PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Tuesday, September 27, 2016

AHLI PARLIMEN [MP] BELANDA TOLAK UNTUK BERJABAT TANGAN DENGAN NETANYAHU


Khamis, 15-09-2016 – Forum Palestin di Eropah-Tawasol-memuji Ahli Parlimen (MP) Belanda, Tunahan Kuzu yang menolak untuk berjabat tangan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semasa kunjungan dua hari Netanyahu ke Belanda minggu lalu. Ketua Forum Tawasol, Zaher Biraoui mengucapkan terima kasih kepada Kuzu yang memboikot lawatan Netanyahu dan enggan bertemu dengan beliau kerana protes atas jenayah yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin.
Dalam surat beliau yang dihantar kepada Kuzu, al-Biraoui berkata, Kuzu berani memartabatkan perjuangan rakyat Palestin dan meningkatkan kesedaran Eropah terhadap jenayah yang dilakukan oleh pendudukan Israel. Pada hari Rabu, MP Belanda, Tunahan Kuzu – berketurunan Turki – enggan berjabat tangan Benjamin Netanyahu sebagai protes dan menegaskan tiada layanan karpet merah istimewa buat penjenayah yang me’merah’kan Semenanjung Gaza dengan darah kanan-kanak dan rakyat Palestin yang tak berdosa.
sumber : http://english.palinfo.com

Saturday, February 7, 2015

PERKARA PELIK BERLAKU DI USA.

Hakim Amerika Pertahan Islam Di Mahkamah


Mungkin agak ganjil mendengar tajuk di atas . Semua orang tahu sikap Amerika terhadap Islam. Bagi Amerika, Islam sering dikaitkan dengan keganasan. Namun ironinya semakin kuat Amerika menentang Islam dilaporkan semakin ramai rakyat di sana makin berminat dengan Islam. 

Tragedi 911 telah menyebabkan perkembangan Islam di Amerika berlaku dengan agak pantas. Salah satu indikasi bagi perkara ini adalah selepas serangan 911 Al-Quran menjadi kitab yang paling laris dijual di beberapa wilayah di Amerika bagi tempoh yang agak lama. Minat rakyat Amerika dengan Al-Quran sehingga menyebabkan Penerbit buku yang terkenal , Penguin Books, yang telah menerbitkan Al-Quran dalam bahasa Inggeris melaporkan ia telah mencetak lebih dari 20,000 naskah Al Quran sejurus berlakunya tragedi 911.

Akhbar USA Today melaporkan di dalam artikel bertajuk “"People Want to Know, so Koran is Bestseller," penjualan naskah Al-Quran telah berganda 55 kali selepas 911. Apabila ditanya tentang perkara ini salah seorang sarjana barat yang amat bersimpati dengan Islam, John Esposito menyatakan “ kekuatan Al-Quran adalah mana-mana orang Islam atau sesiapa sahaja membuka mana-mana helaian Al-Quran akan mendapat mesej betapa Islam memandang tinggi tentang nyawa dan kehidupan manusia.”

Kes terbaru yang berlaku di sebuah Mahkamah di Pennsylvania, Amerika juga agak menarik minat saya untuk menulis artikel ini. Ia melibatkan seorang Islam , Talaag Elbayomy yang memukul seorang Atheist, Ernie Perce yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w . Ernie Perce telah memakai pakaian yang menunjukkan kononnya mayat Nabi Muhammad s.a.w. sedang bangun dan berjalan di dalam satu perarakan sempena menyambut hari Halloween. Perbuatan beliau telah mengakibatkan Talaag Elbayomy yang kebetulan bersama keluarganya menyaksikan perarakan tersebut merasa bahawa perbuatan Earnie Perce tersebut menghina Rasulullah s.a.w lalu memukul lelaki athiest tersebut.

Pegawai Polis yang bertugas di perarakan tersebut iaitu Brian Curtis berpendapat tindakan lelaki athies tersebut adalah termasuk di dalam kebebasan bersuara yang dijamin oleh Pindaan Pertama Perlembagan Amerika maka beliau telah menangkap lelaki Islam yang memukul lelaki Athies tersebut. Dipendekkan cerita akhirnya lelaki Islam tersebut telah didakwa atas tuduhan menggangu ( harrassament ) lelaki Athiest tersebut.

