PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, June 24, 2013

PEMBANGUNAN LESTARI @ MAMPAN

"Adunan pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah".

Pembangunan atau kemajuan membawa erti perubahan landskap negara kearah yang lebih maju dari segi pertempatan, perhubungan dan telekomunikasi, pembandaran, dan aktiviti ekonomi seperti dalam bidang pertanian, perlombongan, perindustrian, perniagaan dan perdagangan 


Pemuliharaan bermaksud membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus.


Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia.

Jadi, Pembangunan mampan atau pembangunan lestari merupakan pembangunan yang dijalankan secara terancang dan berterusan serta tidak menjejaskan keadaan alam sekitar, bukan sahaja untuk generasi semasa malah untuk generasi akan datang. Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan berterusan. Bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang.

Akta-akta berkaitan

1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
    - pencemaran udara (seksyen 20)
    - pencemaran bunyi bising (seksyen 23)
    - pencemaran tanah (seksyen 24)
    - pencemaran perairan daratan (seksyen 25)
    - pencemaran minyak (seksyen 29)

2.
Akta Perhutanan Negara 1984 - seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran     

    dalam hutan simpan.

3. Akta Kerajaan Tempatan 1976 - seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas 
    kilang yang mengeluarkan asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar.

4. Akta Taman Negara 1980 - menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan

5. Akta Perikanan 1985

Rumah berkonsep lestari


DEFINISI BANDAR RAYA LESTARI, menurut rumusan Persidangan URBAN 21 di Berlin, Jerman pada Julai 2000, merujuk kepada gagasan untuk meningkatkan kualiti hidup bandar, merangkumi komponen ekologi, budaya, politik, institusi, sosial dan ekonomi tanpa membebankan generasi akan datang.

Dengan kata lain, bandar raya lestari merangkumi pemantapan nilai, sifat, dinamisme, kemudahan dan prasarana lestari dari segi penggunaan sumber tenaga, bekalan air dan pelupusan sisa efisien, sistem pengangkutan canggih, rekabentuk bangunan dan prasarana mesra alam dengan dikelilingi kehijauan pelbagai flora dan fauna. Bandaraya lestari juga seharusnya ditunjuangi pelbagai aktiviti martabat tinggi dari segi keilmuan, penyegaran minda, penyuburan rohaniah, hubungan sosial dan kegiatan perdagangan.

Dari aspek pelestarian alam sekitar, proses perbandaran biasanya menghadapi enam cabaran utama, iaitu sistem pengangkutan, bekalan tenaga, pengurusan air sisa dan sisa pepejal, pengurusan sistem pemparitan dan saliran bandar, pemuliharaan kawasan hijau, riadah serta siar kaki, dan kemudahan infrastruktur. Masalah-masalah lain juga seringkali meruncing, seperti peluang pekerjaan, kepadatan penduduk, pembangunan industri, keselamatan dan zon pemisah antara bangunan.

Selain aspek fizikal dan ekosistem, sesebuah bandar raya lestari juga perlu mengekalkan ciri-ciri kemanusiaan, adat resam dan agama, khususnya dalam konteks pembangunan kemasyarakatan prihatin, dan nilai-nilai lain seperti rekabentuk dan senibina unik berlatar belakang ciri-ciri budaya tempatan.
Rumah yang mempunyai sistem pengudaran yang baik 

Kesemua unsur tersebut menjadi agenda penting dalam pembangunan bandar di serata dunia. Itulah yang mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari Alam Sekitar Sedunia 2006 dengan tema ”Urbanisme Baru” kerana lebih 70 peratus penduduk dunia tinggal di persekitaran bandar yang semakin sesak, kotor dan tercemar.

Dalam hal ini, ramai arkitek dan pensyarah insitutsi pengajian tinggi tempatan, termasuklah Universiti Teknologi Malaysia telah mengemukakan konsep lestari dan kaedah pembinaan rumah kediaman lebih selesa dan mampu milik yang tidak semestinya bersaiz besar. Apa yang penting keselesaan rumah dari segi pengudaraan, penjimatan tenaga tidak meningkatkan tahap kepanasan sekeliling. Selain itu, beberapa buah Pihak Berkuasa Tempatan telah memulakan inisiatif untuk menerapkan konsep bandar lestari dengan memberi keseimbangan antara faktor kemanusiaan, alam sekitar dan struktur bandar.

