Skema jawapan.
| 
1(a)   | 
Berdasarkan rajah di atas, 
(i)     
  mengapakah
  kawasan perdalaman Asia mengalami tekanan udara tinggi (TUT) pada bulan
  januari ?  
·        
  Bumi
  mengalami solstis musim sejuk pada bulan Dis hingga Feb -  Di Hemisfera Utara  dan kutub utara akan mengalami musim
  sejuk kerana matahari berada di HS @ di Garisan Jadi / 23 ½ o
  S . Keadaan suhu yang sejuk menyebabkan udara menjadi berat dan
  mewujudkan Tekanan Udara Tinggi di kawasan perdalaman Asia. 
(ii)   
  huraikan
  pola taburan suhu dunia secara mendatar : 
·        
  Pola
  taburan suhu dunia adalah tidak seragam– ada tempat min suhu tinggi,
  ada tempat min suhu sederhana / ada tempat min suhu sangat rendah 
·        
  Pola
  taburan suhu dunia menunjukkan suhu tinggi di kawasan garis lintang rendah (0
  - 45°U-S) 
·        
  Pola
  taburan suhu menunjukkan semakin ke arah kutub U@S suhu semakin rendah ;
  semakin ke arah Khatulistiwa suhu semakin tinggi. | 
[3] 
[4] | 
|  | ||
| 
(b) 
   | 
Jelaskan dua faktor
  kenapa suhu di kawasan garisan lintang rendah lebih tinggi berbanding di
  kawasan garisan lintang sederhana dunia. | 
[4] | 
| 
B1.  Pancaran matahari  bersudut tegak di garisan lintang
  rendah – haba bertumpu - menyebabkan kawasan ini adalah lebih panas
  berbanding di kawasan garisan lintang sederhana dunia. 
B2.  Kawasan GL rendah ( 0-30°U/S ) adalah zon
  kedudukan matahari ( zon sumber haba) – matahari sepanjang tahun berada
  antara Jadi-Khatulistiwa-Sartan – haba lebih – suhu tinggi 
B3.  Lapisan atmosfera GL rendah lebih nipis –
  kurang awan – haba matahari lebih banyak masuk ke ruang atmosfera bumi – suhu
  tinggi | ||
|  | ||
| 
(c)  | 
Terangkan bagaimana
  proses penyejukan adiabatik berlaku ? | 
[4] | 
2a. Sejauh manakah faktor morfologi sesebuah bandar
mempengaruhi kejadian pulau haba?     
       [13]
A1.   Pengenalan  - Konsep pulau haba bandar merujuk kepada peningkatan
suhu di pusat bandar beberapa darjah celcius berbanding kawasan pinggir Bandar.
A2.   Saya
bersetuju bahawa faktor morfologi sesebuah bandar  amat mempengaruhi kejadian pulau haba bandar.
A3.   Morfologi
sesebuah bandar merangkumi struktur bandar yang terdiri daripada susunan
bangunan yang rapat-rapat dan tinggi-tinggi telah menghalang pergerakan angin
secara mendatar. Sebaliknya telah menggalakkan kejadian terbulen / pergerakan
angin secara menegak yang turut mempengaruhi peningkatan suhu di pusat Bandar.
A4.   Penggunaan bahan binaan seperti  konkrit, simen, dan kaca untuk pembinaan
bangunan turut membantu kejadian pulau haba Bandar.  Bahan binaan ini mampu menyerap bahangan
matahari yang banyak pada waktu siang manakala pada waktu malam pula ia
membebaskan bahangan ke angkasa.  Kesannya
haba di pusat Bandar sentiasa tinggi.
A5.
  Permukaan bandar yang terdiri daripada jalan
raya, permukaan jalan kaki berturap dan tempat letak kenderaan yang ditar turut
mempengaruhi penyerapan bahangan matahari pada waktu siang. Pada waktu malam
pula bahangan bumi akan dbebaskan ke angkasa dan kesannya suhu di pusat Bandar
sentiasa tinggi.
A6.   Selain
itu , kawasan pusat Bandar juga kekurangan tumbuh-tumbuhan akibat pembangunan
yang tepu bina. Keadaan ini menyebabkan peningkatan gas karbon dioksida kerana
kekurangan proses fotosisntesis dan kekurangan wap air yang dibebaskan.
Akibatnya , suhu sentiasa tinggi di pusat bandar.
