PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, June 13, 2012

TRANSIT PLANET ZUHRAH @ VENUS

Zuhrah atau 'Kejora' (atau 'Venus') ialah planet kedua terdekat kepada Matahari, mengorbitnya pada setiap 224.7 hari bumi. Nama Zuhrah ini diambil daripada bahasa Arab bermaksud bunga kerana bentuknya pada waktu pagi atau pada waktu senja seakan-akan bunga, tetapi jika dirujuk pada nama bahasa Inggeris, planet ini dinamakan bersempena Venus, dewa cinta Rom. Ia merupakan objek semula jadi yang paling terang di waktu malam, kecuali Bulan, mencapai magnitud kecerahan −4.6. Oleh kerana Zuhrah merupakan planet inferior dari Bumi, ia tidak pernah muncul jauh daripada Matahari: Kelonjongannya mencapai maksimum sebanyak 47.8°. Zuhrah mencapai kecerahan maksimum sebelum matahari naik atau pun terbenam, disebabkan alasan tersebut ia selalunya disebut sebagai Bintang Pagi atau pun Bintang Petang.

Zuhrah dianggap sebagai planet kembar Bumi kerana saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya yang hampir sama dengan bumi. Malahan, planet Bumi dan Zuhrah terbentuk daripada awan nebula yang sama. Walau bagaimanapun, kedua dua planet ini mempunyai sifat yang berbeza. Zuhrah tidak mempunyai lautan, dan diselubungi dengan atmosfera yang mengandungi karbon dioksida pada peratusan yang tinggi. Atmosfera Zuhrah juga tidak mempunyai wap air dan awan awan di Zuhrah terdiri daripada titisan titisan asid sulfurik. Di permukaan Zuhrah, tekanan atmosferanya 92 kali ganda lebih tinggi daripada tekanan udara Bumi pada permukaan laut.
Zuhrah juga terkenal sebagai planet 'rumah hijau' kerana mempunyai kandungan karbon dioksida yang tinggi di dalam atmosferanya. Cahaya matahari akan memanaskan permukaan planet tersebut, namun disebabkan atmosferanya tumpat, tenaga haba tidak dapat dipancarkan semula ke angkasa lepas. Akibatnya suhu permukaan Zuhrah mencapai 480 C dan lebih panas daripada suhu permukaan Utarid.
Satu hari di Zuhrah adalah lebih panjang daripada satu tahun. Zuhrah melengkapkan putaran di paksinya dalam masa 245 hari Bumi, dan mengelilingi orbitnya dalam masa 225 hari Bumi. Zuhrah juga berputar daripada timur ke barat, berbeza dengan bumi, iaitu dari barat ke timur. Ini bermakna di Zuhrah, matahari akan terbit daripada barat.
Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.
Saiz dan usia Zuhrah sama seperti Bumi tetapi iklimnya jauh lebih mencabar, dengan suhu sekitar 460 darjah Celsius dan begitu banyak karbon dioksida iaitu gas rumah hijau utama di Bumi.

TRANSIT ZUHRAH PADA RABU, 6 JUN 2012
Transit Zuhrah "Tompok Kecil Hitam" melintas hadapan matahari
Pada 6 Jun 2012, dari jam 6.09 pagi hingga 12.50 tengah hari di Malaysia, planet Zuhrah akan melintasi di hadapan permukaan Matahari jika dilihat dari Bumi. Kali terakhir fenomena ini ialah pada 8 Jun 2004.  Fenomena ini hanya berlaku 105 tahun lagi.  Fenomena ini dijangka akan berlaku lagi pada 10 Disember 2117.  

Apakah Itu Transit?
“Transit” merujuk kepada peristiwa di mana objek yang lebih dekat kelihatan lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih jauh.  Transit berlaku apabila 3 objek berada sejajar atas garisan lurus.  Transit melibatkan: 
•laluan planet inferior (planet Utarid atau Planet Zuhrah) melintasi cakera Matahari atau
•laluan satelit planet atau bayangnya melintasi permukaan planet .


