PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Showing posts with label HIDROLOGI. Show all posts
Showing posts with label HIDROLOGI. Show all posts

Sunday, April 13, 2014

HIDROLOGI - SIMPANAN AIR TANAH DAN KEGUNAANNYA

FEB 12, 2014
SYED IYLIA HARIZ AL-QADRI SYED IZMAN


KUALA LUMPUR:  Malaysia dianggarkan mempunyai kira-kira 5,000 bilion meter padu simpanan air bawah tanah yang belum diusik, kata Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff. Beliau berkata jumlah itu berdasarkan kajian yang pernah dilakukan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) pada 1982. "Namun sehingga kini, hanya tiga peratus sahaja daripada sumber itu yang digunakan," katanya kepada Bernama. 
Telaga Tiub
Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga pernah membuat kajian pada 2011 yang mendapati tujuh peratus atau 64 bilion meter padu air daripada hujan tahunan yang turun akan disimpan di bawah tanah. "Sehubungan itu saya rasa kita perlu mengguna pakai air bawah tanah kita yang mempunyai potensi sangat besar untuk menangani krisis air di beberapa negeri seperti yang sedang dialami sekarang, "katanya. 

Abdull Rahim berkata air di bawah tanah adalah selamat untuk digunakan malah lebih berkualiti daripada air yang terdapat di permukaan atas. "Ia selamat kerana sumbernya adalah daripada air hujan yang telah diserap ke dalam bumi dan diyakini tidak terdedah kepada faktor pencemaran kerana kedalaman punca air bawah tanah yang berada antara 50 meter hingga 100 meter di bawah tanah, "jelasnya. 

Telaga Tiub mengguna pump elektrik
Beliau berkata terdapat dua kaedah untuk mendapatkan sumber air bawah tanah iaitu menerusi penggalian telaga tiub lebih 100 meter ke dalam tanah dan telaga jejari 'riverbank filtration system' iaitu mengeluarkan air di bawah perut sungai. Kedua-dua cara ini turut lebih kos efektif berbanding kaedah penyahgaraman atau proses penukaran air laut kepada air tawar, katanya. Beliau berkata bekalan air bawah tanah turut bersifat konsisten kerana tujuh peratus daripada 971 bilion meter padu hujan tahunan akan dikitar semula ke dalam tanah.

Air disimpan dalam tangki
Abdull Rahim mencadangkan sekiranya sumber air bawah tanah tidak mahu dijadikan sebagai sumber utama air negara, ia boleh dijadikan sebagai rizab air bagi menangani krisis bekalan air pada musim kemarau. Katanya setakat ini hanya negeri Kelantan yang didapati menggunakan air bawah tanah dengan melebihi kapasiti 50 peratus. Ketua Jabatan Teknikal dan Perancangan Pembangunan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Wan Mohd Zamri Wan Ismail berkata pihaknya menggunakan air bawah tanah menerusi kaedah telaga jejari yang setiap telaga mampu menyumbang antara lima hingga 30 juta liter air sehari. "Hingga kini hampir 75 peratus penduduk Kelantan yang menerima bekalan air bersih mendapatnya daripada air bawah tanah, "katanya. 
Pelajar sekolah dapat menikmati air bersih dari telaga tiub.

Begitu juga projek  meperlengkapkan bekalan air di Sarawak, di mana kos kira-kira RM 85 ribu di sediakan oleh kerajaan pusat yang melibatkan penyediaan perigi tiub, kemudahan tangki simpanan air, satu set pam air berkuasa elektrik dan puluhan sambungan ke pili paip air di sediakan di hadapan pintu masuk rumah panjang dan sekolah berhampiran.






 

Sunday, September 22, 2013

KELEBIHAN AIR

Air mempunyai formula kimia H2O, bermakna bahawa satu molekul air terbina daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Ia boleh digambarkan secara ionik sebagai HOH, dengan satu ion Hidrogen (H+) yang terikat kepada ion Hidroksida (OH-). Ia berada didalam keseimbangan dinamik di antara cecair dan wap yang berada pada suhu dan tekanan piawai. Pada suhu bilik, ia adalah cecair yang sangat jernih, tawar, dan tak berbau. Air juga dirujuk di dalam sains sebagai pelarut universal dan hanyalah satu bahan yang dijumpai tulen secara semulajadi dalam ketiga-tiga keadaan jirim.

