SEKTOR PERKHIDMATAN:
KAJIAN KES MALAYSIA
1.     Sektor perkhidmatan dikenali juga
sebagai sektor ekonomi tertiar atau sektor ekonomi peringkat ketiga.
 Sektor  ekonomi ini tidak mengeluarkan barangan,
sebaliknya membekalkan perkhidmatan kepada pengguna.
2.    Antara contoh sektor perkhidmatan seperti sektor pengangkutan dan perhubungan, kewangan dan insuran,
hartanah, perkhidmatan permagaan,
pelancongan, hotel dan restoran, sektor utiliti elektrik, air dan gas, sektor pembinaan infrastruktur, serta
perkhidmatan kerajaan dan swasta.
3.    Di Malaysia,
sektor perkhidmatan dikategorikan sebagai industri tertiar dan menjadi
sektor ekonomi yang kedua terpenting selepas sektor perkilangan. Sektor
perkhidmatan mempunyai potensi besar untuk
dimajukan sebagai sektor ekonomi utama negara pada masa hadapan. Kini
industri perkhidmatan negara tumbuh dan berkembang
pesat sejajar dengan perkembangan pesat industri primer dan sekunder.
INDUSTRI PELANCONGAN
Industri pelancongan muncul sebagai sektor perkhidmatan yang paling banyak
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Antara contoh
aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan industri pelancongan di Malaysia adalah seperti
perkhidmatan hotel, resort dan chalet. perkhidmatan restoran, perkhidmatan
pemandu pelancong. pengangkutan dan telekomunikasi, aktiviti riadah atau
rekreasi. persidangan dan forum, pertandingan sukan dan kebudayaan. perkhidmatan utiliti elektrik,  air dan gas, serta perkhidmatan kewangan dan
insurans yang melibatkan para pelancong.
1.    Pada tahun 2000, Malaysia telah menerima hampir 10.2 juta pelancong, asing. Jumlah ketibaan pelancong
asing sentiasa bertambah setiap tahun.
Hampir 70% pelancong asing yang datang ke negara ini adalah dari
kalangan negara ASEAN manakala 30% dari Eropah, Amerika Syarikat, serta negara-negara di rantau Asia Pasifik dan Oceania seperti
Jepun, Korea, Taiwan, China, Australia, dan New Zealand.
1. Jenis-Jenis Sektor Pelancongan
a. Eko-pelancongan –
berkaitan keindahan alam semulajadi cth Port Dickson
b. Agro-pelancongan-
berkaitan kegiatan pertanian cth Cameron Highland
c. Pelancongan kesihatan-
mendapatkan rawatan pakar cth IJN
d. Pelancongan pendidikan-
melanjutkan pelajaran cth UIA
e. Pelancongan budaya dan
warisan- bandar Melaka
f. Pelancongan MICE
(persidangan, konvensyen dan pameran)
g. Pelancongan kapal mewah-
cruise
h. Pelancongan sukan dan
rekriasi- Formula One, Power Boat
 
