PIRMID PENDUDUK
Perkara-perkara yang perlu ada dalam menghasilkan graf
- Tajuk
. Rujuk dari soalan selepas perkataan menunjukkan. ( Perlu ada perkara,
negara, tahun)
- Petunjuk
mesti ada.
- Pilih
skala yang sesuai
- Plotkan
graf dengan tepat dan kemas
a) Ciri-ciri Piramid Progresif ( Contoh: Malaysia dan negara Asia
Tenggara kecuali Singapura)
Ciri-ciri
|
Huraian
|
1. Tapak yang lebar
|
-
Kadar kelahiran
tinggi disebabkan perubatan moden;
program perancangan keluarga kurang berkesan; amalan perkahwinan usia muda, halangan adat
dan agama.
-
Kadar kematian
merosot – perubatan moden dapat mencegah penyakit merbahaya dan kematian
bayi.
|
2. Puncak mulai lebar
|
-
Jangka hayat penduduk
tua semakin tinggi (lebih 60 tahun)
-
Perubatan moden membantu
meningkatkan taraf kesihatan.
-
Amalan pemakanan
yang seimbang.
|
3. Komposisi umur
|
-
Kumpulan umur
muda ( 1-20 tahun ) adalah ramai ini menyebabkan nisbah tanggungan kumpulan
dewasa tinggi.
|
4. Ciri Jantina
|
-
Kumpulan umur
muda – jantina lelaki lebih ramai daripada perempuan.
-
Kumpulan umur tua
- jantina perempuan lebih ramai daripada
lelaki. Jangka hayat perempuan
|
b) Kesan Piramid Progresif Kepada Malaysia
Kesan
|
Huraian
|
1. Pertumbuhan
penduduk yang
pesat
|
-
Aset/jumlah
tenaga buruh lebih ramai pada masa hadapan apabila kumpulan muda menjadi
dewasa
-
Kumpulan umur
produktif membantu memesatkan pertumbuhan ekonomi
|
2. Pertambahan
perbelanjaan
kerajaan
|
-
Kerajaan perlu menyediakan
kemudahan asas kepada penduduk seperti pendidikan, kesihatan, rekreasi.
|
3. Peluang
pekerjaan
|
-
Pekerjaan perlu
ditambah untuk mengelakkan masalah pengangguran
|
4. Memperluaskan
pasaran omestik
|
-
Penduduk yang
banyak menyediakan pasaran bagi
barangan keluaran tempatan
|
5. Warga tua
meningkat
|
-
Penyediaan rumah
kebajikan perlu ditambah
-
Bayaran pencen
meningkat
-
Penyediaan
perubatan percuma perlu diadakan
|
Pertumbuhan Penduduk
Pada akhir topik
ini murid dapat:
1. Mengira kadar pertumbuhan penduduk
- Menghuraikan faktor yang mempengaruhi
pertumbuhan penduduk
- Menjelaskan sebab-sebab penurunan
kadar kelahiran
a)
Penghitungan kadar pertumbuhan penduduk.
Kadar pertumbuhan penduduk = %
kadar kelahiran – %kadar kematian
Kadar kelahiran = Bilangan kelahiran X 1000
Jumlah Penduduk(JP)
Peratus Kadar Kelahiran = Kadar
Kelahiran X 100%
1000
Kadar kematian = Bilangan kematian X 1000
Jumlah Penduduk
Peratus Kadar Kematian = Kadar
Kematian X 100%
1000
Kadar migrasi bersih = Migrasi bersih/JP
= Imigrasi masuk – Emigrasi keluar/JP X 100%
b) Faktor mempengaruhi pertumbuhan penduduk
Isi
|
Huraian
|
1. Peningkatan kadar
kelahiran dan
pengurangan
kadar kematian
|
Disebabkan:
-
Kemajuan taraf
kesihatan
-
Kemajuan
teknologi perubatan
-
Dapat mengawal
penyakit berbahaya seperti kanser
-
Dapat
mengurangkan kadar kematian bayi
-
Meningkatkan
jangka hayat penduduk
|
2.
(fertiliti ) yang tinggi
|
-
Kumpulan umur
muda ramai ( 15-44 tahun )
-
Amalan
perkahwinan pada usia muda membolehkan ramai anak
-
Berlaku di negara
sedang membangun seperti
|
3. Kegagalan program
kawalan penduduk
(Perancangan keluarga)
|
-
Taraf pendidikan
rendah menyebabkan maklumat yang hendak disampaikan tidak dapat difahami.