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia. Kepentingan air sama seperti oksigen. Air adalah elemen penting demi kelangsungan hidup manusia, jika manusia tidak minum air selama seminggu, manusia boleh mengalami kegagalan serius organ dalaman dan menyebabkan kematian. Di dalam Al-Quran, terdapat banyak ayat menceritakan kepentingan air untuk manusia dan segala kehidupan di muka bumi. Allah berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat 30: "Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup."

Air membentuk 55 hingga 57 peratus berat badan kita dan memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh. Pengambilan air dalam jumlah mencukupi amat penting untuk tubuh menjalankan fungsi dengan sempurna. Air mustahak untuk melarutkan sisa metabolisma seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke ginjal. Oleh kerana itu, air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan daripada tubuh. Kekurangannya 'memaksa', ginjal bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh menyebabkan ginjal rosak.

Lebih 70 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Jika air di dalam tubuh bersih dan suci, sel tubuh lebih sihat dan kuat. Pengambilan air bersih dan mencukupi boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel badan menjadi tidak normal dan tidak sihat.

Rahsia keindahan kristal molekul air, Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun mendedikasi hidupnya mengkaji perubahan bentuk kristal molekul air  yang didedahkan kepada pengaruh positif dan negatif. Beliau mendapati, apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan positif, air membentuk molekul kristal indah. Dalam satu eksperimen, air yang didedahkan kepada doa agama Shinto dibekukan, didapati mempunyai molekul bentuk kristal bersegi enam yang indah. Eksperimen diulang dengan perkataan Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun) dibacakan di depan botol air. Hasilnya, terbentuk kristal molekul sangat indah. Keputusan sama berlaku apabila air dihadapkan tulisan huruf Jepun, "Arigato".

Dr. Masaru turut mendedahkan air kepada bacaan doa mengikut agama Islam. Hasilnya? kristal molekul air membentuk kristal indah segi enam lima cabang daun berkilau indah. Beliau menggunakan air zam-zam dan mendapati ia terdiri daripada kristal molekul air bercabang dan berkilauan. Itulah kuasa Allah. Eksperimen turut mendedahkan pengaruh negatif kepada air. Apabila air didedahkan kepada perkataan syaitan dan muzik heavy metal, didapati kristal molekul air tidak mempunyai bentuk dan kelihatan hancur dan buruk. Ternyata, air boleh 'mendengar, membaca dan memahami' kata dan doa.

Dalam perubatan Islam, penggunaan air penawar dalam rawatan adalah satu aspek penting untuk diamalkan pesakit. Air penawar biasanya dibacakan Surah al-Fatihah atau ayat suci al-Quran yang berkaitan dengan penyakit dialami pesakit. Selepas pesakit membaca ayat al-Quran, mereka dikehendaki membaca doa memohon kepada Allah untuk penyembuhan dan doa ini turut dibacakan ke air penawar.

Teori Dr. Masaru Emoto mengenai perubahan kristal molekul air boleh menerangkan kemujaraban air penawar yang didedahkan kepada bacaan ayat suci al-Quran. Pembacaan ayat suci al-Quran ke atas air penawar menyebabkan kristal molekul air penawar berubah kepada bentuk kristal indah dan memberi kesan positif kepada peminumnya.

Rahsia air zam-zam Rahsia kehebatan air zam-zam terserlah apabila rahsia Kaabah disingkap. Di bawah empat penjuru (empat segi) bentuk Kaabah terkandung rahsia air bersifat alkali. Air zam-zam, merakam segala niat jemaah secara gema gelombang, penyerahan harus diniatkan dengan baik seperti memohon keampunan, murah rezeki, penyembuhan penyakit, keinsafan dan sebagainya.

