PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, November 12, 2013

MASJID BAWAH TANAH DI TURKI

Turki kini sedang membina sebuah Masjid di bawah 

tanah yang pertama di dunia di daerah Buyukcekmece di

Istanbul. Reka bentuk seni bina ini pernah memenangi 

tempat pertama dalam pertandingan Seni Bina Festival

Dunia untuk kategori tempat ibadah .


"Masjid adalah tempat untuk ketenangan dan  Solat ," kata 

Mehmet Narin , Mufti Buyukcekmece mengatakan kepada 

World Buletin pada Isnin, 4 November.

"Masjid adalah lanjutan daripada Kaabah ," tambahnya.


Penggabungan intipati Islam dan sandaran reka bentuk 

dengan sentuhan moden, Masjid Sancaklar yang diilhamkan

oleh Gua Hira iaitu tempat Nabi Muhammad SAW pertama 

kali menerima wahyu.


Dibina tujuh meter di bawah permukaan, Masjid ini dibina 

oleh arkitek Turki saudara Emre Arolat.

Masjid dibina dengan keluasan 1200 meter persegi di 

bawah tanah, diterangi oleh beberapa jalur lampu dan 

cahaya matahari untuk menampakkan kesan persekitaran 

jiwa.


Berdasarkan dari reka bentuk masjid standard, Masjid 

Sancaklar mempunyai ruang ibadah yang luas dengan 

kapasiti lebih dari 650 jamaah.

Menjadi Masjid di bawah tanah pertama di dunia jadi Masjid 

Sancaklar direka tanpa menara atau sabit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...