Kes tersebut telah dibicarakan dihadapan Hakim Daerah, Mark Martin. Hakim tersebut telah memutuskan lelaki Islam tersebut tidak bersalah dan membebaskan beliau. Apa yang menarik semasa beliau membebaskan lelaki Islam tersebut beliau telah memberi syarahan berikut :-

“Setelah mempunyai peluang tinggal lebih dari dua tahun di negara umat Islam saya rasa saya mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak tentang Islam. Hakikatnya saya ada senaskah Al-Quran di sini.. Saya ingin mencabar kamu tuan ( lelaki Athiest tersebut ) tunjukkan kepada saya di mana di dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa Muhammad telah bangun dan berjalan bersama orang-orang yang dah mati. Oleh itu sebelum kamu memperolok-olok agama orang Iain kamu sepatutnya berusaha untuk mengetahui agama tersebut. 

Di dalam masyarakat kita ( Amerika ) kita mempunyai Perlembagaan yang memberi kita banyak hak khususnya hak di bawah Pindaan Pertama. Amat malang setengah orang menguna Pindaan Pertama tersebut bagi membuat provokasi ke atas orang lain dengan sengaja. Saya tidak fikir itulah yang diniatkan oleh datuk moyang kita terdahulu. Saya rasa datuk moyang kita berniat untuk mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi membolehkan kita menyampaikan apa yang ada di minda kita dan bukannya bagi menghina dan mencerca orang lain atau budaya mereka – yang malangnya itulah yang kamu lakukan.”

Hakim itu kemudiannya meneruskan syarahan beliau tentang Islam seperti berikut :-

“ Saya tidak rasa kamu sedar tuan bahawa di sana terdapat perbezan yang besar bagaimana Amerika melaksanakan Kristian – saya faham kamu adalah seorang Athiest ( tidak percaya agama ) – tapi kamu kena faham bahawa Islam bukan sekadar agama. Islam adalah cara hidup dan budaya mereka . Islam adalah segala-galanya bagi mereka ( orang Islam ) . Mereka bersembahyang lima kali sehari dan menghadap Mekah . Untuk menjadi orang Islam yang baik sebelum mati kamu kena pergi ke Mekah menunaikan haji melainkan kamu terlalu sakit atau terlalu tua tetapi kamu kena berusaha untuk melakukan haji. Perjumpaan mereka dimulakan dengan ‘Salam alaikum, wa-laikum as-Salam yang ertinya Salam sejahtera ke atas kamu.

Adalah menjadi kebiasaan dalam percakapan mereka apabila mereka bercakap dengan orang lain mereka akan berkata “ Jika Allah mengkehendaki” (Insya'Allah) ia akan berlaku. Inilah tata cara kehidupan mereka. Apa yang kamu lakukan adalah sama sekali meranapkan apa yang mereka anuti. Saya berpendapat apa yang kamu lakukan adalah sangat sangat biadap dan meskipun kamu ada hak , kamu bagaimanapun telah bertindak melampaui had-had yang ditetapkan oleh Pindaan Pertama Perlembagaan.

Saya telah mengabiskan masa selama tujuh tahun tinggal di negara-negara lain. Apabila kita pergi ke negara lain bukan satu yang luar biasa orang memanggil kita sebagai ‘ugly Americans” ( Amerika yang hodoh ) . Ini kerana kita terlalu mementingkan hak kita tetapi tidak langsung mempedulikan hak-hak orang lain.” 

Di dalam satu kes yang lain yang melibatkan seorang yang dibuang kerja kerana tidak diberi alasan seorang Hakim Amerika dengan penuh yakin menyatakan seperti berikut “ Jika Tuhan sendiri memberikan alasan kepada Adam- iaitu Adam dilarang memakan buah yang dilarang- sebelum beliau diperintah keluar dari syurga , siapakah kamu ( majikan ) yang dengan sewenang-wenangnya memecat pekerja kamu tanpa memberi alasan.”

