PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Showing posts with label EMAS. Show all posts
Showing posts with label EMAS. Show all posts

Sunday, October 14, 2012

GUNAKAN DINAR SEKARANG ATAU AMERIKA AKAN MENGGUNAKAN ESOK HARI

Oleh: Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi "Gunakanlah mata wang emas atau dinar kerana Israel dan Amerika akan menggunakan emas sebagai mata wang esok hari,"
Ucapan di atas saya ambil dari ceramah Sheikh Imran Hossein di Mesjid Raya Kuala Lumpur, 11 Jun 2011. Dengan membawakan tema "The Future of Islam", pakar konspirasi dan akhir zaman asal Trinidad dan Tobago itu, mengingatkan jemaah atas nasib umat Islam dewasa ini. Ia mengatakan bahawa umat Islam telah menjadi pecundang yang menyedihkan di negaranya sendiri. Menurutnya penggunaan wang kertas oleh kita adalah keladi dari kemiskinan yang merata di seluruh Malaysia.
"Oleh kerana wang kertas itu jugalah Singapura menjadi negara yang sangat kaya raya," ujarnya kesal.
Baginya ini sangat memalukan, sungguh bahkan. Padahal Islam telah mempunyai sistem kewangan yang murni, orisinal, dan menyejahterakan. Namun sistem Ekonomi Islam yang telah diwarisi oleh Nabi Muhammad SAW dicampakkan begitu saja.
"Memalukan, sesuatu yang sangat memalukan bagi umat Muhammad saw., Yang tidak dapat mengenal pasti wang kertas ini sebagai penipuan. Penipuan adalah sesuatu yang haram dan wang kertas adalah instrumen untuk melegalisasi kecurian. Kita adalah kalah yang menyedihkan, "lirih penulis buku The Gold Dinar and Silver Dirham itu dilumuri kekecewaan. Muka para jemaah juga mengamininya.
Namun di balik itu semua, kalimat "Israel dan Amerika akan menggunakan mata wang emas kedepannya" betul-betul harus kita garis-bawahi. Pencerobohan Amerika ke Papua untuk mengaut sumber emas bangsa ini betul-betul pada titik nadir. Bukan mustahil langkah tersebut adalah jalan bagi Amerika dan sekutunya yang telah meramalkan kejatuhan ekonomi mereka dan beralih dari Dollar (US $) menuju emas bercahaya.
Menurut Muhaimin Iqbal, pengamal Dinar di Malaysia, perilaku US $ selalu bergerak berlawanan arah dengan harga emas. Kalau US $ yang dinyatakan dengan US $ Index naik, maka harga emas yang turun. Sebaliknya jika index US $ turun, maka harga emas yang akan naik. Tentu banyak faktor yang mempengaruhi naik turunnya US $ ini. Tidak terhad kepada faktor ekonomi sahaja, isu-isu politik, keselamatan dan lain-lain ikut mempengaruhi turun naik US $.
Menurutnya, salah satu isu untuk melihat fluktuasi dapat kita ambil dari tren ekonomi Amerika Syarikat. Untuk memahami akan kemana ekonomi Amerika, maka kita boleh menggunakan dua buah data, yakni perumahan dan pengangguran.
Data dari pasaran perumahan kesannya nyata seperti krisis sub-prime mortgage yang sudah terjadi selama hampir dua tahun terakhir, awalnya adalah krisis di kredit perumahan, namun kesannya ke mana-mana. Di samping data mengenai perumahan, tentu data pengangguran juga boleh kita gunakan kerana melalui data ini kita akan sangat mudah menggambarkan keadaan ekonomi suatu negara, termasuk Amerika.
Dari sisi perumahan, data kwartalan terkini House Price Index yang dikeluarkan Case-Shiller menunjukkan penurunan sehingga 14.1%. Ini merupakan penurunan yang paling tajam sepanjang sejarah, bahkan lebih tajam berbanding dengan penurunan pada masa great depression tahun 1930-an.
Pengurangan data penjualan rumah serta indeks harga rumah AS menunjukkan bahawa kontraksi ekonomi global masih terus berlangsung. Diperlukan suatu langkah yang konkrit untuk dapat memacu pertumbuhan ekonomi dan menurunkan tahap pengangguran.
Pada sisi pengangguran juga begitu. Di tahun 2008 saja pengangguran di Amerika telah mencapai angka di atas 5%. Angka itu melonjak drastik pada tiga tahun selepas itu (September 2011) di mana depnaker AS mengatakan kadar pengangguran di 20 negara bahagiannya berada di atas angka nasional 9.1 peratus, dengan tahap tertinggi berada di Nevada yang mencapai 13,4 persen.