  | 
Produk 
Pelancongan | 
Definisi | 
Lokasi
  aktiviti | 
  | 
Eko 
pelancongan | 
Aktiviti pelancongan yang berasaskan
  sumber semula jadi seperti pelancongan pantai, Pulau, hutan lipur, tanah tinggi,
  air terjun atau jeram, tasik, sungai, gua batu kapur, dan sebagainya.
  Aktiviti pelancongan yang paling banyak berkembang di Malaysia. | 
Taman Negara, Hutan Simpan
  Belum di Perak. Hutan Simpan Endau- Rompin
  di Pahang, Gunung Kinabalu, T.T.
  Cameron, Bukit Fraser, Batu Caves,
  Selangor, Gua Niah di Sarawak. 
  Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Pulau Pangkor. | 
  | 
Pelancongan pertanian | 
Aktiviti pelancongan di kawasan dusun buah-buahan,
  kawasan perkampungan nelayan, Akua-pelancongan seperti di kawasan ternakan
  akua-kultur, konsep  
"home stay" dan lain-lain. | 
Pesisir pantai Terengganu
  Pahang dan Kelantan. Kedah dan Perlis seperti di kawasan  MADA  dan
  Bagan Lalang di Selangor.  | 
  | 
Pelancongan Kesihatan | 
Kedatangan pelancong untuk mendapatkan rawatan
  perubatan, rawatan pakar, perkhidmatan hospitaliti swasta, perubatan
  tradisional, dan lain-lain. | 
Bandar-bandar besar seperti  Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru. Negeri Perlis yang menyediakan pusat
  rawatan perubatan tradisional | 
  | 
Pelancongan Pendidikan | 
Mengalakkan aktiviti
  pelancongan sambil belajar khususnya dikalangan pelajar sekolah | 
Pusat-pusat pengajian tinggi, Pusat Sains Negara, Putrajaya, Pulau Langkawi, Tanah Tinggi Cameron, dan sebagainya | 
  | 
Pelancongan Budaya dan Warisan Sejarah | 
Aktiviti pelancongan kawasan tinggalan
  sejarah tapak arkeologi, dan muzium | 
diLembah Bujang, 
  Kedah Bandar Hilir, Melaka. | 
  | 
Pelancongan MICE(Persidangan Konvensyen dan Pameran) | 
Delegasi pelancong yang
  menghadiri seminar, persidangan, pameran, dan simposium  | 
Pulau Langkawi seperti LIMA
  dan LID Kuala Lumpur, 
  Putrajaya. | 
  | 
Pelancongan Kapal Mewah | 
Aktiviti pelancongan di atas
  kapal mewah seperti Star Cruise dan Star Leo. | 
Perairan Selat Melaka, Pulau Pangkor, Pulau
  Pinang, Langkawi. | 
  | 
Pelancongan Sukan dan Rekreasi | 
Aktiviti pelancongan
  berasaskan sukan dan rekreasi. | 
Formula One, Sepang Selangor. Power boat, Tasik
  Putrajaya, Stadium Bukit Jalil | 
.                                                                     
|  | 
| Kawasan dan Destinasi Pelancongan Di Malaysia | 
 
2. Faktor-Faktor Menggalakkan
Pelancongan di Malaysia
 
  | 
ISI | 
HURAIAN | 
CONTOH | 
  | 
1. Iklim  Khatulistiwa | 
a.  Panas, sesuai bersantai 
b.  Pelancong dr Negara iklim sedehana | 
·       Negara Eropah | 
  | 
2. Keindahan alam
  semulajadi | 
a. Pantai, pulau, gua,
  hutan, taman laut | 
·      
  Pulau Langkawi 
·      
  Gua Niah 
·      
  Taman Negara Bako 
·      
  Pulau Redang | 
  | 
3. Tempat bersejarah | 
a. Tinggalan penjajah
  Portugis, Belanda, British | 
·      
  A Farmosa 
·      
  Pasir Salak | 
  | 
4. Pengangkutan cekap,
  moden | 
a. Lapangan terbang, bas
  pelancongan, feri | 
·      
  KLIA 
·      
  ERL 
·      
  Star cruise | 
  | 
5. Peranan kerajaan | 
a. Promosi  
b. Pesta, pameran 
c. Kempen | 
·      
  Kementerian Pelancongan 
·      
  TDC 
·      
  Citrwarna 
·      
  TMM 07 | 
  | 
6. Budaya pelbagai kaum | 
a. Perayaan  
b. Kesenian | 
·       Rumah terbuka sempena perayaan kaum 
·       Pertunjukan wau, batik | 
  | 
7. Kemudahan penginapan
  dan prasarana | 
a. Hotel, resort 
b. Restoran, kemudahan
  rekreasi  | 
·      
  Hotel lima bintang 
·      
  Hotel sederhana, murah | 
3. Kepentingan  Kegiatan Pelancongan
 
