PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Showing posts with label GEOMORFOLOGI. Show all posts
Showing posts with label GEOMORFOLOGI. Show all posts

Sunday, March 1, 2015

KEPENTINGAN TANAH


Subhanallah, Keajaiban Antibiotik Pada Tanah

" Bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud (masji ) dan alat bersuci , " ( HR.Muslim (1) )

Jika kita mengambil segenggam tanah, kebanyakan orang mungkin akan berfikiran tanah itu mengandungi kuman-kuman penyakit. Namun tahukah anda dalam sebuah kajian, para saintis mengatakan bahawa salah satu fungsi tanah dan khususnya lagi tanah dari gunung berapi dapat menghapuskan kuman yang bahaya. Oleh kerana itu, mereka kini menghasilkan antibiotik pembunuh bakteria berbahaya yang diambil dari jenis tanah tertentu.Seorang Doktor dari Perancis, Line Brunet de Course mencari tanah hijau Perancis, yang boleh digunakan sebagai antibiotik untuk rawatan di Invory Coast dan Kenya. 

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengganggap perkara tersebut sebagai penemuan yang mengagumkan.
Selepas itu, Dr Linda Williams juga mengesahkan tanah merupakat zat yang sangat bersih di mana bahan-bahan tersebut mengawal aktiviti mikrob yang pada akhirnya boleh melemahkan dan menghilangkannya.
Salah seorang ahli biologi Dr . Haydel berkata "Sekarang kita harus mencari hubungan antara ilmu bumi dan sel-sel hidup, setahun yang lalu saya hanya memandang tanah sebagai bahan kotor, tapi sekarang sebaliknya menganggap tanah sebagai bahan yang steril !"

Para penyelidik mendapati beberapa jenis tanah di Afrika Selatan boleh menghasilkan suatu jenis antibiotik yang boleh membunuh bakteria yang tidak boleh dibunuh dengan antibiotik lain. Penemuan ini telah diterbitkan dalam jurnal "New World" pada tahun 2006, kata penyelidik Jun Wang dari makmal Merck Research di New Jersey yang mencari Penemuan ini "sekarang peluang baru telah muncul, dalam rangka untuk menghasilkan antibiotik dari tanah!"

Sifat tanah seperti yang disimpulkan oleh para ini seperti berikut :
1 . Bahan steril terbaik yang terdapat di dunia.
2 . Tanah dapat menghilangkan bakteria yang tidak dapat dihilangkan oleh bahan kimia.
3 . Tanah merupakan cara terbaik untuk membersihkan air.
4 . Tahan adalah bahan alami yang dimurnikan air.
5 . Ada lebih dari sepuluh ribu jenis tanah yang baru ditemui di Eropah.
6 . Pelbagai jenis pinggan dan periuk buatan cina yang paling terbaik dihasilkan dari tanah.
7 . Tanah adalah zat yang tidak tumbuh semula dengan berlalunya waktu.
8 . Ruang yang terdapat di antara butiran-butiran tanah bersaiz 50 % dari saiznya.
9 . Antibiotik yang kita gunakan untuk merawat penyakit sebahagian besar berasal dari mikroorganisma dalam tanah.
10 . Tanah merupakan bahan yang sangat baik untuk membersihkan liang-liang kulit.

Tapi sebagai kaum Muslim hal tersebut bukanlah sesuatu yang ganjil, sebelum 14 abad tanah adalah benda suci sebagaimana kita mengetahui hubungan langsung antara sel-sel dan tanah, kerana kita meyakini manusia diciptakan dari tanah dan akan kembali menjadi tanah.

Mungkin kita telah mengetahui mengapa islam menyuruh kita Bertayamum dengan debu tanah, Rasulullah Saw bersabda :
" Bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud (masjid) dan alat bersuci "
Serta rahsia di sebalik kewajipan bembersihkan bekas jilatan anjing dengan tanah dan Air.
Oleh kerana itu, termasuk hikmah ilahiyah bahawa kita mendapati kanak-kanak kecil suka bermain dengan tanah dan selalu cuba menggenggam tanah yang kelihatan kotor itu. Allah swt memberi mereka naluri yang mengetahui bahawa tanah adalah bahan yang pembersih yang mengungguli fungsi sabun daripada jenis terbaik. Maka segala kebesaran bagi Allah swt yang mengajarkan manusia apa yang ia tidak tahui.