Pada tahun 2012 angkanya pun tidak mengalami perubahan bererti. Di New York City kini tahap kemiskinan naik secara signifikan ke rekod tertinggi berbanding tahun 2010 seperti dikeluarkan oleh City s Center for Economic Opportunity. Bahkan menurut laporan The New York Times mendapati bahawa jumlah warga New York yang tergolong miskin pada tahun ini meningkat hampir 100,000 orang sejak tahun 2009. Peratusan tahap kemiskinan pun naik 1,3% menjadi 2,1%.
Data kerajaan menunjukkan 12,7 juta warga Amerika kini menjadi pengangguran. Empat daripada 10 di antaranya tidak boleh mendapat pekerjaan selama 27 minggu atau lebih. Menurut ahli ekonomi, pertambahan lapangan kerja diperlukan untuk memberi pengguna kepercayaan yang mereka perlukan untuk melakukan pembelian, dan menggalakkan syarikat melakukan pelaburan yang mengarah pada pengambilan baru.
Maka itu menarik jika menyimak perkataan Alen Gresspan, bekas chairman dari Federal Reserve AS (1987-2006), yang mengatakan, "Apabila dibiarkan inflasi terus tumbuh, pertumbuhan akan turun, rakyat akan menderita dengan penurunan taraf hidup dan Amerika sangat mungkin menghadapi stagflation."
Realiti ini akan berpeluang untuk memberi jalan hancurnya dollar AS yang pada masa yang sama meruntuhkan hegemoni ekonomi kapitalis Amerika. Pada titik ini pula maka nilai emas akan semakin melonjak naik.
Data dari Bloomberg.com, misalnya, harga emas di bulan Oktober 2011 telah mengalami peningkatan terpanjang dalam 2 bulan yang terkini. Hal ini disebabkan oleh kejatuhan Dollar yang menyebabkan peningkatan permintaan logam mulia tersebut sebagai aset alternatif.
Dollar mencetak rekod penurunan terbesar terhadap Yen dan mundur terhadap Euro, setelah para pemimpin Kesatuan-Eropah bersetuju untuk meningkatkan dana bantuan menjadi empat atau lima kali lebih besar, menjadi sekitar 1 trilion euro ($ 1.4 bilion). Sedangkan Emas telah meningkat sebanyak 23% sepanjang tahun 2011. Sebaliknya dollar malah menurun sebanyak 5.7% terhadap Euro.
Grafiknya tidak jauh berbeza pada tahun 2012. Harga emas terus naik sekitar 1,790 dolar AS pada bulan Februari, paras tertinggi sejak tahun 2012, setelah Fed pada waktu itu mengatakan akan terus mengarahkan suku bunga mendekati sifar hingga sekurang-kurangnya pada akhir 2014. Sedangkan di Comex, harga emas berjangka untuk penyerahan September 2012 ditutup pada level harga 1.684,6 dollar AS per troy ons atau menguat sebesar 31,1 dolar AS per troy ons.
Nampaknya AS menyedari gejala ini. Meminjam bahasa Syeikh Imran, mereka akan melakukan segala daya upaya agar kewangan mereka tetap stabil. Salah satunya beralih ke emas.
Gejala itu memang sudah tampak. Sejumlah kalangan di Negeri Paman Sam begitu hebat mencadangkan penggunaan syiling emas dan perak sebagai alat transaksi. Negara bahagian Utah menjadi pelopornya. Belum lama ini, beberapa wakil rakyat di sana menyusun rancangan undang-undang berkaitan perkara tersebut. RUU itu telah terlepas hingga ke peringkat Kongres melalui pungutan suara. Jika RUU itu nanti disahkan maka syiling emas dan syiling perak akan menjadi alat tukar alternatif bagi rakyat Utah selain wang kertas dolar.
Ternyata Utah dan Virginia tidak sendiri. Dikhabarkan negara bahagian mulai melirik syiling emas dan perak untuk alat transaksi. Idea ini berkembang di Idaho, South Carolina, New Hampshire, Tennesse, Indiana, Iowa, Oklahoma, Vermont, Georgia, Missouri dan Washington.
Maka tidak hairanlah bahawa lawatan Hilary Clinton baru-baru ini adalah usaha untuk mengukuhkan tangan AS di Papua sebagai usaha menstabilkan ekonomi AS melalui lombong emas di Papua. Terlebih di akhir pemerintahannya, Barack Obama jika tidak mampu mendongkrak perekenomian Amerika dengan mewarisi hutang sebanyak US $ 16 trilion; jumlah yang dua kali lebih banyak daripada saat Bush masih memegang jawatan. Bahawa kapitalisme telah gagal.
Jadi mungkin betul perkataan Syeikh Imran, kelak Amerika akan menukar dollar dengan emas sebagai mata wangnya. Lalu bagaimana dengan kita? Masihkah kita bergerak untuk beralih ke dinar?
"(Juallah) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, sya'ir dengan sya'ir, kurma dengan kurma, dan garam dengan garam (dengan syarat harus) sama dan sejenis serta secara tunai. Jika jenisnya berbeza, juallah sekehendakmu jika dilakukan secara tunai "(Shahih Muslim).