  | 
ISI | 
HURAIAN | 
CONTOH | 
  | 
1. Sumber     pendapatan  
    Negara | 
a. Sewa hotel, cenderamata 
b. Pengaliran masuk wang
  asing | 
·       
  Pelancong
  Jepun, Eropah, Negara Arab | 
  | 
2. Peluang pekerjaan | 
a. Perhotelan,
  pengangkutan 
 | 
·       
  Pemandu pelancong, pekerja hotel | 
  | 
3. Menggalakkan 
    rantaian ekonomi | 
a. IKS 
b. Perniagaan makanan 
c. Telekomunikasi 
d. Pengangkutan 
e. Perhotelan | 
·       
  Industri kraftangan, anyaman,
  ukiran 
·       
  Restoran | 
  | 
4. Membangunkan 
    kawasan mundur | 
a. Kawasan pedalaman/
  luarbandar | 
·       
  Homestay,eco-pelancongan,agro-pelancongan | 
  | 
5. Menggalakkan  R&D | 
a. Kajian pemuliharaan
  sumber alam 
b. Kajian kualiti
  perkhidmatan | 
·        
  Lembaga Penggalak Pelancongan
  (TDC)- | 
4. Kesan Aktiviti Pelancongan Ke
atas Alam Sekitar 
 
  | 
ISI | 
HURAIAN | 
CONTOH | 
  | 
1. Masalah Persekitaran 
    Fizikal | 
a. Hakisan ditanah tinggi,
  pantai 
b. Penarahan dan perataan
  bukit | 
·  
  Pembinaan
  hotel, padang golf | 
  | 
2. Pencemaran air | 
a. Sisa kumbahan hotel,
  resort, restoran 
b. Tercemar bacteria
  E-coli | 
·  
  Pantai PD, Batu Feringgi | 
  | 
3. Gangguan  Ekosistem | 
a. Rantaian makanan  terganggu 
b. Kekurangan oksigen 
c. Habitat flora fauna
  musnah | 
·  
  Spesies  tertentu pupus spt cengal, merbau | 
  | 
4. Perubahan iklim mikro | 
a. Suhu meningkat akibat
  pemusnahan hutan | 
·  
  Pembinaan resort di TT. Cameron ,
  Genting Highland | 
  | 
5. Pencemaran budaya | 
a. Pendedahan/ penyerapan
  budaya barat | 
·  
  Cara berpakaian, minuman keras,
  pergaulan bebas | 
  | 
6. Kesesakan di Pusat  Pelancongan popular | 
a. Musim cuti  sekolah dan perayaan | 
·  
  Jeti Kuala Perlis, Cameron
  Hingland 
 | 
5. Usaha Memajukan Sektor
Pelancongan
 
  | 
ISI | 
HURAIAN | 
CONTOH | 
  | 
1. Promosi | 
a. Dalam/Luar negara | 
·        
  Cuti-cuti
  Malaysia 
·        
  Pameran
  kraftangan | 
  | 
2. Meningkatkan prasarana | 
a. Lapangan terbang, 
b. Pengangkutan darat 
c. Feri | 
·        
  KLIA 
·        
  Lebuhraya, LRT,ERL | 
  | 
3. Membangunkan Kawasan 
    Semulajadi | 
a. Pulau peranginan 
b. Hutan simpan | 
·        
  Pulau Sipadan, Pulau Redang 
·        
  Taman Negara Tahan | 
  | 
4. Kerjasama serantau | 
a. Negara ASEAN- membantu
  promosi pelancongan | 
·         
  Tanun Melawat Malaysia | 
  | 
5. Kemudahan perkhidmatan | 
a. Penginapan, urusan
  kewangan | 
·        
  Hotel, bank | 
  | 
6. Meningkatkan Tahap 
    keselamatan | 
a. Sempadan
  laut,darat,udara | 
·        
  Polis, marin, tentera | 
SEKTOR
KEWANGAN, INSURAN,HARTANAH, PERKHIDMATAN PERNIAGAAN
 
