PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, December 3, 2012

TEMA 1 & 3 - SAMBUNGAN PECUTAN TERAKHIR GEOGRAFI 2 STPM


TEMA 1- PENDUDUK [GEOGRAFI KERTAS 2]

SOALAN 1 & SKEMA JAWAPAN

a). Susunkan secara herarki dari tertinggi ke terendah, tiga buah negara Asia yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai.      [3]

                   Susunan Negara                  Markah
1.    China                                  1
2.    India                                    1
3.    Indonesia                            1        [ MAX 3 ]


b). Jelaskan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk yang pesat di sesetengah negara Asia  [12]                                                                                                                                             

Sebab-sebab berlakunya pertumbuhan penduduk yang pesat:
1.  Peningkatan kemudahan kesihatan (hospital/klinik) , sistem dan peralatan perubatan moden serta doktor. Menyebabkan kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian bayi menurun - pelbagai penyakit di peringkat bayi dapat diubati seperti hepatitis B.                                                                   [2]
2.   Kegagalan/kurang berkesan program perancangan keluarga, untuk menjarakkan kelahiran - akibat halangan agama, adat dan status quo serta taraf pendidikan yang rendah di sesetangah masyarakat. Kesannya kadar kelahiran sukar dikawal.   [2]
3. Kahwin awal. Perkahwinan pada usia muds meningkatkan kadar fertiliti. Tahap kesuburan wanita ialah antara umur (15 - 45 tahun). Amalan kahwin awal, kecenderungan untuk kelahiran bertambah sebelum tamat kesuburan.       [2]
4.  Keperluan buruh/tenaga, manusia. Di sesetangah negara seperti India tenaga buruh untuk sektor pertanian datangnya daripada ahli keluarga. Anak yang ramai menyebabkan kos buruh menjadi lebih murah. Kelahiran meningkat sebagai persediaan buruh mass hadapan.     [2]
5. Kualiti hidup penduduk disesetengah negara meningkat. Pendapatan perkapita meningkat mampu untuk menyara keluarga yang ramai. Amalan pemakanan berzat/seimbang dan penjagaan kesihatan yang balk meningkatkan jangka hayat.    [2]
6.  Kestabilan politik dan ekonomi dalam jangkamasa panjang. Membolehkan dasar pembangunan kependudukan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Galakan kelahiran perlu untuk     menambahkan tenaga kerja, memperluaskan pasaran, pertahanan d1l, Contoh Dasar 70 juta penduduk di Malaysia.  [2]                                                                           
Pemarkahan: 6 Isi x 2 markah = 12 Markah     [ MAX  12 ]


c). Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan fenomena lebihan penduduk di Negara-negara Asia     [10 ]

1.   Perancangan keluarga      [2]
o    Penggunaan pil perancang keluarga dan kondom untuk menjarakkan kelahiran.
o    Teknik AUD (ikatan rahim).
o    Pengguguran       
o    Kaunseling keluarga dil untuk mengurangkan kadar kelahiran - mampu milik.

2.  Melaksanakan dasar/polisi saiz keluarga kecil   [2]
o    Setiap keluarga tidak dibenarkan memiliki anak yang ramai seperti di China "satu keluarga satu anak" .
o     Keistimewaan seperti biasiswa, buku teks dll. kemudahan percuma akan ditarik balik jika memiliki anak yang ramai melebihi had yang dibenarkan.    
      
3.  Langkah perundangan seperti menaikkan had umur boleh kahwin    [2]
o    Melewatkan had umur boleh kahwin- Misalnya dari umur belasan tahun kepada awal/pertengahan 20-an.
o    Tujuannya untuk   mengurangkan kadar fertiliti/kemampuan wanita melahirkan anak. 
        
4.    Meningkatkan kerjaya wanita          [2]
o    Taraf pendidikan wanita ditingkatkan hingga ke PhD- menyebabkan mereka kahwin lambat,
o    Meramaikan wanita berkerjaya tinggi supaya tempoh perkahwinan boleh dilambatkan.
o    Tumpuan kepada kerjaya - saiz keluarga biasanya kecil.