Apakah Itu Transit Zuhrah?
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet Zuhrah melintas di antara Matahari dan Bumi dan dapat dilihat pada permukaan Matahari.  Semasa transit, Planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu tompok kecil berwarna hitam melintasi di hadapan permukaan Matahari jika dilihat menerusi penuras Matahari. 

Planet Zuhrah
Planet Zuhrah adalah planet kedua dari Matahari dalam sistem suria kita. Zuhrah adalah planet paling panas dan dikenali sebagai bintang pagi atau bintang petang kerana ia boleh dilihat sangat terang tidak kira pada waktu subuh atau senja. Zurah juga merupakan sebuah planet yang paling menyerupai Bumi dari segi saiz dan jisim berbanding dengan planet-planet lain. Berdiameter 12,104km iaitu 95% daripada diameter Bumi dan mempunyai jisim 4.87 x 1024kg, 81% daripada Bumi. Tarikan gravity di Zuhrah adalah lebih sedikit iaitu  0.91 kali daripada gravity di Bumi. Planet Zuhrah juga berputar seperti planet-planet lain tetapi putarannya adalah sangat perlahan. Sehari berada di Zuhrah menerupai 243 hari di Bumi. Planet Zurah mengambil masa 243 hari untuk melengkapkan satu pusingan lengkap mengelingi Matahari. Setahun berada di Zurah pula menyamai 224.7 hari di Bumi, iaitu selama 224.7 hari di Bumi untuk menglengkapkan orbitnya mengelingi Matahari. Antara keistemewaan Planet Zuhrah adalah ia tidak mempunyai Bulan seperti planet-planet lain dania berputar pada arah yang berlawanan dengan Bumi iaitu mengikut arah jam. Dari planet Zuhrah, Matahari akan kelihatan terbit daripada arah barat dan terbenam di arah timur. Jarak purata Zuhrah dengan Matahari ialah 108 208 930km dan dari Bumi adalah 41 388 750km. Afelion plenet Zuhrah dengan matahari adalah 109,941,849 km, manakala peihelion 108,476,002.
Kekerapan Berlakunya Transit Zuhrah
Planet Zuhrah melengkapkan satu pusingan mengorbit Matahari selama 224.7 hari.  Kita sepatutnya dapat melihat fenomena ini pada setiap kali Zuhrah melengkapkan satu pusingan orbitnya mengelilingi Matahari tetapi ini tidak berlaku kerana satah (permukaan) orbit Zuhrah dan Bumi tidak sama, iaitu satah orbit Zuhrah condong sebanyak 3 darjah daripada satah orbit Bumi.  Ini menyebabkan planet Zuhrah akan melintasi sama ada di atas atau di bawah Matahari.  Transit Zuhrah berlaku apabila Matahari, Zuhrah dan Bumi berada sejajar di atas satu titik persilangan di antara dua satah orbit Bumi dan Zuhrah.  Transit Zuhrah berlaku ulangan dalam selang 8, 105.5, 8 dan 121.5 tahun. 

Geografi Kenampakan Pada 6 Jun 2012
Kenampakan global bagi transit Zuhrah 2012 diilustrasikan dalam peta dunia seperti rajah di bawah.  Keseluruhan transit (kesemua 4 sentuhan) akan dapat dilihat di Pasifik Barat, Asia Timur dan Australia timur.  Kebanyakan tempat di Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika  Tenggara, Matahari akan terbenam sebelum fenomena berakhir.  Manakala di Eropah, Asia Barat dan Tengah, Afrika Timur dan Australia Barat, transit sudah pun berlaku sebelum Matahari terbit.  Fenomena transit ini langsung tidak akan dapat dilihat di Amerika Selatan dan Afrika Barat. 

