PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, October 18, 2011

PERCUBAAN STPM KEDAH 2010 GEOGRAFI KERTAS 1


1
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan  tenaga?
[3]

(b)
Huraikan bagaimana penerimaan  tenaga suria  yang berbeza memberi kesan kepada :-



i.              Kejadian empat musim di kawasan sederhana dunia
ii.             Kejadian  siang dan malam
[8]
[4]

(c)
Jelaskan  peranan tenaga  suria terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap.
[10]




1
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga?
[3]






Skema Pemarkahan



(1)                                             (2)
Tenaga ialah keupayaan/ untuk menghasilkan sebarang aktiviti atau kerja.
[3m]





(b)
Huraikan bagaimana penerimaan  tenaga suria  yang berbeza memberi kesan kepada :-



iii.            Kejadian empat musim di kawasan sederhana dunia
iv.           Kejadian  siang dan malam
[8]
[4]


Skema Pemarkahan


(b)i
Kejadian empat musim.
Pada 21 hb Mac (Ekuinoks Musim bunga) penerimaan pancaran matahari adalah tegak di atas garisan Khatulistiwa. Semua kawasan di dunia menerima bahangan matahari yang seimbang. Ini menyebabkan berlakunya musim bunga di HU dan musim luruh di HS.




 Pada 23 hb Sept (Ekuinoks Musim Luruh) penerimaan pancaran matahari adalah tegak di atas garisan Khatulistiwa. Semua kawasan di dunia menerima bahangan matahari yang seimbang. Ini menyebabkan berlakunya musim luruh di HU dan musim bunga di HS.



Pada 21 hb Jun ( Soltis Musim Panas ).penerimaan pancaran matahari adalah tegak di atas garisan Sartan. Ini menyebabkan HU lebih banyak menerima tenaga suria.  Ini menyebabkan berlakunya musim panas  di HU dan musim dingin di HS.



Pada 22 hb Dis (Soltis Musim Dingin )penerimaan pancaran matahari adalah tegak di atas garisan Jadi. . Ini menyebabkan HU lebih sedikit  menerima tenaga suria berbanding HS .Ini menyebabkan berlakunya musim dingin di HU dan musim panas di HS.



Catatan: Rajah tanpa huraian = 0 markah                                  4 isi x 2m  =                                                                        
[8m]



( b )
Kejadian siang dan malam
Putaran bumi menyebabkan sebahagian daripada permukaan bumi menghadap  matahari dan menerima pancaran tenaga matahari dan sebahagian lagi akan terlindung. Ini berlaku dalam tempoh 24 jam.
Bahagian yang menghadap matahari akan mengalami siang .Bahagian yang lindung matahari  akan  membelakangi matahari dan mengalami malam




[4m]





(c)
Jelaskan  peranan tenaga  suria terhadap aktiviti manusia di Kawasan tropika lembap
[10]


Skema Pemarkahan



C1- Aktiviti pertanian
       Dijalankan sepanjang tahun, kepelbagaian jenis tanaman , sumber air yang mencukupi melalui proses kitaran hidrologi.
C2- Aktiviti pembalakan
     Dijalankan sepanjang tahun, tenaga matahari menggalakkan  pertumbuhan hutan malar hijau/ kayu keras . Contoh cengal, meranti
C3 - Penternakan
        Dijalankan sepanjang tahun. tenaga matahari menggalakkan pertumbuhan rumput sebagai sumber makanan dan proses   kitaran hidrologi untuk sumber air.
C4 -Pelancongan/ rekreasi
      Dijalankan sepanjang tahun, menggalakkan pembentukan  bentuk muka bumi menarik seperti  kawasan karst, pertumbuhan hutan malar hijau,penerimaan matahari untuk aktiviti di pinggir pantai .
C5- Perikanan
     Dijalankan sepanjang tahun .tenaga matahari mencukupi  menggalakkan pertumbuhan plankton untuk pembiakan ikan.
C6 -Perindustrian
    Kegunaan untuk proses pengeringan seperti hasil laut, batik dan sebagainya.







