TEMA 1- PENDUDUK [GEOGRAFI KERTAS 2]
SOALAN 1 & SKEMA JAWAPAN
a). Susunkan secara herarki dari tertinggi ke terendah, tiga buah
negara Asia yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai. [3]
Susunan Negara Markah
1.
China 1
2.
India 1
3.
Indonesia 1 [ MAX 3 ]
b). Jelaskan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk yang pesat di
sesetengah negara Asia [12]
Sebab-sebab berlakunya pertumbuhan
penduduk yang pesat:
1. Peningkatan
kemudahan kesihatan (hospital/klinik) , sistem dan peralatan perubatan moden serta doktor. Menyebabkan kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian bayi menurun - pelbagai penyakit di
peringkat bayi dapat diubati seperti hepatitis B. [2]
2. Kegagalan/kurang
berkesan program perancangan keluarga, untuk menjarakkan
kelahiran - akibat halangan agama, adat dan status quo serta
taraf pendidikan yang rendah di sesetangah masyarakat.
Kesannya kadar kelahiran sukar dikawal. [2]
3. Kahwin awal.
Perkahwinan pada usia muds meningkatkan kadar fertiliti.
Tahap kesuburan wanita ialah antara umur (15 - 45 tahun). Amalan kahwin awal, kecenderungan untuk kelahiran bertambah
sebelum tamat kesuburan. [2]
4. Keperluan
buruh/tenaga, manusia. Di sesetangah negara seperti India tenaga buruh untuk
sektor pertanian datangnya daripada ahli keluarga.
Anak yang ramai menyebabkan kos buruh menjadi lebih
murah. Kelahiran meningkat sebagai persediaan buruh mass hadapan. [2]
5. Kualiti
hidup penduduk disesetengah negara meningkat. Pendapatan
perkapita meningkat mampu untuk menyara keluarga yang
ramai. Amalan pemakanan berzat/seimbang dan penjagaan kesihatan yang balk
meningkatkan jangka hayat. [2]
6. Kestabilan
politik dan ekonomi dalam jangkamasa panjang. Membolehkan dasar pembangunan kependudukan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Galakan kelahiran perlu untuk menambahkan
tenaga kerja, memperluaskan pasaran, pertahanan d1l, Contoh Dasar 70 juta
penduduk di Malaysia. [2]
Pemarkahan: 6 Isi x 2 markah = 12 Markah [ MAX 12 ]
c). Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan fenomena
lebihan penduduk di Negara-negara Asia [10
]
1.
Perancangan keluarga [2]
o
Penggunaan pil perancang
keluarga dan kondom untuk menjarakkan kelahiran.
o
Teknik AUD (ikatan rahim).
o
Pengguguran
o
Kaunseling keluarga dil untuk
mengurangkan kadar kelahiran - mampu milik.
2.
Melaksanakan dasar/polisi saiz keluarga kecil [2]
o Setiap keluarga tidak dibenarkan memiliki anak yang ramai
seperti di China "satu keluarga satu
anak" .
o
Keistimewaan seperti biasiswa, buku teks dll. kemudahan
percuma akan ditarik balik jika memiliki anak
yang ramai melebihi had yang dibenarkan.
3.
Langkah perundangan
seperti menaikkan had umur boleh
kahwin [2]
o
Melewatkan had umur boleh
kahwin- Misalnya dari umur belasan tahun
kepada awal/pertengahan 20-an.
o
Tujuannya untuk mengurangkan kadar fertiliti/kemampuan
wanita melahirkan anak.
4.
Meningkatkan kerjaya wanita [2]
o
Taraf pendidikan wanita
ditingkatkan hingga ke PhD- menyebabkan mereka kahwin lambat,
o
Meramaikan wanita berkerjaya
tinggi supaya tempoh perkahwinan boleh dilambatkan.
o
Tumpuan
kepada kerjaya - saiz keluarga biasanya kecil.
5.
Memajukan sektor
ekonomi moden. [2]
o
Sektor moden
seperti perindustrian dan perkhidmatan perlu dipelbagaikan bagi mencipta
peluang pekerjaan yang lebih luas.
o
Pertumbuhan penduduk boleh
ditampung dengan peluang kerja yang ada
untuk mengelakkan berlakunya masalah lebihan penduduk seperti
pengganguran.