5.    Memajukan sektor ekonomi moden.   [2]
o    Sektor moden seperti perindustrian dan perkhidmatan perlu dipelbagaikan bagi mencipta peluang pekerjaan yang lebih luas.                        
o    Pertumbuhan penduduk boleh ditampung dengan peluang kerja yang ada untuk mengelakkan berlakunya masalah lebihan penduduk seperti pengganguran.

6.    Pendidikan dan kempen.     [2]       
o    Kefahaman mengenai kawalan kelahiran perlu disebarluaskan kepada penduduk khususnya di luar bandar menerusi pendidikan dan kempen.
o    Kerjasama antara agensi kerajaan dengan pihak swasta dan NGO berkaitan dengan kesihatan keluarga, pendidikan seks dll.
o  Kempen berterusan melalui media massa - media cetak dan elektro'nik kepada penduduk.              [ 5 isi x 2M = 10 m ]


SOALAN 2 DAN SKEMA JAWAPAN  
                                                                   
Rajah I di bawah menunjukkan Model Peralihan Demografi.


Berdasarkan model demografi di atas,
a). Kenalpasti sebuah negara mass kini yang berada di tahap 1, 2, 3 dan 4.  [ 4 ]
Skema Jawapan
Tahap                                                               Negara
1.  Negara mundur: Kenya, Ethopia (Sudan), Angola, Swaziland, Afghannistan.      [1]
2.  Negara Sedang membangun : Malaysia, Vietnam, Thailand, Kemboja, Filipina,   [1]
     Indonesia, Brunai, Brazil, Argentina, Uruguay, Paraguay dlI
3.  Negara perindustrian baru (NIC): Korea, Taiwan, Singapara, China, Australia,   [1]
     New Zealand dll
4   Negara maju: Jepun, Jerman, Perancis, USA, Kanada, ltali dan England.    [1]


b) Huraikan ciri kependudukan bagi setiap tahap dalam model peralihan demografi berkenaan.     [ 8 ]
1.    Peringkat 1.  Tahap awal:  Negara Mundur.     [2]
o    Peringkat ini menunjukkan Kadar Kelahiran dan Kadar Kematian adalah tinggi yang menyebabkan kadar pertumbuhan semulajadi penduduk adalah rendah.
o    Berlaku naik-turun dalam pertumbuhan semulajadi penduduk sejajar dengan kenaikan dan penurunan dalam kadar kelahiran serta kadar kematian.
o    Kadar kelahiran tinggi disebabkan oleh ketiadaan perancangan keluarga, keperluan kepada buruh manusia untuk sektor pertanian.                         
o    Manakala kadar kematian tinggi disebabkan oleh taraf kesihatan yang rendah, ancaman wabak penyakit, kebuluran serta masalah peperangan.
o    Pada tempoh tersebut sesebuah negara im berada ditahap yang mundur. Contoh Negara seperti Kenya, Ethopia (Sudan), Angola, dan Swaziland.

2     Peringkat 2.  Tahap Pertengahan:  Negara Sedang Membangun      [2]
o    Kadar kelahiran masih lagi tinggi manakala kadar kematian menurun dengan cepat. Ini menyebabkan peningkatan dalam kadar pertumbuhan semulajadi penduduk.
o    Kadar kelahiran masih lagi tinggi disebabkan oleh kegagalan perancangan keluarga, amalan perkahwinan pada usia muda dan juga keperluan kepada tenaga buruh manusia masih lagi tinggi khususnya dalam sektor pertanian dan industri berintensif buruh.
o    Manakala penurunan dalam kadar kematian pula berpunca daripada taraf kesihatan dan perubatan yang semakin balk, bekalan makanan yang mencukupi, keadaan politik yang stabil daripada peperangan dll.
o    Contoh Negara Sedang Membangun seperti India, Pakistan, Bangladesh, Vietnam, Thailand, Kemboja, Filipina, Indonesia, Brazil, Argentina, Uruguay, Paraguay dll.