     Pemarkahan  :   Mana-mana 5 isi  X 2m = 10m
2
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga endogenik ?                                 
[5 ]

(b)
Jelaskan pengaruh tenaga endogenik terhadap kejadian gempa bumi.       
[8 ]

(c)
Huraikan kesan gempa bumi terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti manusia.
[12]






(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga endogenik?
(5m)


Skema Pemarkahan



                                                                                                ( 1 )
Tenaga endogenik merujuk kepada tenaga yang dalam bentuk arus
                                 ( 2 )                                                  ( 3 )
perolakan berpunca daripada dalaman bumi dan  bergerak ke
                                                                ( 4 )
permukaan bumi lalu  menghasilkan pelbagai bentuk muka bumi di
                         ( 5 )
lapisan bawah atau atas kerak bumi



(b)
Jelaskan pengaruh tenaga endogenik terhadap kejadian gempa bumi.      
(8m)


Skema Pemarkahan


b1
Di lapisan astenosfera yang terletak di atas mantel bumi, wujud pergerakan arus perolakan.


b2
Arus perolakan tersebut sentiasa tertolak ke permukaan bumi.


b3
Arus perolakan ini mempunyai daya yang kuat untuk mengerakkan  plat-plat ( kerak bumi )    yang terapung di atas lautan magma.


b4
Plat-plat bergerak dalam tiga cara iaitu pertembungan, pemisahan pencapahan  dan perselisihan plat.


b5
Gerakan secara kuat dan tiba-tiba hasil daripada pergerakan dan penyesuaian tersebut pada   kerak bumi akan menghasilkan gempa bumi


b6
Gerakan secara kuat dan tiba-tiba hasil daripada pergerakan dan
Penyesuaian tersebut pada   kerak bumi akan menghasilkan gempa bumi
Mana- mana 4 proses x 2 markah = 8 markah



                                   


( c) 
  Huraikan kesan gempa bumi terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti Manusia.  
(12)



Skema Pemarkahan



Kesan kepada alam sekitar fizikal


cf1
Kejadian tsunami
Gegaran akibat gempa bumi di dasar laut berupaya untuk mewujudkan pergerakan ombak selaju 800 km/sejam. Pergerakan ombak akan menjadi semakin tinggi apabila memasuki kawasan pantai yang cetek. Akibat pergeselan akan mengurangkan pergerakan ombak. Tolakan ombak secara berterusan di bahagian belakang akan meninggikan ombak-ombak yang berada di hadapan.Kenaikan ketinggian ombak secara tiba-tiba akan menyebabkan air laut berhampiran pinggir pantai akan mengundur ke laut untuk tempoh beberapa minit sebelum ianya melanda semula pantai dalam bentuk ombak pembinasa.


cf2
Pergerakan jisim
 Gempa bumi telah menghasilkan gegaran yang kuat terhadap kerak bumi.  Gegaran tersebut boleh menyebabkan ketidakstabilan tanah di kawasan cerun dan seterusnya menyebabkan berlakunya gerakan jisim seperti tanah runtuh.


cf3
Kenaikan dan kejatuhan aras laut
 Gempa bumi boleh menyebabkan berlakunya gelinciran pada kerak bumi. Sekiranya gempa bumi tersebut menyebabkan berlakunya pengangkatan daratan, maka aras laut akan jatuh. Tetapi sebaliknya gempa bumi tersebut menyebabkan kejatuhan daratan maka aras laut akan meningkat.


cf4
Memusnahkan hutan pinggir pantai
 Tsunami yang terhasil akibat gempa bumi di dasar laut akan masuk ke dalam hutan- hutan pinggir pantai. Kesannya hutan-hutan pinggir pantai akan dicemari dengan air masin. Keadaan ini boleh menyebabkan kemusnahan hutan tersebut.



Kesan kepada aktiviti manusia


cm1
Kesan kepada sistem pengangkutan
 Kemusnahan jalan raya, jalan kereta api dan lapangan terbang – pengangkutan tergendala.


cm2
Kesan kepada aktiviti ekonomi  -
 Tanah runtuh akibat gempa bumi boleh menyebabkan kegiatan pertanian di cerun musnah, memusnahkan kawasan premis perniagaan penenggelaman kawasan pinggir pantai memusnahkan pertanian pinggir laut.


cm3
Kesan kepada bekalan air dan elektrik
  Bekalan air dan elektrik terputus, aktiviti ekonomi manusia terganggu


cm4
Kesan kepada petempatan penduduk
 Kemusnahan kediaman penduduk akibat tanah runtuh dan goncangan yang kuat, gangguan terhadap aktiviti harian.



maksimum 3 kesan fizikal dan 3 kesan kepada aktiviti manusia dan sebaliknnya x 2 markah  

=12m
3
(a)
( i ) Nyatakan bagaimana beban sungai diangkut.                                               
(5)


(ii) Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi pengangkutan beban sungai.    
(8)


( iii)Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai      terhadap aktiviti manusia.     
                