6.
Pendidikan dan kempen. [2]
o
Kefahaman
mengenai kawalan kelahiran perlu disebarluaskan kepada penduduk khususnya di
luar bandar
menerusi pendidikan dan kempen.
o
Kerjasama
antara agensi kerajaan dengan pihak swasta dan NGO
berkaitan dengan kesihatan keluarga, pendidikan seks dll.
o
Kempen berterusan melalui media
massa - media cetak dan elektro'nik kepada penduduk. [ 5 isi x 2M = 10 m ]
SOALAN 2 DAN SKEMA JAWAPAN
Rajah I di bawah menunjukkan Model Peralihan Demografi.
Rajah I di bawah menunjukkan Model Peralihan Demografi.
Berdasarkan
model demografi di atas,
a).
Kenalpasti sebuah negara mass kini yang berada di tahap 1, 2, 3 dan 4. [ 4 ]
Skema Jawapan
Tahap Negara
1. Negara mundur: Kenya, Ethopia
(Sudan), Angola, Swaziland, Afghannistan. [1]
2. Negara
Sedang membangun : Malaysia, Vietnam, Thailand, Kemboja, Filipina, [1]
Indonesia, Brunai, Brazil,
Argentina, Uruguay, Paraguay dlI
3. Negara perindustrian baru (NIC): Korea,
Taiwan, Singapara, China, Australia,
[1]
New Zealand dll
4 Negara
maju: Jepun, Jerman, Perancis, USA, Kanada, ltali dan England. [1]
b) Huraikan ciri kependudukan bagi
setiap tahap dalam model peralihan demografi berkenaan. [
8 ]
1. Peringkat 1. Tahap awal: Negara Mundur. [2]
o Peringkat
ini menunjukkan Kadar Kelahiran dan Kadar Kematian adalah tinggi yang
menyebabkan kadar pertumbuhan semulajadi penduduk adalah rendah.
o Berlaku
naik-turun dalam pertumbuhan semulajadi penduduk
sejajar dengan kenaikan dan penurunan dalam kadar kelahiran serta kadar
kematian.
o
Kadar
kelahiran tinggi disebabkan oleh ketiadaan perancangan keluarga, keperluan
kepada buruh manusia untuk sektor pertanian.
o
Manakala kadar kematian tinggi
disebabkan oleh taraf kesihatan yang rendah,
ancaman wabak penyakit, kebuluran serta masalah peperangan.
o
Pada tempoh
tersebut sesebuah negara im berada ditahap yang mundur. Contoh Negara
seperti Kenya, Ethopia (Sudan), Angola, dan Swaziland.
2 Peringkat 2. Tahap Pertengahan: Negara Sedang Membangun [2]
o
Kadar kelahiran masih lagi
tinggi manakala kadar kematian menurun dengan cepat. Ini menyebabkan peningkatan dalam kadar pertumbuhan semulajadi penduduk.
o
Kadar kelahiran masih lagi
tinggi disebabkan oleh kegagalan perancangan
keluarga, amalan perkahwinan pada usia
muda dan juga keperluan kepada tenaga buruh manusia masih lagi tinggi
khususnya dalam sektor pertanian dan industri berintensif buruh.
o
Manakala penurunan
dalam kadar kematian pula berpunca daripada taraf kesihatan dan perubatan yang semakin balk, bekalan makanan yang mencukupi, keadaan
politik yang stabil daripada peperangan dll.
o
Contoh
Negara Sedang Membangun seperti India, Pakistan, Bangladesh, Vietnam,
Thailand, Kemboja, Filipina, Indonesia,
Brazil, Argentina, Uruguay, Paraguay dll.