3.  Peringkat 3.  Fasa Akhir Pertengahan  : Negara Industri Baru  /NIC    [2]
o  Pada peringkat ini kadar kelahiran dan kadar kematian merosot dengan ketara.
o  Kadar kelahiran disebabkan oleh perkembangan industri dan teknologi yang pesat maka kebergantungan kepada buruh manusia semakin berkurangan, masyarakat lebih moden dan            berpendidikan lebih tinggi, mula mementingkan kerjaya,  kos hidup meningkat, amalan perancangan    keluarga mulai berkesan, perkahwinan lewat dan lain-lain.
o  Manakala kadar kematian merosot disebabkan oleh peningkatan tinggi dalam tahap kesihatan penduduk.
o  Kelompok negara membangun di peringkat ini ialab Negara Perindustrian Baru seperti Korea, Taiwan, Singapura, China, Australia, New Zealand dll

4.  Peringkat 4.  Fasa Akhir : Negara Maju.             [2]
o   Di peringkat ini kadar kelahiran dan kadar kematian terus menurun hingga ke paras yang rendah dan kekal stabil.
o   Ini menyebabkan pertumbuhan semulajadi penduduk juga terus menurun menuju ke sifar (Zero population growth) atau mungkin pertumbuhan penduduk menjadi      stabil dan mantap.
o   Keadan ini disebabkan oleh taraf kesihatan dan perubatan moden bertambah maju Berta berupaya meningkatkan jangka hayat penduduk. Pelbagai penyakit merbahaya yang boleh membawa kematian berjaya dikawal dengan penemuan ubat dan vaksin baru.
o   Kadar kematian bayi di peringkat awal juga di kawal. Di samping itu kejayaan sepenuhnya program kawalan penduduk atau perancangan keluarga yang dilaksanakan berikutan daripada masyarakatnya yang berpendidikan tinggi,berkerjaya,mementingkan status Quo, peningkatan taraf dan kesejahteraan hidup dan lain-lain.
o   Peringkat ini dicerminkan oleh negara-negara maju seperti Jepun, Sweden, Britain dan lain-lain lagi yang mencapai tahap penduduk optima.
Pemarkahan 4 isi x 2 markah = Max 8 Markah.  Max 8


c).  Jelaskan kaitan antara pertumbuhan penduduk dengan pembangunan sosioekonomi di
       sesebuah negara dalam konteks model peralihan demografi.   [13]

Peringkat 1.  Kelahiran dan Kadar Kematian Tinggi   [3]
o    Tahap ini pembangunan Sosio- ekonomi negara adalah mundur, bergantung sepenuhnya kepada sektor pertanian (Kadar berintensif buruh (masyarakat agraria).
o    Pergantungan kepada teknologi tradisional sahaja, pembangunan sumber alam dan sumber manusia amat perlahan atau sumber alam tersimpan sebagai stok sumber sahaja.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 
o    Dibelenggu dengan masalah kekurangan makanan/kebuluran, taraf kesihatan rendah, taraf pendidikan rendah atau kadar buta huruf tinggi di samping masalah ketidakstabilan politik dan seringkali diancam perang saudara/pergolakan politik tempatan.

Peringkat 2 : Kadar kelahiran masih lagi tinggi manakaia kadar kematian menurun dengan cepat. [3]
o   Pembangunan sektor ekonomi moden khususnya industri dan perkhidmatan mula berkembang maju dan tidak lagi    semata-mata bergantung kepada sektor pertanian.                                                                                                             
o   sumber-sumber alam dimajukan, kepelbagaian ekonomi dan peluang pekerjaan bertambah, pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk meningkat.
o   Pembangunan sosial meningkat seperti taraf kesihatan penduduk bertambah baik, jangka hayat bertambah, kadar kematian menurun. Tahap pendidikan juga meningkat atau kadar buta huruf menurun di samping kepesatan pembangunan fizikal (kemudahan asas).