                                                                              
(12)

(i)
Nyatakan bagaimana beban sungai diangkut.                                                      
(5)


Skema Pemarkahan



       ai1 -  Cara apungan                     ai2 -  Cara ampaian
       ai3 -  Cara golekan                       ai4 -  Cara loncatan/lompatan
       ai5 -  Cara larutan                         ai6 -  Cara seretan



                               Mana-mana 5 cara X  1 markah  =   5 markah   



(ii)
Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi pengangkutan beban sungai.   

(10m)


Skema Pemarkahan


aii1
Tenaga-  Tenaga berkait rapat dengan halaju dan isipadu air sungai dan kecerunan dasar sungai. Semasa isipadu air sungai tinggi ( semasa banjir ) halaju aliran air sungai turut tinggi.  Halaju  aliran air sungai yang tinggi berupaya untuk mengangkut bahan dengan lebih banyak dan cepat.  


aii2
Cerun -  Pada peringkat hulu ,cerun dasar sungai sangat curam dan menghasil aliran air yang deras. Pada peringkat ini , diangkut secara maksimum. Pada peringkat tengah, cerun sungai agak landai, menyebabkan halaju aliran air berkurangan. Proses pengangkutan bahan agak kurang berkesan di mana sungai mulai memendapkan sebahagian daripada bahan yang diangkutnya. Pada peringkat hilir, cerun sungai sangat landai, proses pengangkutan minimum dan sungai mulai memendapkan bahan yang diangkutnya.


aii3
Kekasaran alur-  Kekasaran merujuk kepada licin atau kasar ( berlekuk-lekuk ) sesuatu dasar alur sungai. Sekiranya dasar alur sungai licin, bahan-bahan diangkut dengan lebih cepat dan banyak terutama mengangkut cara golekan dan seretan. Alur dasar sungai yang berlekuk akan menyebabkan bahan yang diangkut akan tersekat dan seterusnya menyebabkan pengangkutan bahan menjadi perlahan


aii4
Halangan- Halangan merujuk kepada halangan semula jadi ataupun buatan manusia yang terdapat di sepanjang sungai. Halangan berupaya untuk memerangkap bahan yang diangkut oleh aliran sungai. Sekiranya sepanjang sungai tersebut tidak terdapat halangan bahan akan diangkut dengan lebih mudah dan cepat. Tetapi sekiranya terdapat halangan di sepanjang aliran tersebut bahan-bahan yang dibawa akan tersangkut lalu termendap.


aii5
Bentuk alur-   Sekiranya alur sungai yang lurus,aliran air sungai menjadi deras dan menggalakkan pengangkutan bahan berlaku secara maksimum. Manakala alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi perlahan. Kesannya  bahan-bahan yang dibawa akan dimendapkan.


aii6
Saiz bahan-  Bahan yang bersaiz besar  seperti batu tongkol  diangkut secara perlahan melalui cara golekan atau seretan di dasar sungai. Bahan-bahan yang bersaiz kecil dan ringan seperti kelodak, lempung, habuk dan debu akan diangkut secara apungan atau ampaian.


aii7
Jenis bahan-  Bahan yang  mempunyai daya apungan yang tinggi seperti sampah sarap, sisa pertanian akan diangkut oleh aliran air sungai dengan cara apungan di permukaan air. Bahan yang berat seperti batu tongkol akan diangkut secara seretan atau golekan di dasar sungai.


aii8
Bentuk bahan- Bahan yang berbentuk bulat atau hampir bulat akan diangkut di bahagian dasar sungai dengan cara golekan atau seretan. Bahan yang berbentuk bersegi-segi  seperti serpihan batuan akan diangkut secara lompat / terloncat-loncat di dasar sungai. 