-
Halangan agama
dan adat ini menyebabkan kadar kelahiran meningkat
|
4. Pertambahan
pengeluaran
sumber makanan
|
-
Kejayaan era
Revolusi Hijau pada tahun 60-an telah
dapat menampung pertambahan penduduk yang pesat dan mengatasi krisis makanan dan kebuluran
Lebihan makanan di sesebuah negara di
eksport ke negara lain yang mengalami
kekurangan makanan.
|
5. Kestabilan politik
dan dasar kerajaan/
governan
|
-
Tamat perang
dunia kedua, menyebabkan pengurangan
kadar kematian secara besar-besaran
-
Polisi kerajaan
ke arah pertambahan penduduk dan kemajuan ekonomi negara
|
6. Migrasi
|
-
Perpindahan
penduduk melibatkan migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa meningkatkan
pertambahan penduduk.
-
|
c) Kadar kelahiran – Sebab-sebab
penurunan kadar kelahiran
Isi
|
Huraian
|
1. Penggunaan/amalan
perancangan keluarga
|
-
Pengambilan pil
perancang, penggunaan IUD, penggunaan kondom, dan mengikat saluran peranakan
|
2. Tahap pendidikan
semakin meningkat
|
-
Kesedaran
penerimaan program perancang keluarga dapat berjalan dengan lancar ke atas
mereka yang berpendidikan.
|
3. Umur perkahwinan
semakin meningkat
|
-
Perkahwinan pada
usia lewat menyebabkan lambat mendapat anak .
|
4. Golongan wanita
Bekerjaya meningkat
|
-
Wanita yang
bekerja lebih mementingkan kerjaya dan
tidak mahu anak yang ramai
|
5. Dasar Kerajaan –
mengehadkan kadar
kelahiran
|
-
Singapura: 2 orang anak satu keluarga ( sehingga tahun
80-an )
-
|
6.
meningkat
|
-
Bilangan ahli
keluarga terpaksa dikecilkan bagi mengurangkan kos sara hidup yang semakin
tinggi untuk membesarkan anak.
|
7. Pemodenan nilai
hidup
|
-
Kehidupan yang
semakin moden biasanya bilangan keluarga adalah kecil dan tiada berkeinginan
mempunyai ahli keluarga besar
|
d) Kesan pertambahan penduduk terhadap sumber
alam.
Isi
|
Huraian
|
1. Tekanan terhadap
sumber alam
|
-
Sumber tanah semakin
terhad
-
Harga tanah
semakin meningkat akibat persaingan guna tanah dalam pelbagai sektor seperti
perindustrian, pembinaan, pertanian dan utiliti
|
2. Kepupusan dan
kehabisan sumber alam
|
-
Sumber hutan, air, flora dan fauna semakin pupus
-
Sumber mineral dan bahan api fosil semakin
berkurangan seperti emas, bijih timah, petroleum, gas asli dan arang batu.
|
3. Berlakunya pencemaran
sumber alam
|
-
Berlaku pencemaran
kepada sumber air, udara dan darat
yang akan menjejaskan kesihatan manusia
|
4. Kekurangan sumber
makanan
|
-
Sumber berasaskan
pertanian, penternakan dan perikanan
semakin berkurangan akhirnya memberi kesan kepada manusia
|
5. Memajukan
sumber yang
berpotensi
|
- sumber alam seperti galian, bahan api,
perhutanan,
perikanan akan dapat diuruskan dengan
cekap dan
berkesan.
|
CONTOH SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN.
SOALAN 1.
Jadual 1
menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Malaysia pada tahun 1997.
Kumpulan
Umur
|
Lelaki
(‘000)
|
Perempuan
(‘000)
|
0-9
|
2 612
|
2 455
|
10-19
|
2 357
|
2 225
|
20-29
|
2 017
|
1 876
|
30-39
|
1 653
|
1 584
|
40-49
|
1 168
|
1 111
|
50-59
|
684
|
656
|
60-69
|
386
|
414
|
70 dan lebih
|
206
|
261
|
(a) Lukiskan rajah yang sesuai untuk
menggambarkan struktur umur dan jantina penduduk Malaysia
bagi tahun 1997. [9]
(b) Berdasarkan
rajah yang telah anda lukis ,
(i)
jelaskan ciri-ciri utama penduduk Malaysia pada tahun 1997. [8]
(ii) huraikan kesan-kesan ciri kependudukan
tersebut terhadap keadaan sosial dan ekonomi di
Malaysia. [8]
(a).