Peringkat   3:  Kadar kelahiran dan kadar kematian merosot dengan ketara.  [3]
o  Negara sedang membangun menuju ke arah ciri-ciri negara industri yang maju.
o  Struktur ekonomi jelas berubah dan  sebahagian besarnya bergantung kepada sektor perindustrian dan perkhidmatan. * Produk eksport menguasai pasaran global.           
o  Pembangunan teknologi yang pesat.
o  Ekonomi kuarterner dan kuiner berkembang pesat dan pads mass kini negara-negara ini diwakili oleh negara­negara periridustrian barn (NIC) seperti Korea Selatan,Taiwan, China dan Singapura.
o  Pembangunan ekonomi Negara yang mantap dan berkembang maju.

Peringkat 4:  Kadar kelahiran dan kadar kematian terus menurun hingga ke paras yang  rendah dan kekal stabil.   [3]
o   Sektor industri dan perkhidmatan mendominasi sepenuhnya disamping produk sektor kuarterner dan kuiner
o   Negara maju menguasai pasaran global, Pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk yang sangat tinggi, dengan adanya tahap teknologi yang tinggi.
o   Tahap pembangunan sosial juga tinggi dan masyarakat berilmu Berta bermaklumat khususnya menguasai ilmu teknologi maklumat (Information Tecnology Comunication IICT).
o   Gaya hidup masyarakat kosmopolitan — mementingkan gays, mutu dan keunggulan.
Pemarkahan: 4 Isi x 3 markah = 12 markah + 1 markah kepada Max 13 


SOALAN 3 DAN SKEMA JAWAPAN

a) Apakah yang dimaksudkan dengan peralihan demografi?         [ 3 ]
                                                                               (1m)
Peralihan demografi adalah  transisi atau perubahan kependudukan yang dialami oleh

 sesebuah negara dari dahulu hingga kini dan mungkin boleh diramalkan pada masa akan
                                                                                                         (1m)
datang..  Peralihan demografi boleh menggambarkan sejarah kependudukan yang telah

 sedang dan akan dialami oleh sesebuah negara itu. Ada tiga komponen penting yang
                                                                                                      (1m)
terkandung dalam model peralihan demografi iaitu komponen kadar kelahiran, komponen
          (1m)                                                                  (1m)
kadar kematian dan juga komponen kadar pertumbuhan penduduk semula jadi

                                                                                                           
    b) Nyatakan ciri-ciri bagi setiap peringkat peralihan demografi.   [12]
Calon hanya perlu membuat penyataan ringkas tentang perkara berikut :
Isi Utama
Huraian
Markah
B1 Peringkat 1/tahap awal/masyarakat pertanian

i) Kadar kelahiran tinggi.


ii)Kadar kematian tinggi




iii)Pertumbuhan semulajadi penduduk rendah

iv)negara  berada di tahap yang mundur



Kadar kelahiran tinggi disebabkan oleh ketiadaan perancangan keluarga, keperluan kepada buruh manusia untuk sektor pertanian.

Manakala kadar kematian tinggi disebabkan oleh taraf kesihatan yang rendah, ancaman wabak penyakit, kebuluran serta masalah peperangan.

Berlaku naik-turun dalam pertumbuhan semulajadi penduduk sejajar dengan kenaikan dan penurunan dalam kadar kelahiran serta kadar kematian.

Masyarakat pertanian dan ketiadaan teknologi moden

4

1



1




1




1
B2 Peringkat 2/tahap pertengahan/masyarakat industri
i) Kadar kelahiran masih lagi tinggi tetapi semakin menurun.

ii) kadar kematian semakin menurun




iii)Pertumbuhan semulajadi menurun.

iv)negara membangun/pembangunan pesat.



kegagalan perancangan keluarga dan keperluan kepada tenaga buruh manusia  masih lagi tinggi.

penurunan dalam kadar kematian pula berpunca daripada taraf kesihatan dan perubatan yang semakin baik, bekalan makanan yang mencukupi, keadaan politik yang stabil daripada peperangan

pertumbuhan semulajadi mulai menurun ekoran daripada penurunan dalam kadar kelahiran.

perkembangan industri dan teknologi yang pesat maka kebergantungan kepada buruh manusia semakin berkurangan, masyarakat lebih moden  dan berpendidikan lebih tinggi , mula mementingkan kerjaya, kos hidup meningkat, amalan perancangan keluarga mulai berkesan, perkahwinan lewat dan lain-lain.
4


1



1





1



1

B3 Peringkat akhir/tahap 3/masayrakat perindustrian penuh.
i) kadar kelahiran rendah







ii)kadar kematian rendah



iii) pertumbuhan semulajadi penduduk  menurun /sifar / stabil / mantap.


iv)Negara maju



 Kejayaan sepenuhnya program kawalan penduduk atau perancangan keluarga yang dilaksanakan berikutan daripada masyarakatnya yang berpendidikan tinggi, berkerjaya, mementingkan status Quo, peningkatan taraf dan kesejahteraan hidup dan lain-lain.

