PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Showing posts with label SIRI MENJEJAK RASUL. Show all posts
Showing posts with label SIRI MENJEJAK RASUL. Show all posts

Sunday, January 18, 2015

KISAH MAQAM NABI IBRAHIM A.S. DI BAITULLAH

Asal Usul Bekas Tapak Kaki (Maqam) Nabi Ibrahim A.S

Setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu.

Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah S.W.T meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda.

Satu riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memulakan pembinaan Baitullah. Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu-batu besar seperti yang di firman oleh Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa dengan berkata, Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (surah al-Baqarah ayat 127).

Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail, menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah sehingga ia siap pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah S.W.T sebaik saja Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar itu, maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim sepertimana dapat kita melihatnya sehingga hari ini dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah S.W.T.

Apabila agama Islam datang, Allah S.W.T mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang maqam Ibrahim sepertimana firman Allah yang bermaksud, "Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu tempat sembahyang." (surah al-Baqarah ayat 125).

Yang dikatakan maqam Nabi Ibrahim itu adalah kedua belah bekas tapak kaki beliau dan bukan kubur Nabi Ibrahim.

Setelah selesai pembinaan Baitullah, maka Allah S.W.T memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis- jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." (surah al-Haj ayat 27).

Setelah itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah, "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah-Nya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di sana."

Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah S.W.T menyampaikan seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardu haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah.

Bacaan talbiah antara lainnya, "Labbaikallahhummalabbaik" yang bermakna, aku datang untuk menunaikan panggilan-Mu ya Allah.

Menunaikan haji adalah salah satu rukun Islam, oleh itu hendaklah kita menunaikannya apabila kita sudah mampu melaksanakannya. Banyak orang menunaikan haji, tetapi sekembali mereka dari menunaikan haji yang sangat menyedihkan ialah terdapat juga orang yang melakukan maksiat lebih teruk dari masa sebelum menunaikan haji. Oleh itu, hendaklah kita mulakan dengan sembahyang, puasa, zakat dan seterusnya menunaikan haji.

Kalau kita menunaikan haji tanpa mengerjakan sembahyang lima waktu maka sia-sia saja haji yang kita lakukan sebab ia tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Dan ini adalah salah satu punca mereka yang kembali dari menunaikan haji melakukan bermacam-macam maksiat.

Bagi mereka yang mendapat kenikmatan haji mereka ini tidak akan berani melakukan kerja- kerja yang dimurkai oleh Allah S.W.T sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadi muslim yang sempurna. Tanpa mengerjakan sembahyang, maka semua kerja-kerja yang berbentuk amal, sedekah, zakat dan sebagainya semuanya itu tidak akan diterima oleh Allah S.W.T.

*sumber dari harmoni-my.org/arkib/1001kisah

Tuesday, April 9, 2013

POKOK TEMPAT NABI BERTEDUH KETIKA ROMBONGAN PERNIAGAN KE SYAM


Setelah sampai masanya dan ketika yang baik Nabi bersama rombongan niaga telah berangkat membawa barang dagangan Siti Khadijah ke negeri Syam. Selama dalam perjalanan Nabi tidak henti-henti daripada berzikir dan tidak akan bercampur dengan para ahli rombongan yang akan bernyanyi dan bersyair apabila berhenti berehat. Sikap Nabi yang amat berlainan dari sikap kawan-kawan yang lain diperhatikan oleh Maisarah orang kanan Siti Khadijah.

Apabila sampai di negeri Huran semua rombongan niaga dari selatan khususnya dari Mekah akan berhenti rehat di Kota Busra. Nabi akan mengasingkan diri di bawah pokok kayu yang rendangsementara menunggu rombongan bergerak semula ke destinasi yang sebenar negeri Syam. Tempat yang biasa para khafilah Arab singgah ini adalah dekat dengan gereja atau biara rahib Nasrani atau paderi Kristian.

Ketika rombongan Nabi sedang berehat tiba-tiba muncul seorang paderi bernama Nastura dari dalam biara bertemu Maisarah bertanyakan tentang pemuda yang sedang duduk berehat di bawah pokok kayu rendang.

“Siapakah pemuda yang duduk di bawah pokok sana itu”

“Dia adalah pemuda yang berasal dari Tanah Haram dan berasal dari keturunan Quraisy” beritahu Maisarah.