  | 
Sektor | 
Perkhidmatan | 
  | 
1.   
  Kewangan | 
-  Bank-simpanan wang 
-  Syarikat kewangan – pinjaman | 
  | 
2.   
  Insurans | 
-  Perlindungan kepada manusia daripada  bencana alam, kemalangan,  
   rawatan dan   pendidikan | 
  | 
3.   
  Hartanah | 
-  Jual beli rumah kediaman, rumah kedai,  ruang pejabat | 
  | 
4.   
  Perniagaan | 
-  Guaman, perundingan, perubatan,  pendidikan, keselamatan,  kebersihan 
  dan kerjaya | 
1.(a)    
Berdasarkan  kepada sebuah negara
yang telah anda kaji;
         (i)  
Nyatakan empat produk
pelancongan yang terdapat di kawasan 
tanah tinggi 
               
di negara tersebut. [ 5 ]                                                                                                                          
         (ii) 
Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi perkembangan industri   
               
pelancongan di Malaysia.   [ 10]
        (iii) 
Jelaskan  sumbangan industri
pelancongan terhadap  pembangunan  ekonomi 
               
dan sosial negara Malaysia.  [ 10
]
INDUSTRI  PENGANGKUTAN  DAN  TELEKOMUNIKASI
1. Industri pengangkutan dan
telekomunikasi menjadi sektor perkhidmatan yang kedua penting. Industri
pengangkutan melibatkan tiga bidang
yang utama iaitu:
(a)   
pengangkutan
darat seperti lebuh raya, jalan raya, jalan kereta api, Sistem
Transit Aliran Ringan (LRT), Sistem Komuter, Monorel dan Jalinan Transit Ekspres (ERL).
(b)    pengangkutan
air melibatkan
sistem pengangkutan sungai dan laut seperti
perkhidmatan feri,    kapal pengangkut
atau kapal dagang. bot dan sampan. Perkembangan pesat sistem pengangkutan air menyebabkan
munculnya pelabuhan entreport seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang,
Pelabuhan Tanjung Gelang, dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
(c)    pengangkutan
udara melibatkan
kapal terbang dan helikopter. Kewujudan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang
Antarabangsa Subang, Lapangan Terbang Antarabangsa
Bayan Lepas, Lapangan Terbang Senai, dan Lapangan Terbang Kuching
membuktikan sistem pengangkutan udara di Malaysia juga mengalami perkembangan
yang pesat. Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia merupakan syarikat
pengangkutan udara yang mendominasi industri penerbangan Malaysia pada masa
kini.
2.   
Dalam bidang telekomunikasi pula,
melibatkan penggunaan telefon dan telefon bimbit, faksimili,
kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), internet dan intranet, dan
sebagainya yang menyebabkan penyebaran maklumat, inovasi, aliran keluar masuk
modal, urusan perniagaan, dan penerokaan pasaran menjadi lebih mudah dan cepat.
3.   
Konsep e-dagang merupakan bidang komunikasi
perdagangan global masa kini yang mesti
dikuasai oleh Malaysia. Justeru, kerajaan telah menjayakan perlaksanaan
Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagai usaha menjana dan mempercepatkan
pembangunan ICT negara.
SEKTOR KEWANGAN,  INSURANS,  HARTANAH, DAN  PERKHIDMATAN PERNIAGAAN
1.   
 Perkhidmatan kewangan melibatkan syarikat
kewangan dan bank. Bank menyediakan
kemudahan perbankan seperti penyimpanan wang manakala
syarikat kewangan pula menyediakan perkhidmatan pinjaman wang kepada
pengusaha dan peniaga.
2.   
Terdapat pelbagai jenis yang
menawarkan perkhidmatan tersebut seperti Bank Islam, Maybank, Bank
Bumiputera Commerce, Bank Simpanan Nasional, Public Bank, dan lain-lain.
3.   
Perkembangan pesat sektor perbankan di Malaysia