Semua sabda yang dituturkan oleh baginda Rasulullah Saw merupakan kebenaran yang berasal dari Allah swt, tatkala berbagai penemuan-penemuan ilmu pengetahuan moden turut menjustifikasikan dan membenarkan tutur kata dari Rasulullah yang sama sekali belum diketahui dan terbayang dalam benak manusia sebelumnya, disebabkan keterbatasan ilmu dan cara mutakhir.
Dan di antara keajaiban-keajaiban ilmiah yang telah Beliau sampaikan kepada Ummatnya, iaitu mengenai keistimewaan Tanah.

Nota kaki :
( 1 ) HR.Muslim dalam shohihnya
( 2 ) Mu ` jam Kamus Muhith , hal 815 , penerbit Darul ma ` rifah 2005
( 3 ) HR.Muslim , Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ' anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ' alaihi wa Sallam bersabda :
" Sucinya tempat air seseorang diantara kamu jika dijilat anjing ialah dengan dicuci tujuh kali, yang pertamanya dicampur dengan debu tanah. "

Referens :
1 - Yogesh Chander , Kuldip Kumar , Sagar M. Goyal and Satish C. Gupta , Antibacterial Activity of Soil - Bound Antibiotics , American Society of Agronomy , Crop Science Society of America , and Soil Science Society of America , 2005 .
2 - Could mud from a volcano kill 99 per cent of superbugs ? daily mail , 29th October 2007 .
3 - Superbugs slain by soil antibiotic , New Scientist magazine , 17 May 2006 .
4 - Peter Tompkins , Secrets of the Soil , Earthpulse Press , 1998 .
5 - European Soil Data Center .

* Sumber jurnalhajiumroh.com

Tuesday, November 8, 2011

PERGERAKAN BUMI- KAITAN DENGAN PEMBENTUKAN GUNUNG-GANANG, JURANG LAUTAN KEJADIAN GEMPA BUMI, LETUPAN GUNUNG BERAPI




Pembentukan Banjaran Pergunungan, jurang lautan,  mempunyai kaitan dengan kejadian gempa bumi dan letupan gunung berapi. Ini adalah kerana kerak bumi terdiri daripada kepingan-kepingan atau plat-plat.  Terdapat dua jenis plat iaitu plat benua dan plat lautan. Plat-plat ini terapung di atas lapisan mantel dan arus perolakan daripada bahagian mantel ini akan menggerakkan plat-plat tersebut.  

Pergerakan plat-plat  ini adalah dalam pelbagai arah sama ada mewujudkan pertembungan plat, pencapahan plat atau perselisihan plat. Daya mampatan ( pertembungan plat ) akan menyebabkan kerak bumi terlipat lalu menghasilkan  gunung lipat dan daya tegangan ( pencapahan plat ) akan menghasilkan lurah.   

Pergolakan Arus Magma Dalam Mantel
Pergerakan plat-plat ke arah yang sama menghasilkan pertembungan. Kejadian ini mewujudkan sempadan pertembungan. Manakala pergerakan plat-plat  ke arah yang bertentangan menyebabkan terjadinya sempadan pencapahan / pemisahan.


Pergolakan Arus Magma dalam Mantel telah mengerakan kerak bumi diatasnya. Ini secara langsung menyebabkan pergerakan plat-plat kerak bumi yang lemah mengikut arus magma dibawahnya.






Peta Pergerakan Plat-plat Dunia
Pergerakan arus secara pertembungan antara plat benua dengan plat benua akan menghasilkan banjaran-banjaran gunung lipat sepertimana banjaran Himalaya di utara India dan banjaran-banjaran pergunungan lain. Perbentukan banjaran Himalaya adalah pertembungan antara plat  India Australia dengan plat Eurasia. Ini dapat dilihat pada rajah dibawah.