Sumber: Detik Islam

Sunday, January 18, 2015

KOMEN MENTERI LUAR SWEDEN TERHADAP NEGARA HARAM ISRAEL - SATU-SATUNYA NEGARA YANG BERANI DI ARENA DUNIA SEKARANG

Israel extremely aggressive towards Palestinians: Wallstrom

Sweden’s Foreign Minister criticizes Israel in latest war of words between the two countries
Sweden’s Foreign Minister criticizes Israel in latest war of words between the two countries
BRUSSELS – Israel’s policies against Palestinians are ''extremely aggressive", Sweden’s Foreign Minister Margot Wallstrom has declared a day after being told she was not welcome in Israel.
Wallstrom’s comments came on Friday in an interview with local media as she discussed her country's recognition of Palestine statehood.
She told Swedish daily newspaper Dagens Nyheter: ''We knew that the Israelis would react, and they do have a rhetoric that has gone beyond all limits."
"The way they have been talking about us [the Swedish government] and others is not acceptable.''
Wallstrom underlined that a two-state solution to the Israeli-Palestinian conflict should be implemented "while it is still possible", adding: ''I am for Israel, I am for Palestine''.
But she added: ''Israel has been extremely aggressive."
- 'War of words'
"They have continued with their settlement policy, they have continued with their demolitions, they have continued with the policy of occupation with a humiliation of the Palestinians, which makes the [peace] process very difficult.''
The apparent war of words between Israel and Sweden followed a deterioration in relations triggered by Sweden’s recognition of Palestine last October.
Israeli Foreign Ministry spokesman Emmanuel Nahshon told Swedish Radio on Thursday: "The Swedish Foreign Minister [Margot Wallstrom] - she would not have received any official meetings in Israel, and it's not a matter of political perspective."
''I think that all decision-makers in Israel agree that what Sweden did is a highly unfriendly act."
Sweden became the first EU member to recognize Palestine as a state on Oct. 30, 2014 in a move which infuriated Israel, which recalled its ambassadors from Stockholm.
Later on Friday, the Prosecutor of the International Criminal Court at The Hague, Fatou Bensouda, announced she had opened a preliminary investigation into the "situation in Palestine" after the Palestinian government lodged claims of war crimes against Israel.
The ICC made the announcement on its website, weeks after the Palestinian Authority requested the ICC investigate war crimes it said were carried out by Israel during the Israeli Defense Force's Operation Protective Edge launched in July, in which more than 2,200 Gazans were killed.
Copyright © 2015 Anadolu Agency

Wednesday, September 17, 2014

Amerika Syarikat akan jatuh bankrup jika memerangi ISIL.
DISINI

Sunday, September 7, 2014

Air Zam-Zam Miliki Mukjizat - Saintis Jepun

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung


KAJIAN seorang saintis Jepun mendapati bahawa air zam-zam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya berbeza dengan yang lain. 

Molekul air zam-zam.
Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun menjalankan kajian ke atas perubahan bentuk molekul air yang didedahkan kepada pengaruh-pengaruh positif dan negatif.

Beliau mendapati apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan yang berbentuk positif, air-air tersebut membentuk molekul yang berbentuk kristal indah. 
Sebagai contoh, dalam salah satu eksperimen beliau, air didedahkan dengan bacaan doa agama Islam dan molekul air yang terhasil membentuk kristal indah berbentuk segi enam dengan lima cabang daun yang berkilauan indah.

Beliau turut mendapati molekul air yang terhasil menerusi eksperimen ke atas air zam-zam adalah bercabang-cabang dan berkilauan.

Emoto mendedahkan hasil penemuannya itu dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mac 2005 di New York.

 
Dr Masaru Emoto.

Dalam eksperimen tersebut turut mendedahkan pengaruh unsur-unsur negatif terhadap air.
Menurut Emoto, apabila air didedahkan kepada perkataan syaitan dan muzikheavy metal, kristal molekul air yang terhasil tidak mempunyai bentuk dan kelihatan hancur serta buruk.