 A7.  Walau
bagaimanapun , terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi kejadian pulau
haba bandar. Pembakaran bahan api fosil dalam 
kenderaan bermotor  dan
perkilangan di kawasan bandar yang membebaskan gas karbon monoksida, gas karbon
dioksida dan sulphur dioksida ke udara turut menyebabkan kejadian pulau haba.
A8.
  Pembakaran terbuka sampah sarap domestik
dan perkilangan juga mempengaruhi kejadian peningkatan suhu di pusat bandar.
Melalui pembakaran sampah ini , gas karbon dioksida, sulphur dioksida ,  karbon monoksida dan nitrus-nitrus oksida
yang panas telah dibebaskan ke udara.
A9.
  Kepadatan penduduk yang tinggi di pusat
bandar juga mempengaruhi kejadian pulau haba bandar. Melalui proses pernafasan
dan perkumuhan ,serta pembakaran metabolism dalam badan telah membebaskan haba
yang tinggi di pusat bandar.
A10.
Kekurangan badan-badan air di pusat bandar juga mengurangkan kandungan wap air
di udara.    Kesannya udara dan angin
sentiasa kering  dan ini turut
mempengaruhi kejadian pulau haba Bandar.
Kesimpulannya,  kejadian pulau haba bandar bukan sahaja
dipengaruhi faktor morfologi  sesebuah
bandar itu sendiri malahan juga disebabkan 
faktor-faktor lain  seperti  faktor aktiviti manusia.
Permarkahan
Faktor morfologi [max 3 isi  x
3m = 9 m ] + 1 isi faktor lain [max 1 isi x 3 m = 3 m] + [1 m kesimpulan] = 13m
max.
2b.  Huraikan  langkah bukan perundangan yang boleh diambil
bagi mengatasi   masalah pulau 
        haba bandar di
Malaysia.                                                                                    
                     [12]
B1.  Menanam lebih banyak tumbuh-tumbuhan hijau di
bawah program “ Hijaukan Bandar” untuk meningkatkan kelembapan udara  akibat pembebasan wap air melalui proses
fotosintsis dan perpeluhan tumbuh-tumbuhan.
B2.   Membina
lebih banyak badan-badan air seperti  tasik
buatan manusia, kolam takungan air, dan pancutan air yang boleh meningkatkan
kandungan wap air di udara.
B3.
  Menukarkan kawasan parkir kenderaan
yang berturap , lorong berjalan kaki dan lorong-lorong antara bangunan dengan
kawasan tanah lapang yang ditanami rumput.
B4.
  Menggalakkan
penduduk bandar  menggunakan kenderaan
awam seperti trend komuter, LRT dan monorel yang bersifat mesra alam bagi
menggantikan kenderaan bermotor yang menggunakan bahan api fosil sebagai bahan
bakar.
B5.
  Merancang pembanguan bandar yang lebih
bersifat mesra alam seperti menggunakan bahan berasaskan  kayu , 
berdinding fiber ( daripada jerami padi) bangunan  yang mempunyai banyak  tingkap yang dapat mengurangkan
penggunaan  alat penghawa dingin dan
menggunakan banyak kipas angin. 
B6.
  Memastikan program Pendidikan Alam
Sekitar dilaksanakan dengan berkesan melalui 
kempen kesedaran dan pendidikan formal dan tidak formal yang dianjurkan
oleh pihak sekolah, IPT, Badan Bukan Kerajaan , Kementerian Alam sekitar dan
lain-lain.
3a.  Jadual
di bawah menunjukkan Arah dan Halaju angin ( dalam peratus ) di Stesen  Metereologi X 
        pada
tahun 2008.