Rajah dalam graf piramid
(b)
Berdasarkan rajah yang anda telah lukis
(i) jelaskan ciri-ciri utama penduduk Malaysia pada
tahun 1997
Isi
Utama
|
Huraian
|
Markah
|
bi1
Bentuk Kon (tapak lebar, puncak sempit)
|
|
4
|
bi2 Komposisi umur
|
|
2
|
bi3 Komposisi jantina
|
|
2
|
Jumlah
maksimum
|
8
|
(ii) huraikan kesan-kesan ciri kependudukan
tersebut terhadap keadaan social dan ekonomi di Malaysia. [9]
Isi
utama
|
Huraian
|
Markah
|
bii1 Ekonomi
Bekalan
tenaga buruh ramai
|
|
2
|
bii2 Perluasan pasaran
|
|
2
|
bii3 Peluang pekerjaan
|
|
2
|
bii4 Perbelanjaan kerajaan
|
|
2
|
bii5
Golongan tua
|
|
2
|
Jumlah maksimum
|
8
|
SOALAN 2 DAN SKEMA JAWAPAN
(a)
Jadual 1 dibawah menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ( peratus )
bagi
beberapa buah Negara maju dan Negara sedang membangun terpilih antara tahun 1995
beberapa buah Negara maju dan Negara sedang membangun terpilih antara tahun 1995
hingga
tahun 1999.
Jadual 1
Jadual 1
Negara
|
Kadar
Pertumbuhan penduduk tahunan ( % )
|
||||
1995
|
1996
|
1997
|
1998
|
1999
|
|
Amerika
Syarikat
|
0.9
|
0.9
|
0.9
|
1.0
|
1.0
|
United
Kingdom
|
0.4
|
0.3
|
0.4
|
0.3
|
0.3
|
Jepun
|
0.2
|
0.2
|
0.2
|
0.2
|
0.2
|
Indonesia
|
1.6
|
1.6
|
1.5
|
1.5
|
1.5
|
Filipina
|
2.3
|
2.3
|
2.3
|
2.2
|
2.2
|
Malaysia
|
2.8
|
2.3
|
2.3
|
2.3
|
2.4
|
(i) Dengan menggunakan jadual 1, siapkan sebuah graf garis yang sesuai bagi menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan di beberapa buah negara maju dan negara sedang membangun terpilih antara tahun 1995 hingga 1999. [ 9 ]
Graf Garis : Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan di beberapa buah Negara maju dan Negara sedang membangun terpilih 1995 hingga 1999
Tajuk = 1m
Petunjuk = 1m
Skala = 1m
Plotan ( 6 x 1m) = 6m
Jumlah = 9m
(ii) Kenal pasti negara dan jelaskan faktor pertumbuhan
penduduk tinggi [10]
Negara pertumbuhan penduduk tinggi ialah Malaysia dan
Filipina : 2 m
Isi Utama
|
Huraian
|
Marks
|
a(ii)1
Faktor semula jadi
a(ii)2Kadar
kelahiran tinggi
a(ii)3Kadar
kematian rendah
|
Kahwin pada
usia muda. dll.
Taraf kesihatan
yang baik, kemajuan teknologi perubatan. dll.
Peningkatan
jangkahayat. Amalan pemakanan dan penjagaan kesihatan dll.
Kegagalan
program perancangan keluarga.
Pendapatan dan
taraf hidup meningkat.
|
2
2
2
2
|
a(ii)4
Faktor migrasi
|
Aliran migrasi
masuk yang tinggidi Malaysia akibat faktor tarikan.
Perkembangan
pesat ekonomi moden (perindustrian, perkhidmatan dan perniagaan).
Menyediakan
peluang pekerjaan yang luas dan tawaran gaji yang menarik.