"Ternyata, air boleh 'mendengar, membaca dan memahami' kata dan doa," katanya.

Pada Persidangan Air Sedunia di salah sebuah universiti di negara ini beberapa tahun lalu turut membuktikan segala fakta mengenai air.
Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan 'kehebatannya'.
Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang diuji itu.

Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk air zam-zam diuji dan dikenal pasti. Uniknya, air zam-zam membentuk molekul yang begitu kukuh, strukturnya tidak berubah disebabkan apa jua tekanan.

Malah, kehebatan air zam-zam didapati mampu merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu tertentu. Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di makmal Eropah, terbukti bahawa air zam-zam memang lain daripada yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah.

 
Telaga air zam-zam.

Ia mengandungi kadar kalsium dan garam magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan penyembuhan. Air zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
Lebih menakjubkan, tidak ada sedikitpun lumut di telaga zam-zam dan ia sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

Justeru, dalam perubatan Islam, penggunaan air penawar dalam rawatan adalah satu aspek penting untuk diamalkan pesakit. Air penawar biasanya dibacakan Surah al-Fatihah atau ayat suci al-Quran yang berkaitan dengan penyakit dialami pesakit.

Selepas pesakit membaca ayat al-Quran, mereka dikehendaki membaca doa memohon kepada Allah untuk penyembuhan dan doa ini turut dibacakan ke air penawar. Teori Emoto mengenai perubahan kristal molekul air jelas menerangkan kemujaraban air penawar yang didedahkan kepada bacaan ayat suci al-Quran.

Pembacaan ayat suci al-Quran ke atas air penawar menyebabkan kristal molekul air penawar berubah kepada bentuk kristal indah dan memberi kesan positif kepada peminumnya

Wednesday, September 3, 2014

SAFFRON ATAU ZA'FARAN


Kitab suci Al-Quran terkandung di dalamnya rahsia bagi segala rahsia hikmat bagi segala hikmat, penawar bagi segala penawar sebagaimana disebutkan didalam surah Al-Israk ayat 82 yang bermaksud  "... dan kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman ... ".

Saffron atau Za'faran berasal dari perkataan Arab bermaksud kuning (yellow), sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi adalah antara khazanah alam termahal di dunia. herba yang digelar 'Emas Padang Pasir' (Gold of the Desert) juga dikenali sebagai 'Spice King', 'Spice Queen', 'Vegatable Gold', dan 'Flower of Love'. Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya (excellent stimulant) sejak dari dulu lagi. Justeru itu disamping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan.

Tumbuhan dengan nama saintifiknya 'Crocus Sativus Linnaeus' telah dikenali ramai sejak ribuan tahun dahulu sebagai rempah (spice) yang paling benilai dan berharga. Ianya telah digunakan di seluruh dunia terutamanya di Timur Tengah, India dan negara-negara Eropah. Lebih dari 60 negara di dunia mengenali saffron dengan sebutannya yang berlainan seperti Parsi: 'Za'afaran', Jepun: 'Safuran', Hindi: 'Kesar', China: 'Fan Hong Hua', Tamil: 'Kungumappu' dan Bahasa Melayu ' koma-Koma '.

Tiada tarikh yang tepat bilakah bermulanya penanaman saffron, tetapi ianya dipercayai telah mula ditanam sejak zaman pra-sejarah Greek (Prehistoric Greek). Kini saffron banyak ditanam di Barat Mediterranian (Sepanyol) sehingga ke Asia (India dan China). Ianya juga telah mulai ditanam di Australia, AS dan Amerika Selatan  (Mexico dan Argentina). 

Hari ini negara pengeluar-pengeluar utama saffron adalah Iran, Greece, Sepanyol, India, Morocco, Turki dan Itali. Lebih dari 85 peratus (kira-kira 400 tan metrik) pengeluaran saffron dunia datangnya dari negara-negara tersebut. Manakala pengimport saffron terbesar dunia adalah negara Jerman, Itali, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jepun dan Korea Selatan.