Mana-mana 5 faktor fizikal x 2 markah  =   10 markah






(ii)
Jelaskan kepentingan bentuk bumi pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia.  
(10)


Skema Pemarkahan



aiii1  -   dataran banjir  -  pertanian
aiii2 -   dataran banjir – perhubungan
aiii3 -   dataran banjir – akuakultur
aiii4 -   delta – pertanian
aiii5 -   delta – petempatan
aiii6 -   delta – perhubungan
aiii7 -   delta - perindustrian
aiii8 -   tasik ladam – perikanan
aiii9 -   tasik ladam – rekreasi/ pelancongan
aiii10 - tasik ladam – akuakultur
aiii11 - tetambak – perhubungan
aiii12 - tetambak – petempatan
aiii13 - beting pasir -rekreasi
aiii14 - beting pasir – perlombongan pasir

                        Mana –mana 5 kepentingan  X 2m = 10 markah
                        Maksimun 2 kepentingan bagi setiap satu bentuk muka bumi.


.
(b)(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan aras laut ?
[5 ]

    ii)
Huraikan bukti  berlakunya perubahan aras laut .
[10]

    iii)
Jelaskan kesan perubahan aras laut ke atas alam sekitar fizikal.
[10]

Skema Jawapan
(b)(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan aras laut ?
[5m ]

Skema Pemarkahan
                                                                          (1)                   (2)         
Perubahan aras laut merujuk kepada kejatuhan atau kenaikan aras laut yang 
                        (3)                                        ( 4)                                        (5)
diukur secara perbandingan dengan daratan sama ada dalam skala kecil
(tempatan) atau  skala besar (dunia).

[5m]

 (ii)
Huraikan bukti  berlakunya perubahan aras laut .
[10m]

Skema Pemarkahan
BX
-       Menyatakan  kenaikan dan kejatuhan aras laut
B1
Hutan-hutan pinggir pantai  yang tenggelam. Apabila kawasan pinggir pantai tenggelam, muara-muara sungai yang luas akan menghasilkan kawasan paya- lapisan gambut seperti tunggul-tunggul kayu di antara takat air pasang dengan   takat air surut.(Kenaikan)
B2
Perubahan garis pantai dan jenis pantai- menghasilkan pinggir pantai yang tenggelam seperti pantai fiord , pantai ria dan pantai dalmatia.(Kenaikan)
B3
Pembentukan pantai timbul- kejatuhan aras laut akan membentuk pantai timbul, tanah tinggi timbul dan tanah pamah timbul.(Penurunan)
B4
Pembentukan dataran-dataran pinggir pantai. – penurunan aras laut menyebabkan kawasan tanah pamah berada pada kedudukan yang lebih rendah akan timbul di kawasan pinggir pantai.(Penurunan)
B5
Pembentukan teres, likuan dan pelbagai pola saliran – proses rejuvenasi sungai menunjukkan berlakunya kejatuhan aras laut. Hakisan sungai berlaku di kawasan berhampiran pantai untuk mendapatkan satu keseimbangan baru.(Penurunan)
B6
Bukti fosil dan kerangan – penurunan aras laut dapat dibuktikan melalui penemuan fosil hidupan laut dan kerangan di kawasan dataran berhampiran pantai.(Penurunan)
                                   Pemarkahan : mana-mana 4 isi X 2m + BX(2m) = 10 markah

(iii)
Jelaskan kesan perubahan aras laut ke atas alam sekitar fizikal
[10m]
Skema Pemarkahan
C1
Peningkatan hakisan ke atas kawasan pinggir pantai – peningkatan aras  laut menyebabkan kekuatan ombak bertambah.
C2
Banjir laut – peningkatan aras laut menyebabkan berlakunya banjir laut di kawasan yang rendah.
C3
Kawasan benua/daratan semakin berkurangan- pengangkatan aras laut menyebabkan sebahagian besar kawasan daratan rendah berhampiran pinggir pantai akan tenggelam.
C4
Kemusnahan ekosistem hutan- penenggelaman kawasan hutan pinggir pantai menyebabkan kepupusan ekosistem hutan.
C5
Kemusnahan karang  – peningkatan aras laut telah memusnahkan karang  di laut- kawasan pembiakan ikan turut musnah.
C6
Penurunan aras laut menyebabkan kawasan daratan semakin bertambah.
C7
Penurunan aras laut menyebabkan berlakunya kepupusan hutan bakau - ekosistem pinggir laut musnah.
Pemarkahan : Mana-mana 5 isi X 2m = 10 markah
                                  