Gagasan bandar raya lestari telah mula dilaksanakan secara menyerluruh di Kyoto, Perth dan Stockholm. Pada hemat saya, gagasan bandar raya lestari sesuai bahkan perlu dilaksanakan, khususnya di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Bahru, Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Terengganu. Rasionalnya, bandar raya perlu berwajah baru dengan ciri-ciri Malaysia yang lebih lestari dan kontemporari. Selain itu, gagasan bandar raya lestari juga merangsang warga kota supaya turut berperanan aktif menghijau dan memulihkan persekitaran bandar dengan sikap dan amalan baru lebih mesra alam.

Semasa melancarkan pelan induk pengangkutan awam di Kuala Lumpur pada awal Januari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib telah mengingatkan semua pihak bahawa peratus penggunaan pengangkutan awam di kalangan warga kota masih kecil berbanding dengan kebanyakan bandar raya di negara maju. Warga Kuala Lumpur masih cenderung untuk menggunakan kenderaan sendiri ke tempat kerja atau berurusan di bandar raya. Banyak pihak memberi alasan tentang ketidakcekapan perkhidmatan dan rangkaian pengangkutan awam yang masih terhad.

Namun demikian, inisiatif perlulah dimulakan sekarang untuk meningkatkan lagi rangkaian sedia ada. Selain itu, orang ramai juga perlu didedahkan kepada konsep dan amalan lestari dari segi pengangkutan. Prinsipnya, semakin banyak kenderaan persendirian di pusat bandar maka semakin sesak jalan raya dan semakin banyak gas-gas cemar alam akan dibebaskan di ruang udara. Dalam hal ini, pengangkutan awam boleh mengurangkan impak alam sekitar tersebut sekali gus lebih menjimatkan pengguna.

Sistem perhubungan perlu di perbanyakkan dan ditingkatkan

Kesemua pelan induk perancangan bandar ini perlu dilaksanakan segera dan sebaiknya sebelum keadaan bandar raya menjadi lebih parah. Dan yang lebih penting warga kota perlu dididik supaya sama-sama memahami dan menghayati minda dan cara hidup lestari. Hakikatnya warga kota merupakan asas kewujudan sesebuah bandara raya lestari, bukannya tembuk, bangunan konkrit, jaringan LRT atau jalan raya bertol. Fokus bandar raya lestari ialah manusia dan kemanusiaan, bukan sistem atau bahan binaan. Alat perhubungan yang tidak mengeluarkan asap dan selamat perlu diperbanyakkan dan dipertingkatkan meliputi bandar-bandar besar di seluruh negara.



Tuesday, June 18, 2013

KELEBIHAN DAGING KAMBING






















































Kambing dipelihara di seluruh Malaysia sebagai haiwan ternakan. Terdapat juga kambing yang tinggal di kawasan berbukit yang dikenali sebagai kambing gurun. Kambing gurun merupakan haiwan dilindungi.

Kambing merupakan haiwan pemakan daun atau maun. Makanan utama kambing adalah rumput, kekacang, daun-daun dan pucuk pokok. Seekor kambing dewasa memerlukan 4 - 5 kg rumput segar sehari. Penjagaan makanan yang betul perlulah diberikan, ia kerana kebanyakan penyakit yang menghidap pada kambing adalah berpunca daripada makanannya sendiri. Oleh yang demikian, pemberian makanan yang seimbang perlulah difahami agar kesihatan dan kecergasan kambing dapat sentiasa dikekalkan. Jenis-jenismakanan yang boleh diberikan perlulah dirujuk terlebih dahulu dengan penternak yang telah sedia ada. Ia kerana, makanan yang diberikan oleh setiap penternak dan kandang adalah berbeza.

Entah mengapa ramai kalangan kita memilih untuk menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian membawa kepada penyakit jantung. Sedangkan pada masa kini, kambing merangkumi 63 peratus daging yang dimakan di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di banyak negara Arab dan Afrika Utara, selain penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain. 


Di Barat pula, daging kambing makin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian yang menyatakan ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung. 
Kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn misalnya, turut mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.

KOMPOSISI KHASIAT
Kajian ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.
Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.
Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram). 
Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).
Selain itu, kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemaktak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok. 
Kebaikan lain yang menjadikan daging kambing sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia. 