Dianggarkan lebih dari 1400 spesis bunga saffron di seluruh dunia. India (Jammu dan Kashmir) adalah negara yang menghasilkan kualiti saffron terbaik di dunia (sejarah menyatakan di wilayah ini bermulanya era penanaman saffron). Sekuntum bunga saffron mengeluarkan 3 stigma berwarna merah dan dipetik pada musim luruh. Penuaian dilakukan sebelum terbitnya matahari bagi memastikan kesegarannya. Proses pengutipan, pengasingan, pengeringan, penyimpanan serta pembungkusan semuanya menggunakan tangan. Untuk mendapatkan sekilogram saffron kering lebih dari 150 ribu kuntum bunga diperlukan.

KEISTIMEWAAN ZA'FARAN

Stigma bunga Za'faran ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara-negara Timur Tengah. Selain untuk melazatkan makanan, ia juga dianggap ramuan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, dan bahan pewarna. Zafaran kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin. Ia merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai 'King of Spices'.

Za'faran adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri.

Ulamak-ulamak perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan za'faran ini.

Bagi menghasilkan 10 grams stigma (filament) za'faran, ia memerlukan 1000 kuntum bunga za'faran. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia.

Harganya di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu mencecah di antara RM10,000.00 hingga RM22,000.00 berdasarkan grednya.

* Sumber dari qalamislami.blogspot.com

Monday, September 1, 2014

BRITISH PERKENALKAN SEJARAH KEBANGKITAN ISLAM DALAM KURIKULUM SEKOLAH PERINGKAT A-LEVEL.


Sejarah kebangkitan Islam akan masuk dalam salah satu kurikulum pelajaran di sekolah peringkat menengah atas di Inggeris atau A-level. Langkah ini diambil selepas pihak berkuasa Inggeris menganggap kurikulum sejarah terlalu berkiblat ke Barat. Diberitakan BBC, Selasa 20 Mei 2014, topik kebangkitan Islam yang akan masuk dalam pelajaran sejarah merangkumi tempoh tahun 550 hingga 750 Selain itu, juga akan dimasukkan sejarah kerajaan-kerajaan Prakolonialisasi di Afrika. Menurut lembaga kajian ujian sekolah Inggeris, OCR, tujuan dari penambahan topik-topik baru ini adalah untuk memperluaskan mata pelajaran sejarah, yang merupakan paling popular kelima di kalangan pelajar. Kepala unit sejarah di OCR, Mike Goddard, langkah ini juga diambil selepas sejumlah balas bermunculan. Salah satunya soal tuduhan pelajaran sejarah terlalu fokus pada sejarah Barat dan mengulang-ulang kajian yang itu-itu saja. "Universiti-universiti mengatakan kepada kami mereka mahukan pelajar yang mempunyai pengetahuan yang lebih luas," jelasnya. Pelan ini akan ada 10 topik yang benar- benar baru dalam pelajaran sejarah Inggeris. Namun rancangan ini masih perlu mendapat kelulusan kerajaan. Jika diluluskan, akan mula diajar di sekolah-sekolah Inggeris mulai September 2015 (* BBC)

Sunday, February 9, 2014

GEREJA TERBESAR DI DUNIA TETAPI PALING SEDIKIT JEMAAHNYA.

