LEMBANGAN SALIRAN. 
Jawab soalan-soalan yang ditinggalkan sebagai latihan.  
A) HAKISAN
| 
Konsep/Tajuk | 
Huraian | 
| 
Hakisan | 
Proses penghausan
  atau pengukiran muka bumi dengan pemindahan keluar oleh agen-agen seperti air
  mengalir dan ombak. | 
| 
HAKISAN
  PERMUKAAN | |
| 
Hakisan permukaan | 
Proses penghausan
  atau pengukiran muka bumi yang berlaku kerana pergerakan air di permukaan
  sebelum masuk ke dalam alur. | 
| 
JENIS | |
| 
1. Percikan hujan | 
Pencungkilan
  tanah di muka bumi yang disebabkan daya yang wujud dari titisan hujan. | 
| 
2. Kepingan/Meluas | 
Kepingan tanah
  yang terhakis di permukaan yang homogen oleh larian permukaan. | 
| 
3. Galir | 
Hakisan dari atas
  cerun ke bawah cerun dengan menghasilkan alur-alur yang kecil | 
| 
4. Galur | 
Hakisan dari atas
  cerun ke bawah cerun dengan menghasilkan alur-alur yang besar. | 
| 
HAKISAN
  DALAM ALUR | |
| 
Konsep/Tajuk | 
Huraian | 
| 
I.
  JENIS | |
| 
1. Mendalam | 
Hakisan oleh tindakan sungai ke dasar. | 
| 
2. Melebar | 
Hakisan oleh tindakan sungai ke tebing/sisi. | 
| 
3. Mengundur/  
   
  memanjang | 
Hakisan oleh tindakan sungai di hulu atau di bahagian
  hilir semasa kejatuhan aras laut/ proses balik muda. | 
| 
II.
  CARA | |
| 
1. Hidraul | 
Kuasa pencungkilan tanah dalam alur oleh kuasa air
  mengalir itu sendiri tanpa bantuan beban. | 
| 
2. Geseran/lelasan | 
Hakisan terhadap tebing dan dasar secara dilelas oleh
  beban yang dibawa dalam sungai | 
| 
3. Lagaan | 
Hakisan yang berlaku antara beban yang dibawa oleh
  sungai apabila beban-beban itu berlaga antara satu sama lain. | 
| 
4. Larutan | 
Hakisan dalam alur yang berlaku apabila tanah dalam
  alur itu terlarut apabila air sungai mengalir terutamanya di kawasan batu
  kapur atau kawasan tanah liat. | 
| 
III.
  FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN | |
| 
1. Halaju air | 
Semakin deras /laju aliran air kadar hakisan
  meningkat. | 
| 
2. Kecerunan | 
Semakin curam, halaju tinggi maka kadar hakisan
  meningkat 
. | 
| 
3. Bentuk alur /   
  
  Geometri sungai | 
Sungai semakin lurus kadar hakisan meningkat. 
Bahagian cekung sungai , kadar hakisan meningkat. | 
| 
4. Jenis batuan | 
Batuan yang keras seperti batuan igneus sukar
  dihakis. Kawasan batuan kapur, kadar hakisan meningkat.   | 
| 
5. Bahan Muatan | 
Semakin banyak muatan dalam sungai kadar hakisan
  secara lelasan akan meningkat. | 
| 
IV.BENTUK
  MUKA BUMI HASIL HAKISAN SUNGAI | |
| 
1. Air terjun | 
Air terjun terbentuk apabila aliran air yang berubah
  gradien secara tiba-tiba akibat daripada kadar hakisan yang berbeza dalam alur
  tersebut. | 
| 
2.Jeram | 
Bentuk muka bumi yang terhasil kerana hakisan di
  dasar terhadap batuan yang berbeza kekerasan secara menegak . Batuan keras
  yang tertonjol membentuk jeram di dasar sungai. | 
| 
3. Lubuk sungai | 
Hakisan di dasar sungai melalui pusaran air terhadap
  batuan yang merekah atau lembut di dasar sungai. | 
| 
4. Lurah bentuk  
   