| 
Arah | 
U | 
TL | 
T | 
TG | 
S | 
BD | 
B | 
BL | 
Tenang | 
| 
Halaju | |||||||||
| 
<  1.0 m/s | 
5.4 | 
8.4 | 
6.8 | 
4.9 | 
7.7 | 
8.1 | 
6.1 | 
4.3 | 
3.7 | 
(i)           
Berdasarkan
jadual  di atas, lukiskan sebuah graf
angin untuk menunjukkan arah  dan halaju
angin di Stesen  Metereologi X pada tahun
2008 .                                    [10]
(ii)         
 Jelaskan pola arah dan halaju angin di Stesen
Metereologi X  pada tahun 2008.   [ 3 ]
(iii)       
Huraikan
pengaruh angin monsun timur laut terhadap aktiviti manusia di kawasan Pantai
Timur Semenanjung Malaysia.                                                                         [12]
|  | 
| 
a1 - tajuk   -   
  1m 
a2 - Skala yang betul - 1m 
a3 - Petunjuk yang betaul -  1m 
a4 - label angin tenang betul -
  1m  
a4 – Plotan | 
      7 -  8 betul 
  =  6 m 
      5 - 7
  betul  =  5 m 
      4 - 6
  betul  =  4 m 
      2 - 3
  betul =   3 m 
      0 - 1
  betul  =  0 m  | 
( i
)  Graf arah tiupan angin
Graf  menunjukkan arah dan halaju angin ( dalam
peratus ) di Stesen Metereologi X
(ii)  Jelaskan pola arah dan halaju angin di Stesen
Metereologi X pada tahun 2008.     [ 5 ]
 b1-   kekerapan arah  paling tinggi untuk < 1.0 m/s  - 
timur laut ( 8.4 )
b2-   kekerapan
arah paling rendah untuk < 1.0 m/s 
-  barat laut ( 4.3 )
b3-   Stesen
metereologi Petaling Jaya banyak menerima pengaruh angin monsun timur laut dan  
         monsun
barat daya.   
B4-  halaju
angin pada keseluruhan sederhana                      Mana-mana
3 isi x 1 markah = 3 m
(iii )  Huraikan pengaruh angin monsun timur laut
terhadap aktiviti manusia di kawasan Pantai  
         Timur Semenanjung Malaysia.                                                      
[ 10 ]
c1 -  Angin monsun timur laut
umumnya membawa hujan yang lebat ke kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia.
Hujan yang lebat menyebabkan berlakunya fenomena banjir. Kesannya banyak
kawasan pertanian seperti padi sawah ditenggelami air.
c2 -  Tiupan angin yang
kencang semasa angin monsun timur laut menyebabkan laut bergelora - Aktiviti
perikanan pinggir pantai terjejas.
c3 -  Hujan lebat semasa
tiupan angin monsun timur menganggu kegiatan pembalakan. Jalan-jalan yang
digunakan untuk mengangkut balak menjadi licin.
c4 -  Hujan yang lebat
menyebabkan berlakunya banjir. Banjir menenggelamkan kawasan-kawasan
penternakan ikan udang  dan sebagainnya (
akuakultur ). Kegiatan akuakultur terjejas.
c5 -  aktiviti perniagaan
terjejas  kerana premis dan barangan
ditenggelami air.
c6 -  aktiviti  IKS seperti perusahaan ikan kering, keropok
dan industri batik terjejas.
c7 -  Angin monsun timur laut
yang kencang dan keadaan laut yang bergelora membantu aktiviti sukan ekstrem
seperti perlumbaan kapal layar  ( Monsun
Cup ).
c8 -  Tiupan nngin monsun
timur laut yang kencang dan stabil mengalakkan kegiatan rekreasi seperti
permainan layang-layang.  
                                                                                   
Mana-mana  6 pengaruh  x 2 m = 
12m
3b(i).  Bincangkan faktor fizikal yang menyebabkan
fenomena banjir?    [ 13]
Faktor fizilkal: ( 4
x 3m= 12m )
a1        Hujan –intensiti hujan / kelebatan hujan
– tempoh masa hujan
a2        Litupan tumbuhan / kawasan tadahan
a3        Bentuk muka bumi – rendah / berhampiran muara
sungai
a4        Musim – tiupan angin monsun – hujan lebat
a5        La Nina – hujan lebat
a6        Tsunami – ombak besar – banjir
a7        Penipisan lapisan ozon – suhu meningkat,
pencairan ais, aras laut meningkat  -  banjir
a8        saiz lembangan tidak seimbangan dengan
isipadu air.
            #
calon yang menuliskan kesimpulan + [1m]
(ii)        Huraikan impak banjir  terhadap geomorfologi                [12]
            ( 4 x 3m = 12m)
b1        Tanah
runtuh – runtuhan tebing sungai  -  sungai cetek.
b2        Hakisan tanah – hakisan permukaan tanah
– perlebaran lurah sungai.
b3        Pemendapan bahan - Bentuk muka bumi yang
baru – tetambak, dataran banjir
b4        Pengangkutan tanih giat. 
b5         Luluhawa kimia/ luluhawa dalaman  meningkat 
b6         Perluasan lembangan sungai – mendapan
lanar meluas
4.  a). Nyatakan
tiga  jenis sektor ekonomi  sekunder. [3]
a1 industri pemprosesan
a2 industri pembuatan
a3 industri pembinaan
b).  Terangkan 
dua  ciri buruh dalam meningkatkan
produktiviti industri pembinaan di 
       Malaysia. [4]
| 
Isi Utama | 
Huraian | 
Markah | 
| 
b1. 