4
(a)
Takrifkan konsep perubahan iklim.
(5)

(b)
Jelaskan faktor yang mempengaruhi perubahan iklim dunia.
(10)

(c)
Huraikan kesan perubahan iklim kepada alam sekitar fizikal.          
(10)
Skema jawapan
(a)
Takrifkan konsep perubahan iklim.
[5m]

Skema Pemarkahan


                                                                               ( 1 )                        ( 2 )
                        Perubahan iklim merujuk kepada peningkatan atau penurunan
                                              ( 3 )
unsur-unsur cuaca dan iklim (suhu,hujan,bahang matahari dan angin) di
                                                         (4)                            (5)
permukaan bumi disebabkan faktor fizikal dan  aktiviti manusia.




(b)
Jelaskan  faktor yang mempengaruhi perubahan iklim dunia.
[10m]

Skema Pemarkahan

bi
Kekurangan tumbuhan / hutan – pertambahan gas-gas karbon dioksida.

b2
Peningkatan gas-gas rumah hijau – menghalang pengeluaran sinaran /  
bahang bumi ke angkasa.


b3
Peningkatan gas-gas CFC – berlaku penipisan lapizan ozon / pertambahan
 bahang matahari dan sinaran ultra ungu ke bumi.


b4
Pertambahan bilangan penduduk dunia-pembebasan haba metabolisme.

b5
Perbandaran-pertambahan bilangan bangunan pencakar langit-
menghalang pergerakan mendatar angin.

b6
Pembakaran-kebakaran hutan.

b7
Letusan gunung berapi.

b8
Pertanian-penggunaan bahan kimia organik-seperti semburan racun.

b9
Pembakaran terbuka


                                                   mana-mana 5 isi X 2m = 1

(c)
Huraikan kesan peningkatan suhu dunia kepada alam sekitar fizikal. 
[10m]

Skema Pemarkahan

c1
Pencairan ais dan glasier-peningkatan aras laut,pengurangan kawasan
daratan dan menambahkan luas kawasan lautan.

c2
Kenaikan aras laut-menghasilkan ombak besar,meningkatkan kadar hakisan
memperluaskan zon hakisan pinggir laut.

c3
Peningkatan suhu dunia-mengurangkan kawasan daratan,kawasan lautan
bertambah luas,perluasan kawasan gurun yang sedia ada.

c4
Kemusnahan ekosistem-menjejaskan ekosistem daratan dan akuatik.
Habitat daratan musnah kerana penenggelaman akibat kenaikan aras laut.
Ekosistem akuatik musnah kerana penambahan kedalaman air laut
mengurangkan penerimaan bahang matahari.

c5
Peningkatan sejatan-kemarau.

c6
Peningkatan pencemaran udara akibat kemarau yang panjang.


c7
Peningkatan kadar luluhawa fizikal.

c8
Peningkatan kejadian ribut-apabila suhu tinggi menghasilkan sel tekanan
rendah.
Mana-mana 5 isi X 2m = 10m


Jadual 1: Kekerapan dan kelajuan angin di  Stesen Meteorologi  M

Kelajuan km/jam
% kekerapan tiupan angin



Selatan
Barat Daya
Barat


0 – 5
5
8
4


5 – 10
8
6
4


10 – 15
3
4
2


Angin tenang
6 %

5.
a)
Berdasarkan Jadual 1, lukis rajah yang menunjukkan arah, halaju dan kekerapan  angin  di Stesen Cerap Cuaca M. Gunakan skala yang sesuai. [10]




b)
Jelaskan proses pembentukan siklon tropika.                                               [5]




c)
Terangkan kesan-kesan siklon tropika terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.                                                                                                        [10]