BAIK UNTUK JANTUNG
Kajian klinikal oleh Universiti Harvard pula, mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain. 
Mereka turut mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurangkan keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik. 
Keburukan utama kolestrol tidak baik dalam darah ialah kemampuannya untuk melekat di dinding salur arteri dan menyebabkan plak yang menjadikan ruang salur darah sempit atau tersekat, yang seterusnya menyebabkan serangan jantung atau strok. 
Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat. 
Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES turut menggaris dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing. 
"Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka. 

SUSU BERKHASIAT
Semua kelebihan daging kambing dari segi kesihatan itu turut diakui oleh penyelidik dari Jabatan Pertanian Universiti Bab*****, Nigeria. 
Malah, kumpulan penyelidik itu menekankan kepentingan nilai nutrisi kambing dalam aspek pengurusan kesihatan manusia sebagaimana yang dilaporkan menerusi artikel mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Pertanian dan Kajihayat Amerika Utara. 
Antara lain, artikel itu menyebut bahawa di Okinawa Jepun misalnya, ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan. 
Ia turut membincangkan kepentingan susu kambing yang mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak yang lebih kecil dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu. 
"Sifat itu membolehkan susu kambing digunakan untuk merawat masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik dan sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi," tambah laporan itu.
Selain itu, mereka mendapati kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.
Artikel itu turut menjelaskan kebaikan susu kambing untuk kesihatan kulit, khususnya untuk membantu merawat penderita masalah seperti psoriasis, ek zema atau jerawat.
" Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit," lapornya. 

POTENSI PENTERNAKAN
Memandangkan terdapat banyak bukti saintifik berkaitan khasiat dan kebaikan daging serta susu kambing yang semakin diketahui ramai, maka tidak mustahil permintaan bekalan global akan melonjak naik dalam waktu terdekat. 
Malaysia dilihat amat berpotensi untuk muncul sebagai pengeluar kambing bagi memenuhi permintaan itu berdasarkan kesesuaian keadaan iklim negara yang panas dan lembab sepanjang tahun. 
Penternakan kambing meskipun dimulai secara kecil-kecilan tetap mampu mencapai kejayaan yang tinggi memandangkan kambing matang dengan cepat dan membiak seawal usia lapan bulan. 
Lagipun, pemakanan kambing tidak cerewet dan boleh dibiarkan bebas meragut rumput dan tumbuhan renek belukar di kawasan kampung selain najisnya yang lebih kecil dan tidak sebusuk najis lembu.
Walaupun satu ketika dulu, penternakan kambing di Malaysia lebih sinonim dengan kaum India yang memang gemarkan sajian kambing terutamanya masalla, trend itu mula berubah kebelakangan ini. 


Kini, semakin ramai pengusaha muda Melayu termasuk lepasan ijazah yang menjadikan kambing sebagai sumber rezeki khususnya bagi memenuhi permintaan untuk majlis akikah dan Hari Raya Aidiladha. 
Tambahan pula, kerajaan telah banyak mengadakan pelbagai galakan untuk pengusaha muda membangunkan diri menjadi usahawan kambing yang berjaya sekaligus memajukan industri penternakan kambing untuk membantu menjana ekonomi kawasan luar bandar. I
ni sekaligus menggalakkan percambahan ladang penternakan dari pelbagai baka dan hibrid kambing, menyediakan pelbagai peluang kerja kepada anak muda dan membantu menjana ekonomi luar bandar tanpa banyak risiko.

Thursday, June 13, 2013

PEDOMAN UNTUK DIHAYATI OLEH ANAK-ANAKKU



Wahai anakku...
Engkau boleh beli rumah yang besar, tetapi kamu tidak boleh membeli kebahagiaan. Engkau boleh membeli tilam yang tebal, tetapi kamu tidak boleh membeli nyenyaknya tidur. Engkau boleh membeli makanan yang sedap, tetapi kamu tidak boleh membeli selera untuk makan. Engkau boleh membayar pekerjamu, tetapi kamu tidak boleh membeli kasih sayang mereka.


Wahai anakku...
Andainya kamu merasa besar apa yang ada di dunia yang fana ini, sesungguhnya engkau telah tertipu dengan dunia. Dunia ini pernah menipu alim ulamak, sehingga rosaklah ilmu mereka. Ia pernah menipu pemimpin, sehingga mereka berperang kerananya. Ia juga pernah menipu sebahagian besar manusia, sehingga mereka dilekakan olehnya.