menyebabkan is berjaya menubuhkan Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa
Labuan (IOFC) yang terletak di Wilayah Persekutuan Labuan. Di sini diaglomerasikan pelbagai jenis syarikat kewangan
antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan pinjaman kepada pelabur asing
dan tempatan.
4.   
Perkhidmatan insurans pula
menyediakan perkhidmatan perlindungan kepada manusia daripada bencana alam, kemalangan,
rawatan, dan pendidikan dengan menggunakan pelbagai nama seperti insurans
nyawa, insurans kesihatan, insurans kemalangan, dan insurans pendidikan.
Terdapat dua jenis insurans di Malaysia iaitu insurans konvensional
dan insurans takaful.
5.   
Sektor hartanah pula melibatkan perkhidmatan jual beli
rumah kediaman, rumah kedai, ruang pejabat dan lain-lain. Manakala bagi perkhidmatan perniagaan, melibatkan perkhidmatan
seperti guaman, perundingan (konsultansi), perubatan, pendidikan,
keselamatan, kebersihan, dan kerjaya.
 SEKTOR UTILITI ELEKTRIK, AIR, DAN GAS
1.   
Sektor ini merupakan
perkhidmatan asas kepada penduduk dan menjadi keperluan asasi manusia pada masa kini. Utiliti
elektrik melibatkan pembekalan dan penyelenggaraan sumber tenaga kepada
kediaman penduduk, industri, komersial, perniagaan, dan organisasi.
2.   
Di Malaysia pembekalan tenaga elektrik dimonopoli oleh
syarikat bersekutu kerajaan (SBK) iaitu
Tenaga Nasional Berhad TNB,- manakala
bekalan air pula dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air,( JB) di bawah kerajaan
negeri masing-masing.
3.   
Namun begitu, terdapat juga sesetengah negeri yang
menswastakan perkhidmatan bekalan air kepada
penduduk seperti  SYABAS di Selangor   dan
AIR KELANTAN SDN BHD di Kelantan.  Pada
tahun 2000, 101% daripada kawasan
bandar dan 93% kawasan luar bandar di Malaysia  telah dibekalkan dengan kemudahan
tenaga elektrik. Manakala 98% penduduk bandar dan 87% penduduk luar bandar
menikmati  perkhidmatan bekalan air
bersih.
|  | 
| Perkhidmatan Awan dan Logo Kesatuan Kekerja Kebangsaan 
 | 
 PERKHIDMATAN KERAJAAN 
1.   
Di Malaysia perkhidmatan
kerajaan masih lagi menjadi perkhidmatan yang amat penting kepada penduduknya walaupun negara
telah  mengamalkan
dasar penswastaan. Ini kerana keupayaan rakyat untuk membayar kos
perkhidmatan swasta masih lagi rendah.
2.   
Oleh sebab itu, sesetengah
bidang perkhidmatan kerajaan amat relevan sebagai usaha untuk membantu
keselesaan, kesejahteraan, kebajikan- dan keselamatan rakyat.
3.   
Antara sektor-sektor penting  yang disediakan oleh kerajaan dan tl'da'r-, diswastakan
sepenuhnya ialah seperti sektor pendidikan, kesihatan, pentadbiran,
keselamatan awam, dan keselamatan negara Perkhidmatan kerajaan im berlangsung dalam tiga
peringkat iaitu:
(a)  
kerajaan negeri
(b)  
peringkat kerajaan pusat
(c)  
pihak berkuasa tempatan
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN
1.   
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi
perkembangan pesat sektor perkhidmatan di Malaysia. Antaranya seperti:
(a)          
faktor fizikal
(b)          
faktor ekonomi
(c)           
faktor governan
(d)          
faktor teknologi
FAKTOR FIZIKAL.
1.   
Kekayaan sumber semula jadi yang dimiliki oleh
Malaysia telah menggalakkan penyediaan
pelbagai kemudahan perkhidmatan. Misalnya
perlombongan petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu dan
Sarawak telah memajukan sektor pengangkutan. pelabuhan,
dan bekalan tenaga elektrik dan gas kepada penduduk Berta industri
perkilangan.