 Kemahiran  | 
Kemahiran dan kecekapan yang khusus dalam bidang kejuruteraan. 
Diperolehi melalui pengalaman, latihan lanjutan dan perkongsian
  kepakaran.  | 
2 | 
| 
b2. 
 Tahap Kesihatan  | 
Jika sihat, daya tahan tinggi. Produktif, kompetetif dan kuat kerja.  
Dikaitkan dengan penurunan kadar kematian dan peningkatan jangka hayat.
  Penduduk sihat, jangka hayat tinggi.   | 
2 | 
| 
b3.  
Kebolehkerja -an (fizikal 
 dan mental) | 
Budaya penduduk yang positif seperti mempunyai semangat kerja yang
  tinggi, rajin, berdaya saing, beriltizam, menepati masa dan berinovasi.  
Mobiliti buruh – mudah dilatih dan mudah dipindahkan (menepati ciri
  buruh global) 
Ketahanan fizikal dan mental (patuh pada arahan) | 
2 | 
| 
b4. 
 sikap positif (insaniah) | 
 Tahap kepimpinan (leadership)
  yang tinggi dan berdaya tahan. 
Kesediaan untuk bekerjasama sebagai sebuah pasukan kerja. 
Tahap integriti yang tinggi, kejujuran, kesetiaan dan amanah kepada
  majikan.  | 
2 | 
c).  Huraikan dua sumbangan sektor industri
pembinaan terhadap pembangunan  
      ekonomi dan sosial  di Malaysia. 
[4]
| 
Isi Utama | 
Huraian | 
Markah | 
| 
c1 menyediakan peluang pekerjaan | 
 Membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia.  
Pelbagai peringkat pekerjaan seperti tenaga buruh am, tenaga buruh
  separuh mahir dan tenaga buruh mahir.  
Mengurangkan kadar pengangguran dan membasmi kemiskinan pensusuk.   | 
2 | 
| 
c2 kesan pengganda  | 
 Perkembangan yang pesat dalam
  industri pembinaan akan membantu perkembangan industri lain seperti industri
  tertier.  
Contohnya sektor perkhidmatan pengangkutan awam, telekomunikasi, sektor
  kewangan, perbankan dan insurans akan berkembang khususnya di kawasan
  pembinaan dan sekitarnya.  | 
2 | 
| 
c3 pengaliran kepakaran dan teknologi moden.  | 
Permindahan teknologi, kepakaran dan mobiliti tenaga buruh mahir dan
  profesional dari negara maju. 
Rakyat Malaysia akan dapat mempelajari teknologi moden, inovasi baharu
  melalui projek usaha sama, latihan lanjutan di luar negara dan perjanjian
  persefahaman dengan negara maju. 
Contohnya seperti tenaga pakar dari Jerman, Amerika Syarikat dan Jepun
  yang datang ke Malaysia untuk membangunkan industri pembinaan. | 
2 | 
| 
c4 mewujudkan bandar-bandar baharu | 
Industri pembinaan yang pesat membangun akan menggalakkan kewujudan
  bandar-bandar baharu. 
Melalui perancangan dasar kerajaan memajukan sesuatu kawasan baharu
  dengan mewujudkan bandar-bandar baharu yang sistematik dan lebih terancang
  seperti Putrajaya, Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan, Bandar Baru Bangi di
  Selangor dan sebagainya. | 
2 | 
| 
c5 pembauran inovasi | 
Lingkungan pengaruh bandar yang sedia ada akan menjadi semakin luas
  dengan berkembangnya industri pembinaan. 
Kawasan bandar akan mengalami rebakan dan seterusnya berlaku penularan
  dan penyebaran inovasi serta idea baharu kepada penduduk sekitarnya. | 
2 | 
d). 
Jelaskan dua masalah yang dihadapi oleh industri pembinaan di Malaysia.