“Adakah dalam kedua matanya ada tanda merah” tanya paderi Nastura. Maksud tanda merah di mata Nabi ialah terdapat bintik-bintik kecil berwarna merah di mata putih Nabi.

” Ya!” Jawab Maisarah.

“Itulah dia penghabisan nabi-nabi Allah. Mudah-mudahan nanti akan manusia mengetahui di kala dia diangkat menjadi Nabi” Jawab paderi Nastura. Paderi Nastura bergegas ke tempat Nabi terus tunduk mencium kepala dan kaki Nabi dan berkata ;

“Aku percaya kepada engkau dan aku menyaksikan bahawasanya engkaulah yang disebut oleh Allah dalam Taurat. Sesungguhnya wahai Muhamad, aku telah melihat tanda-tanda kenabian yang ada pada diri engkau sebagaimana yang telah disebut dalam kitab-kitab yang terdahulu. Hanya tinggal satu tanda yang belum aku lihat pada dirimu. Kerana itu bukalah belakangmu untuk aku lihat.”

Setelah Nabi membuka pakaian baginda dan Nastura melihat belakang Nabi, dia berkata kepada Nabi ;

“Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan selain daripada Allah, dan saya naik saksi bahawa engkau Utusan Allah yang ummi dari bangsa Arab Bani Hasyim yang berasal dari penduduk Mekah.”

Dengan berjumpanya Nabi dengan paderi Kristian bernama Nastura di Kota Busra ini bererti dua orang paderi Nasrani yang telah baginda temui mengakui kerasulan baginda sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi Musa dan Nabi Isa sebelumnya. Kali pertama adalah paderi Buhaira ketika Nabi berusia 12 tahun mengikut rombongan perniagaan Pak Ciknya Abu Talib. 

Dengan pengakuan para ulama besar Kristian pada zaman kehidupan Nabi Muhamad SAW tentang kerasulan baginda menunjukkan betapa tanda-tanda atau alamat kedatangan Rasulullah SAW telah diberitahu oleh Allah SWT terlebih dahulu semoga manusia tidak akan ragu-ragu terhadap kerasulan dan kenabian Nabi Muhamad SAW.

Selepas peristiwa bertemu Paderi Nastura Nabi bersama rombongan meneruskan perjalanan ke negeri Syam untuk menjual barang-barang dagangan yang dibawa.

SUMBER 
Kisah ini petikan dari buku “Sejarah Rasulullah Uul Azmi Terbesar Nabi Muhamad SAW” susunan Tarikuddin Haji Hassan mukasurat 79 – 81.

Thursday, December 13, 2012

KISAH NABI MUSA A.S. - BAHAGIAN 1

Negara Mesir Kuno Sepanjang Sg. Nil
Kerajaan Mesir Kuno (Kerajaan Raja Firaun ) bermula pada tahun sebelum 4000 - 5000 SM

Piramid Di Giza merupakan tinggalan Raja-raja Mesir Kuno.
Mengikut ceritanya apabila sakit atau matinya seseorang Raja Mesir Kuno, Mereka akan mendirikan sebuah piramid untuk tempat semadinya. Satu cerita lain disebut bahawa Raja Firaun kerana takut nyawanya diambil oleh malaikat Izrael, maka dibinalah piramid ini dan dimasukkan semua isteri-isterinya serta inang dengan harapan malaikat tidak dapat masuk, sebab itu piramid ditutup semuanya sehingga tidak tahu dimana pintu masuknya. akhirnya mereka sendiri mati juga dengan qada Allah.

Pintu untuk masuk kedalam Piramid


Nabi Musa bin Imran bin Qahat bin Lawi bin Ya`qub dengan beribukan Yukabad. Beliau dilahirkan di Mesir yang diperintah oleh Raja Firaun yang sangat kejam malah mengaku tuhan. 
Suatu hari Raja Firaun dikejutkan oleh ahli nujum negara yang menurut firasatnya akan lahir seorang kanak-kanak dari kaum bani Isra`il yang akan menjadi musuh malah akan membinasakan kerajaan Mesir kelak. Maka Raja Firaun memerintahkan semua anak lelaki bani Isra`il yang baru dilahirkan dibunuh tiada terkecuali.