2.    Manakala kewujudan sungai yang besar dan dalam pula menggalakkan perkembangan sektor pengangkutan
air seperti Sungai Rajang di Sarawak.
3.    Dalam konteks sektor pelancongan, hampir  90% daripadanya bergantung kepada
keindahan semula jadi atau alam sekitar.  Produk  ekopelancongan  di Malaysia misalnya, penting dalam menjana
perkembangan pesat sektor pelancongan negara
kerana terdapatnya unsur-unsur semula jadi seperti keindahan pantai dan pulau, tanah tinggi beriklim sederhana
sejuk, hutan lipur dan air terjun, tasik, gua, dan lain-lain.
FAKTOR EKONOMI.
1.   
Kemajuan sektor ekonomi primer
dan sekunder menjadi asas penting untuk memperkembangkan sektor
perkhidmatan negara kerana sektor perkhidmatan bergantung kepada
produk ekonomi primer dan sekunder sebagai inputnya.
2.   
Hasil-hasil pertanian,
perlombongan, dan perindustrian perlu diangkut dan dipasarkan ke kawasan pasaran. Keadaan ini
memerlukan perkhidmatan pengangkutan dan
telekomunikasi yang moden dan cepat supaya
produk tersebut boleti sampai dengan segera kepada pengguna. Oleh itu, rangkaian lebuh raya dan jalan kereta
api memainkan peranan penting.
3.   
Selain itu, permintaan terhadap perkhidmatan
pengangkutan, pelancongan, kesihatan, dan pendidikan tinggi bergantung kepada pendapatan perkapita pengguna untuk menjamin kuasa
beli yang tinggi. Jika pendapatan
perkapita penduduk masih rendah maka permintaan kepada sektor
perkhidmatan juga akan berkurangan.
FAKTOR GOVERNAN
1.   
Di Malaysia, kerajaan memainkan
peranan penting dalam memajukan sektor perkhidmatan. Antara
peranan yang diambil oleh kerajaan ialah menggalakkan pelabur asing
menanam modal dalam sektor pelancongan, membuka pusat pengajian tinggi, dan menyediakan
perkhidmatan insurans dan bank. Contohnya,
para pelabur diberikan pengecualian cukai
antara 85% hingga 100% bagi menggalakkan mereka melabur di negara ini.
2.   
Selain itu, usaha mempromosikan sektor pelancongan di
luar negara terns dilakukan oleh kerajaan menerusi TDC. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan pula, kerajaan bersungguh-sungguh
mengembangkan industri francais,
memperluaskan konsep e-dagang, menjayakan MSC, menyediakan infrastruktur
yang lengkap seperti membina jaringan lebuh
raya dan rangkaian telekomunikasi canggih. Tujuan pelaksanaan yang diambil oleh kerajaan ini adalah untuk menjana
sektor perkhidmatan dalam negara.
3.   
Menerusi dasar penswastaan
negara pula, kerajaan telah memajukan perkhidmatan utiliti seperti bekalan air bersih,
tenaga elektrik dan telekomunikasi. Justeru
itu, muncul syarikat konglomerat swasta yang memberikan perkhidmatan yang cekap kepada rakyat seperti TELEKOM,
CELCOM, MAXIS, dan sebagainya.
FAKTOR TEKNOLOGI
1.   
Kepesatan pembangunan sektor perkhidmatan amat dibantu
oleh kemajuan teknologi dan inovasi barn.
Justeru itu, usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang
berterusan sentiasa dilakukan oleh kerajaan
dan swasta bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi cita
rasa pengguna.
2.   
Teknologi moden bukan sahaja
dibangunkan melalui R&D dalam negara malah ada yang dipindahkan atau
diimport dari luar negara. Secara jelas teknologi telekomunikasi berkembang dengan pesat di
Malaysia clan perkembangan teknologi telekomunikasi ini amat membantu perkembangan sektor perkhidmatan yang lain seperti
sektor pelancongan, pengangkutan, kewangan, perniagaan, dan lain-lain.
 KEPENTINGAN
SEKTOR PERKHIDMATAN KEPADA PEMBANGUNAN  EKONOMI DAN SOSIAL
1.   
Sektor perkidmatan turut terlibat