3. Peringkat 3. Fasa Akhir Pertengahan : Negara Industri Baru /NIC [2]
o Pada peringkat ini kadar kelahiran dan kadar kematian merosot
dengan ketara.
o Kadar kelahiran disebabkan oleh
perkembangan industri dan teknologi yang pesat
maka kebergantungan kepada buruh manusia semakin berkurangan, masyarakat lebih moden dan berpendidikan lebih tinggi, mula mementingkan kerjaya, kos hidup meningkat, amalan perancangan keluarga mulai berkesan, perkahwinan lewat
dan lain-lain.
o Manakala kadar kematian merosot disebabkan oleh peningkatan
tinggi dalam tahap kesihatan penduduk.
o
Kelompok negara
membangun di peringkat ini ialab Negara Perindustrian Baru seperti Korea, Taiwan,
Singapura, China, Australia, New Zealand dll
4. Peringkat 4.
Fasa Akhir : Negara Maju. [2]
o Di peringkat ini kadar kelahiran dan kadar
kematian terus menurun hingga ke paras yang rendah dan kekal stabil.
o
Ini menyebabkan pertumbuhan semulajadi penduduk juga
terus menurun menuju ke sifar (Zero population growth) atau mungkin pertumbuhan
penduduk menjadi stabil dan mantap.
o
Keadan ini disebabkan oleh taraf kesihatan dan perubatan
moden bertambah maju Berta berupaya meningkatkan
jangka hayat penduduk. Pelbagai penyakit merbahaya yang boleh membawa
kematian berjaya dikawal dengan penemuan ubat dan vaksin baru.
o
Kadar kematian
bayi di peringkat awal juga di kawal. Di samping itu kejayaan sepenuhnya
program kawalan penduduk atau perancangan keluarga yang dilaksanakan berikutan
daripada masyarakatnya yang berpendidikan tinggi,berkerjaya,mementingkan
status Quo, peningkatan taraf dan kesejahteraan hidup dan lain-lain.
o
Peringkat ini dicerminkan oleh negara-negara maju seperti
Jepun, Sweden, Britain dan lain-lain lagi yang mencapai tahap penduduk optima.
Pemarkahan 4 isi x 2 markah = Max 8 Markah. Max 8
c). Jelaskan kaitan antara pertumbuhan penduduk
dengan pembangunan sosio‑ekonomi
di
sesebuah negara dalam konteks model
peralihan demografi. [13]
Peringkat 1.
Kelahiran dan Kadar
Kematian Tinggi [3]
o
Tahap ini pembangunan Sosio- ekonomi negara adalah mundur, bergantung sepenuhnya
kepada sektor pertanian (Kadar berintensif buruh (masyarakat agraria).
o
Pergantungan kepada teknologi tradisional
sahaja, pembangunan sumber alam dan sumber manusia
amat perlahan atau sumber alam tersimpan sebagai stok sumber
sahaja.
o
Dibelenggu dengan
masalah kekurangan makanan/kebuluran, taraf
kesihatan rendah, taraf pendidikan
rendah atau kadar buta huruf tinggi di
samping masalah ketidakstabilan
politik dan seringkali diancam perang
saudara/pergolakan politik tempatan.
Peringkat 2 :
Kadar kelahiran masih lagi tinggi manakaia kadar kematian menurun dengan
cepat. [3]
o
Pembangunan sektor ekonomi moden khususnya industri dan
perkhidmatan mula berkembang
maju dan tidak lagi semata-mata bergantung kepada
sektor pertanian.
o
sumber-sumber alam dimajukan, kepelbagaian ekonomi dan
peluang pekerjaan
bertambah, pendapatan perkapita dan taraf hidup
penduduk meningkat.
o
Pembangunan sosial meningkat seperti taraf kesihatan penduduk
bertambah baik, jangka hayat bertambah, kadar kematian menurun. Tahap pendidikan juga meningkat
atau kadar buta huruf menurun di
samping kepesatan pembangunan fizikal (kemudahan asas).
Peringkat 3: Kadar kelahiran dan kadar kematian
merosot dengan ketara. [3]
o
Negara
sedang membangun menuju ke arah ciri-ciri negara industri yang maju.
o
Struktur ekonomi jelas berubah
dan sebahagian besarnya bergantung kepada sektor perindustrian dan
perkhidmatan. * Produk eksport menguasai
pasaran global.
o Pembangunan
teknologi yang pesat.
o Ekonomi kuarterner dan kuiner berkembang
pesat dan pads mass kini negara-negara ini
diwakili oleh negaranegara periridustrian
barn (NIC) seperti Korea
Selatan,Taiwan, China dan Singapura.
o Pembangunan ekonomi Negara yang mantap dan
berkembang maju.