Setelah seseorang itu melakukan tawaf tujuh kali pusingan, di situ berlaku resonan (pusingan dengan geseran sesama manusia) memberikan kesan positif terhadap tubuh badan setiap Muslim yang melakukan ibadah tawaf. Jemaah akan terasa begitu hening, tenang dan lapang. Segala doa dari para ribuan jemaah setiap hari yang mengelilingi Kaabah semasa melakukan ibadah tawaf dilakukan hampir 24 jam tanpa henti kecuali waktu solat fardu dan segala ibadah lain seperti solat dan membaca kitab Al Quran dirakamkan oleh molekul air zam-zam. Ini membentuk keindahan dan pesona kristal molekul air zam-zam bila kita bandingkan dengan kristal molekul air lain.

Air penawar dalam perubatan Islam menggunakan air sebagai satu elemen penting dalam perubatan Islam. Allah menceritakan perihal penggunaan ayat sebagai ubat penawar manusia. Firman Allah dalam Surah al-Israa' ayat 82: "Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadaNya".

Dan dalam Surah Fussilat ayat 44: "Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk & penawar bagi orang yang beriman".
 
 http://myblogsantai.blogspot.com/utusan

Thursday, July 5, 2012

TELAGA ZAMZAM

sumber http://2.bp.blogspot.com/
Bekas Air Zamzam di Masjid Nabawi,Madinah.
Pengetahuan tentang telaga Zamzam dan airnya yang sering di bawa pulang dari Mekah oleh para jemaah yang menunaikan Haji dan Umrah hanya setakat tahu sunnahnya dan khasiat. Sesiapa yang pernah mengerjkan haji dan umrah akan dapat minum air zamzam percuma setiap waktu kerana ianya disedikan di dalam dan luar masjid Mekah dan Madinah, malah masjid-masjid lain pun terdapat.

Apa yang saya nak utarakan kali ini, adalah membincangkan air zamzam ini dari sudut geologi dan hidrologi. Para pelajar STPM yang mengambil  mata pelajaran geografi STPM sudah tentu memahami istilah geologi dan hidrologi. Ianya adalah tentang batuan dan air di kerak bumi.
Telaga yang asalnya kecil sahaja semasa Nabi Ismail a.s tetapi sekarang jadi besar dan mengeluarkan berjuta-juta liter sehari. Dari mana datangnya air ini di tengah2 padang pasir kontang itu dan air nya pulak diakui oleh saintis-saintis barat dan Jepun sebagai terbaik di dunia.

KUALITI AIR ZAM-ZAM
Kajian telah dilakukan bahawa Air Zamzam tiada warna dan bau, mempunyai rasa yang unik; pH adalah 7.9–8.0 (alkali). Sodium chloride (garam biasa) berlebihan dalam Zamzam – memberikan rasa sedikit payau. Zamzam sangat baik utk kesihatan – menyegarkan dan berikut merupakan kepekatan mineral yang terkandung dalam air zam-zam:
  • Sodium – 250 mg/l
  • Calcium -198 mg/l
  • Magnesium – 43.7 mg/l
  • Chloride – 335 mg/l
  • Sulfur – 370 mg/l
  • Iron – 0.15 mg/l
  • Manganese – 0.15 mg/l
  • Copper – 0.12 mg/l
  • (Analysis of a study conducted in the laboratory of the Department of Water and Waste Water Treatment, the Western Province, Saudi Arabia)

بسم الله الرحمن الرحيم
زمزم

Air Zam-Zam Adalah Berkhasiat, Berkat,Bersih dan Penawar Paling Mujarab Anugerah Allah Subhanahu Wataala.
عن أبي ذر ـ رضي الله عنه ـ قال: قال رسول الله ـ
صلى الله عليه وسلم ـ عن ماء زمزم:
  إنها مباركة ، إنها طعام طُعم 

[ رواه مسلم]


Sejarah

Umat Islam percaya telaga zam-zam ditemui oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud 'kepung air'. Ketika itu Mekah belum ada penduduk.