Yukabad telah selamat melahir bayinya dan hanya sempat memelihara Musa selama 3 bulan dengan berpakat dengan bidan bagi menyembunyi rahsia kelahiran Musa.  Akan tetapi tentera Firaun masih menjalankan pengelidahan dari rumah kerumah bagi mencari kanak-kanak lelaki bani Isra`il menyebabkan Yukabad menghanyut Musa ke sungai atas perintah Allah.

Sungai Nil inilah dimana Nabi Musa AS dihanyutkan dan dipunggut
oleh Aishah, isteri  Raja Firaun.
 Ayat 9 Surah Al Qashash menjelaskan isteri Firaun diberikan Allah sifat keibuan yang amat sayang dan suka kepada kanak-kanak, mengambil Nabi Musa as. sebagai anak angkat. Beliau dapat memujuk Firaun agar menerima Nabi Musa dan menamakan Musa yakni MU = air, SA= pohon berdasarkan tempat penemuan Musa. Ayat 12 dan 13 menjelaskan aturan Allah bagi memulangkan musa kepada ibunya, melalui musa yang tidak mahu memetek orang lain selain ibu kandungnya. 

Sambung disiri akan datang.

Gambar rombongan kembara kami dari Madrasah Nur As Salam, Selama, Perak.
Penulis, Tn. Hj. Abdullah dan Ustaz Mahizam serta guru dan pelajar dari
sebuah sekolah di Mansurah, Egypt.

Binaan Zaman Firaun

Tn. Hj. Abdullah bergambar di atas batuan piramid. Lihat bagaiman besarnya batu
yang digunakan untuk membuat piramid


Surah Al Qashash : ayat 4 hingga 13.

¨bÎ) šcöqtãöÏù Ÿxtã Îû ÇÚöF{$# Ÿ@yèy_ur $ygn=÷dr& $YèuÏ© ß#ÏèôÒtGó¡o Zpxÿͬ!$sÛ öNåk÷]ÏiB ßxÎn/xムöNèduä!$oYö/r& ¾ÄÓ÷ÕtGó¡our öNèduä!$|¡ÏR 4 ¼çm¯RÎ) šc%x. z`ÏB tûïÏÅ¡øÿßJø9$# ÇÍÈ
߃̍çRur br& £`ßJ¯R n?tã šúïÏ%©!$# (#qàÿÏèôÒçGó$# Îû ÇÚöF{$# öNßgn=yèøgwUur Zp£Jͬr& ãNßgn=yèôftRur šúüÏOͺuqø9$# ÇÎÈ
z`Åj3yJçRur öNçlm; Îû ÇÚöF{$# y̍çRur šcöqtãöÏù z`»yJ»ydur $yJèdyŠqãZã_ur Nßg÷YÏB $¨B (#qçR$Ÿ2 šcrâxøts ÇÏÈ
!$uZøŠym÷rr&ur #n<Î) ÏdQé& #ÓyqãB ÷br& ÏmÏèÅÊör& ( #sŒÎ*sù ÏMøÿÅz Ïmøn=tã ÏmŠÉ)ø9r'sù Îû ÉdOuŠø9$# Ÿwur Îû$sƒrB Ÿwur þÎTtøtrB ( $¯RÎ) çnrŠ!#u Å7øs9Î) çnqè=Ïæ%y`ur šÆÏB šúüÎ=yößJø9$# ÇÐÈ
ÿ¼çmsÜs)tGø9$$sù ãA#uä šcöqtãöÏù tbqà6uÏ9 óOßgs9 #xrßtã $ºRtymur 3 žcÎ) šcöqtãöÏù z`»yJ»ydur $yJèdyŠqãZã_ur (#qçR$Ÿ2 šúüÏ«ÏÜ»yz ÇÑÈ
ÏMs9$s%ur ßNr&tøB$# šcöqtãöÏù ßN§è% &û÷ütã Ík< y7s9ur ( Ÿw çnqè=çFø)s? #Ó|¤tã br& !$oYyèxÿZtƒ ÷rr& ¼çnxÏ­GtR #V$s!ur öNèdur Ÿw šcrããèô±o ÇÒÈ
yxt7ô¹r&ur ߊ#xsèù ÏdQé& 4yqãB %¸ñ̍»sù ( bÎ) ôNyŠ$Ÿ2 Ïö7çFs9 ¾ÏmÎ/ Iwöqs9 br& $oYôÜt/§ 4n?tã $ygÎ6ù=s% šcqä3tGÏ9 z`ÏB šúüÏZÏB÷sßJø9$# ÇÊÉÈ
ôMs9$s%ur ¾ÏmÏG÷zT{ ÏmÅ_Áè% ( ôNuŽÝÇt7sù ¾ÏmÎ/ `tã 5=ãZã_ öNèdur Ÿw šcrããèô±o ÇÊÊÈ
* $oYøB§ymur Ïmøn=tã yìÅÊ#tyJø9$# `ÏB ã@ö6s% ôMs9$s)sù ö@yd ö/ä39ߊr& #n?tã È@÷dr& ;MøŠt/ ¼çmtRqè=àÿõ3tƒ öNà6s9 öNèdur ¼çms9 šcqßsÅÁ»tR ÇÊËÈ
çm»tR÷ŠyŠtsù #n<Î) ¾ÏmÏiBé& ös1 §s)s? $ygãYøŠtã Ÿwur šctóss? zOn=÷ètGÏ9ur žcr& yôãur «!$# ?Yym £`Å3»s9ur öNèduŽsYò2r& Ÿw šcqßJn=ôètƒ ÇÊÌÈ

