Selepas Turki Uthmaniyah kalah dalam Perang Dunia Pertama (1914–1918), British yang menguasai tanah jajahan Turki Uthmaniyah (termasuk Palestine) mengisytiharkan Perisytiharan Balfour pada tahun 1917 dengan mengiktiraf negara Israel tanpa menafikan hak-hak sivil dan agama masyarakat bukan Yahudi di Palestin. Sejak dari itu, seramai 85,000 orang Yahudi sudah pun bermastautin di Palestin. Pada tahun 1947, UN Partition Resolution (GA 181) membahagikan tanah Palestine dengan 4,700 batu kepada 1.35 juta penduduk Arab Palestine manakala 5,300 batu kepada 630 ribu pendatang Yahudi. Pembahagian yang jelas berat sebelah mencetus Perang Arab-Israel 1947 dan Perang Arab-Israel 1948.
Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mencadangkan memisahkan tanah Palestin kepada negara Yahudi dan negara Arab, satu rancangan yang ditolak oleh masyarakat Arab. Mandat British ke atas Palestin sepatutnya berakhir pada 15 Mei 1948, tetapi kepemimpinan Yahudi, diketuai oleh bakal Perdana Menteri David Ben-Gurion, telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 14 Mei. Kemerdekaan Israel dengan cepatnya diiktiraf oleh Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan banyak negara lain.
Perang Arab-Israel 1948 , dikenali juga sebagai Perang Kemerdekaan Israel, adalah merupakan perang yang pertama di dalam satu siri peperangan antara negara Israel dan negara jiran Arabnya dalam konflik Arab-Israel. Bagi orang-orang Yahudi Israel, peperangan ini menandakan kejayaan penubuhan negara Israel, tetapi bagi orang-orang Arab Palestin, ia menandakan permulaan bagi peristiwa-peristiwa yang dirujuk sebagai "Al-Nakba" (bahasa Arab: النكبة, "Malapetaka"), perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pengusiran keluar beratus-ratus ribu penduduk Palestin tempatan dari negara Israel yang baru dibentuk, dan kemudiannya pelarangan pihak Israel kembali ke kampung halaman mereka.
Pada akhir Mei 1948, 6,000 tentera Syria, 4,500 Iraq, 6,000 Transjordan, 1,000 Lubnan dan 5,000 Mesir telah melancarkan serangan terhadap negara Israel yang baru lahir. Namun, mereka ditewaskan oleh Israel yang berjaya menawan hampir setengah wilayah yang diberikan oleh PBB kepada penduduk Arab serta Baitulmuqaddis Barat. Dalam perjanjian gencatan senjata, Genting Gaza diserahkan kepada Mesir, manakala Tebing Barat diserahkan kepada Jordan, dan tanah di bawah Mandat British di Palestin sebelumnya menjadi milik Israel.
Krisis Suez, yang juga dikenali sebagai Serangan Tiga Pihak Mesir oleh Britain, Perancis, dan Israel yang bermula pada 29 Oktober 1956. Serangan dilakukan berikutan keputusan Mesir yang dipimpin oleh Jen. Gamal Abdel Nasser pada 26 Julai 1956 untuk memilik-negarakan Terusan Suez selepas penarikan balik tawaran oleh Britain dan Amerika Syarikat bagi membiayai pembinaan Empangan Aswan. Akhirnya Mesir dikalah dan Semenanjung Sinai dan terusan suez di tadbir oleh United Nations Emergency Force ( UNEF)
Perang Enam Hari juga dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1967, merupakan peperangan antara Israel menghadapi gabungan tiga negara Arab, iaitu Mesir, Jordan, dan Syria, dan ketiganya juga mendapatkan bantuan aktif dari Iraq, Kuwait, Arab Saudi, Sudan dan Aljazair. Perang tersebut berlangsung selama enam hari. Pada bulan Mei tahun 1967, Mesir mengusir United Nations Emergency Force(UNEF) dari Semenanjung Sinai; Mesir mempersiapkan 1.000 tank dan 100.000 pasukan di perbatasan dan mengepung Selat Tiran (pintu masuk menuju Teluk Aqaba) terhadap kapal Israel dan memanggil negara-negara Arab lainnya untuk bersatu melawan Israel. Pada 5 Jun 1967, Israel melancarkan serangan terhadap pangkalan angkatan udara Mesir karena takut akan terjadinya serangan oleh Mesir. Israel menyerang Jordan lalu menyerang Jerusalem Barat dan Netanya. Pada akhir perang, Israel merebut Jerusalem Timur, Jalur Gaza, Semenanjung Sinai, Tepi Barat, dan Dataran Tinggi Golan. Hasil dari perang ini memengaruhi geopolitik kawasan Timur Tengah sampai hari ini.