Datuk Nabi Muhamad s.a.w bernama Abdul Muttalib telah menjaga, mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah zaman pra Islam. Perkataan "zamzam" dipercayai berasal daripada ungkapan "zomk-zomk" bermakna "berhenti mengalir" - yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan keluar. Menurut hadis, Abu Tharr Al-Ghifari, sahabat Nabi Muhammad S.A.W, berkata semasa beliau mula-mula tiba di Mekah pada zaman permulaan Islam, beliau hidup dengan meminum air zamzam selama sebulan.

Semasa ibadah umrah dan haji, para jemaah telah meniru larian Siti Hajar dari Safa ke Marwa sebanyak 7 kali yang dikenali ebagai ibadah Sae'i. Air zamzam dapat mengubat penyakit mental. Jenazah yang meninggal dunia dimandikan dengan air zamzam. Jabatan Geologi Arab Saudi telah membuat kajian tentang cara pengurusan air zamzam dan menambah jumlah air bagi menampung keperluan jemaah semasa menunaikan haji, membawa balik untuk saudara-mara dan pelbagai tujuan lain. Kajian menunjukkan air zamzam mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, magnesium dan fluorida.


Dimensi dan Profil Geologi Telaga Zamzam

Bentuk Telaga Zam-zam dapat dilihat dibawah ini.

zam-zam.jpgTelaga zamzam  sekarang ini memiliki kedalaman sekitar 30.5 meter. Hingga kedalaman 13.5 meter teratas menembus lapisan alluvium Wadi Ibrahim. Lapisan ini merupakan lapisan pasir yang sangat berpori. Lapisan ini berisi batupasir hasil transportasi dari tempat lain. Mungkin masa dahulu ada lembah yang dialiri oleh sungai yang saat ini sudah kering. Ataupun merupakan dataran rendah hasil runtuhan atau penumpukan  batuan yang lebih tinggi topografinya.

Dibawah lapisan alluvial Wadi Ibrahim ini terdapat setengah meter (0.5 m) lapisan yang sangat telap air (permeable). Lapisan yang sangat telap air inilah yang merupakan tempat utama keluarnya air  Zam-zam. kabah21.jpgKedalaman 17 meter kebawah selanjutnya, telaga ini menembus lapisan  batuan pasir aluvium dan batuan keras Diorit yang merekah  yang memang agak jarang dijumpai di Asia Tenggara, tetapi sangat banyak dijumpai di Jazirah Arab. Pada bagian atas batuan ini dijumpai rekahan-rekahan yang juga memiliki kandungan air yang banyak dan cepat mengalir. Dulu ada yang menyatakan retakan ini menuju laut Merah. Tetapi tidak ada sebarang laporan geologi yang menjelaskan hal ini.

Dari kajian telaga ini mampu mengalirkan air sebanyak 8000 liter/sesaat selama tempoh 24 jam. Celah-celah atau rekahan ini salah satu yang mengeluarkan air cukup banyak. Ada celah (rekahan) yang memanjang kearah Hajar Aswad dengan panjang 75 cm dengan ketinggian 30 cm, juga beberapa celah kecil kearah Shaffa dan Marwa.  Kajian geologis mendapati celah telaga dibawah tempat Thawaf 1.56 m, jumlah kedalaman  dari bibir telaga 30 m, kedalaman air dari bibir telaga = 4 m, kedalaman mata air 13 m, Dari mata air sampai dasar telaga 17 m, dan diameter  telaga  antara 1.46 hingga 2.66 meter. Ujian pengeluaran air dengan menggunakan jentera pump moden berkuasa tinggi menunjukkan paras air surut dari paras 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit.

Air Hujan Sebagai Sumber Berkah.


cekungan-makah.jpg
Kota Makkah terletak di lembah, menurut SGS (Saudi Geological Survey) luas lembangan yang membekalkan air zamzam adalah 60 km2 saja, sudah tentunya logiknya tidak akan mampu membekalkan air sebegitu banyak sebagai kawasan tadahan hujan. Tambahan hujan yang jarang belaku di daerah sekitar Makkah. Lembangan Kota Mekah ini secara hidrologi hanyalah telaga biasa yang sangat kecil tetapi dapat menampung berjuta-juta jemaah dikala musim haji. Suhanallah. 

