PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, October 18, 2011

PERCUBAAN STPM KEDAH 2010 GEOGRAFI KERTAS 2




1.  a)   Apakah yang dimaksudkan dengan pertumbuhan penduduk dan bagaimanakah
           pertumbuhan tersebut dikira ?                                                                    [  5 ]

a1  -   Pertumbuhan penduduk
-          satu nilai perubahan  jumlah penduduk dalam sesebuah negara                    2
-          dalam tempoh jangka masa satu tahun                                                          
-          jeni-jenis pertumbuhan ; lebihan, kurangan, statik/sifar                                  

      a2   -   Bagaimana pertumbuhan penduduk dihitung:
                    Formula:
                KPP  =   KL   -   KM   +  KMB (imigrasi  -  emigrasi)                                             1
                KL  -  Kadar kelahiran
                KM -  Kadar kematian
                KMB - Kadar migrasi bersih

                Kadar kelahiran    :  Bil. Kelahiran   x  1000                                                           1
                                               
  Jumlah Penduduk

                Kadar kematian    :  Bil. Kematian   x  1000                                                           1



                                                  Jumlah Penduduk


b)         i) Huraikan ciri-ciri kependudukan yang dialami oleh negara tersebut.          [ 8 ]
            
        Ciri-ciri kependudukan negara maju berdasarkan piramid penduduk Negara maju (regresif)

Isi Utama
Huraian
Markah

a1 Tapak pyramid
     yang sempit
Kadar kelahiran yang rendah, kadar kematian BAYI juga rendah. Kesannya, pertumbuhan penduduk  perlahan. Faktor perancangan keluarga / pendidikan /masyarakat moden

2
a2  Puncak  
      piramid
      yang lebar
Jangka hayat yang tinggi terutamanya lelaki. Golongan tua yang melebihi 70 tahun adalah ramai. Taraf kesihatan meningkat , kemajuan dalam bidang perubatan

2

a3 Nisbah jantina
Pada keseluruhannya hampir seimbang antara lelaki dengan perempuan. Tetapi berbeza mengikut kumpulan umur.                                         

2

a4 Komposisi  
     umur  
Golongan muda (20 tahun ke bawah) lelaki lebih ramai dari wanita.  Begitu juga kumpulan dewasa (24 tahun hingga 50 tahun) lelaki lebih ramai dari perempuan.
Tetapi bagi golongan tua (melebihi 50 tahun) wanita lebih ramai dari lelaki.
Nisbah tanggungan rendah – kerana golongan dewasa yang produktif  daripada segi ekonomi adalah ramai berbanding dengan golongan muda.        

2

a5 Pertumbuhan
     penduduk
Pertumbuhan penduduk rendah akibat tahap pendidikan tinggi, keberkesanan program perancangan keluarga, teknologi perubatan yang canggih dan lain-lain.                                                

2
Pemarkahan   :    Mana-mana 4 isi x 2m      =    8 m


ii) Mengapakah piramid penduduk negara tersebut bersifat sedemikian?         [ 6 ]

Isi Utama
Huraian
Markah

b1 Perancangan
     keluarga
Keberkesanan program perancangan keluarga –
mengurangkan kadar kelahiran.       
Pertambahan penduduk rendah                    

2

b2 Dasar negara
Perlaksanaan dasar negara – saiz keluarga kecil, yang dilaksanakan oleh negara-negara tertentu.             “ Satu keluarga hanya boleh memiliki 2 orang anak” –
Contohnya  seperti di Singapura (sebelum tahun 2000)


2

b3 Taraf kesihatan
Peningkatan taraf kesihatan – pertambahan bilangan doktor  dan ubat-ubatan, kemudahan hospital yang mencukup dan  canggih. , jangka hayat penduduk menjadi tinggi.      
               

2
b4 Ramai golongan
wanita berpendidikan / berkerjaya
Ramai golongan wanitanya berpendidikan tinggi berkerjaya – kecenderungan memiliki saiz keluarga yang lebih  kecil.