Rujukan berita di SINI 



 

Wednesday, December 14, 2011

Majlis Fatwa : Syarat-syarat Pelaburan Emas

Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:

Harga Belian (al-Thaman)

1. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.

Barang Belian (al-Muthman)

2. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.

3. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.

4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:

i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.

ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.

iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.

Sighah

5. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.

6. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.

7. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:

i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.

ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.

Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.

Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:

Syarat Pertama: Taqabudh

11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.

Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.

Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.

13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.

14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.

Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.

Syarat Kedua: Secara Lani

15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.

16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.

17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.

Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.

Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:

Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:

i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.

ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.

iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.

Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.

Akad Dan Unsur Sampingan

18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.

19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.

20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.

21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.

22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

Monday, October 31, 2011

ANTARA SIMPAN WANG, EMAS DAN SAHAM

 






Pilihan  Dalam Pelaburan.
A. Saham.

Pelabur menunggu giliran untuk melabur ASM
Semasa kegawatan ekonomi sekarang, dimana pasaran saham dunia jatuh dan tidak menentu menyebabkan pasaran saham negara kita juga turut terpalit. Dari segi ekonomi pelaburan dalam pasaran saham, apa yang saya faham kita melabur dalam syarikat-syarikat @ industri yang  memproses dan  mengeluarkan produk tertentu. Ada juga syarikat yang tidak mengeluarkan produk tetapi menjalankan perkhidmatan. Jadi jatuh bangun saham yang kita beli bergantung kepada kualiti dan kuantiti permintaan @ pasaran produk atau perkhidmatan yang syarikat @industri keluarkan. Setiap unit saham yang kita beli akan meningkat bilamana pasaranya tinggi manakala sebaliknya saham jatuh jika pasaran pelahan atau jatuh. Jadi pelabur yang bijak akan meneliti produk syarikat @ industri yang laris dipasaran sebelum membuat sesuatu pelaburan


B. Emas
Peningkatan Harga Emas Untuk Sepuluh Tahun
Pasaran dan harga emas sentiasa meningkat setiap tahun. Emas adalah barangan /  komoditi tidak mudah dijumpai maupun dilombong, sudah tentu barangan ini sentiasa kurang di pasaran malah tidak dapat memenuhi pemintaan. Tambahan pula negara seperti China dan India yang mempunyai lebih daripada dua pertiga populasi penduduk dunia adalah pembeli emas tertinggi di dunia masa sekarang, sudah tentu meningkatkan pemintaan dan harga emas di pasaran. Harga emas samada dalam bentuk raw atau yang telah diproses meningkat dengan mendadak dalam pasaran antarabangsa. Bandingan harga emas boleh dirujuk pada graf di atas. Harga pada Okt 1999 adalah 300 USD per Ounce meningkat mencecah 1050 USD per Ounce pada okt 2009. Peningkatan sebanyak 350 %, kalau dibahagikan kepada 10 tahun, purata kenaikan harga emas setahun adalah 35 %. Bayangkan jika anda membeli dan menyimpang emas dalam bentuk bar, dinar atau perhiasan sepuluh tahun dahulu harganya sekarang tentu lumayan. Upah untuk menyewa peti deposit di bank hanya sekitar RM 100 ke RM 150 setahun adalah berpatutan malah anda boleh mengeluarkan zakat emas 2.5 % daripada nilai berat emas, yang sudah tentu meningkatkan ekonomi negara. Selepas menolak kos upah simpan, insurance dan zakat, anda masih memperolehi keuntungan kenaikan harga sekitar 25 % hingga 30 % setiap tahun. Tambahan pula sekarang ini dengan adanya sistem gadaian An-Rahnu Bank Rakyat dan Agro Bank meningkatkan nilai tambah dalam pengurusan simpanan emas.