Gambar disebelah ini memperlihatkan lokasi telaga Zamzam yang terletak ditengah lembah yang memanjang. Masjidil haram berada di bagian tengah diantara bukit-bukit disekitarnya. Luas lembangannya yang hanya 60 Km persegi ini tentunya cukup kecil untuk menangkap air hujan yang sangat jarang terjadi di Makkah. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.  Menakjubkan juga dimana tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Model 3 dimensi dari reservoir Telga Zam-Zam. Dibuat oleh SGS (Saudi Geological Services)

Model dalam peta dari Akuifer Telaga Zam-Zam. Dibuat oleh SGS (Saudi Geological Services)

 Mengikut laporan Berita Harian, 2010
MAKKAH; Paras air di telaga zamzam di Masjidil Haram sudah meningkat, kata Timbalan Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram, Yousif Al-Wabil. Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana banyak telaga zamzam tidak lagi mengalirkan air ke telaga persendirian yang digali oleh orang awam.

Wednesday, April 25, 2012

HIDROLOGI - FENOMENA BANJIR


Konsep Lebihan Air / Imbangan Air Positif dan Fenomena Banjir

Jumlah kerpasan melebihi jumlah sejatan.

Banjir ditakrikan keadaan limpahan air @ kenaikan aras air sehingga melebihi daya tampung sesebuah saluran air seperti tasik, sungai dan laut lalu melimpah ke kawasan sekitar khusunya di kawasan tanah rendah.

Kesan-kesan Imbangan Air Positif
  • Meningkatkan simpanan air permukaan seperti sungai, tasik dan kolam seterusnya menjamin keberterusan bekalan air
  • Feniomena banjir apabila sistem saliran tidak dapat menampung curahan hujan
  • Kelembapan bandingan sentiasa tinggi kerana wap wap air dalam udara sentiasa tinggi (persekitaran sejuk)

BANJIR LAUT - aras air laut meningkat

LIMPAHAN AIR SUNGAI AKIBAT PENCAIRAN SALJI

BANJIR KILAT di Dataran Merdeka, KL.

BANJIR SUNGAI -air sungai melimpah ke tebing
Jenis-jenis banjir
  • Banjir sungai
  • Banjir laut
  • Banjir tasik
  • Banjir kilat

Faktor-faktor yang Menyebabkan Berlakunya Banjir
  • Hujan Hujan lebat membekalkan air secara berlebihan
  • Pencairan salji -Meningkatkan larian air permukaan dan meningkatkan isipadu air di kawasan rendah yang menyebabkan banjir musiman biasanya ketika datangnya musim bunga dan musim panas.
  • Di Amerika Syarikat dan Kanada, pada musim panas dan musim bunga angin bertiup adalah angin panas. Angin ini mencairkan padang-padang salji dan menambahkan isi padu air sungai
  • Kegiatan manusia - Penyahutanan di kawasan tadahan

Langkah Mengurangkan Fenomena Banjir
  • Membina empangan berkapasiti besar
  • Memperluas dan memperdalam salur sungai
  • Membina tetambak atau benteng sepanjang sungai
  • Mengawal aktiviti penebangan hutan dan meratakankan bukit dan gunung.
  • Langkah-langkah penyelidikan dan pemantauan banjir yang lebih cekap

KAITAN SISTEM HIDROLOGI DENGAN MANUSIA

Kepentingan dan Kesan Aktiviti Manusia Terhadap Sumber Air dan Sistem Hidrologi

Kegunaan Domestik
  • Keperluan seharian
  • Jabatan Bekalan Air JBA
  • Sesetangah negeri menswastakan pengurusan dan bekalan air seperti PUAS, SYABAS di Selangor

Kegunaan Pertanian
  • Empangan membekalkan air ke kawasan pertanian khususnya padi sawah
  • Cth: Empangan MUDA (Kedah) dan Empangan KEMUBU (Kelantan)

Kegunaan Industri
  • Bahan pencuci untuk pelbagai jenis industri & penyejukan enjin/generator
  • Bekalan air bersih beterusan misalnya dalam industry pemprosesan kertas dan pertokimia


Kesan Aktiviti Manusia Terhadap Kitar Hidrologi

Pembalakan dan penyahutanan
  • Pemusnahan secara besar-besaran menyebabkan proses transpirasi (perpeluhan) tumbuhan berkurangan dan ini memperngaruhi kelembapan udara sekitar.
  • Kitar hidrologi kekurangan air akibat aktiviti pemusnahan tumbuhan semula jadi.