Skema Pemarkahan
5.  a)
a1
Tajuk
:1 m

a2
Petunjuk dilukis
:1 m

a3
Skala betul
:1 m

a4
Plot angin tenang betul
:1 m

a5
Plot kelajuan ( 2 m x 1 arah )
:6 m



10 markah


6%
 
Tajuk: Kekerapan kelajuan angin di Stesen Cerap Cuaca M












tajuk
:1 m
Petunjuk dilukis
:1 m
Skala betul
:1 m
Plot angin tenang betul
:1 m
Plot kelajuan ( 2 m x 1 arah )
:6 m

10 M

 







SKALA:
Skala angin tenang : 1 cm = 2%
Skala kelajuan: 1cm=2%
 

 















b)

Jelaskan proses pembentukan siklon tropika


Skema Pemarkahan

b1
Pemanasan laut berlaku di garis lintang 8 - 35Āŗ U/ S/ sub-tropika          [1m]


b2
Mula di lautan ( lautan Pasifik ) – suhu laut meningkat mendadak akibat haba matahari – wujud sel TUR yang melampau                                             [2m]

b3
Angin dari Sel TUT di sekitar menyerbu masuk ke zon TUR tersebut                                       [2m]

b4
Angin berpusar dan bergerak disekelilingi sel TUR dan mengangkat wap air kelapisan atmosfera yang lebih tinggi.                                                      [2m]



                                                                     Maksima markah = 5m


Skema Pemarkahan
c)

Terangkan kesan-kesan siklon tropika terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.                                                                                                       
c)
Cf1
Kemusnahan flora – pokok tumbang / tercabut

Cf2
Ombak kuat / tinggi / besar akibat kelajuan angin – tenaga ombak bertambah – banjir laut/hakisan

Cf3
Persekitaran kotor – sebaran sampah dan sisa runtuhan bangunan

Cf4
Perubahan pandang darat – kerosakan alam sekitar fizikal akibat pusaran angin

Cf5
Pencemaran air – banjir mencemarkan air

Cf6
Pencemaran udara – habuk, debu dan sampah berterbangan

Cm7
Kehilangan nyawa – kematian akibat ditimpa runtuhan bangunan / pokok

Cm8
Trauma – ketakutan / kebimbangan taufan berulang / kehilangan saudara

Cm9
Kerosakan harta benda – rumah runtuh / kenderaan rosak / ditenggelami air

Cm10
Kegiatan ekonomi terjejas – perniagaan tak dapat dijalankan / pertanian musnah /pembinaan terhenti/perikanan/perlombongan –minyak terjejas/ pelancongan

Cm11
Perhubungan terjejas – pengangkutan udara terjejas ; jalan raya/k.api  terputus oleh banjir kilat / pokok tumbang ;

Cm12
Sistem telekomunikasi terganggu – menara pemancar tumbang ; tiang talian telefon tumbang/ talian putus ditimpa pokok

Cm13
Sebaran wabak penyakit bawaan air – taun, cirit-birit(diarea)


Pemarkahan : Mana-mana 2 isi kesan fizikal + 3 kesan manusia atau sebaliknya   (2m X 5 isi = 10m)


6
a)
Nyatakan fasa air.
[ 3 ]

b)(i)
Lukis dan labelkan proses dalam kitaran hidrologi.
[ 5 ]

  (ii)
Berdasarkan rajah dalam (b)(i) , huraikan tiga proses yang terdapat dalam kitaran hidrologi.
[ 9 ]

c)
Huraikan bagaimana kitaran hidrologi boleh diganggu oleh aktiviti manusia?
[ 8 ]

 Skema   Pemarkahan
6
(a)
Nyatakan fasa air                                                                                  [ 3 m]


-  air dalam bentuk  cecair
-  air dalam bentuk  gas / wap
- air dalam bentuk  pepejal
Catatan: Sekiranya diberi dalam bentuk gambarajah boleh diterima.

(b)(i)
  Lukis dan labelkan proses dalam kitaran hidrologi.                       [ 5m ]
Catatan: Sekurang-kurangnya 5 proses. Rujuk rajah contoh.




   (ii)
Berdasarkan rajah dalam b(i),  huraikan tiga proses yang terdapat dalam kitaran hidrologi.                                         [9m]                                                                           

Skema Pemarkahan
Bii1
Sejatan
Proses pertukaran  cecair menjadi wap air daripada badan-badan   air ( sungai, kolam, tasik, laut) , sangat  berkesan ketika  pancaran matahari yang terik.
Bii2
Pemeluwapan
Proses pertukaran wap air menjadi bintik-bintik air yang terkandung dalam awan apabila mencapai takat tepu.