2

b5 Kos sara hidup
Peningkatan kos sara hidup mendorong penduduk memiliki  saiz keluarga yang lebih kecil.                         
                           

2
Pemarkahan :    Mana-mana 4 isi x  2m    =     8m


c)         Jelaskan bagaimana bentuk piramid sedemikian telah memberi kesan
            kepada pembangunan ekonomi  dan sosial negara berkenaan.                         [ 6 ]

Isi Utama
Huraian
Markah

c1 Tenaga kerja

Ekonomi berkembang dengan cepat kerana  tenaga produktif yang ramai

2

c2 Beban kerajaan
Bebanan  kerajaan untuk menyediakan keperluan asas penduduk seperti sekolah dan hospital berkurangan  / belia kurang – kadar kelahiran rendah

2
c4 Tenaga kerja  
     masa depan

Kekurangan bekalan tenaga kerja pada masa hadapan.

2
c5  Meningkatkan  
      perbelanjaan  
      kerajaan
Beban kerajaan  meningkat untuk menyediakan kemudahan asas, bayaran pencen , pembinaan rumah orang-orang tua kerana  golongan tua yang ramai

2
c6 Pasaran
Saiz pasaran dalam negara menjadi kecil.


2
          Pemarkahan  :   Mana-mana 3 isi x 2m =    6 m

Nota : Calon perlu menjelaskan bagaimana ciri-ciri penduduk dalam piramid untuk dapat  2m.
           Jika tidak jelas ‘bagaimana, - calon hanya dapat 1m sahaja.





SOALAN 2                                                                                                                        

(a)        Takrifkan konsep daya tampung persekitaran fizikal?                               [ 3 ]



MAKSUD: Keupayaan sesuatu sumber alam untuk menampung keperluan penduduk pada aras dan tempoh tertentu.

CIRI: Daya tampung  persekitaran fizikal atau sumber alam amat bergantung kepada:
      Kuantiti dan kualiti stok sumber yang ada.
      Keupayaan teknologi untuk menjana dan membangunkan sumber alam.
      Pengurusan sumber yang cekap dan berterusan.
      Kawalan terhadap pertumbuhan penduduk.

CONTOH:  Daya tampung sumber petroleum di Malaysia dijangka tamat pada tahun 2014. Daya tampung sumber hutan di Malaysia tidak lagi berupaya memenuhi permintaan sektor pembinaan.

Markah

1

1 atau 2






1 atau 2

Max 3


b) Huraikan perbezaan antara sumber alam yang boleh diperbaharui dengan  
    sumber alam yang tidak boleh diperbaharui.                                                       [ 6 ]
                                                                                     
Sumber alam boleh diperbaharui
Sumber alam tidak boleh diperbaharui
Markah
1.  Ada di mana-mana dan mudah diperolehi seperti udara, air, tanih.
Kewujudannya terhad di kawasan tertentu sahaja seperti petroleum dan gas asli di medannya sahaja.
2
2.  Boleh pupus tetapi boleh dipulihara/diganti semula seperti hutan dan tanih.
Habis, pupus dan tidak boleh diganti semula atau dipulihara seperti bijih timah dan bijih besi
2
3. Boleh dihasilkan/kewujudannya dalam jangkamasa yang singkat seperti hutan melalui penanaman semula.
Kewujudannya dalam jangkamasa yang lama seperti petroleum dan arang batu mengambil masa jutaan tahun.
2

3 isi x 2 markah = MAX  6 Markah.


c)  Bagaimanakah pertumbuhan penduduk yang pesat mempengaruhi
     kemerosotan daya tampung pelbagai jenis sumber alam di sesebuah
     kawasan?.                                                                                                      [ 10 ]

Judul Isi Jawapan
Markah

Pertumbuhan penduduk yang pesat sememangnya boleh menyebabkan kemerosotan daya tampung pelbagai jenis sumber alam. Ini berlaku dengan cara  mengeksploitasi/ mengguna sumber alam secara berlebihan dan tanpa kawalan :

1.     Kemerosotan sumber-sumber  makanan – kuantiti dan kualiti sumber makanan seperti sumber pertanian dan perikanan terjejas. Eksploitasi terpaksa dibuat bagi menampung pertambahan penduduk yang ramai.

2.    Kemerosotan sumber tanah -  Tanah diteroka secara berlebihan untuk petempatan dan pertanian. Kesuburan tanih terjejas akibat kekerapan penanaman. Struktur tanih menjadi rosak  seperti terhakis, cerunnya tidak stabil dan mudah runtuh.

3.     Kemerosotan sumber hutan – Hutan dinyahkan secara berleluasa bagi memenuhi permintaan penduduk yang semakin pesat untuk petempatan, tapakbina bandar,pelbagai kemudahan asas, kawasan pertanian dll. Kesannya seperti kemusnahan kepelbagaian biologi, habitat dan ekosistem.