Urbanisasi (aktiviti pembandaran)
  • Penurapan bumi sama ada dengan tar, bitumen @ aspalt.
  • Liang-liang pori tanah akan tertutup
  • Air hujan banyak mengalir di permukaan sebagai larian air permukaan

Perindustrian
  • Perindustrian banyak membebaskan bahan pencemar ke udara yang bertindak sebagai nukleus higroskopik
  • Nukleus ini mampu bertindak menyerap wap-wap air dalam proses pemeluwapan untuk turun bersama-samanya sebagai hujan
  • Kawasan perindustrian kerap berlaku hujan
  • Kualiti kitar hidrologi tidak bersih kerana berlakunya hujan asid

Pembinaan Empangan
  • Mengurangkan kadar larian air permukaan kerana kawasan cerun bukit telah ditenggelami air menjadi sebuah tasik yang besar
  • Menambahkan kadar sejatan dari permukaan tasik
Penghutanan semula
  • Meningkatkan kadar perpeluhan seterusnya proses pemeluwapan dalam atmosfera
  • Pokok-pokok menjalankan fungsi pintasan untuk membantu proses susupan air ke dalam tanah seterusnya aliran air bawah tanah

BANJIR KILAT

Definisi banjir kilat
Banjir permukaan yang berlaku dalam jangka masa yang singkat (cepat berlaku dan cepat hilang). Kadar larian air permukaan yang tinggi berpunca daripada susupan yang rendah apabila liang pori sesuatu permukaan tanah seperti di bandar sudah ditutup dengan tar, bitumen dan aspalt.

Punca Berlakunya Banjir Kilat
  • Kekurangan permukaan telap air/penurapan muka bumi melebihi daya serapan tanih
  • Daya tampung sistem saliran yang rendah
  • Kekurangan litupan tumbuhan untuk melambatkan pergerakan air
  • Penebusgunaan kawasan tanah lembap seperti paya, tasik dan tanah bencah di dalam bandar
  • Hujan lebat berterusan atau lebat dalam jangka masa yang singkat
  • Kemusnahan kawasan tadahan air
  • Aktiviti pembangunan yang melampau di kawasan cerun yang menyebabkan aliran air yang cepat ke kawasan tanah rendah
  • Sikap penduduk


Langkah-langkah Mengatasi Masalah Banjir Kilat di Kawasan Bandar
  • Langkah perundangan
  • Menyelenggara sistem saliran
  • Menambahkan kawasan hijau di kawasan bandar
  • Melaksanakan kempen kesedaran



KEMEROSOTAN KUALITI SUMBER AIR

Konsep Kemerosotan Kualiti Sumber Air
Pencemaran terhadap sumber-sumber air iaitu sumber air bersih sama ada dari sungai, laut, tasik, kolam dan tankungan semula jadi, air bawah tanah, dan juga air hujan terceat atau kualitinya semakin rendah.

Faktor-faktor Kualiti Sumber Air Merosot

Pembangunan tanah
Pertanian, petempatan, pembandaran dan perindustrian yang melibatkan aktiviti pembalakan dan penyahutanan

Pembangunan pertanian
Penggunaan racub serangga seperti DDT dan penggunaan baja kimia

Sektor penternakan
Penyaliran najis haiwan ke sungai atau pembuanagan sisa-sisa haiwan yang disembelih atau yang mati ke sungai, tasik dan paya

Perindustrian
Pelepasan sisa kilang ke sungai tasik dan paya

Pelancongan
Pelepasan sisa kumbahan dari hotel, resort dan chalet ke laut menyebabkan pencemaran laut

Pengankutan
Pembuangan enap cemar serta perlanggaran sehingga menyebabkan tumpahan minyak oleh kapal-kapal tangki ke laut