Wahai anakku...
Katakanlah kepada dunia... “Kalau kamu nak tipu, tipulah orang lain, jangan kamu tipu aku." Tetapi percayalah wahai anakku. Kamu tidak akan selamat dari tipudaya dunia melainkan kamu mengagungkan Allah, ikhlas dalam setiap amalanmu dan merasai dekatnya kematianmu.

Ingatilah Allah nescaya Allah akan ingat kepadamu. Kasihkan akan Rasulullah saw. nescaya  Rasulullah saw. akan kasihkanmu.  Salam sayang buat anak-anakku. Senyumlah kepada dunia nescaya dia akan senyum kepadamu. 

Insya Allah dari Abah / Gurumu

Wednesday, June 12, 2013

MERANTAU DI VEITNAM

SELAMAT MENIKMATI SEMULA BLOG INI.
HAMPIR DUA BULAN BLOG INI DICEROBOH.
SAYA TELAH MENGAMBIL BERBAGAI CARA UNTUK MEMULIHKAN BLOG
DAN SAYA TELAH BERJAYA.

HARI INI BERMULA PAPARAN BARU.

PROSES MEMBUAT MAKANAN TRADISIONAL DI VIETNAM

Membuat Kulit makanan untuk seolah kulit popia di Malaysia. Bahan-bahan yang dibungkus dalam kulitini seolah-olah popia.

Membuat kulit makanan macam kulit popia di Malaysia.

Kulit ini dijemur supaya kering dapat disimpan lama.


Pengisar batu untuk mengisar beras pulut menjadi tepung halus 


Alatan untuk memisahkan beras dari kulit beras ( padi )

Sunday, June 2, 2013

PERANAN HUTAN TANAH TINGGI



Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara Umum


Hutan tanah tinggi dari segi ekologinya, adalah kawasan yang berada pada ketinggian melebihi 300 meter dari aras laut. Secara fizikal, ia merupakan kawasan hutan ynag meliputi banjaran-banjaran. Kawasan Hutan Tanah Tinggi di negara kita adalah kurang 10% jumlah keluasan hutan berbanding Hutan Tanah Pamah Dipterokarp yang meliputi keluasan sebanyak 60%.
 
Tanah Tinggi di Semenanjung Malaysia



Tanah Tinggi Di Malaysia Timur

Profail hutannya lebih rendah, lebih rapat dengan komposisi spesies tumbuhan dan haiwan yang berbeza dibandingkan hutan tanah pamah. Kesemuanya ini dihubungkaitkan dengan keadaan alam sekitar yang lebih sejuk, lebih terdedah kepada tindakan alam dan keadaan tanah yang lebih curam. Disebabkan perbezaan ketara ini, hutan tanah tinggi boleh disifatkan sebagai suatu ekosistem yang agak unik bagi negara kita
Keratan Rentas Hutan Tanah Tinggi


Sebagai satu sumber semulajadi, hutan memainkan peranan penting kepada manusia, negara dan dunia amnya.  Kepentingan dan peranannya meliputi bidang yang luas yang mana ia mengandungi seribu satu macam khazanah yang tersimpan yang menyebabkan ianya lebih unik dan menarik. 

Diantara kepentingan hutan dan peranannya ialah:

a. mengekalkan kestabilan alam sekitar melalui keseimbangan suhu, gas-gas dan udara.
b. menjadi habitat kepada flora dan fauna
c. merupakan kawasan tadahan air
d. menjadikan kawasan untuk penyelidikkan, pendidikan dan rekreasi
e. menjadi sumber kayu dan bukan kayu (rotan,herba dan lain-lain) dan
f.  merupakan warisan dan kebudayaan untuk generasi masa depan.



Sumber Maklumat: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Saturday, June 1, 2013

KOMPONEN EKOSISTEM



 KOMPONEN EKOSISTEM





Komponen biotik



Konsep

Komponen biotik kepada hidupan yang terdapat di dalam sesebuah ekosistem. Susunan komponen biotik di dalam sesebuah ekosistem seperti berikut :-



A.     KOMPONEN PENGELUAR

      merujuk kepada tumbuhan yang terdapat dalam sesebuah ekosistem yang berupaya untuk membuat makanan sendiri melalui proses fotosentesis seperti tumbuhan, alga, plankton, lumut dan sebagainya.