  “V” | 
Akibat sungai yang bersaliran deras di hulu
  menjalankan hakisan mendalam / dasar  membentuk lurah bentuk “ V “ | 
B) PENGANGKUTAN
| 
Konsep/Tajuk | 
Huraian | 
| 
Pengangkutan | 
Pemindahan bahan-bahan terluluhawa/terhakis dari satu
  tempat ke tempat yang lain oleh agen seperti air mengalir,sungai dan ombak. | 
| 
PENGANGKUTAN
  SUNGAI | |
| 
I.
  CARA PENGANGKUTAN SUNGAI | |
| 
1. Golekan | 
Bahan –bahan yang
  bundar dan besar yang digerakkan di dasar sungai. | 
| 
2. Loncatan/seltasi | 
Butiran-butiran batuan yang kecil seperti batu lada
  dan pasir kasar yang  dijulangkan oleh
  arus sungai sebelum jatuh semula akibat tarikan graviti dalam alur. | 
| 
3. Ampaian | 
Bahan-bahan mendak yang halus dan ringan seperti
  tanah liat dan kelodak digerakkan secara terampai-ampai dalam air. | 
| 
4. Apungan | 
Bahan-bahan yang mempunyai ketumpatan yang rendah di
  angkut di permukaan air secara terapung-apung. | 
| 
5. Larutan | 
Batuan yang bersifat larut dalam air seperti batu
  kapur dan garam batuan akan terlarut dalam sungai dan diangkut dalam bentuk
  larutan. | 
| 
II.
  FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN SUNGAI | |
| 
1. Isipadu | 
Semakin banyak isipadu air semakin tinggi kadar
  pengangkutan sungai, contohnya semasa banjir. | 
| 
2. Saiz bahan | 
Batuan yang berat dan besar akan digerakkan secara
  golekan, yang sederhana secara loncatan dan saiz halus secara ampaian. | 
| 
3. Cerun | 
Semakin curam halaju tinggi dan kadar pengangkutan
  juga tinggi. | 
| 
4. Halangan | 
Halangan seperti akar atau binaan di sepanjang sungai
  akan menyebabkan kadar pengangkutan sungai rendah. | 
| 
5. Bentuk Alur | 
Alur berbentuk ‘V’, tumpuan tenaga yang kuat di dasar
  maka kadar pengangkutan secara loncatan tinggi, alur berbentuk ‘ U’ tumpuan
  tenaga berkurangan pengangkutan cara ampaian dan apungan banyak berlaku. | 
C)  PEMENDAPAN
| 
Konsep/tajuk | 
Huraian | 
| 
Pemendapan | 
Proses yang berlaku apabila bahan - bahan muatan
  menjadi pegun, terlonggok dan tidak diangkut lagi oleh agen-agen seperti air
  mengalir, sungai dan ombak. | 
| 
PEMENDAPAN
  SUNGAI | |
| 
I.
  FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMENDAPAN SUNGAI | |
| 
1. Isipadu | 
Peningkatan isipadu air, kadar pemendapan juga
  meningkat di bahagian tebing sungai. | 
| 
2. Bahan muatan | 
Jumlah bahan muatan yang banyak - menyebabkan
  keupayaan mengangkut berkurangan dan kadar pemendapan meningkat. | 
| 
3. Kecerunan | 
Semakin curam alur kadar pemendapan berkurangan,
  semakin landai alur kadar pemendapan akan meningkat.  | 
| 
4. Bentuk alur | 
Kadar pemendapan tinggi di bahagian cembung sungai
  kerana kuasa mengangkut terhalang. | 
| 
5. Halangan | 
Semakin banyak halangan seperti akar pokok atau
  binaan kadar pemendapan akan bertambah kerana proses pengangkutan terhalang. | 
| 
II.
  BENTUK MUKA BUMI HASIL PEMENDAPAN SUNGAI | |
| 
1. Dataran Banjir/   
   
  Mendap | 
Bentuk muka bumi yang terhasil di tebing sungai
  akibat longgokan bahan-bahan yang termendap akibat limpahan air sungai di
  kedua-dua belah tebing sungai. | 
| 
2. Tasik Ladam | 
Terbentuk kerana pemendapan di bahagian likuan sungai
  yang terpenggal. | 
| 
3. Tetambak | 
Longgokan bahan-bahan yang lebih kasar di bahagian
  tebing sungai semasa limpahan sungai berlaku. | 
CONTOH
–CONTOH SOALAN HASIL TINDAKAN SUNGAI
1.     a)     Apakah yang dimaksudkan profil rentas sungai dan profil panjang
sungai?                                                [5]
| 
PROFIL
  RENTAS SUNGAI | 
Bentuk sungai
  yang dilihat dari tebing ke tebing sesebuah sungai  dan dilihat dari pandang depan. | 
| 
PROFIL
  PANJANG SUNGAI | 
Bentuk sungai
  yang dilihat dari hulu ke hilir sesebuah sungai dan dilihat dari pandang
  sisi. | 
        b)    Huraikan faktor yang mempengaruhi halaju
sungai . [10]                                                                                                                          
| 
Isi | 
Huraian | 
| 
1. Kecerunan | 
Semakin curam -
  halaju semakin tinggi. | 
| 
2. Halangan | 
Halangan seperti
  tumbuhan atau binaan akan memperlahankan halaju. | 
| 
3. Isipadu | 
Hujan yang lebat
  meningkatkan isipadu dan halaju air meningkat. | 
| 
4. Beban | 
Jumlah beban yang
  banyak akan mengurangkan halaju air. | 
| 
5. Bentuk alur | 
Aliran sungai
  yang lurus meningkatkan halaju air | 
    c)     Jelaskan kesan proses pemendapan sungai
terhadap aktiviti manusia.                                                      [10]
| 
Kesan/bentuk | 
Aktiviti | 
| 
1.Dataran mendap | 
Pertanian –tanih
  alluvium – subur. 
Akuakultur- buat
  kolam ikan . | 
| 
2. Tasik Ladam | 
Akuakultur –
  ternak ikan dalam sangkar. 
Rekreasi –
  aktiviti air seperti kayak, memancing. | 
| 
3. Tetambak | 
Petempatan –
  untuk mendirikan rumah – bebas banjir. 
Pengangkutan –
  bina jalan raya – bebas banjir. | 
| 
4. Delta | 
Pertanian – tanih
  alluvium – subur  - padi, kelapa. | 
| 
5. Beting pasir | 
Perlombongan –
  pasir | 
2.     a)     i) Apakah yang dimaksudkan dengan kepadatan saliran.   [3]
                __________________________________________________________________
                __________________________________________________________________
                __________________________________________________________________
                ii)
Tunjukkan bagaimana kepadatan saliran dikira.        [4]
     