Jika anda perlu wang tunai untuk apa-apa keperluan, emas boleh digadaikan di sistem pajak gadai bank berkenaan dan menikmati pinjaman sebanyak 65 % hingga 70 % daripada nilai emas. Jadi pelaburan dalam simpanan emas, bilamana anda perlu wang cair anda tidak perlu melupuskan barang kemas anda sebaliknya cukup dengan mengadaikannya sahaja dan boleh ditebus kembali dengan membayar balik simpanan dan upah yang dikenakan. Ini kelebihan dalam sistem kewangan Islam dimana pihak peminjam tidak terbeban dan pihak yang memberi pinjaman tidak terlalu memeras sepertimana kedai "pawnshops" biasa.

C.  WANG / DUIT

Beza nilai emas dengan duit
Wang atau duit adalah satu nilai pada kertas atau siling yang diperakui oleh kerajaan sesebuah negara. Wang itu hanya mempunyai nilai dalam negara itu sahaja dan tidak bernilai di negara lain. Adakah anda biasa dengar " Duit Jepun" semasa zaman kolonial diera perang dunia kedua. Untuk mendapatkan sesuatu benda kecil anda perlu membawa satu guni duit pada masa itu. Teori  RULE 72 menjelaskan " half value off the money" , dimana untuk menentukan nilai wang mestilah  dibahagikan dengan kadar inflasi. Sekarang kadar inflasi lebih  4% , 72/4 = 18.  Ini bermakna dalam masa 18 tahun lagi nilai duit RM100 sakarang akan jadi RM 50. Tahun 2008 dengan nilai  RM 2 anda boleh membeli sekilo  gula dan sekampit serbuk teh kecil ( 150 grams), tapi sekarang nilai RM 2  itu tidak dapat lagi  membeli sekilo gula pun. Inilah nilai duit, ianya semakin menurun kerana ianya bukan komoditi berbanding saham dan emas.


Saya tunjukkan beza nilai duit dengan emas, kalau anda simpan RM 100 000 dalam bank atau Tabung Haji, anda hanya akan menikmati dividen dalam nilai  purata 5%, Jadi diakhir tahun semasa akan akan dapat dividen sebanyak  RM 5000 menjadi nilai tabungan anda adalah RM 105 000. Apabila dinilai dari sudut susut nilai wang sebanyak 4 % setahun, nilai wang anda hanya RM 101 000 sahaja. 
Berbeza dengan jika nilai RM 100 000 anda beli emas 999 @ 24 karat, anda sudah dapat membeli emas seberat  540 gram lebih pada harga sekarang RM 185 per grams. Berdasarkan kepada kenaikan harga 35 % yang diterangkan di atas, tahun hadapan harga akan meningkat sebanyak RM 249 per gram. Jadi nilai pasaran emas yang anda miliki pada tahun hadapan 540 grams x RM 249 = RM 134 460. Setelah ditolak kos  sekitar RM 4460 untuk upah simpan , insuran dan zakat, anda masih mempunyai  baki sebanyak RM 130 000. 

Sunday, August 7, 2011

SIMPAN EMAS

Saya  terbaca blog PASPB tentang perkara yang saya copy N paste di bawah. Rencana ini menarik minat saya untuk berkongsi pengetahuan tentang sistem kewangan konvensional dengan sistem dinar syariah. Saya dapati apa yang ingin dibuat oleh Kerajaan PAS Kelantan adalah amat releven dengan permasalahan kelembapan ekonomi sekarang . Penggunaan wang syariah terutamanya dinar dan dirham yang mempunyai pelbagai kepentingan seperti:-

1. Sandaran nilai emas dan perak yang tinggi dan sentiasa meningkat dari masa ke semasa.

2. Mudah dicairkan dalam pasaran ekonomi yang relevan pada masa sekarang.

3. Tidak mudah rosak samada dalam kebakaran dan sebagainya.

4. Mempunyai nilai yang tinggi diserata dunia tidak seperti nilai wang yang berbeza mengikut negara dan tidak boleh dilakukan sebagai tukaran wang dinegara berlainan. contohnya wang Malaysia tidak bernilai di negara lain.