Bii3

Alir lintang
Pergerakan wap air secara mendatar di atmosfera yang dibantu oleh pergerakan angin.

Bii4

Kerpasan
Bungkusan awan yang tepu/ berat/ dan tidak mampu ditampung oleh awan tersebut menyebabkan bintik-bintik air jatuh ke permukaan dalam bentuk hujan, salji dan embun

Bii5
Resapan/penyusupan
Proses penyerapan air hujan secara menegak ke dalam tanah.

Bii6
Air larian permukaan
Air hujan yang mengalir di permukaan bumi apabila permukaan bumi tepu dengan air/ kadar ketelapan air rendah.
Bii7
Aliran batang
Cegatan silara , aliran ranting, dahan, batang
Bii8

Pepeluhan
Pepeluhan oleh tumbuhan- melibatkan pembebasan wap air ke atmosfera melalui  liang stoma.
Bii9
Aliran air bawah tanah
Pergerakan air dalam tanah ke badan-badan air utama.
                        Mana-mana 3 isi x 3 markah = 9 markah

c)  Huraikan bagaimana kitaran hidrologi boleh diganggu oleh aktiviti manusia?       [ 10 ]
Skema Pemarkahan

Proses
Aktiviti manusia
C1
Sejatan meningkat
Aktiviti penyahhutanan menyebabkan tanah
 terdedah secara langsung
C2
Pepeluhan berkurangan                    
Penyahhutanan / pembalakan

C3

Kerpasan meningkat
Aktiviti manusia yang mencemarkan udara
Menyumbangkan peningkatan nukleus higroskopik di udara.                                 
C4
Aliran batang  kurang
Penyahhutanan/pembalakan
C5
Air larian permukaan meningkat
Penyahhutanan/pembandaran ( penurapan permukaan tanah)

C6
Resapan air kurang
Penyahhutanan/penurapan permukaan tanah untuk membina jalan raya, tempat letak kereta, kaki lima bangunan.
C7
Aliran bawah tanah kurang
Pembandaran / Penurapan permukaan tanah untuk membina jalan raya, tempat letak kereta dan kaki lima bangunan.

                                                                     Mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 markah                
7
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan air?
[ 5 ]

(b)
Huraikan kesan kurangan air kepada alam sekitar fizikal.
[10]

(c)
Terangkan langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan sumber air di Malaysia.
[10]

7 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan air?                                            [ 5m ]
Skema Pemarkahan
   -    Imbangan air merupakan keseimbangan antara jumlah air yang diterima dari 
       atmosfera bersamaan dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera (R=ET)
       Catatan :      ( jawapan dalam formula juga diterima) 

(b) Huraikan kesan kurangan air kepada alam sekitar fizikal.                                      [10m]
B1
Air tanih berkurangan
B2
Sejatan meningkat
B3
Air permukaan berkurangan
B4
Pencemaran udara / jerebu
B5
Kerpasan berkurangan
B6
Fauna kekurangan air dalam badan / mati
B7
Flora kekeringan/ mati
                                                                    Mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 m
 (c) Terangkan langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan sumber air di  Malaysia.                                                                                                                                         [10] 
skema Pemarkahan                                      

Langkah Perundangan
C1
Menguatkuasa Akta Parit dan Saliran, denda, kompaun, sita peralatan, tarik
balik lesen

Langkah Bukan Perundangan
C2
Mengekalkan kawasan tadahan/ hutan
C3
Merawat semula air – menggunakan teknologi reverse osmosis (RO)
C4
Menggunakan sumber air bawah tanah.
C5
Langkah pendidikan- formal dan tidak formal
C6
Kempen – Cintai Sungai Kita , jimatkan penggunaan air.
C7
Penyahgaraman/ penyulingan air laut
C8
Kitar semula air
C9
Pembenihan awan
                                                                                      Mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 markah
8. Berdasarkan satu kajian luar yang telah anda jalankan di ekosistem tasik,

(a)  i) Nyatakan komponen biotik yang terdapat di dalam ekosistem tersebut                      [ 2m ]
      ii) Berikan maksud rantaian makanan.                                                                             [ 3m ]
(b) Dengan bantuan rajah yang sesuai,huraikan bagaimana aliran tenaga berlaku di
      dalam ekosistem tersebut.                                                                                               [10m ]
(c)  i) Jelaskan bagaimana aktiviti manusia boleh mengganggu ekosistem tasik?             [ 6 m]
      ii) Huraikan langkah pemeliharaan ekosistem tasik.                                                       [ 4m

8(a)i)
Komponen biotik yang terdapat di dalam ekosistem tasik.                   