Proses pembandaran
Pertambahan penduduk di bandar menambahkan pembuangan sisa domestik seperti sampah sarap dan air kumbahan ke sungai

Pembangunan sumber tenaga
Empangan hidroelektrik mencemarkan sungai dengan kelodak dan bahan ampaian

Perlombongan
Sisa perlombingan bijih timah, emas dan tembaga mencemarkan sungai dan tasik

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Kemerosotan Kualiti Sumber Air
  • Langkah perundangan
  • Mengawal aktiviti pembalakan
  • Merawat air yang telah tercemar
  • Meningkatkan kerjasama serantau
  • Melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar
  • Kos rawatan yang tinggi mesti dikongsi bersama oleh kerajaan mahupun swasta

PEMBANDARAN DAN KESAN TERHADAP SISTEM HIDROLOGI

Konsep Hidrologi Bandar
Satu edaran hidrologi tempatan yang melibatkan 3 medium penting iaitu atmosfera bandar, dataran bandar dan juga sumber-sumber air di bandar

Pembandaran dan Kesan Terhadap Kitaran Hidrologi
  • Pengurangan proses perpeluhan (transpirasi) pokok
  • Menghapuskan fungsi cdegatab silara pokok (pintasan) tehadapa hujan
  • Kehilangan pintasan mendatar oleh akar-akar pokok terhadap pergarakan air permukaan

Pembandaran dan Kesan Terhadap Kuantiti atau Isi Padu Air Sungai
  • Pertambahan kawasan permukaan tidak telap air & mengurangkan jumlah air yang menyusup ke dalam tanah
  • Kerja pembangunan tanah mengurangkan jumlah simpanan air tanah, kerana proses larian air permukaan akan lebih tinggi berbanding susupan air dalam tanah.
  • Sumber mata air sungai kan kurang yang secara tidak langsung mengurangkan isipadu air sungai pada ketika tiada hujan/ kemarau. Ketika hujan isipadu air sungai akan meningkat.

HIDROLOGI - KURANGAN DAN LEBIHAN AIR

 KURANGAN AIR /IMBANGAN AIR NEGATIF DAN FENOMENA KEMARAU

Konsep Kurangan Air / Imbangan Air Negatif dan Fenomena Kemarau

Kekurangan air yang dialami oleh sesebuah kawasan dalam tempoh masa tertentu. Kadar sejatan melebihi daripada kerpasan (hujan) yang turun di kawasan berkenaan.

Faktor-faktor Berlakunya Imbangan Air Negatif dan Fenomena Kemarau
Kemarau menyebabkan pertanian tidak dijalankan

Faktor semula jadi
  • Fenomena cuaca luar biasa seperti El-Nino.
  • Kenaikan suhu Lautan Pasifik yang mengubah, melemah dan menghentikan tiupan angin timuran.
  • Membawa hujan lebat di Semenanjung Malaysia.
  • Hujan ini turun di lautan bukannya di daratan.
  • Akibatnya berlaku kemarau melanda Malaysia (1997)
  • Suhu yang panas menyebabkan udara menjadi kering.
  • Lembapan tanih dan akuifer kekurangn air
  • Proses transpirasi tumbuhan berkurangan
  • Kebarangkalian hujan turun sangat tipis
  • Simpanan air di kawasan tadahan semakin berkurang
  • Berlakunya krisis air

Faktor Tindakan Manusia
  • Tuntutan pembangunan yang terlalu mendesak
  • Hutan di teroka, bukit-bukit digondol untuk petempatan & perindustrian
  • Penyahutanan menyebabkan kurangnya bekalan air
  • System akuifer bertindak sebagai conduit membolehkan air menuju ke sungai, tasik @ empangan
  • Pokok di hutan menjalankan proses transpirasi membebaskan wap-wap air ke udara

Kesan Fenomena Kemarau Terhadap Persekitaran Fizikal & Manusia

Alam sekitar fizikal
  • Persekitara menjadi panas dan udara kering
  • Kebakaran secara semula jadi
  • Cth: 1997 kemarau El-Nino menyebabkan berlakunya kebakaran di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.
  • Memusnahkan habitat flora & fauna
  • Pembentukan jerebu
  • Memjejaskan ekosistem akuatik
  • Fenomena penggurunan
  • Memjejaskan sumber-sumber air