Pertembungan Plat Benua dengan Plat Benua

Batuan yang termampat menghasilkan banjaran gunung lipat muda. Kebanyakan banjaran gunung utama di dunia terbentuk dengan cara ini. Dalam pertembungan ini, pinggir plat benua akan terlipat. Kejadian ini menghasilkan banjaran gunung di sepanjang sempadan pertembungan.



Pertembungan Plat Lautan dengan Plat Benua
Apabila plat lautan bertembung dengan plat benua seperti di rajah di sebelah, plat lautan akan menjunam ke bawah kerana plat ini terdiri daripada sima yang padat dan berat berbanding plat benua  yang terdiri daripada sial yang kurang padat  dan lebih ringan, dan membentuk jurang lautan yang dalam. Plat yang menjunam itu akan tertolak ke dalam mantel yang lebih panas. Pinggir plat berkenaan menjadi cair akibat suhu yang tinggi. Batuan yang lebur itu naik dan membentuk gunung berapi di kawasan gunung lipat. Ini dapat dilihat pada bahagian barat pulau Sumatra dan Jawa di Indonesia. Di samping kejadian ini juga terbentuk di pantai barat Benua Amerika Utara seperti di San Francisco dan California, USA. 
Jaluran Jurang Lautan dan Banjaran Gunung Berapi Di Sumatra dan Jawa, Indonesia.

Apabila plat lautan bertembung dengan plat lautan seperti di rajah di sebelah, salah satu daripadanya akan menjunam ke bawah dan membentuk jurang lautan yang dalam. Plat yang menjunam itu akan tertolak ke dalam mantel yang lebih panas. Pinggir plat berkenaan menjadi cair akibat suhu yang tinggi. Batuan yang lebur itu naik dan membentuk gunung berapi di dalam laut.

GEMPA BUMI
 
Gempa Bumi ialah pergerakan atau gegaran kerak bumi secara tiba-tiba di kawasan sempadan plat tektonik. Ia berlaku di pinggir plat apabila dua plat bertembungan, berselisih atau berpisah dan tergelincir. Tenaga yang dihasilkan terkumpul di dalam kerak bumi kerana tidak dapat keluar ke permukaan bumi. Akibatnya gelinciran berlaku dan tenaga yang terpendam itu akan terlepas secara tiba-tiba. ni menyebabkan  bahagian  bumi berkenaan bergegar dan berlakunya kejadian gempa bumi.

Mengikut pengkaji, gempa bumi berlaku setiap hari tetapi kerana gegarannya kecil dan berlaku di kawasan yang  tiada penduduk, maka tiada belaku banyak kerosakan dan tiada mangsa. Titik dimana sempadan plat yang pecah dipanggil focus gempa bumi, manakala titik yang terletak di atas permukaan bumi iaitu yang secara menegak di atas focus dipanggil epicenter. Apabila sesuatu plat pecah dan putus ia akan mengeluarkan gegaran seismik yang boleh membawa kerosakan beribu-ribu km dari epicenter. Kekuatan gempa bumi bergantung kepada jenis-jenis pergerakan seperti;-

  1. Gempa bumi di sempadan perpisahan plat  lebih lemah biasanya bawah daripada magnitud lapan skala ritcher dan focusnya sedalam  25 km.
  2. Gempa bumi disempadan perselisihan bermagnitud kurang daripada 8.3 skala ritcher.
  3. Gempa bumi disempadan pertembungan boleh sampai sedalam 700 km dan bermagnitud melebihi 9 skala ritcher. Tenaga yang dibebaskan boleh bertukar  bentuk pergerakan gelombang.
  • Bagaimanapun gempa bumi yang besar berlaku sekali sekala yang boleh membawa kemusnahan dan mengorbankan ramai penduduk. Gempa Bumi berskala rendah kurang daripada 3 skala ritcher tidak membawa apa kesan kepada muka bumi. Ianya sering belaku boleh dikata setiap masa dan setiap hari cuma tidak disedari oleh manusia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...