4.  Sesungguhnya Fir'aun Telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka[1111]. Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan.
5.  Dan kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)[1112],
6.  Dan akan kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman beserta tentaranya apa yang Se- lalu mereka khawatirkan dari mereka itu[1113].
7.  Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah Dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya Maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati, Karena Sesungguhnya kami akan mengembalikannya kepadamu, dan men- jadikannya (salah seorang) dari para rasul.
8.  Maka dipungutlah ia oleh keluarga Fir'aun yang akibatnya dia menja- di musuh dan kesedihan bagi mereka. Sesungguhnya Fir'aun dan Ha- man beserta tentaranya adalah orang-orang yang bersalah.
9.  Dan berkatalah isteri Fir'aun: "(Ia) adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. janganlah kamu membunuhnya, Mudah-mudahan ia bermanfaat kepada kita atau kita ambil ia menjadi anak", sedang mereka tiada menyadari.
10.  Dan menjadi kosonglah hati ibu Musa[1114]. Sesungguhnya hampir saja ia menyatakan rahasia tentang Musa, seandainya tidak kami teguhkan hati- nya, supaya ia termasuk orang-orang yang percaya (kepada janji Allah).
11.  Dan berkatalah ibu Musa kepada saudara Musa yang perempuan: "Ikutilah dia" Maka kelihatanlah olehnya Musa dari jauh, sedang mereka tidak mengetahuinya,
12.  Dan kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusui(nya) sebelum itu; Maka berkatalah saudara Musa: "Maukah kamu Aku tunjukkan kepadamu ahlul bait yang akan memeliharanya untukmu dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?".
13.  Maka kami kembalikan Musa kepada ibunya, supaya senang hatinya dan tidak berduka cita dan supaya ia mengetahui bahwa janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

[1111]  golongan yang ditindas itu ialah Bani Israil, yang anak- anak laki-laki mereka dibunuh dan anak-anak perempuan mereka dibiarkan hidup.
[1112]  Maksudnya: negeri Syam dan Mesir dan negeri-negeri sekitar keduanya yang pernah dikuasai Fir'aun dahulu. sesudah kerjaan Fir'aun runtuh, negeri-negeri Ini diwarisi oleh Bani Israil.
[1113]  Fir'aun selalu khawatir bahwa kerajaannya akan dihancurkan oleh Bani Israil Karena itu dia membunuh anak-anak laki-laki yang lahir dalam kalangan Bani Israil. ayat Ini menyatakan bahwa akan terjadi apa yang dikhawatirkannya itu.
[1114]  setelah ibu Musa menghanyutkan Musa di sungai Nil, Maka timbullah penyesalan dan kesangsian hatinya lantaran kekhawatiran atas keselamatan Musa bahkan hampir-hampir ia berteriak meminta tolong kepada orang untuk mengambil anaknya itu kembali, yang akan mengakibatkan terbukanya rahasia bahwa Musa adalah anaknya sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...