Taraf kesihatan dan perubatan moden bertambah maju serta berupaya meningkatkan jangka hayat penduduk.

Pelbagai penyakit merbahaya  berjaya dikawal dengan penemuan ubat dan vaksin baru. Kadar kematian bayi di peringkat awal juga di kawalkelahiran dan kadar kematian terus menurun hingga ke paras yang rendah

Pembangunan ekonomi yang mantap dan berkembang maju. Sektor industri dan perkhidmatan mendominasi sepenuhnya pembangunan ekonomi negara. Pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk yang tinggi, kadar pengganguran rendah. Pembangunan sumber alam secara optimun atau dijana sepenuhnya dengan adanya tahap teknologi yang tinggi
4



1






1



1





1
Pemarkahan : 4 m maksimum bagi setiap peringkat . 4m x 3 peringkat = 12 markah

(c) Huraikan faktor yang mempengaruhi peralihan demografi sesebuah negara. [10]



Isi Utama
Huraian
Markah
C1 Kadar kelahiran sesebuah negara
Jika kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah maka pertubuhan penduduk tinggi,Jika kadar kelahiran rendah dan kematian tinggi  maka pertumbuhan adalah rendah.Ditentukan oleh perancangan keluarga dan taraf kesihatan penduduk.
2
C2.Tahap kesihatan dan kemajuan perubatan
Bidang perubatan akan mempengaruhi kadar kelahiran,kematian dan perancangan keluarga.Taraf kesihatan akan mempengaruhi jangka hayat,kelahiran,kematian dan pertumbuhan penduduk.
2
C3.Tingkat teknologi
Teknologi moden akan mempengaruhi tingkat kemajuan ekonomi negara.Teknlgi tinggi akan mempercepatkan perubahan kegiatan ekonomi dan sosial penduduk.Masyarakat cepat maju.
2
C4.Tahap pendidikan
Pendidikan tinggi akan mempengaruhi corak demografi sesebuah negara.Pendidikan akan mempengaruhi corak kelahiran,jangkahayat,pertumbuhan penduduk sesebuah negara.
2
C5.Dasar kependudukan kerajaan
Dasar kerajaan sama ada mengawal dan menambah bilangan penduduk akan mempengaruhi corak demografi. Sebagai contoh ,dasar saiz kerluarga kecil akan memperlahankan kelahiran.
2
C6.Dasar pembangunan kerajaan
Dasar ekonomi sesebuah negara akan meningkatkan pendapatan perkapita,mengurangkan kemiskinan dan berupaya meningkatkan status hidup masyarakat.Masyarakat maju mengalami pemodenan yang cepat dalam bidang sosial.
2


TEMA 3 - TRANFOMASI EKONOMI DAN PEMBANDARAN

SOALAN 4 DAN SKEMA JAWAPAN

5. a)    a). Namakan tiga buah bandaraya global              [3]
Menamakan TIGA buah bandaraya global, iaitu
1.      New York,
2.      London,
3.      Paris,
4.      Tokyo,                                         [ MAX 3 M ]


b) Huraikan ciri utama bandaraya global.         [10 ]

Ciri utama bandaraya global ialah:

        1. Ciri Penduduk.            
  •       Penduduknya melebihi 10 juta orang
  •       Dikenali sebagai (megacity).       
  •       Menjadi tumpuan penduduk negara maju.
  •       Taburan penduduknya padat don tepubina
  •       Mengalami penduduk optimun seperti Tokyo. 