B.      KOMPONEN PENGGUNA   

      merujuk kepada haiwan seperti serangga, burung, ikan, katak dan sebagainya yang  makan organisma pengeluar dan organisma pengguna lain untuk hidup.   Komponen pengena dalam sesebuah ekosistem dapat di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu :-



                    i.            Penguna primier ( herbivor )

-          Pengguna primier merujuk kepada pengguna herbivor yang  makan tumbuh-tumbuhan sahaja untuk hidup , bergerak dan membesar seperti belalang, ulat, pelanduk, ikan kecil, zooplankton dan sebagainya.



                  ii.            Penguna sekunder ( karnivor )

-          Pengguna sekunder merujuk kepada pengguna karnivor yang  makan organisma haiwan yang lain sahaja untuk hidup , bergerak dan membesar seperti   ikan besar, harimau,  singa, dan sebagainya.

  

                iii.            Penguna tertier ( omnivor )

-          Pengguna tertier merujuk kepada pengguna karnivor yang  makan

 tumbuh-tumbuhan dan haiwan untuk hidup , bergerak dan     membesar seperti  manusia.







C.      KOMPONEN PENGURAI

        Merujuk kepada organisma pengurai yang berfungsi menjalankan proses pereputan organisma yang telah mati kepada bentuk nutrient atau bahan kimia yang kemudiaannya dapat digunakan semula oleh pengeluar.  Contoh organisma pengurai ialah bakteria, kulat, protozoa dan sebagainya.

 

        

RANTAIAN DAN SIRATAN MAKANAN



Konsep Rantaian Makanan

Rantaian makanan merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dan beberapa sebatian jenis sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang aliran tersebut. Pemindahan/Aliran tenaga dalam konteks hubungan mangsa dengan pemangsa.





 Gambar rajah :  Rantaian makanan dalam ekosistem tasik





Konsep Siratan Makanan



Merupakan pemindahan tenaga secara bersilang/berjaring dan kompleks. Sesuatu organism itu boleh menjadi mangsa atau pemangsa bukan kepasa satu organism sahaja tetapi kepada banyak organism.




                                               Siratan / Jaringan Makanan



A.            EKOSISTEM TASIK 


PROSES PEMINDAHAN / ALIRAN TENAGA DALAM EKOSISTEM TASIK




Aliran Tenaga Dalam Siratan Makanan Ekosistem Tasik.



 

Aliran tenaga dalam siratan makanan tasik berkenaan berlaku seperti berikut:-

a)  Tenaga dari matahari terus ke tumbuhan hijau seperti lumut dan alga yang ada di permukaan tasik atau tebing tasik. Tumbuhan ini memperoses makanannya sendiri menerusi proses fotosintesis setelah memperolehi tenaga secara langsung dari matahari. Tumbuhan ini akan menyimpan tenaga kimia di dalam klorofiInya. Dalam konteks ini tumbuhan hijau bertindak sebagai pengeluar Justeru matahari berfungsi membekalkan tenaga asas kepada semua hidupan di dalam tasik tersebut.



b)  Tenaga kimia yang disimpan oleh tumbuhan hijau seperti lumut dan alga akan dipindahkan pula kepada hidupan zooplankton apabila hidupan tersebut memakan tumbuhan berkenaan. Pada aras trofik ini zooplankton bertindak sebagai pengguna primer.

c)  Tenaga kimia dalam zooplankton pula akan berpindah pengguna sekunder seperti ikan kecil dan cacing apabila haiwan tersebut memakan zooplankton. Tenaga kimia yang dipindahkan  diguna untuk tumbesaran, bergerak dan membiak.

d)  Seterusnya tenaga kimia di dalam pengguna sekunder akan dialirkan/berpindah pula ke pengguna tertier seperti ikan yang lebih besar apabila ikan tersebut memakan ikan kecil dan cacing untuk bergerak, membesar dan membiak.

e)  Akhirnya tenaga akan berpindah kepada penghurai yang terdiri daripada bacteria dan fungi apabila ia menghurai segala pengeluar dan pengguna yang mati dan reput. Bahan organic yang mati dan reput akan meningkatkan kadar nutrient dalam tasik yang seterusnya digunakan kembali oleh tumbuhan hijau untuk tumbuhbesaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...