      __________________________________________________________________
                __________________________________________________________________
b)      
Mengapakah
kepadatan saliran berbeza-beza antara satu lembangan dengan 
        lembangan yang lain.     [8]
| 
Faktor/Isi | 
Huraian | 
| 
1. Hujan/Isipadu | 
Hujan yang lebat
  meningkatkan pembentukan alur-alur sungai. Kepadatan sungai tinggi | 
| 
2.Tanah rata /           
   bukit bukau. | 
Kawasan yang
  berbukit bukau menghasilkan banyak alur-alur sungai menuruni cerun- kepadatan
  tinggi. Tanah pamah menghadkan pembentukan alur – kepadatan rendah. | 
| 
3. Litupan  
    tumbuhan | 
Tumbuhan yang
  padat mengurangkan larian permukaan , meningkatkan resapan – kepadatan
  rendah. | 
| 
4. Kekerasan   
    batuan | 
Batuan yang keras
  sukar dihakis – kepadatan rendah 
Batu yang telap
  air resapan tinggi - kepadatan rendah 
Batu yang lembut
  mudah terhakis – kepadatan tinggi. | 
        c)     Jelaskan
bagaimana aktiviti manusia boleh mengubah kepadatan saliran di sesuatu kawasan.              [10]
| 
Aktiviti | 
Huraian | 
| 
1. Pertanian | 
Pembinaan parit
  /terusan – kepadatan meningkat | 
| 
2. Pembalakan | 
Pendedahan
  permukaan bumi – meningkatkan pembentukan alur – kepadatan meningkat. | 
| 
3. Perlombongan | 
Mewujudkan
  tasik/takungan air – timbus sungai – kepadatan menurun | 
| 
4. Empangan | 
Alur sungai
  tenggelam – kepadatan rendah | 
| 
5. Kerja melurus  
    sungai | 
Alur sungai
  menjadi pendek -kepadatan rendah. | 
3.   Berdasarkan kajian yang dijalankan di
mana-mana bahagian sungai :
        a)     Terangkan
tiga cara mengesan pencemaran di sungai tersebut.          [3]
| 
Isi | 
Huraian | 
| 
Tempat |  | 
| 
1. Pemerhatian | 
Warna air sungai | 
| 
2.
  Pengukuran/          
    Ujian | 
-Kertas litmus –
  pH – kesan asid atau alkali  
-Kertas turas –
  mengukur kelodak  | 
| 
3.Petunjuk
  biologi | 
Kehadiran
  kehidupan air – ikan  | 
| 
4. Deria | 
Bau air | 
b)      
Namakan empat bahan
yang mencemarkan sungai tersebut.    [4]
1.      
sisa
organik – najis, 
2.      
sisa
toksik- logam
3.      
bahan
enap cemar – kelodak,pasir ,liat
4.      
mikrorgnisma –
e-coli, f-coli
5.      
detergen-sabun
pencuci
c)      
Huraikan tiga punca
yang menyebabkan pencemaran di tempat tersebut.     [6]
| 
Isi | 
Huraian/punca | 
| 
1. Sisa organik | 
Punca dari
  kawasan pertanian, ladang ternakan dan sisa domestik. | 
| 
2. Sisa toksik | 
Kawasan industri
  pemprosesan- kilang baja, kilang cat | 
| 
3. Enap cemar | 
Pembalakan,
  pertanian , perlombongan, pembinaan | 
| 
4. Mikoroganisma | 
Kawasan pelupusan
  sampah dan domestic | 
| 
5.Detergen/ bahan
   
    pencuci. | 
Aktiviti
  pencucian | 
d)      
Terangkan tiga kesan
pencemaran sungai terhadap alam sekitar di kawasan tersebut.  [6]
| 
Kesan | 
Huraian | 
| 
1. Bekalan air |  | 
| 
2.
  Penangkapan     
    ikan |  | 
| 
3. Banjir |  | 
| 
4. Ekosistem  
    Akuatik |  | 
e)      
Cadangkan tiga langkah
untuk mengurangkan kesan pencemaran sungai tersebut.[6]
| 
Langkah | 
Huraian | 
| 
1. Rawatan air |  | 
| 
2. Kempen   
    kesedaran |  | 
| 
3. Denda |  | 