  1. 2. Ciri Ekonomi 
  • Ekonomi bersitat global-di peringkat kuarterner dan kuiner.
  •  Menjadi penentu kepada keputusan ekonomi dunia (ciri unggul) seperti bandaraya New York yang menjadi Pusat Perdagangan Dunia WTC (World Trade Centre).
  • Menjadi Pusat kewangan dunia/Transaksi kewangan dunia, ibu pejabat bank dan firma kewangan antarabangsa beroperasi di sini 
  • Pusat pelaburan, pasaran modal/saham global

3        3.Ciri Sosial
  •    Menjadi pusat Persidangan Dunia –Persidangan G8, Kesatuan Ekonomi Eropah (EC), Pusat fesyen dunia.
  •        Pusat NGO (badan bukan kerajaan) dunia. 
  •     Infrastruktur bertaraf global seperti pusat pendidikan dunia – Universiti tersohor, pusat hiburan dunia dll

4. Ciri Kualiti hidup

  • Ciri sosial termaju dengan memiliki kualiti hidup yang tinggi–pendapatan perkapita dan taraf hidup yang tinggi.
  • Masyarakat kosmopolitan – gaya hidup antarabangsa yang mementingkan status, kecekapan pengurusan masa, sangat bergantung kepada penggunaan teknologi tinggi dll.

5. Ciri Teknologi
  • Memiliki teknologi termaju dan menjadi Pusat R&D global – teknologi ICT, robotik, aeroangkasa dll.
  • Menjadi Pusat Maklumat - Info dan infrasturuktur bertaraf global seperti lembah silikon di Amerika Syarikat. 
  • Bandar yang mengawal penyebaran teknologi ke negara lain.


       6. Ciri Fizikal Bandar.
  •  Bandar terancang - bangunan padat dan tepu bina. Bangunan  bertingkat dan berkembang secara vertikal. 
  • Landskap bandar – terdiri daripada mercu tanda global seperti WTC, Pejabat PBB dll
  • Nilai ruang/harga tanah yang sangat mahal.    [5 isi x 2 Markah = MAX 10 ]



c)  Jelaskan kesan negatif akibat aktiviti pembandaran terhadap persekitaran fizikal.[ 12 ]
1. Pencemaran Udara dan jerebu
·         Pelepasan gas-gas pencemar dari kenderaan dan industri – karbon dioksida dan monoksida, nitrus oksida, sulfur oksida dll nieningkatkan indeks pencemaran udara (IPU).
·         Perlepasan asap, debu, jelaga meningkatkan kandungan partikel terampai (Pm 10) menyebabkan jerebu.

2. Pencemaran air                                                 
·         Pembuangan sisa kumbahan dari penduduk bandar menyebabkan pencemaran air – bakteria e-Coli.
·         Pembuangan sisa domestik/isi rumah clan sisa pembinaan – pencemaran air melalui sisa pepejal.
·         Enfluen kilang dan premis pemiagaan – air tercemar dengan peningkatan BOD.
·         Pencemaran kualiti air hujan – hujan acid

          3. Pencemaran ban dan bunyi
·         Pencemaran sampah sarap akibat pembuangan sisa domsetik seperti dari perumahan, premis              perniagaan, industri dll.               
·         Bau busuk dari sampah – leachate.
·         Bunyi bising dari kenderaan dan kilang.

          4. Pulau Haba Bandar
·    Peningkatan suhu dalam bandar akibat pemerangkapan baba oleh bahan-bahan pencemar udara/gas rumah hijau – kesan rumah hijau.
·      Simpanan haba pendam dari bangunan konkrit dan jalan bertar.
·      Haba yang dibebaskan oleh metabolisms manusia.

5. Banjir kilat.
·      Kekerapan hujan perolakan – lebat dalam jangkamasa yang singkat.
·      Kadar susupan berkurangan akibat penurapan muka bumi  berlebihan.
·      Daya tampung sistem saliran seperti sungai, parit, longkang dan paya menjadi rendah
·      Penebangan tumbuhan – mengurangkan masa penangguhan
·      Limpahan air – banjir kilat.






No comments:

Post a Comment