Kemudahan
pengangkutan dan perhubungan yang baik meningkatkan ketersampaian dan
telekomunikasi dan lain-lain.
|
2
2
2
2
|
Jumlah markah 8+2 = 10m
|
Maksimum
= 8m
|
iii) Kesan pertumbuhan penduduk terhadap demografi dan
sosioekonomi [6]
Isi
Utama
|
Huraian
|
Markah
|
a(iii)1
Pekerjaan
|
Bekalan
tenaga kerja pada masa hadapan (pertanian, industri dan perkhidmatan)
|
2
|
a(iii)2
Meluaskan pasaran
|
Peningkatan
permintaan barangan Perkhidmatan
|
2
|
a(iii)3
Perbelanjaan kerajaan
|
Pertambahan
perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan kemudahan asas, pendidikan, kesihatan
dan lain-lain.
|
2
|
a(iii)4
Perumahan
|
Setinggan
Pencemaran
|
2
|
a(iii)5
Masalah sosial
|
Peningkatan
jenayah Kekurangan kemudahan asas
Pengangguran
Kesesakan penduduk
|
2
|
Maksimum
|
6
|
(a) Takrifkan konsep daya
tampung sumber alam? [ 3]
MAKSUD: Keupayaan
sesuatu sumber alam untuk menampung keperluan penduduk
pada aras dan tempoh tertentu.
CIRI: Bergantung
kepada bekalan sumber, tahap teknologi dan jumlah atau saiz penduduk pada
satu-satu masa.
CONTOH: Daya
tampung sumber petroleum di Malaysia dijangka tamat pada tahun 2013. Daya
tampung sumber hutan di Malaysia tidak lagi berupaya memenuhi permintaan
sektor pembinaan masa kini.
|
Markah
2
1
1
MAX 3
|
(a) Bagaimanakah
faktor kependudukan mempengaruhi kemerosotan dan kemusnahan daya
tampung
sumber alam. [9]
Judul Isi Jawapan
|
Huraian dan Contoh
|
Markah
|
1. Pertumbuhan penduduk yang pesat
|
·
Eksploitasi sumber alam terpaksa dilakukan dengan giat bagi menampung
keperluan penduduk yang ramai.
·
Sumber pertanian – amalan pertanian intensif menyebabkan tanih tidak
subur.
·
Sumber penternakan – ragutan berlebihan , cenderung berlakunya hakisan
tanih.
·
Sumber perikanan – tangkapan berlebihan menyebabkan kepupusan spesis.
·
Sumber air – terjejas apabila permintaan melebihi penawaran. Juga
kemusnahan kawasan tadahan air.
·
Sumber hutan – pupus akibat aktiviti penyahutanan bagi menampung sektor
perumahan pendudu
|
2 atau 3
|
2. Tumpuan dan kepadatan penduduk di sesebuah kawasan
|
·
Tekanan kepada sumber tanah – saiz tanah menjadi sempit akibat saingan
guna tanah untuk petempatan, pertanian, kemudahan asas dll. Daya tampung
tanah merosot seperti di Pulau Jawa.
·
Aktiviti peneresan, perataan dan pemotongan cerun bukit untuk dibina
petempatan – menyebabkan kemusnahan sumber tanah – mengalami hakisan dan
tanah runtuh.
·
Kemusnahan ekosistem kawasan tanah lembab – seperti paya, lembah sungai,
dan tasik yang ditebus guna bagi membina petempatan di kawasan yang padat
penduduk seperti di bandar-bandar besar.
|
2 atau 3
|
3. Aras teknologi yang dimiliki oleh penduduk
|
·
Teknologi yang rendah untuk memelihara dan memulihara sumber alam selepas
digunakan.
·
Sumber alam dibiarkan rosak/pupus atau diguna secara membazir.
·
Teknologi pembiakbakaan dan sivilkulture hutan masih ketinggalan untuk
projek perladangan hutan.
·
Teknologi perawatan sumber air dan tanih yang tercemar masih terhad..
·
Teknologi sumber tenaga alternatif seperti biomass, solar, angin dan
ombak masih tidak dibangunkan. Penduduk terlalu bergantung kepada sumber
tenaga konvensional.
|
2 atau 3
|
4. Sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab.
|
·
Sumber air, marin (lautan)
udara dan tanih tercemar – akibat sikap penduduk yang tidak menghargai alam
sekitar.
·
Pembuangan sisa toksid, kumbahan, sisa pepejal ke dalam sumber air
seperti sungai, tasik, paya dan laut.
·
Pembuangan sisa pepejal, kimia dan radioaktif secara haram.