5. Paling penting Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan. Untuk pengetahuan semua, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.
Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.
Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:
Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 17 Jun 2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!
Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata kenaikan 25.95% setahun!!   [ sila rujuk kembali statistic kenaikan harga emas dunia di bawah.

Jadi, sekiranya pelabur boleh membuat perbandingan antara pulangan amanah saham/fixed deposit dengan emas maka emas dilihat lebih menguntungkan.
Walaupun pulangan daripada pelaburan emas adalah tinggi, namun kesedaran terhadap pelaburan emas di kalangan rakyat Malaysia masih begitu rendah.
Dato’ Salleh (bekas pengerusi BSKL) turut menceritakan mengenai emas pelaburan yang terbaik iaitu wafer/jongkong 999.9 dan waktu terbaik membeli emas ialah pada bila-bila masa sahaja. Tak perlu tunggu harga emas turun.

6. Emas mudah dicagar dan digadai di Ar Rahnu seperti Bank Rakyat, Agro Bank, Yapiem, Koperasi dan Ar Rahnu milikan Kerajaan Negeri. Harga gadaian adalah tinggi dari 60% ke 70% daripada nilai marhun.
 
Harga emas pada 4/1/2005 = USD426.80/Oz
Harga emas pada 6/11/2009 = USD1095.00/Oz
Harga emas sekarang Ogos 2011 = di sekitar USD 1665.00/Oz
sumber rujukan: http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg


TERKINI!! Amerika Syarikat bakal muflis, apa tindakan Malaysia??


Sheikh Imran Hosien pernah berkata:

"15 tahun lalu, saya pernah berkata bahawa Dolar Amerika akan jatuh. Semua orang mentertawakan saya. Tapi kini mereka tidak ketawa lagi."


Dengan hutangnya bernilai AS$14.3 trilion (RM43.3 trilion) iaitu sekitar seperlima keluaran kasar ekonomi dunia, memang Amerika berada di ambang kemuflisan.


Namun asas-asas ekonominya, terutama kehadiran firma gergasinya seperti Apples, Microsoft dan sebagainya masih kukuh. Amerika masih menguasai pacuan teknologi dunia.


Namun kini berlaku kebuntuan dalam menaikkan siling atau paras hutang yang dapat diterima oleh Kongres dan pihak Presiden Barack Obama. Kongres, terutama Dewan Perwakilan, dikuasai Parti Republikan yang sedapat mungkin cuba mengatasi ikhtiar Obama.


Anehnya, telah tercatat dalam sejarah bahawa kemelesetan dunia yang berpunca dari Wall Street New York merupakan padah daripada kesilapan pendahulunya, pentadbiran George W Bush Jr.


Namun Republikan seakan-akan menafikan kenyataan ini dan cuba menimbulkan kesulitan yang lebih besar.


Program pemulihan ekonomi dan rombakan sistem jagaan kesihatan Obama terus terhalang di peringkat Kongres.


Akibatnya jumlah pekerjaan tidak dapat dipacu sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.


Suasana berpihak menurut parti telah dikenal pasti sebagai kelemahan besar Amerika sebagai adikuasa dunia.


Namun proses ini sukar dirombak dan amat memerlukan kecekapan pentadbiran Obama untuk memujuk dan mendesak semua pihak agar menerima persetujuan bagi masa depan Amerika yang kedudukan ekonominya jauh lebih lemah berbanding China.


Namun China, ekonomi kedua terbesar dunia, masih belum dapat menggantikan peranan Amerika. Bahkan suasana ekonomi dunai turut terancam oleh keadaan muflis negara-negara Eropah dan suasana kesan tribencana raksasa di Jepun.


Oleh itu, Amerika perlu menunjukkan azam waja dan kearifan dalam membetulkan masalah rumah tangganya.


Jumlah hutang Amerika Syarikat (AS) dijangka akan mencapai hadnya sebanyak US$14.3 Trilion (RM43.3 Trilion) dalam waktu terdekat.

Dolar Amerika mungkin tidak wujud lagi selepas tarikh 1 September 2011.