Kenampakan Transit Zuhrah Dari Malaysia
Transit Zuhrah yang akan berlaku pada 6 Jun 2012 akan dapat dilihat dari semua tempat di Malaysia.  Rakyat Malaysia  berpeluang menyaksikan Transit Zuhrah sejak Matahari terbit sehingga transit berakhir pada pukul 12:49:57 pm.  Transit Zuhrah kali ini bermula (sentuhan I) pada pukul 06:09:29 am, berada di fasa maksimum pada jam 09:29:28 am dan berakhir (sentuhan IV) pada jam 12:49:57 pm.  Jadual di bawah menunjukkan waktu mula transit, waktu sentuhan dan waktu transit berakhir mengikut waktu Malaysia. Penduduk di Sabah dapat menyaksikan keseluruhan fasa Transit Zuhrah berlaku kerana Matahari telah terbit sebelum Transit bermula manakala penduduk di Semenanjung dan Sarawak dapat menyaksikan Transit Zuhrah apabila Matahari terbit. 

Peristiwa    Waktu Malaysia
Sentuhan I    06:09:29
Sentuhan II   06:27:26
Maksimum    09:29:28
Sentuhan III  12:31:30
Sentuhan IV  12:49:57
Jadual: Iktisar Fasa-Fasa Transit Zuhrah 6 Jun 2012
(Sumber: http://eclipse.gsfc.nasa.gov/OH/transit12.html)

Bagaimana Melihat Transit Zuhrah Dengan Selamat?
AWAS! Melihat Matahari secara terus tanpa penuras yang selamat boleh menyebabkan kerosakan mata dan buta.
Terdapat empat kaedah yang selamat untuk melihat transit ini:
1. Kaca mata “gerhana”
2. Teleskop atau binokular yang direka khas untuk Matahari
3. Teleskop, kamera dan binokular yang dilengkapi dengan penuras suria yang selamat
4. Kaedah pantulan terus melalui teleskop, binokular atau cermin
Imej yang diperolehi dari teleskop, binokular atau cermin dipancarkan ke dinding ataupun kertas kadbod dan kita HANYA melihat imej yang terpancar sahaja.

Monday, June 11, 2012

Gambar-gambar untuk Relef Tention

mau lingkup motor ini.
unta dipadang rumput
relek bro noo.. tengok gelagat orang
fuyoo.. rempit minah ni.
mari lawan siapa lebih gemok
hu teror
cari makan walaupun bahaya
rumah orang asal-unik nyer. malam tentu gebor tebal.

Saturday, June 9, 2012

KULIAH 1 - KONSEP PENDUDUK


TEMA 1: PENDUDUK DAN SUMBER

KULIAH  1 - KONSEP PENDUDUK

1.1.  Alam Sekitar Fizikal  & Manusia [Terbahagi kepada Tiga Fahaman]

A. Determinisme Alam Sekitar
·   Pandangan determinisme meletakkan alam sekitar fizikal sebagai unsur yang aktif manakala manusia sebagai unsur yang pasif. Dalam hubungan ini manusia terpaksa tunduk dan akur terhadap ketentuan alam sekitar.

B.  Possibilisme Alam Sekitar
·  Pandangan Possibilisme alam sekitar pula melihat manusia sebagai unsur yang aktif sedangkan alam sekitar adalah pasif. Melalui ilmu dan teknologi yang ada manusia boleh dan mampu mengubah halangan alam sekitar fizikal yang ada.
C.  Paradigma Alam Sekitar Baru dan Pendekatan Sistem
·  Paradigma alam sekitar yang baru menitikberatkan hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam sekitar demi mencapai kesejahteraan hidup manusia pada masa kini dan akan datang. la berteraskan konsep "pembangunan mapan".
·    Justeru itu antara manusia dengan alam sekitarnya saling berkaitan dan saling bergantungan. Jika perubahan dilakukan oleh manusia terhadap alam sekitar, is turut mengimpak manusia kembali.

1.2. Konsep sumber dan sumber alam
  •  Sumber adalah sesuatu yang mempunyai nilai faedah (utiliti) seperti sumber alam (sumber semula jadi), sumber manusia, sumber ekonomi seperti modal, jentera, buruh, teknologi clan sebagainya. 
  • Sumber alam boleh dibahagikan kepada sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui. 
  • Istilah sumber adalah berbeza mengikut masa dan tempat serta keupayaan teknologi untuk menjananya. 
  • Sumber alam amat penting kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. 
  • Sumber manusia pula merujuk kepada sumber tenaganya serta kepakaran dan pengalaman yang ada pada seseorang itu.