[4]
| 
Isi Utama | 
Huraian | 
Markah | 
| 
d1
  permintaan perumahan dan ruang niaga semakin meningkat | 
permintaan untuk tempat tinggal penduduk, iaitu perumahan dan ruan
  perniagaan yang semakin meningkat hasil pertumbuhan ekonomi Malaysia yang
  baik 
permintaan yang melebihi penawaran menyebabkan harga perumahan dan
  ruang niaga menjadi mahal dan membebankan penduduk - penduduk terpaksa
  menanggung hutang dan beban. | 
2 | 
| 
d2
  peningkatan kos pembinaan | 
berlaku peningkatan kos pembinaan yang semakin tinggi disebabkan bahan
  yang tidak mencukupi 
kenaikan harga bahan binaan disebabkan oleh faktor-faktor luar seperti
  inflasi dunia, kekurangan bekalan daripada luar, kenaikan harga import yang
  mendadak, lebih-lebih lagi peningkatan harga minyak petroleum. 
hal ini telah menyebabkan kelewatan dalam menyiapkan projek-projek
  binaan dalam masa yang ditetapkan.  | 
2 | 
| 
d3
  kekurangan tenaga buruh | 
sektor industri binaan tempatan amat memerlukan guna tenaga buruh yang
  banyak dan mempunyai kemahiran yang cekap dan terlatih. 
Malaysia kebanyakan bergantung kepada tenaga kerja asing. 
pengambilan tenaga asing telah mendatangkan pelbagai masalah antaranya
  kualiti hasil kerja tidak memenuhi piawaian yang dikehendaki oleh klien. | 
2 | 
5(a)  
Mengapakah kerjasama ekonomi ASEAN diperlukan ?                       [12]
| 
Isi Utama | 
Huraian | 
Markah | 
| 
a1
  Kecekapan  
      ekonomi | 
·      Kepelbagaian aktiviti ekonomi 
·      Perdagangan antara Negara ASEAN dan Negara-negara lain. | 
2 | 
| 
a2
  Daya saing | 
·      Penghasilan produk lebih berkualiti 
·      Harga kompetatif | 
2 | 
| 
a3
  Pengkhususan | 
·      Setiap Negara mengeluarkan satu produk | 
2 | 
| 
a4
  Penglibatan 
     dalam ekonomi dunia | 
·      Kerjasama dengan blok ekonomi dunia 
·      EU,NAFTA dan APEC | 
2 | 
| 
a5
  Pelaburan | 
·      Menggalakkan pelaburan asing 
·      Pelaburan Silang 
·      Menambahkan modal Negara 
·      Penglibatan syarikat Multinasional (MNC) | 
2 | 
| 
a6
  Teknologi | 
·      Pemindahan teknologi dan kepakaran 
·      R & D | 
2 | 
| 
a7
  Pasaran | 
·      Pasaran luas 
·      Meningkatkan KDNK | 
2 | 
| 
a8
  Bekalan buruh | 
·      Perkongsian kepakaran 
·      Buruh yang murah dan ramai/ mudah diperolehi. | 
2 | 
| 
a9
  Bahan mentah 
     /sumber alam | 
·      Banyak bahan mentah 
·      Mudah diperolehi | 
2 | 
                 Pemarkahan : Mana-mana 6 isi x 2m =12m
      (b) 
Jelaskan kesan positif Globalisasi ekonomi kepada sesebuah Negara.          [13]
| 
Isi Utama | 
Huraian | 
Markah | 
| 
b1 Perdagangan bebas | 
·     
  Terbuka 
·     
  Tanpa sekatan 
·     
  Tarif yang rendah 
·     
  Kegiatan eksport/import lebih mudah 
·     
  Tanpa dasar perlindungan 
·     
  Berurusan dengan banyak Negara | 
2 | 
| 
b2 Perluasan pasaran | 
·     
  Meningkatkan pasaran 
·     
  KDNK meningkat 
·     
  Kepelbagaian produk berkualiti 
·     
  Harga lebih murah | 
2 | 
| 
b3 Pemindahan  teknologi | 
·     
  Meningkatkan produktiviti 
·     
  Menjimatkan kos latihan 
·     
  Pengeluaran lebih cekap | 
2 | 
| 
b4 Aliran buruh | 
·     
  Tenaga buruh cukup 
·     
  Murah dan mudah 
·     
  Produktiviti meningkat | 
2 | 
| 