Presiden Gamal Abdel
Nasser dari Mesir meninggal dunia pada bulan September 1970 dan digantikan oleh
Anwar Sadat yang dianggap lebih sederhana dan pragmatik berbanding Nasser. Bagaimanapun,
bagi mengimbangi ancaman dalaman kepada kuasanya dan memperkukuh imejnya di
kalangan dunia Arab, Sadat bertekad untuk melawan Israel dan memenangi kembali
kawasan yang hilang pada tahun 1967. Rancangan menyerang Israel bersama dengan
Syria dirujuk sebagai Operasi Badr (bahasa Arab: operasi “bulan penuh”)
.
Pada tahun 1971, Anwar
Sadat mengumumkan bahawa sekiranya Israel melakukan pengunduran satu pihak dari
semua kawasan yang ditawannya semasa perang tahun 1967, Mesir akan menimbangkan
gencatan senjata atau kedamaian sementara yang menyeluruh. Israel keberatan
berundur dari sedemikian banyak jajahannya tanpa sebarang jaminan perjanjian
damai daripada Mesir dan tanpa peluang untuk mencapai sebarang perjanjian damai
dengan jiran-jiran Arabnya ketika itu.
Sebagai balasan pada
tahun 1972, Anwar Sadat dengan lantang menyatakan bahawa Mesir akan berperang
dengan Israel, malahan mereka bersedia untuk mengorbankan sejuta orang
askarnya. Sejak dari akhir tahun 1972, Mesir memulakan usaha yang bersungguh-sungguh
untuk mengukuhkan angkatan tenteranya dan menerima MiG-23, SAM6, RPG-7,
khususnya peluru berpandu anti-kereta kebal ‘Sagger’, daripada Kesatuan Soviet
serta memperbaiki taktik-taktik tenteranya.justeru itu pelbagai inisiatif
dijalankan,termasuk meninjau kedudukan musuh terlebih dahulu sebelum melakukan
serangan.
Oleh itu,tentera mereka
bersama-sama melancarkan serangan mengejut pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur
— tentera Syria menyerang kubu di Dataran Tinggi Golan, manakala tentera Mesir
menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Semenanjung Sinai — dan menyebabkan
kemusnahan teruk pada tentera Israel. Semasa peperangan,
Briged Berperisai Barak memainkan peranan yang penting untuk mempertahankan
sempadan Israel daripada serangan Syria di selatan Dataran Tinggi Golan. 112
orang askar terbunuh ketika bertempur di situ. Tentera udara Mesir dan Syria
bersama dengan sistem pertahanan udara(anti pesawat) mereka menembak jatuh 114
buah kapal terbang Israel semasa pertempuran.
Di Mesir dan Syria,
Perang Yom Kippur dilihatkan sebagai separuh menang. Garis Bar Lev yang “tidak
dapat ditawan” telah ditempuh, pasukan tentera udara Israel mengalami kerugian
teruk, dan mitos keunggulan tentera Israel telah dihancurkan di Sinai dan
Dataran Tinggi Golan. Akibat campur tangan Henry Kissinger, Setiausaha Negara
Amerika Syarikat, Israel terpaksa melepaskan sebahagian takluknya kepada Syria
dan Mesir melalui beberapa perjanjian “pengunduran”, walaupun keamanan
menyeluruh yang dibayangkan oleh gabungan Soviet-Amerika yang menganjurkan
Persidangan Keamanan Timur Tengah tidak berlaku.