Bekas diktator Ivory Coast FĂ©lix HouphouĂ«t-Boigny membina sebuah gereja yang cantik besar yang hampir tidak sesiapa menghadiri. Nina Strochlic mengambil pandangan yang dalam.
Jika ia dalam Buku Panduan diktator yang anda mesti meninggalkan di belakang projek sia-sia extravagantly mahal dan tidak perlu, daripada Presiden Ivory Coast Félix Houphouët-Boigny telah memenuhi keperluan itu.
Di kampung yang kini menjadi modal Yamoussoukro, gereja terbesar di dunia berdiri menjulang tinggi di atas yang terkapar subur di menternak lembu, dan bangunan hampir roboh. Satu salib tembaga gleams atas kubah besar-besaran, manakala di bawah, marmar dan granit terbentang plaza lebih tujuh ekar dan boleh memuatkan orang ramai sebanyak 300,000. Tetapi walaupun tag harganya $ 300 juta dan 18,000-orang kapasiti tertutup, klasik struktur Greco-Roman di luar tempat itu kekal kebanyakannya kosong sejak 25 tahun yang lalu.
HouphouĂ«t-Boigny, Presiden pertama Ivory Coast selepas kemerdekaan negara dari Perancis, adalah amat popular untuk 33 tahun beliau memerintah negara ini. Beliau juga amat kaya, mengumpul kekayaan sebanyak berbilion-bilion yang nampaknya dibayar bagi Basilique Notre-Dame de la Paix de Yamoussoukro, atau "Basilica of Our Lady of Peace of Yamoussoukro"-walaupun dia enggan menjawab soalan-soalan pembiayaan gereja, berkata ia adalah "perjanjian dengan Allah."
Pada tahun 1985, selepas bergerak modal negara untuk tempat kelahiran beliau Yamoussoukro, maka satu kampung pertanian hanya 15,000, Houphouët-Boigny ditauliahkan replika mewah Basilica Vatican St Peter menghormati tajuk baru pekan ini dan, mungkin, sebagai yang berkekalan legasi kepada pemerintahannya kerana ia berkurangan.
Beliau menghabiskan empat tahun akan datang mencurahkan berjuta-juta ke dalam projek ini, yang diketuai oleh arkitek Pierre Fakhoury, yang membawa anak-anak kapal 1,500 pekerja untuk mengukir struktur amat besar dalam dipercepatkan tiga tahun-berbanding dengan 109 ia mengambil masa untuk membina St Peter's-untuk memastikan presiden penuaan dapat melihat siap.
Hasil akhirnya adalah sebuah kompleks yang menjangkau seluruh 323,000 kaki persegi dan melambung tinggi 525 kaki ke udara. Di dalam, besar, nave kubah menawarkan individu ruang udara penghawa dingin untuk semua 7,000 kerusi. Ia dihiasi dengan 36 tingkap besar berwarna-kaca, buatan tangan di Bordeaux, Perancis, dan salah satu yang menggambarkan HouphouĂ«t-Boigny menawarkan hadiah kepada Yesus.
Baris 272 tiang mengelilingi gereja, empat daripadanya adalah cukup besar untuk memegang Lif yang membawa pelawat ke beranda bawah kubah dengan pemandangan modal. Perbezaan teruk yang bangunan yang menjulang tinggi melanda dengan persekitarannya dipinjamkan ia menjadi colloquially digelar "gereja dalam belukar . "
Perbezaan teruk yang bangunan yang menjulang tinggi melanda dengan persekitarannya dipinjamkan ia menjadi colloquially digelar "gereja dalam belukar."
Vatican tidak betul-betul gembira dengan kemuliaan pertabalan itu dibayangi oleh projek keghairahan presiden Afrika, walaupun HouphouĂ«t-Boigny menyebutnya sebagai "hadiah istimewa" dalam gereja. Apabila Paus John Paul II meminta Presiden tidak membina gereja lebih tinggi daripada St Peter, arkitek diturunkan ketinggian kubah, tetapi kemudian plopped di atas salib 30 kaki besar-besaran di atas, memberikan 100 kaki di gereja Vatican.

Walaupun sikap bermuka dua dan tahun awal teragak-agak untuk memberi restu, Paus John Paul II menerima jemputan untuk berbakti gereja pada tahun 1990. Beliau tinggal di kediaman rasmi paus dibina khusus untuk dia, menawarkan kolam renang dan rumah 40 bilik untuk rombongan.  Paus, bagi mereka apabila bersetuju untuk melawat, meminta kerajaan membina sebuah hospital jiran untuk golongan miskin. Ia adalah satu janji belum terhasil sehingga 2012, apabila pembinaan akhirnya mula . Rupa-rupanya, wang itu dipegang dalam akaun bank Vatican sehingga itu.