[2m]

Skema Pemarkahan


Biotik-lumut,alga,teratai,kiambang,zooplankton,berudu,labah-labah air,
ikan besar,ikan kecil,bakteria,protozoa.

                                                Pilih mana-mana 2 komponen.

8(a)ii)
Maksud rantai makanan                  

[3m]

Proses pemindahan tenaga dan sebatian kimia dari satu hidupan kepada   yang lain dalam bentuk sehala.


  (b)
Dengan bantuan rajah yang sesuai,huraikan bagaimana aliran tenaga berlaku di dalam ekosistem tersebut.     
[10]

Skema Pemarkahan

bx
Rajah
2m
b1
Pengeluar
Tumbuhan akuatik(tasik) mendapat tenaga dari matahari untuk membuat       makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.

2m
b2
Pengguna primer
Tenaga kimia dari pengeluar berpindah ke pengguna primer seperti   zooplakton,berudu dan labah-labah air apabila memakan pengeluar dan disimpan di dalam tisu badannya.Tenaga kimia yang dipindahkan digunakan untuk membesar,bergerak dan   membiak.
2m
b3
Pengguna sekunder
Tenaga kimia dari pengguna primer akan berpindah ke pengguna sekunder seperti ikan kecil (seluang,sepat dan puyu) apabila pengguna sekunder memakan pengguna primer.Tenaga kimia tersebut akan disimpan di dalam tisu badan pengguna sekunder.Tenaga tersebut digunakan untuk membesar,bergerak dan membiak.
2m
b4
 Pengurai
Akhirnya semua tenaga kimia akan kembali ke tanah dalam bentuk nutrien dalam tasik tersebut apbila setiap peringkat pengguna  dan pengeluar mati dan reput. Pengeluar dan pelbagai pengguna ini akan diuraikan oleh bakteria,protozoa. Nutrien dalam tasik tersebut akan digunakan kembali oleh tumbuhan hijau untuk membesar.
2m

(c)i)
Jelaskan bagaimana aktiviti manusia boleh mengganggu ekosistem tasik?            
[6m]

Skema Pemarkahan

ci1
Aktiviti penebus gunaan tasik / penambakan tasik / aktiviti pembinaan
- Untuk dijadikan tapak bina kawasan perumahan,industri dan sebagainya

ci2
Aktiviti perindustrian.
- Penyaluran dan pembuangan sisa kimia ke dalam tasik daripada kilang    memperoses getah,kelapa sawit dan sebagainya.
 - Kualiti air merosot,peningkatan BOD,perubahan warna dan bau,nilai   pHmeningkat. Menyebabkan hidupan ekosistem tasik mati.

ci3
Aktiviti pertanian.
-Penggunaan racun serangga dan baja kimia seperti sebatian sulphur,fosfat dan racun DDT boleh larut resap atau dialirkan ke dalam tasik.

ci4
Penternakan
-Penyaliran najis ternakkan seperti najis khinzir dari ladang berdekatan akan mencemarkan air tasik dan memusnahkan hidupan serta menjejaskan rantain makanan dalam tasik.

ci5
Pelancongan-pembuangan sisa domestik

Ci6
Tumpahan minyak                                                    Mana-mana 3 isi ( 3 x 2m = 6m)

C(ii)
Langkah pemeliharaan ekosistem tasik
[4]

Skema Pemarkahan


Langkah perundangan
 Penguatkuasaan undang-undang,pemantauan dan pelaksanaan hukuman seperti denda/kompaun,membatalkan lesen/permit operasi.                       


Langkah bukan perundangan.
1. Pengurusan sisa buangan secara sistematik.
2. Kempen.
3. Pendidikan alam sekitar.                                     Mana-mana 2 isi x 2 m 






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...