b5 Menggalakkan 
     persaingan | 
·     
  Produk berkualiti 
·     
  Pengkhususan 
·     
  Harga kompetatif | 
2 | 
| 
b6 Peningkatan kualiti  
     produk | 
·     
  Berdaya saing 
·     
  Produk kompetatif | 
2 | 
              Plih mana-mana 6 isi x2m = 12
markah
              Contoh dan huraian  : 1m
              Jumlah : 13 markah
6. (a) Mengapakah industri pembuatan perlu diselerakkan dari bandar
ke luar bandar? [9]
| 
Isi Utama | 
Huraian | 
Markah | 
| 
a1 mengelakkan kesesakan dan tepu  | 
kepadatan ruang di bandar – lokasi industri tidak lagi sesuai 
Nilai hartanah di bandar mahal-mengelakkan saingan guna tanah lebih
  untung untuk guna tanah petempatan dan perniagaan berbanding dengan
  perindustrian | 
2 | 
| 
a2 menjimatkan kos pengeluaran  | 
sinergi (saling menguntungkan) apabila industri pembuatan berdekatan
  dengan industri memproses yang terletak di luar bandar 
kos pengangkutan bahan mentah ke kilang pembuatan boleh dijimatkan 
kos buruh dan kos tapak lebih murah di kawasan luar bandar | 
2 | 
| 
a3 mengurangkan pencemaran | 
konsentrasi pencemaran di bandar boleh di kurangkan apabila sebahagian
  kilang di lokasikan di luar bandar 
pencemaran air,udara,bunyi dan bau khususnya kilang petrokimia. | 
2 | 
| 
a4 mengimbangi pembangunan bandar dengan luar bandar | 
industri sebagai pemangkin pembangunan setempat 
kawasan bandar yang sudah maju diperlahankan manakala kawasan luar
  bandar yang masih mundur dipercepatkan | 
2 | 
| 
a5 membuka peluang pekerjaan kepada penduduk desa | 
industri pembuatan berintensif buruh diperlukan diluar bandar untuk
  mencipta banyak peluang pekerjaan 
kadar pengganguran luar bandar boleh dikurangkan –pendapatan perkapita
  penduduk meningkat,taraf hidup dan kualiti hidup bertambah baik 
mengelakkan migrasi ke bandar | 
2 | 
| 
a6 memajukan sumber berpotensi | 
sumber bahan mentah setempat boleh dimajukan kerana
  industri pembuatan memerlukan bahan mentah tersebut 
contoh industri pembuatan tayar memerlukan getah
  manakala industri pembuatan minyak masak memerlukan minyak kelapa sawit
  mentah 
sektor ekonomi hiliran boleh berkembang maju | 
2 | 
| 
a7 kesan pengganda-memajukan rantaian
  industri/ekonomi yang berkaitan | 
kesan pengganda-industri yang berkaitan dengan
  pembuatan berkembang maju seperti industri memproses,pengbungkusan,pengangkutan
  dll 
menggalakkan lahirnya usahawan muda melalui PKS yang
  menjadi veedor kepada industri pembuatan berskala besar | 
             
  2 | 
| 
a8 mempercepatkan kemajuan kawasan | 
industri pembuatan mempercepatkan pembangunan infrastruktur-khususnya
  rangkaian pengangkutan,bekalan ai,elektrik dan sistem telekomunikasi 
mempercepatkan pembangunan bandar-kewujudan bandar
  baru di kawasan luar bandar yang berasaskan industri-kemudahan perbandaran
  disediakan dengan lengkap | 
2 | 
 b)      Huraikan faktor yang mempengaruhi kemajuan industri pembuatan di
Malaysia. [6]
| 
Isi Utama | 
Huraian | 
Markah | 
| 
b1 asas bahan mentah dan sumber tenaga yang cukup | 
Industri pemprosesan menyediakan bahan mentah yang
  cukup untuk pembuatan/penghasilan barangan siap dan separa siap. 
Contohnya minyak sawit mentah untuk menghasilkan
  minyak masak, sabun, marjerin. 