Thursday, January 16, 2014

MINUM AIR KENCING LEMBU DI INDIA UNTUK SIHAT

 13 Januari 2014, Isnin : Sebuah mazhab Hindu diAgra, India, ketagih meminum air kencing lembu betina yang masih perawan setiap pagi. Warga India yang berada di bandar Agra, utara India berkumpul dan beratur di kandang lembu milik DD Singhal, pengasas Yayasan Gaushala, untuk mendapat air kencing lembu berkenan. Bagi penganut Hindu di India, lembu adalah binatang suci. Singhai berkata, amalan ini telah mereka jalani selama 12 tahun.
" Banyak orang berkumpul di kandang lembu milik DD Singhal,  dari  awal pagi lagi untuk mendapatkan dan meminum air kencing lembu",  ucap Singhal. Pengikut mazhab ini mendakwa, air seni lembu betina muda boleh menyembuhkan penyakit kanser, diabetes, ketumbuhan, batuk kering dan sakit perut. 

Malah, menurut seorang Pendeta Hindu tempatan, Ramesh Gupta, pemilihan lembu yang masih perawan, kerana haiwan itu masih murni. "Di dunia ini hanya ada dua hal yang masih suci. Satu, yakni air dari Sungai suci Gangga dan kedua, air seni dari induk lembu yang suci," katanya. 

Pening teman memikirnya. Anda sanggup meminumnya ? Teman dah nak muntah!!

Lawati Laman Dailymail

Monday, January 13, 2014

KEINDAHAN PEMANDANGAN NIAGARA FALLS YANG MEMBEKU


Kelihatan Air Terjun membeku sebelum air sampai ke bawah.
New York - Polar Vortex, aliran kuat udara sejuk yang berputar di jarak puluhan ribu kaki di bawah atmosfera, juga ikut  membekukan salah satu air terjun terindah di dunia.  Kumpulan  
foto-foto  luar biasa  menggambarkan  bagaimana air di Niagara Falls  membeku sebelum 
mencapai  permukaan air di bawahnya. Banyak gambar-gambar  menarik  untuk dinikmati dalam  Mirror News 


Di Bandaraya New York misalnya, catatan suhu  menurun sehingga  -15.5 o, atau  yang terendah selama  masa lebih dari 100 tahun,  catatan terendah adalah  -14 oC pada 1896. Di Comertown, Montana, suhu boleh  mencapai -53 derajat Celcius.

Surat khabar USA Express, menjelaskan Polar Vortex juga telah meragut  21 jiwa di seluruh wilayah AS sehingga kini. Penduduk  USA dan Kanada telah diingatkan bahwa mereka berisiko mati membeku dalam hitungan minit sahaja,  jika memaksa berada di luar rumah pada musim sejuk ini.

Para pelajar yang dikasihi, pada bulan November, December, Januari adalah merupakan musim sejuk di Hemisfera Utara terutama di kawasan beriklim Sederhana Sejuk dan iklim Sejuk ( kawasan lingkungan 60o  latitud keatas ). Tahun ini ditakdirkan bukan sahaja di USA dan Kanada sahaja mengalami musim sejuk yang melampau malah beberapa negara Asia Tengah dan Afrika Utara juga mengalami keadaan yang sama.  Manakala bagi negara yang beriklim panas berperang dengan banjir pula seperti di Malaysia. Bulan Januari merupakan klimak  kemuncak musim sejuk, manakala bulan Februari akan datang suhu akan meningkat kembali dengan datangnya musim bunga di Garisan Lintang Sederhana di Hemisfera Utara. 

Blogger.

Monday, December 9, 2013

KEHIDUPAN YANG PARAH DI ISRAEL

Satu laporan baru mengatakan Israel mempunyai taraf hidup paling rendah di kalangan 35 anggota Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

Dalam kajian ekonomi untuk tahun 2013, organisasi berkata Israel "taraf hidup purata kekal jauh di bawah negara-negara OECD paling atas," sambil menambah, "Kadar kemiskinan relatif tertinggi di kawasan OECD dan ada cabaran alam sekitar yang berterusan." 