Amerika hanya mempunyai beberapa hari atau minggu sebelum negara itu kehabisan wang tunai untuk membayar semua bil perbelanjaannya.


Mereka yang tidak sependapat dengan Presiden AS, Barack Obama telah membantah peningkatan had hutang kerana bimbang terpaksa mengurangkan perbelanjaan.


Anggaran jumlah penduduk AS sekarang ialah lebih 310juta orang.


Sekiranya Hutang AS sekarang ialah USD 14.3 Trilion.


Jadi, diibaratkan setiap penduduk negara itu berkongsi hutang sebanyak USD 46Ribu (RM139 Ribu).


Masih ingatkah lagi kita kepada Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008?


Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008 merujuk kepada keruntuhan ekonomi, perdagangan, gadai janji subprima perumahan di Amerika Syarikat yang semakin parah sejak 2007 dan berlarutan pada tahun 2008.


Bursa saham di seluruh dunia menjunam pada September 2008 apabila beberapa syarikat gergasi di Amerika Syarikat terjerumus ke dalam masalah kewangan akibat krisis kredit perumahan.


Bursa Saham Wall Street terus jatuh sehingga menyebabkan AS berdepan dengan kemelesetan ekonomi.


Pada 25 September 2008, Presiden Amerika Syarikat, George W Bush memberi amaran bahawa banyak syarikat akan gulung tikar (bankrap), ramai pekerja akan menganggur.


Kerajaan Amerika Syarikat terpaksa menggunakan wang cukai rakyat untuk menyelamatkan beberapa syarikat (bailout) agar tidak menjadi muflis.


Kongres Amerika Syarikat setuju menyuntik dana 700 bilion untuk bailout tetapi masih tidak cukup dan paras terendah belum dicapai dan mungkin terus menjunam lagi. - Sumber Wikipedia.


Kita dapat lihat bagaimana Krisis Kewangan AS 2008 yang akhirnya sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi seluruh dunia.


Tetapi bagaimana pula dengan hutang AS yang semakin mencapai 'limit' sekarang?


Apakah yang akan berlaku sekiranya AS muflis?


Mungkinkah sistem wang kertas akan jatuh selepas ini untuk memberi laluan kepada Kerajaan dan Sistem Wang Digital yang berpusat di Israel?


Bagaimana pula dengan kebangkitan sistem matawang Dinar dan Dirham di Timur?


Apa kaitannya?


APA TINDAKAN MALAYSIA YANG SEPATUTNYA?


1) Oleh kerana matawang Amerika makin lemah, jangan sandarkan nilai komoditi yang kita eskport dalam matawang tersebut lagi. Sebaiknya gunakan matawang Euro yang lebih fleksibel atau gunakan sistem barter (tukar barang).


2) Kesemua bon-bon terbitan Amerika yang dibeli Malaysia terutamanya zaman Mahathir kini tidak boleh ditebus kerana mereka sendiri pun tiada wang untuk membayar. Cuba dapatkan pembeli bon-bon dari pengurus dana yang mahu membeli dengan syarat tukaran haruslah dalam matawang lebih kukuh atau emas.


3) Kadar faedah mesti dikekalkan seberapa lama yang boleh. Ini bagi mengelakkan berlaku spekulasi terhadap fleksibiliti dan daya tahan ekonomi Malaysia.


4) Hentikan membeli matawang lain, sebaliknya terus mencari dan menyimpan rizab emas yang lebih stabil harganya. Kini harga emas sangat tinggi, USD1400 segram! Kekuatan ringgit kini terletak kepada berapa banyak rizab emas yang kita ada.


APA YANG RAKYAT MALAYSIA PERLU LAKUKAN?


1) Simpan wang di pejabat pos atau saham amanah. Jangan simpan lagi di bank atau institusi kewangan, sekiranya berlaku isyarat Amerika diisytihar muflis.


2) Beli emas dan perak seberapa banyak dan simpan. Keluarkan semua simpanan emas dan perak di bank dan jangan gadai atau cagar semula. Simpan dan cuma gadai apabila perlu sahaja.


3) Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit. Bank akan mengenakan syarat lebih ketat dan tidak masuk akal bila bila masa tanpa notis yang bakal menjerat kita ke kancah muflis pula.


4) Jimatkan segala perbelanjaan dan potong mana yang tidak perlu. Simpan lebihan gaji dan laburkan di simpanan emas atau sukuk.
JP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...