4.     Kemerosotan sumber-sumber mineral – Sumber-sumber seperti petroleum dan gas asli, sumber logam boleh pupus kerana ia terpaksa dikeluarkan secara berlebihan untuk menampung keperluan penduduk. Pengeluaran dan  penggunaan yang berlebihan membolehkan sesetengah sumber mineral habis di luar jangkaan.

5.      Kemerosotan sumber udara dan air bersih – Kadar Pencemaran meningkat akibat pertambahan kenderaan, industri, sisa domestik, kumbahan yang biasanya sejajar dengan pertumbuhan penduduk yang pesat.

6.          Kemerosotan sumber marin – akibat eksploitasi sumber perikanan secara berlebihan, kawalselia yang longgar, tumpahan minyak, pencemaran enfluen industri, sisa domestik dan kumbahan dll yang dialirkan ke laut.

(Calon perlu menjelaskan proses untuk dapat 2m)

Pemarkahan:  Open Marking:
Mana-mana 5 isi  x  2 Markah  =  MAX  10 Markah.

Panduan Pemarkahan:
  1. Isi sahaja tanpa huraian (Listing only) -  3 isi = 1 markah. MAX 3
  2. Isi dengan huraian longgar = 1 markah bagi setiap isi
  3. Isi dengan huraian mantap = 2 markah bagi setiap isi
  4. Isi dengan huraian longgar dan contoh = 2 markah bagi setiap isi







2



2




2




2




2



2



Max 10


d)  Terangkan tiga langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pertumbuhan
      penduduk di sesebuah negara.                                                                         [ 6 ]

Judul Isi Jawapan
Markah
Langkah-langkah untuk mengurangkan pertumbuhan penduduk:

1.        Dasar Governan/kerajaan  – Dasar saiz keluarga kecil/menghadkan bilangan anak; seperti 1 keluarga 1 anak (China) atau 2 anak (Singapura). Mengenakan denda/kompaun, tidak memberikan keistimewaan seperti kemudahan pendidikan, kesihatan dll.



2
2.   Program perancangan keluarga – Pengurangan kelahiran dengan penggunaan pil perancang, menjarakkan kelahiran, teknik AUD, pengguguran, kempen saiz keluarga yang seimbang dll.


2

3.     Meningkatkan had umur perkahwinan – melewatkan usia berkahwin misalnya melepasi umur 20-an, bagi tujuan mengurangkan fertiliti/kesuburan.


2

4.     Meningkatkan kerjaya wanita – memperbanyakkan golongan wanita berkerjaya dan berpendidikan tinggi bagi tujuan melewatkan perkahwinan.

2

5.        Meningkatkan taraf pendidikan penduduk – kesedaran untuk mengimbangi kelahiran dengan kemampuan keluarga dan kos sara hidup, penerimaan program perancangan keluarga, tidak terlalu terkongkong dengan adat dan agama dll.


2

Pemarkahan :Close Marking
Mana-mana 3 isi terbaik x 2 Markah =  6  Markah

Panduan Pemarkahan:

1.  Isi sahaja tanpa huraian (Listing only) -  3 isi = 1 markah. MAX 3
2.  Isi dengan huraian longgar = 1 markah bagi setiap isi
3.  Isi dengan huraian mantap = 2 markah bagi setiap isi
4.  Isi dengan huraian longgar dan contoh = 2 markah bagi setiap isi


MAX 6


SOALAN 3a)

ai)        Takrifkan konsep ”sistem pertanian ladang”                                           [ 3 ]

3a i)     Sistem pertanian ladang yang berkonsepkan komersial sepenuhnya, berskala besar,kos yang tinggi/modal besar, pengurusan yang sistematik, berorientasikan pasaran dan keuntungan.Keluasannya melebihi 100 ekar( 40 hektar), tanaman utama getah           dan kelapa sawit.                                                                                            [ 3 ]

3aii)     Nyatakan EMPAT agensi yang terlibat dengan pertanian ladang
            di Malaysia                                                                                                      [  4  ]

a ii)      FELDA                                                            -            1m
            FELCRA                                             -           1m
            GUTHRIE                                           -           1m
            DUNLOP                                            -           1m
            SIME DARBY PLANTATION             -           1m
            GOLDEN HOPE PLANTATION        -           1m                                                      TABUNG HAJI PLANTATION -           1m                                         [ 4 ]


3b)       Huraikan EMPAT ciri sistem pertanian ladang di Malaysia                    [ 8 ]
                       
Judul isi jawapan
markah
Ciri-ciri sistem pertanian perladangan di Malaysia:

b1.        Jenis tanaman dan taburannya-Tanaman utama ialah tanaman kontan seperti getah dan kelapa sawit yang di tanam di kawasan kaki bukit beralun seperti pedalaman Pahang, Selangor, Perak Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.