Peringkat
4: Kadar kelahiran dan kadar kematian terus menurun hingga ke paras yang rendah dan kekal stabil. [3]
o
Sektor industri
dan perkhidmatan mendominasi
sepenuhnya disamping produk sektor kuarterner dan kuiner
o
Negara maju menguasai pasaran
global, Pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk
yang sangat tinggi, dengan adanya tahap
teknologi yang tinggi.
o
Tahap
pembangunan sosial juga tinggi dan masyarakat berilmu Berta bermaklumat
khususnya menguasai ilmu teknologi maklumat (Information Tecnology Comunication IICT).
o
Gaya hidup masyarakat
kosmopolitan — mementingkan gays, mutu dan keunggulan.
Pemarkahan: 4 Isi x 3 markah = 12
markah + 1 markah kepada Max 13
SOALAN 3 DAN SKEMA JAWAPAN
a) Apakah yang
dimaksudkan dengan peralihan demografi? [ 3 ]
(1m)
Peralihan demografi adalah transisi atau perubahan kependudukan
yang dialami oleh
sesebuah negara dari dahulu hingga
kini dan mungkin boleh diramalkan pada masa akan
(1m)
datang.. Peralihan demografi boleh
menggambarkan sejarah kependudukan
yang telah
sedang dan akan dialami oleh
sesebuah negara itu. Ada tiga komponen penting yang
(1m)
terkandung dalam model peralihan demografi iaitu komponen kadar kelahiran, komponen
(1m) (1m)
kadar kematian dan juga komponen
kadar pertumbuhan penduduk semula jadi.
b) Nyatakan ciri-ciri bagi setiap peringkat
peralihan demografi. [12]
Calon hanya perlu membuat penyataan
ringkas tentang perkara berikut :
Isi Utama
|
Huraian
|
Markah
|
B1 Peringkat 1/tahap
awal/masyarakat pertanian
i) Kadar kelahiran tinggi.
ii)Kadar kematian tinggi
iii)Pertumbuhan semulajadi penduduk rendah
iv)negara berada di tahap yang mundur
|
Kadar kelahiran tinggi disebabkan oleh ketiadaan
perancangan keluarga, keperluan kepada buruh manusia untuk sektor pertanian.
Manakala kadar kematian tinggi disebabkan oleh taraf
kesihatan yang rendah, ancaman wabak penyakit, kebuluran serta masalah
peperangan.
Berlaku naik-turun dalam pertumbuhan semulajadi
penduduk sejajar dengan kenaikan dan penurunan dalam kadar kelahiran serta
kadar kematian.
Masyarakat pertanian dan ketiadaan teknologi moden
|
4
1
1
1
1
|
B2 Peringkat 2/tahap
pertengahan/masyarakat industri
i) Kadar kelahiran masih lagi tinggi tetapi semakin menurun.
ii) kadar kematian semakin menurun
iii)Pertumbuhan semulajadi menurun.
iv)negara membangun/pembangunan pesat.
|
kegagalan perancangan keluarga dan keperluan kepada
tenaga buruh manusia masih lagi tinggi.
penurunan dalam kadar kematian pula berpunca daripada
taraf kesihatan dan perubatan yang semakin baik, bekalan makanan yang
mencukupi, keadaan politik yang stabil daripada peperangan
pertumbuhan semulajadi mulai menurun ekoran daripada
penurunan dalam kadar kelahiran.
perkembangan industri dan teknologi yang pesat maka
kebergantungan kepada buruh manusia semakin berkurangan, masyarakat lebih
moden dan berpendidikan lebih tinggi ,
mula mementingkan kerjaya, kos hidup meningkat, amalan perancangan keluarga
mulai berkesan, perkahwinan lewat dan lain-lain.
|
4
1
1
1
1
|
B3 Peringkat
akhir/tahap 3/masayrakat perindustrian penuh.
i) kadar kelahiran rendah
ii)kadar kematian rendah
iii) pertumbuhan semulajadi penduduk menurun /sifar / stabil / mantap.
iv)Negara maju
|
Kejayaan sepenuhnya program kawalan penduduk atau perancangan keluarga
yang dilaksanakan berikutan daripada masyarakatnya yang berpendidikan tinggi,
berkerjaya, mementingkan status Quo, peningkatan taraf dan kesejahteraan
hidup dan lain-lain.