Laporan itu memberi amaran terhadap kemerosotan teruk keadaan hidup di Israel, berkata, "Pendapatan satu dalam lima isi rumah Israel jatuh di bawah (relatif) garis kemiskinan." Laporan 111 dalam halaman nota, bahawa Israel berada di bawah paras purata dalam "kehidupan sosial, perumahan, pendidikan dan kemahiran, keselamatan peribadi, kualiti alam sekitar dan penglibatan sivik." 

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, jurang antara kaya dan miskin di Israel telah melebar dengan ketara. Pada bulan Oktober 2013, laporan yang dikeluarkan oleh Biro Pusat Perangkaan Israel (CBS) berkata kira-kira 31 peratus daripada isirumah Israel dekat dengan garis kemiskinan. Laporan itu juga menunjukkan bahawa 40 peratus kanak-kanak Israel menghadapi risiko kemiskinan, yang juga merupakan kadar kedua  bawah di Eropah. 

Momi Dahan, seorang pegawai di Universiti Ibrani di Al-Quds (Jerusalem), berkata kadar kemiskinan yang tinggi adalah disebabkan oleh luka berterusan Israel di kebajikan sejak 30 tahun yang lalu. Tambahnya 2013 bajet penjimatan Israel " iaitu polisi semasa daripada pemotongan perbelanjaan kebajikan, terutamanya menambah parah pada kanak-kanak yang kurang makanan berzat. " Ramai kalangan orang Israel telah berhijrah  ke Jerman dan Amerika Syarikat dalam detik ketika ini. Dikatakan bahawa bangsa Israel meninggalkan negara Israel atas alasan ekonomi. cukai tinggi dan gaji yang rendah telah memberi kesan yang buruk terhadap kehidupan di Israel, khususnya kelas menengah, pada tahun-tahun kebelakangan ini. 

Penunjuk perasaan dan demonstrasi bagi menyatakan perasaan ketidak puas hati rakyat Israel hampir kerap mengambil di jalanan di Tel Aviv dan lain-lain bandar-bandar untuk memprotes rancangan ekonomi Tel Aviv dan langkah-langkah penjimatan yang menyakitkan. Kerajaan Israel meningkatkan pendapatan melalui sistem percukaian yang tinggi tanpa meningkatkan kebajikan rakyat.    Rujuk di sini
MAM / PR / SS

Tuesday, November 12, 2013

MASJID BAWAH TANAH DI TURKI

Turki kini sedang membina sebuah Masjid di bawah 

tanah yang pertama di dunia di daerah Buyukcekmece di

Istanbul. Reka bentuk seni bina ini pernah memenangi 

tempat pertama dalam pertandingan Seni Bina Festival

Dunia untuk kategori tempat ibadah .


"Masjid adalah tempat untuk ketenangan dan  Solat ," kata 

Mehmet Narin , Mufti Buyukcekmece mengatakan kepada 

World Buletin pada Isnin, 4 November.

"Masjid adalah lanjutan daripada Kaabah ," tambahnya.


Penggabungan intipati Islam dan sandaran reka bentuk 

dengan sentuhan moden, Masjid Sancaklar yang diilhamkan

oleh Gua Hira iaitu tempat Nabi Muhammad SAW pertama 

kali menerima wahyu.


Dibina tujuh meter di bawah permukaan, Masjid ini dibina 

oleh arkitek Turki saudara Emre Arolat.

Masjid dibina dengan keluasan 1200 meter persegi di 

bawah tanah, diterangi oleh beberapa jalur lampu dan 

cahaya matahari untuk menampakkan kesan persekitaran 

jiwa.


Berdasarkan dari reka bentuk masjid standard, Masjid 

Sancaklar mempunyai ruang ibadah yang luas dengan 

kapasiti lebih dari 650 jamaah.

Menjadi Masjid di bawah tanah pertama di dunia jadi Masjid 

Sancaklar direka tanpa menara atau sabit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...