Tempat bersejarah yang dilawati oleh rombngan kami dalam siri menjejak rasul dibumi Mesir iaitu kubu Israel di Semenanjung Sinai.
Kawasan kubu tentera Israel yang ditawan dengan memacutkan air |
Penulis bersama Anak saudara Amirudin masih belajar Maahad Buut, Al Azhar di Mesir |
Pada mulanya sukar, bagi
tentera Mesir untuk menawan kubu Israel kerana kubunya diselubungi oleh
timbunan pasir.Saya mengambil satu contoh mimpi
yang benar iaitu mimpi mantan Syeikh al-Azhar sebelum ini,iaitu Syeikh Dr.
Abdul Halim Mahmud. Mimpi beliau mengenai
bagaimana strategi melawan tentera Israel. Mimpi ini meminta supaya tentera
Mesir menyimbah air ke pasir di tempat peperangan. Setelah menyimbah air di
atas pasir maka mendaplah pasir dan nampaklah kubu-kubu tentera Israel di bawah
padang pasir. Jadi mudahlah tentera Mesir mengalahkan tentera Israel walaupun
tentera Israel mempunyai senjata yang canggih.
Teropong ini boleh melihat kapal di Laut Merah. |
Menurut anggaran kajian
perangkaan Israel, 2,688 orang petugas Israel terbunuh dalam pertempuran
tersebut dan ribuan lagi (dianggarkan antara 5,000 – 10,000) tercedera. 295
orang askar Israel menyerah atau ditawan oleh tentera Arab (231 oleh Mesir, 62
oleh Syria, dan 2 di Lebanon) manakala 8,783 orang askar Arab ditawan oleh
tentera Israel (8,372 oleh Mesir, 392 oleh Syria, 13 di Iraq, dan 6 di
Maghribi). Kedua-dua pihak itu bertukar-tukar orang tawanan pada pertengahan
tahun 1974.
Salah satu Terowong yang dibina oleh askar Israel. |
Pada 22 Oktober 1974,
perjanjian damai diisytiharkan,akan tetapi tentera Israel mencabuli gencatan
senjata pada 24 oktober 1974 dan berlaku beberapa peperangan kecil dalam
kawasan Bandar Suez. Akibat dari serangan tentera mesir dan syria menyebabkan
kepercayaan orang awam Israel telah tergugat kerana Israel jelas tidak tersedia
untuk serangan mengejut dan gagal mematahkannya dengan pantas. Ketidaksediaan
negara disalahkan pada Menteri Pertahanan Moshe Dayan, dengan orang awam yang
marah menuntut beliau meletakkan jawatan. Presiden Mahkamah Agung
menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat prestasi jeneralnya semasa
berperang, dengan suruhanjaya tersebut kemudian mencadangkan peletakan jawatan
Ketua Turus, tetapi tidak membuat sebarang ulasan tentang Moshe Dayan. Walaupun
demikian, akhbar dan orang awam masih menyalahkannya. Setelah menghadiri
upacara pengebumian askar-askar yang terkorban dan menghadapi keluarga-keluarga
yang berkabung yang menggelarnya pembunuh anak mereka, Moshe Dayan menyerahkan
surat peletakan jawatannya kepada Golda Meir pada tahun yang akhir tahun 1974.
Kelengkapan perang Israel yang ditawan oleh askar Mesir |
Akibat daripada serangan
Israel secara mengejut di Bandar suez, sepertimana yang dinyatakan sebelum
ini,mereka menemui kegagalan yang menyebabkan pihak tentera Israel mengambil
jalan dengan cara penyelesaian dimana mereka mengadakan ‘pertemuan damai’.
Selepas itu,kedua-dua
pihak menjalankan urusan pengebumian tentera masing-masing yang terkorban. Tentera mesir dan
rakyatnya meraikan kemenangan dengan kejayaan mereka merampas kembali tanah semananjung Sinai yang di tawan Israel pada
tahun 1967.
Meriam Israel apabila menembak dibuka pintu kemudian tutup balik supaya peluru tentera Mesir tidak menembusi kubu mereka. |
No comments:
Post a Comment