dalam menjana pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. Salah satu
sumbangan sektor ini ialah membantu meningkatkan KDNK negara dan
meningkatkan penggunaan sumber tenaga
manusia yang sekaligus mengurangkan kadar pengangguran. Sumbangan sektor
perkhidmatan kepada KDNK dan guna tenaga (pekerjaan) ditunjukkan pada Jadual
13.1. 
2.   
Sektor perkhidmatan juga berkepentingan dalam membantu
membangunkan sektor ekonomi lain yang
berkaitan khususnya sektor primer dan
sekunder. Dengan adanya sektor perkhidmatan maka sektorsektor lain juga akan turut berkembang sebagai
satu rantaian tindak balas ekonomi.
3.   
Misalnya, bahan mentah dan
barangan siap untuk perindustrian yan.- diangkut ke kilang atau ke pasaran menerusi sistem
pengangkutardarat, air, atau udara.
4.   
Sektor kewangan dan bank memberikan perkhidmatan
pinjaman kredi- untuk pekilang atau pengusaha-pengusaha untuk
menjalankaroperasinya. Pembekalan tenaga
elektrik dan air pula menjamin sektor industri
berkembang dengan baik. Kesannya seluruh peringkat kegiata- ekonomi akan
dapat dimajukan.
5.   
Selain itu, sektor perkhidmatan
turut menyumbang dalam meningkatkan taraf sosioe konomi penduduk.  Di Malaysia, peningkatan taraf sosial dan taraf hidup penduduk amat dibantu oleh perkhidmatan kerajaan. Misalnya perkhidmatan
kesihatan yang disediakan seperti  hospital,
 poliklinik, klinik desa, bekalan ubat,
dan doktor terlatih telah  mengurangkan
kadar kematian penduduk,  meningkatkan
kelahiran, dan  memanjangkan jangka hayat penduduk.
6.   
Kemudahan ini disediakan khususnya kepada golongan
miskin dan kurang berkemampuan yang tinggal di luar bandar bagi menikmati
kesihatan yang sempurna.
7.   
Dalam konteks pendidikan pula,
kerajaan turut menyediakan sekolah, kolej, IPT yang memberikan pendidikan
terbaik kepada rakyat. Faktor ini akan akan membantu mengurangkan kadar buta huruf dan meningkatkan
kadar celik teknologi.
8.   
 Sektor perkhimatan juga berperanan dalam
meningkatkan teknologi dan kualiti buruh dalam negara. Melalui perkembangan
ICT, Malaysia telah berjaya menjana inovasi baru dan menghasilkan teknologi baru yang mampu berdaya saing bagi
mengeluarkan produk yang berkualiti. Teknologi reka bentuk dan teknologi
kawalan mutu dicipta melalui perkhidmatan ICT yang ada.
9.   
MIMOS misalnya, banyak
melahirkan teknologi baru yang digunapakai dalam pelbagai aspek pengurusan maklumat di negara
kita.
10. Selain itu, aspek pemindahan teknologi dari luar negara juga menjadi lebih cepat dengan adanya
kemudahan perkhidmatan ICT ini.
11. Dari segi kualiti buruh pula, tenaga buruh mahir dapat ditingkat melalui
kemudahan ICT
yang disediakan. Latihan, pengembangan, dan pembangunan sumber tenaga manusia
(HRD) dalam perkhidmatan kerajaan dan
swasta akan dapat melahirkan ramai golongan profesional dalam negara.
12. Seterusnya sektor perkhidmatan berkepentingan dalam menambahkan aliran masuk
modal ke dalam negara khususnya daripada pelabur asing. Sumbangan
sektor perkhidmatan ke arah kemasukan modal asing ke Malaysia amatlah besar.
13. Dengan adanya kemudahan perbankan luar pesisir seperti di Labuan maka pelabur asing dengan mullah
boleh membuat pinjaman untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi di negara
kita.
14. Selain itu, perkhidmatan bank-bank dan syarikat kewangan tempatan juga banyak membantu penambahan
modal negara khususnya di kalangan pengusaha-pengusaha tempatan.
|  | 
| Pengangkutan dan Telekomunikasi | 
  