Penduduk
  • Manusia yang tinggal di dalam satu-satu kawasan. 
  • Berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain (taburan).

1.1.  PENDUDUK SEBAGAI SUMBER

  • Berubah dari semasa ke semasa.
  •  Penduduk sebagai sumber manusia dari segi kuantiti dan kualiti. 
  • Penduduk di dalam sesebuah negara dianggap sebagai sumber manusia yang penting dan berharga kepada negara berkenaan. Penduduk diukur dari segi kuantiti dan kualiti.
Kuantiti Penduduk
1. Secara kuantiti
Sumber manusia diukur dari aspek bilangan atau jumlah penduduk atau saiz penduduk yang dimiliki, taburan penduduk dan struktur umur dan jantina. Negara yang ramai penduduk mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menjana pembangunan ekonomi, kutipan cukai, saiz pasaran luas dan bilangan tentera yang ramai.

2. Secara Kualiti
Sumber manusia diukur melalui ciri-ciri fizikal dan kesihatannya, tahap pendidikan, kemahiran, sikap keterbukaan, mobiliti.  Ciri- ciri ini ditentukan oleh perancangan sumber manusia yang berkesan seperti perancangan kelahiran, penjagaan kesihatan, pendidikan, latihan dan pembangunan ekonomi yang matang.


Jumlah/Bilangan/Saiz penduduk [ Kuantiti Penduduk]
  • Bilangan / saiz penduduk yang tinggal dalam satu-satu kawasan / tempat pada satu- satu masa tertentu.  Cth: Jumlah penduduk dunia pada tahun 2000 = 6 bilion dan dianggar meningkat kpd 6.9 bilion menjelang 2010. 
  • Negara paling ramai penduduk ialah Republik Rakyat China (> 1 bilion). 
  • Saiz penduduk penting sebagai satu penentu bekalan sumber manusia yg ada. 
  • Negara besar seperti China, India, Brazil dan Indonesia mempunyai bekalan sumber manusia tidak terhad berbanding negara berpenduduk kecil seperti Malaysia, Arab Saudi, Australia dan New Zealand. 
  • Semakin besar jumlah penduduk semakin besar sumber tenaga kerja dan keperluan mempertahan dan menjaga keselamatan negara. 
  • Sumber manusia tidak hanya bergantung pada saiz tetapi juga umur & jantina dan kualiti penduduk.

Umur
 
  • Belum produktif (<15 thn)/muda  – masih ditanggung.
  • Produktif (15-64 thn.)/dewasa – aktif dari segi ekonomi untuk menanggung penduduk muda dan tua. 
  • Tidak lagi produktif (>64 thn)/tua – tidak aktif dari segi ekonomi


Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010


Kualiti penduduk

Petunjuk 
  •  Taraf pendidikan & kemahiran, (modal insan). 
  •  Kadar buta huruf dewasa. 
  •  Bilangan ahli sains dan jurutera per 1 juta penduduk (memerlukan kolej & universiti). 
  •  Taraf kesihatan. 
  •  Kadar kematian bayi & jangka hayat. 
  •  Berkait rapat dengan kemiskinan (penduduk negara miskin terdedah kpd pelbagai penyakit. 
  • Kualiti makanan. 
  •  Sikap penduduk sesebuah negara.

                
 1.1.2.     Penduduk sebagai agen perubahan
  • Selain berpotensi sebagai sumber, penduduk juga merupakan agen perubahan.
  • Peranan penduduk sebagai agen perubahan boleh dilihat melalui aktiviti pembangunan sosioekonomi yang dijalankan.
  • Aktiviti pembangunan sosioekonomi adalah gabungan aktiviti ekonomi dan aktiviti sosial.
  • Aktiviti ekonomi dirujukkan kepada penerokaan hutan, pembangunan pertanian, perlombongan. pembuatan dan perkhidmatan.
  • Aktiviti sosial pula merujuk kepada kegiatan pendidikan, rawatan kesihatan, rekreasi, budaya, membeli belah dan lawatan. 
    1. Terdapat tiga perubahan yang dilakukan oleh penduduk melalui aktiviti pembangunan sosioekonomi. 
     