Taraf kesihatan dan perubatan moden bertambah maju serta berupaya
meningkatkan jangka hayat penduduk.
Pelbagai penyakit merbahaya
berjaya dikawal dengan penemuan ubat dan vaksin baru. Kadar kematian
bayi di peringkat awal juga di kawalkelahiran
dan kadar kematian terus menurun hingga ke paras yang rendah
Pembangunan ekonomi yang mantap dan berkembang maju. Sektor industri dan
perkhidmatan mendominasi sepenuhnya pembangunan ekonomi negara. Pendapatan
perkapita dan taraf hidup penduduk yang tinggi, kadar pengganguran rendah. Pembangunan
sumber alam secara optimun atau dijana sepenuhnya dengan adanya tahap
teknologi yang tinggi
|
4
1
1
1
1
|
Pemarkahan : 4 m maksimum bagi
setiap peringkat . 4m x 3 peringkat = 12 markah
(c) Huraikan faktor yang mempengaruhi
peralihan demografi sesebuah negara. [10]
Isi Utama
|
Huraian
|
Markah
|
C1 Kadar kelahiran sesebuah negara
|
Jika kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah maka pertubuhan penduduk tinggi,Jika kadar kelahiran rendah dan kematian tinggi maka pertumbuhan adalah rendah.Ditentukan oleh perancangan keluarga dan taraf kesihatan penduduk.
|
2
|
C2.Tahap kesihatan dan kemajuan perubatan
|
Bidang perubatan akan mempengaruhi kadar kelahiran,kematian dan perancangan keluarga.Taraf kesihatan akan mempengaruhi jangka hayat,kelahiran,kematian dan pertumbuhan penduduk.
|
2
|
C3.Tingkat teknologi
|
Teknologi moden akan mempengaruhi tingkat kemajuan ekonomi negara.Teknlgi tinggi akan mempercepatkan perubahan kegiatan ekonomi dan sosial penduduk.Masyarakat cepat maju.
|
2
|
C4.Tahap pendidikan
|
Pendidikan tinggi akan mempengaruhi corak demografi sesebuah negara.Pendidikan akan mempengaruhi corak kelahiran,jangkahayat,pertumbuhan penduduk sesebuah negara.
|
2
|
C5.Dasar kependudukan kerajaan
|
Dasar kerajaan sama ada mengawal dan menambah bilangan penduduk akan mempengaruhi corak demografi. Sebagai contoh ,dasar saiz kerluarga kecil akan memperlahankan kelahiran.
|
2
|
C6.Dasar pembangunan kerajaan
|
Dasar ekonomi sesebuah negara akan meningkatkan pendapatan perkapita,mengurangkan kemiskinan dan berupaya meningkatkan status hidup masyarakat.Masyarakat maju mengalami pemodenan yang cepat dalam bidang sosial.
|
2
|
TEMA 3 - TRANFOMASI EKONOMI DAN PEMBANDARAN
SOALAN 4 DAN SKEMA JAWAPAN
5. a) a). Namakan tiga buah bandaraya global [3]
Menamakan TIGA buah bandaraya global, iaitu
1. New
York,
2. London,
3. Paris,
4.
Tokyo, [ MAX
3 M ]
b) Huraikan ciri utama bandaraya global. [10 ]
Ciri utama bandaraya global ialah:
1. Ciri Penduduk.
- Penduduknya melebihi 10 juta orang
- Dikenali sebagai (megacity).
- Menjadi tumpuan penduduk negara maju.
- Taburan penduduknya padat don tepubina
- Mengalami penduduk optimun seperti Tokyo.