·
Kerakusan meneroka sumber – untuk mengejar keuntungan semata-mata seperti
aktiviti perlombongan pasir di Selangor.
·
Kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar masih lemah.
|
2 atau 3
|
5. Kurangnya kawalan dan penguatkuasaan undang-undang
yang longgar.
|
·
Penjagaan alam sekitar yang lemah oleh agensi kerajaan – kekurangan
kakitangan dan kelemahan pengurusan
·
Kuatkuasa undang-undang yang longgar – hukuman tidak setimpal dengan
jenayah yang dilakukan terhadap alam sekitar.
·
Pertindihan fungsi antara agensi kerajaan – misalnya antara kuasa negeri
dengan persekutuan.
·
Masalah birokrasi dan salahguna kuasa agensi pelaksana – rasuah.
|
2 atau 3
|
Pemarkahan :
a)
3 isi x 3 markah = MAX 9
b)
4 isi x 2 markah + 1 markah mana-mana huraian yang
lebih baik = MAX 9
c)
5 isi x 2 markah = 10 markah – 1 markah = MAX 9.
|
MAX 9
|
(b)
Berdasarkan kepada satu jenis sumber alam yang boleh diperbaharui,
cadangkan langkah yang
perlu diambil untuk menjamin keberterusan daya tampung sumber alam tersebut. [ 13 ]
Memilih mana-mana satu jenis sumber alam yang boleh
diperbaharui :
(Hutan, Tanih, Air, Udara, Marin, ombak, dll) 1
Markah
Judul Isi
|
Huraian dan Contoh
|
Markah
|
|
1. Langkah perundangan:
|
·
Akta dan ordinan - Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,
ordinan dan peraturan penggunaan pelbagai jenis sumber alam.
·
Penguatkuasaan oleh agensi pelaksana contohnya JAS, JPS, PBT, Jabatan
Laut dll
·
Hukuman - mengenakan hukuman denda dan penjara ke atas mana-mana individu
atau syarikat yang merosak dan mencemarkan sumber-sumber alam.
·
Penyediaan EIA dan SIA sebelum penerokaan terhadap sesuatu sumber alam.
|
MAX 4
|
|
2. Amalan pengurusan yang cekap.
|
·
langkah kestrukturan - seperti membina benteng, tetambak, groin, gabion,
sistem saliran, sungkupan dll
·
Amalan pemeliharaan – seperti mewartakan rizab sungai, rizab hutan, kawasan tadahan air,
rizab sumber dll yang dijaga rapi dari sebarang bentuk penerokaan.
·
Amalan pemuliharaan - penebangan terpilih, penghutanan semula, tanaman tutup bumi, pertanian
berkontur, pelupusan sumber
toksid/asap secara berjadual, rawatan sisa dsb.
·
Penggunaan teknologi mesra alam (teknologi hijau) – seperti penjanaan sumber tenaga alternatif,
teknologi insenerator, bioteknologi, teknologi nano dll usaha R & D ke
arah teknologi yang tidak mencemar/merosakkan sumber alam.
|
MAX 6
|
|
3. Kempen kesedaran dan pendidikan alam
sekitar.
|
· Kempen - Memperhebatkan kempen kesedaran oleh pelbagai
agensi kerajaan, melalui pelbagai saluran. Misalnya media
elektronik, media cetak, kempen/risalah “Cintailah
Hutan Kita”, “Penghijauan Bumi”,
“Hutan Warisan Kita”, “Cintailah Sungai Kita”, kempen 3R dll.
· Pendidikan
alam sekitar - Memupuk kefahaman yang meluas kepada masyarakat umum tentang
peri pentingnya usaha-usaha menjaga dan memulihara sumber alam khususnya
kepada generasi akan datang secara formal dan tidak formal.
· Peranan
NGO – SAM, WWF, ENRICH dll yang bergandingan dengan agensi kerajaan dan
masyarakat seperti mengadakan gotong royong.
|
MAX 2
|
|
Note : Langkah yang
dihurai bergantung kepada jenis sumber alam yang dipilih
|
|||
Pemarkahan : Ke
tiga-tiga langkah mesti di sentuh
a) Perundangan = MAX 4
b) Pengurusan = MAX 6
c) Kempen dan PAS = MAX 2
d) Pilih satu jenis sumber alam = MAX 1
|
MAX 13
|
||
No comments:
Post a Comment