Alam sekitar manusia
  • Memjejaskan produktiviti pertanian
  • Masalah kelaparan & kebuluran
  • Krisis air

Langkah-langkah mengatasi
  • Memajukan sumber air bawah tanah
  • Pembenihan awan – menggalakkan pembentkan hujan
  • Membina terowong antara kawasan tadahan pemindahan air antara lembangan
  • Memproses air dari tasik, kolam dan bekas lombomg
  • Pengguna harus lebih bertanggungjawab & menghargai air



LEBIHAN AIR / IMBANGAN AIR POSITIF DAN FENOMENA BANJIR
Banjir musiman

Konsep Imbangan Air Positif dan Fenomena Banjir

Jumlah kerpasan melebihi jumlah sejatan.

Banjir ditakrikan keadaan limpahan air @ kenaikan aras air sehingga melebihi daya tampung sesebuah saluran air seperti tasik, sungai dan laut lalu melimpah ke kawasan sekitar khusunya di kawasan tanah rendah.

Kesan-kesan Imbangan Air Positif
  • Meningkatkan simpanan air permukaan seperti sungai, tasik dan kolam seterusnya menjamin keberterusan bekalan air
  • Feniomena banjir apabila sistem saliran tidak dapat menampung curahan hujan
  • Kelembapan bandingan sentiasa tinggi kerana wap wap air dalam udara sentiasa tinggi (persekitaran sejuk)

IMBANGAN AIR ATAU IMBANGAN HIDROLOGI


Konsep Imbangan Air atau Imbangan Hidrologi

Keseimbangan antara air yang diterima dari atmosfera oleh permukaan bumi adalah sama dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera

Formula imbangan air:

P = ET + d ST + S di mana;
P = Jumlah air yang diterima daripada kerpasan
ET = Jumlah air yang hilang melalui proses sejat peluhan
dST = Air yang diterima atau hilang dari lapisan-lapisan tanah
S = Air yang berlebihan atau storan (simpanan) air

INPUT = Jumlah air yang diterima di satu-satu kawasan
OUTPUT = Air yang dikeluarkan dari kawasan tersebut
STORAN = Air yang disimpan


Imbangan Air pada Skala Makro: Imbangan Air Global

Input air yang diterima oleh seluruh permukaan bumi datangnya daripada kerpasan seperti hujan, hujan batu, salji & embun

Output pula dalah wap-wap air yang dikeluarkan melalui sejat-peluhan iaitu kombinasi antara:
  • Sejatan di permukaan air
  • Sejatan dari lembapan tanih
  • Perpeluhan daripada tumbuhan
  • Air yang digunakan oleh manusia & haiwan

Storan disimpan di dalam akuifer
  • Air bawah tanah
  • Simpanan permukaan (tasik, sungai & kolam)

Imbangan air sedunia boleh dikira menggunakan formula berikut:

K = S + T + L di mana,

K = Kerpasan
S = Sejatan
T = Tambahan atau kehilangan bersih air dalam sistem ini
L = Air larian (positif sekiranya air larian keluar dari benua dan negatif sekiranya air larian masuk ke dalam laut)

Imbangan Air pada Skala Mikro: Imbangan Air Tempatan

Konsep imbangan air boleh dikaji yang meliputi wilayah, negeri, atau kawasan yang kecil seperti:
  •  Kawasan lembangan saliran atau
  • Kawasan tadahan hujan
  1. Input air datang dari hujan @ dari lembaga saliran yang besebelahan dengannya
  2. Air disimpan dalam sistem saliran (sungai), tasik, kolam, paya dan empangan
  3. Output dikeluarkan oleh proses sejat-peluhan

Keseimbangan Dinamik  = keseimbangan air iaitu apabila nilai Input, Storan dan Output telah mencapai kestabilan walaupun nilai-nilainya sentiasa berubah-ubah dalam sesuatu jangka masa tertentu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...