- 2. Ciri Ekonomi
- Ekonomi bersitat global-di peringkat kuarterner dan kuiner.
- Menjadi penentu kepada keputusan ekonomi dunia (ciri unggul) seperti bandaraya New York yang menjadi Pusat Perdagangan Dunia WTC (World Trade Centre).
- Menjadi Pusat kewangan dunia/Transaksi kewangan dunia, ibu pejabat bank dan firma kewangan antarabangsa beroperasi di sini
- Pusat pelaburan, pasaran modal/saham global
3 3.Ciri Sosial
- Menjadi pusat Persidangan Dunia –Persidangan G8, Kesatuan Ekonomi Eropah (EC), Pusat fesyen dunia.
- Pusat NGO (badan bukan kerajaan) dunia.
- Infrastruktur bertaraf global seperti pusat pendidikan dunia – Universiti tersohor, pusat hiburan dunia dll
4. Ciri Kualiti hidup
- Ciri sosial termaju dengan memiliki kualiti hidup yang tinggi–pendapatan perkapita dan taraf hidup yang tinggi.
- Masyarakat kosmopolitan – gaya hidup antarabangsa yang mementingkan status, kecekapan pengurusan masa, sangat bergantung kepada penggunaan teknologi tinggi dll.
5. Ciri Teknologi
- Memiliki teknologi termaju dan menjadi Pusat R&D global – teknologi ICT, robotik, aeroangkasa dll.
- Menjadi Pusat Maklumat - Info dan infrasturuktur bertaraf global seperti lembah silikon di Amerika Syarikat.
- Bandar yang mengawal penyebaran teknologi ke negara lain.
6.
Ciri Fizikal Bandar.
- Bandar terancang - bangunan padat dan tepu bina. Bangunan bertingkat dan berkembang secara vertikal.
- Landskap bandar – terdiri daripada mercu tanda global seperti WTC, Pejabat PBB dll
- Nilai ruang/harga tanah yang sangat mahal. [5 isi x 2 Markah = MAX 10 ]
c) Jelaskan kesan negatif akibat aktiviti
pembandaran terhadap persekitaran fizikal.[ 12 ]
1. Pencemaran Udara dan jerebu
·
Pelepasan gas-gas pencemar dari
kenderaan dan industri – karbon dioksida dan monoksida, nitrus oksida, sulfur
oksida dll nieningkatkan indeks pencemaran udara (IPU).
·
Perlepasan asap, debu, jelaga
meningkatkan kandungan partikel terampai (Pm
10) menyebabkan jerebu.
2. Pencemaran air
·
Pembuangan
sisa kumbahan dari penduduk bandar menyebabkan pencemaran air – bakteria e-Coli.
·
Pembuangan sisa domestik/isi
rumah clan sisa pembinaan – pencemaran air
melalui sisa pepejal.
·
Enfluen
kilang dan premis pemiagaan – air tercemar dengan peningkatan BOD.
·
Pencemaran kualiti air hujan –
hujan acid
3. Pencemaran
ban dan bunyi
·
Pencemaran sampah sarap akibat
pembuangan sisa domsetik seperti dari perumahan, premis perniagaan,
industri dll.
·
Bau busuk dari sampah –
leachate.
·
Bunyi bising dari kenderaan dan
kilang.
4. Pulau Haba Bandar
·
Peningkatan suhu dalam bandar akibat pemerangkapan baba oleh bahan-bahan pencemar
udara/gas rumah hijau – kesan rumah hijau.
· Simpanan haba pendam dari bangunan konkrit dan jalan
bertar.
· Haba yang dibebaskan oleh metabolisms manusia.
5. Banjir
kilat.
· Kekerapan
hujan perolakan – lebat dalam jangkamasa yang singkat.
·
Kadar susupan berkurangan akibat
penurapan muka bumi berlebihan.
· Daya tampung sistem saliran seperti sungai, parit, longkang
dan paya menjadi rendah
· Penebangan
tumbuhan – mengurangkan masa penangguhan
· Limpahan
air – banjir kilat.
No comments:
Post a Comment