG LIPAT TUA DAN SISTEM GUNUNG LIPAT MUDA.

    PEMBENTUKAN  GUNUNG LIPAT 
  1.  Apabila dua plat tektonik bergerak ke arah satu dengan yang lain dan bertembung, lapisan-lapisan batuan di kawasan pertemuan terlipat.
  2.  Lipatan ini membentuk gunung lipat.
  3.  Gunung lipat terdiri daripada gunung lipat tua dan gunung lipat muda.
  4.  Antara gunung-gunung lipat tua di dunia termasuklah Banjaran Appalachian ( Amerika Utara), Banjaran Ural ( Asia), Banjaran Penines (Britain), Banjaran Herz, dan Perisai Kanada.
  5.  Antara gunung-gunung lipat muda di dunia termasuklah Gunung Rocky, Gunung Andes, Gunung Alps( Switzerland), Gunung Himalaya dan Gunung Atlas ( Afrika).
  6.  Bahagian yang naik, antiklin (lintap mungkum) membentuk gunung manakala bahagian sinklin ( lintap lendut) membentuk lembangan.

   PROSES GELINCIRAN (SESARAN)
   PROSES GELINCIRAN ATAU SESARAN KERAK BUMI YANG MENGHASILKAN REKAHAN DI KERAK BUMI, LURAH GELINCIRAN SERTA GUNUNG BONGKAH.PROSES INI BERPUNCA DARIPADA DAYA HIMPITAN DAN TEGANGAN YANG DIALAMI OLEH KERAK BUMI.
   AKIBAT DAYA HIMPITAN DAN TEGANGAN INI MAKA ADA BLOK BUMI YANG TERANGKAT MEMBENTUK GUNUNG BONGKAH DAN ADA BLOK BUMI YANG JATUH MEMBENTUK LURAH GELINCIRAN.
  PERMUKAAN GUNUNG BONGKAH
   1.   Daya mampatan dan tegangan juga boleh menghasilkan rekahan atau gelinciran pada lapisan kerak bumi.
   2.   Rekahan atau sesaran yang berlaku menyebabkan sebahagian kerak bumi terjatuh dan menghasilkan lurah gelinciran.
   3.   Lurah gelinciran yang terbentuk di bawah paras mata air akan menghasilkan tasik lurah gelinciran seperti Tasek Albert, Tasik Tanganyika, Tasik Malawi, dan Tasik Rudolf di Afrika Timur.
   4.   Bahagian kerak bumi yang terangkat akan menghasilkan gunung bongkah (horst) seperti Gunung Hunsruck, Vosges dan Black Forest di kawasan Rhine Eropah.
   5.   Gunung bongkah mempunyai puncak yang hampir rata dan berceruh curam.
  

STRUKTUR BUMI
Terbahagi kepada tiga zon yang utama iaitu kerak bumi, mantel dan teras bumi.



Struktur Bumi Keratan Struktur Bumi

     Kerak bumi
  • merupakan lapisan luar bumi yang sangat keras dan pejal.
  • ketebalan berbeza-beza antara kawasan iaitu antara 5 km – 40 km.
  • terbahagi kepada dua bahagian iaitu sial dan sima.


    Mantel



     Teras Bumi

   - Terbahagi kepada dua bahagian iaitu teras luar dan teras dalam


  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...