INDUSTRI PENGANGKUTAN 
1. Jenis Pengangkutan
 
  | 
ISI | 
HURAIAN | 
CONTOH | 
  | 
a.
  Jalan darat  | 
a.
   Jalanraya  
·      Sesuai
  untuk semua bmb, jarak jauh/dekat, kaw. padat penduduk 
b.
   Jalan keretapi 
·      Bmb
  rata, jarak jauh, kaw kurang padat | 
·      bas,
  lori 
·      LRT,
   
·      MONORAIL 
·      ERL,
   
·      KOMUTER | 
  | 
b.
  Jalan udara | 
a.  Jarak jauh, lapangan terbang, produk ringan
  dan bernilai 
b. Tahap
  keselamatan tinggi 
c.  Penumpang dan kargo | 
·      Kapalterbang
   
·      MAS, 
·      AIR
  ASIA | 
  | 
c.
  Jalan air | 
a.
   Jalan sungai  
b.
   Jalan laut 
Pelabuhan,
       produk berat, banyak (pukal)Jarak
       jauhKos
       murahRisiko
       rendah | 
·      Bot
  laju 
·      Kapal
  kargo 
·      Kapal
  tangki 
·      Cruise | 
2. Kepentingan
Pengangkutan
 
  | 
ISI | 
HURAIAN | 
CONTOH | 
  | 
a.
  Meningkatkan aliran barang | 
a. Darjah
  ketersampaian tinggi | 
·      Lebuhraya,
   
·      jalan
  keretapi | 
  | 
b.
  Mempengaruhi pola/taburan penduduk | 
a.
  Berselerak, berjajar, berkelompok | 
·     
  Kebun kecil 
·     
  Jalan raya 
·     
  Pusat bandar | 
  | 
c.
  Menggalakkan mobiliti penduduk | 
a.
  Migrasi, pelancong, tempat kerja | 
·     
    KLIA | 
  | 
d.
  Meningkatkan darjah ketersampaian | 
a. Mudah
  meneroka kawasan baru | 
·     
  Felda/ kawasan
  pedalaman | 
  | 
e.
  Meningkatkan pendapatan negara | 
a. Cukai
  jalan, tol | 
·     
  Tol Sg Besi | 
  | 
f.
  Menjimatkan masa | 
a.
  Lebuhraya, Komuter, LRT | 
·     
  Lebuh/ raya PLUS | 
  | 
g.
  Peluang pekerjaan | 
a.
  Profesional, separa mahir | 
·      Pemandu
  bas, pilot, kelasi | 
3. Kesan Industri
Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar
 
  | 
ISI | 
HURAIAN | 
CONTOH | 
  | 
a.
  Pencemaran udara | 
a. Asap
  kenderaan, jelaga 
b. Karbon
  dioksida, Karbon monoksida, Plumbum | 
·  Lori 
·  Bas 
·  Kereta
   | 
  | 
b.
  Pencemaran bau 
    dan bunyi | 
a. Asap
  dan minyak 
b. Bunyi
  kapalterbang, keretapi 
 | 
- kilang
  getah/sawit 
-
  lapangan terbang | 
  | 
c.
  Kepupusan hutan –flora dan fauna | 
a. Bina
  lebuhraya, lapangan   terbang | 
-  L/raya timur 
   barat | 
  | 
d.
  Hakisan tanah 
    tanah runtuh | 
a.
  Jalanraya di tanah tinggi | 
-
  Cameron 
  Highland-Tapah | 
  | 
e.
  Pencemaran air/laut | 
a.
  Tumpahan/kebocoran 
    minyak kapal | 
-
  Selat melaka | 
  | 
f. Suhu
  mikro bandar 
    meningkat | 
a. Asap
  kenderaan, kawasan lapangan terbang | 
-
  bandar KL |