Bekalan tenaga elektrik hidro dan terma yang cukup
  dan murah | 
2 | 
| 
b2 dasar dan galakan kerajaan | 
Galakan kerajaan melalui skim pelaburan dan promosi,
  pemberian taraf perintis, penyediaan kawasan perindustrian bebas cukai (FTZ)
  dan mewujudkan koridor industri. | 
2 | 
| 
b3 faktor modal/pelaburan yang tinggi | 
adanya pelaburan asing (FDI) dari syarikat
  multinasional (MNCs) seperti Panasonic, JVC, Nokia, Samsung 
pelaburan tempatan- skim vendor dengan syarikat
  multinasional 
pelaburan dari modal IKS – menghasilkan produk b 
hutan Malaysia 
sokongan perkhidmatan – kewangan/kemudahan kredit,
  perbankan dan insurans | 
2 | 
| 
b4 kualiti sumber manusia - buruh | 
mempunyai tenaga kerja terlatih dan berkemahiran 
tenaga kerja berpendidikan – mobiliti buruh yang
  mudah dilatih dan dipindahkan | 
2 | 
| 
b5 sokongan kemudahan prasarana yang cukup | 
kemudahan asas yang mencukupi sebagai penyokong
  seperti bekalan air, elektrik, kemudahan pengangkutan seperti jalan raya,
  lebuh raya, pelabuhan dan pergudangan | 
2 | 
| 
b6 teknologi berkembang pesat | 
R&D dijalankan oleh kerajaan untuk menghasilkan
  teknologi baru bagi menghasilkan pelbagai produk 
Kewujudan industri berteknologi tinggi (HiTech),
  teknologi komunikasi melalui MSC dan pemindahan teknologi luar | 
2 | 
| 
b7 pasaran yang luas | 
mendapat pasaran yang luas dari dalam dan luar
  Negara seperti di rantau asia iaitu ASIA BARAT,ASIA TIMUR,ASIA SELATAN,EROPAH
  dan AMERIKA SYARIKAT contohnya barangan elektrik seperti alat pendingin hawa | 
2 | 
| 
b8 politik yang stabil dalam jangka masa panjang | 
polisi governan yang stabil dan mantap kerana tidak
  berlakunya pertukaran kerajaan 
keyakinan pelabur bertambah untuk melabur dalam
  jangka masa panjang | 
2 | 
b)   Jelaskan kesan negatif aktiviti industri pemprosesan terhadap alam
sekitar fizikal. [10]
| 
Isi Utama | 
Huraian | 
Markah | 
| 
c1 
 pencemaran
  udara, jerebu dan hujan asid | 
pelepasan bahan pencemar udara seperti karbon
  dioksida, karbon monoksida, hidrokarbon dan gas sulfur. 
pembebasan partikel terampai (PM10) seperti asap,
  debu, habuk yang boleh menyebabkan jerebu.  
proses kondensasi wap air dengan bahan pencemar
  udara akan menyebabkan berlakunya hujan asid.  | 
2 | 
| 
c2  
pemanasan setempat | 
kewujudan bahan pencemar di udara boleh memerangkap
  bahangan bumi.  
dikaitkan dengan kesan rumah hijau.  
haba dikeluarkan oleh generator kilang menyebabkan
  pemanasan setempat.  | 
2 | 
| 
c3  
pencemaran air | 
pelepasan sisa toksid/enfluen ke dalam badan-badan
  air seperti sungai, tasik, laut dan kolam menyebabkan kuantiti air laut
  terjejas.  
kadar BOD air meningkat dan keasidan air bertambah.  | 
2 | 
| 
c4 kemusnahan ekosistem akuatik | 
pencemaran air menyebabkan pelbagai spesis hidupan
  akuatik terjejas dan mati seperti ikan dan udang.  
rantaian makanan terjejas dan habitat musnah.  | 
2 | 
| 
c5  
pencemaran bunyi dan bau | 
bunyi bising daripada generator kilang yang
  beroperasi 24 jam menghasilkan getaran 60 – 70 dBA 
pencemaran bau daripada sisa kilang getah dan kelapa
  sawit yang berbau busuk dan mencemarkan alam sekitar.  | 
2 | 
| 
c6 pencemaran sisa toksid/ pencemaran tanih | 
pelupusan sisa toksid oleh kilang-kilang haram
  menyebabkan tanih berasid dan berbahaya kepada sumber air tanih apabila
  berlaku proses larut resap.  | 
2 | 
| 
c7 pencemaran persekitaran / sampah sarap | 
pembuangan sisa pepejal seperti plastik, kotak, sisa
  kayu dan tandan kelapa sawit dari kilang menyebabkan pencemaran sampah sarap.
   | 
2 | 