    •  Pertamanya, perubahan terhadap ruang fizikal ( landskap ).
    Cerun bukit di teres untuk tujuan pertanian padi
    Penduduk bertindak melalui pelbagai cara terhadap persekitaran fizikalnya.  Secara umumnya, penduduk sering bertindak terhadap tanah, tanih, kawasan pertanian, air, udara dan hutan termasuk tumbuhan serta haiwan. Antara tindakan yang dilakukan oleh penduduk termasuklah penerokaan tanah untuk kawasan kediaman, pembinaan petempatan desa dan bandar, pembukaan kawasan pertanian, perindustrian dan perniagaan, pembangunan rangkaian perhubungan dan pengangkutan. Berlakunya hakisan cerun, pencemaran alam sekitar, bencana alam yang kerap dan sebagainya adalah kesan tindakan penduduk terhadap ruang fizikalnya.

    • Keduanya, aktiviti pembangunan sosioekonomi penduduk turut mempengaruhi kemajuan ekonomi di sesebuah negara.
    Proses urbanisasi bandar dan desa belaku
    Kemajuan ekonomi boleh dikesan melalui perubahan pekerjaan, pendapatan dan pemilikan harta benda.  Aktiviti pembangunan sosioekonomi seperti penerokaan hutan, pembangunan pertanian, perlombongan, pembuatan dan perkhidmatan telah menyediakan pelbagai pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan, meningkatkan pendapatan perkapita seterusnya dapat mengurangkan kadar kemiskinan, dan meningkatkan taraf sosial penduduk.
    • Ketiga, aktiviti pembangunan sosioekonomi penduduk telah mengubah taraf sosial atau kualiti hidup penduduk.
    Penduduk ramai membawa kesan kepadatan dan kesesakan
    Kemajuan ekonomi yang dijana melalui berbagai-bagai kegiatan ekonomi telah membantu kerajaan sesebuah negara menyediakan pelbagai prasarana sosial. Prasarana sosial ini telah meningkatkan kadar literasi di kebanyakan negara, meningkatkan taraf kesihatan penduduk dan mengubah mentaliti penduduk ke arah lebih moden. Keadaan ini dikenali sebagai perubahan sosial. Perubahan sosial merupakan fenomena yang sentiasa berlaku dalam sesebuah masyarakat. Perubahan sosial bolehlah didefinisikan sebagai perubahan yang berlaku terhadap masyarakat dari satu tingkat kehidupan ke satu tingkat kehidupan yang lain. Perubahan sosial dapat dilihat melalui peningkatan kualiti hidup seperti daripada segi taraf pendidikan, kesihatan, budaya dan pemikiran.

LATIHAN KULIAH  1

1.    Huraikan konsep determinisme dan possibilisme alam sekitar. [10]
2.    Jelaskan tentang paradigma alam sekitar dan pendekatan sistem dalam disiplin
       geografi. [10]
3.    Bezakan antara sumber alam yang boleh diperbaharui dan tidak boleh 
       diperbaharui. [10]
4.    Cadangkan langkah2 yang sesuai untuk menjamin keberterusan sumber2 alam 
       tersebut. [10]
5.    Apakah yang dimaksudkan dengan kuantiti dan kualiti penduduk? [10]
6.    Huraikan tiga langkah untuk meningkatkan kualiti penduduk sesebuah negara. [10]
7.    Mengapakah kualiti penduduk penting dalam pembangunan sesebuah negara. [10]

Friday, June 8, 2012

BINATANG RELA DISEMBELIH DENGAN KALIMAH BASMALAH

                 


Sam Kouka dari Mercy Slaughter LLC mengatakan bahawa haiwan-haiwan ini kelihatan tenang dan bersedia untuk disembelih apabila menyebut nama ALLAH iaitu “Bismillah Allahu Akbar”.  Haiwan-haiwan ini menyerah diri kepada ALLAH untuk ia dikorbankan. Kambing yang hendak disembelih ini kelihatan tenang tenang apabila mendengar nama Tuhannya disebut. rujuk SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...