2
b2.         Skala/ saiz ladang- melebihi 100 ekar ( 40 hektar). Diusahakan oleh agensi kerajaan seperti FELDA, FELCRA. Perbadanan Negeri atau syarikat swasta seperti GUTHRIE, SIME DARBY, DUNLOP


2
b3.          Orientasi pengeluaran -  tujuan eksport sepenuhnya. Hasil dijual ke luar negara atau dijual kepada sektor industri pembuatan sebagai bahan mentah untuk dijadikan barangan pengguna dalam dan luar negara.

2
b4.         Ciri modal. Penggunaan modal yang tinggi/besar hasil pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti FELDA dan FELCRA dan juga pelaburan asing/ syarikat swasta.

2
b5.         Ciri buruh.  Penggunaan tenaga buruh mahir/berkelulusan tinggi di peringkat pengurusan dan tenaga buruh separa mahir di peringkat buruh kasar seperti tenaga buruh Indonesia di sektor perladangan kelapa sawit.


2
b6.        Ciri Teknologi tinggi dan R & D.   Penggunaan teknologi moden sepertijentera pengangkutan dan alat torehan getah dan juga input pertanian moden seperti baja kimia, racun serangga, benih yang bermutu, racun  perosak dan penyakit, cepat berhasil dan berkualiti hasil R&D yang sentiasa dijalankan.


2

                                                                        Mana-mana 4 isi x 2markah = 8 markah

3c)       Bincangkan kesan-kesan negatif pembangunan pertanian perladangan
            terhadap alam sekitar fizikal.                                                                      [ 10 ]


Judul Isi Jawapan
Markah
Di antara kesan-kesan negatif yang boleh dijelaskan ialah:

c1.      Perubahan landskap secara besar-besaran. Landskap hutan bertukar kepada kawasan gondol di peringkat awal pembukaan ladang  atau penanaman semula, kemudiannya bertukar kepada landskap tanamanseperti getah dan kelapa sawit.



2

 
c2.       Kemusnahan ekosistem hutan. Kepupusan kepelbagaian biologinya , kemusnahan habitat, rantaian makanan, spesis flora dan fauna serta lain-lain  yang berkaitan dengan ekosistem.


      2
c3.        Kemusnahan kawasan tadahan air dan mengganggu keseimbangan hidrologi.  Misalnya menggangu proses susupan dan aliran air bawah tanah/sistem akuifer, larian air permukaan, sistem saliran dan lain-lain yang berkaitan dengan komponen hidrologi.


       2
c4.         Kesan pemanasan setempat/ peningkatan suhu mikro.
Pemusnahan hutanuntuk pembukaan ladang akan menggangu proses transpirasi, kelembapan udara sekitar berkurangan, hujan tempatan berkurangan, suhu sekitar meningkat.

      2
c5.        Pencemaran udara.  Berkaitan dengan pembakaran terbuka secara besar-besaran semasa pembersihan tapak ladang. Menambahkan partikel terampai dalam udara ( PM 10 – disebut PM ten)- boleh dikaitkan dengan fenomena jerebu pada tahun 1997.



      2
c6.        Masalah pencemaran sumber air.  Seperti sungai, tasik, paya, air bawah tanah dan lain-lain berkaitan dengan penggunaan baja kimia dan racun serangga secara besar-besaran dan berlebihan.


      2

c7.       Peningkatan kadar hakisan tanah dan banjir lumpur. Berlaku di peringkat awal pembukaan/pembersihan tapak ladang. Partikel-partikel tanah yang longgar akibat hakisan percikan hujan akan dihakis-angkut oleh larian air permukaan, masuk ke dalam sungai menyebabkan sungai keruh, berkelodah dan berlumpur, dasar sungai cetek memudahkan berlaknya kejadian banjir.

         Mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 markah.


ATAU

SOALAN 3b)

Jadual 1 di bawah menunjukkan nilai eksport komoditi utama Malaysia  pada tahun 2002.

                  Jadual 1 : Nilai eksport komoditi utama Malaysia, tahun 2002.


KOMODITI UTAMA
NILAI EKSPORT
(RM: JUTA)
Getah
2, 492
Minyak Kelapa Sawit
20, 863
Petroleum Mentah dan Gas Asli Cecair
21, 529
Hasil kayu
15, 468
Barangan elektrik dan elektronik
197, 987
Lain-lain
37, 210
                                  Sumber: Department Of Statistics  Malaysia, 2002
(htt:/www. Statistics.gov.my)

Berdasarkan jadual 1;

a) Sediakan sebuah Rajah Bulatan Berbahagi untuk menunjukkan  nilai eksport setiap
     komoditi utama  Malaysia pada tahun 2002.                                                    [ 9 ]


Pemarkahan

a)  Rajah Bulatan Berbahagi

ITEM PEMARKAHAN
MARKAH
1.     Tajuk yang betul.
1
2.     Pengiraan sudut sektor dan peratus sudut sektor.
1
3.     Petunjuk.
1
4..     Plotan. ( 1 sektor = 1 Markah) . Ada 6 sektor = MAX 6 markah
6
JUMLAH
9


Pengiraan Rajah Bulatan Berbahagi   


1.         Pengiraan skala jejari:

i)              Jumlah eksport komoditi =  RM: 295 549 juta.

ii)         Jumlah eksport           =  295 549        =  543.6 unit √

iii)         Skala jejari :  1 CM =  100  unit


2.         Pengiraan Sudut Sektor

            Formula =  Nilai Eksport setiap komoditi
                              ______________________   x  360 º

                                  Jumlah Eksport.


            Contoh:  Getah =   2 492
                                       _______   x  360º   =    3.04º

                                       295 549

Lihat jadual di bawah:

Komoditi
Nilai Eksport (RM: Juta)
Sudut Sektor (º )
Getah
Minyak Kelapa Sawit
Petroleum dan Gas asli
Hasil kayu
Elektrik dan elektronik
Lain-lain
2 492
20 863
21 529
15 468
197 987
37 210
3.04
25.4
26.2
18.8
241.2
45.3
Jumlah
295 549
360.0
Nota : -Pengiraan sudut tidak semestinya ditunjukkan. Terima jawapan jika sudut betul
          -Tetapi peratusan perlu dicatatkan pada carta



































Nota   :            Petunjuk   untuk carta boleh dilukis di tepi carta atau dilabel pada carta     
b) Jelaskan  mengapakah wujud penumpuan industri pembuatan di kawasan tertentu
     dalam sesebuah Negara.                                                .                                   [ 10 ]
                            
Judul  Isi  Jawapan
Markah
Sebab-sebab wujud penumpuan industri pembuatan dalam sesebuah negara.
b1  Dasar kerajaan –

b1 i. Menyediakan tapak/kawasan yang khas – FTZ (Zon Perdagangan Bebas)-yang lengkap dengan kemudahan infrastruktur industri-elektrik,bekalan air,system pengangkutan dan telekomunikasi,sewa tapak murah,taraf perintis dll keistimewaan

b1 ii. Penyelerakan industri industri ke luar Bandar/membangunkan kawasan luar  bandar.- tujuan membangunkan luar Bandar dan pengezonan guna tanah bandar yang tepu bina  

b2  Kawasan perindustrian yang  sedia ada yang telah maju- maka industri yang berkaitan akan terus tertumpu ke rah nya untuk menikmati faedah perkongsian seperti perkongsian kemudahan asas,perkongsian pasaran,kepakaran dll yang boleh menjimatkan kos.

b3 Saling kebergantungan/lengkap melengkapi- wujud industri yang saling bergantung dan dan lengkap –melengkapi  antara satu sama lain-  out put sesuatu industri menjadi input kepada industri lain contoh industri memasang kereta berdekatan dengan industri membuat tayar ,cermin  dan lain-lain aksesori.

b4.     Jumlah penduduk yang ramai dengan taraf pendidikan yang tinggi–menawarkan tenaga buruh mahir yang mudah,mencukupi  dan murah. Contoh –tumpuan industri pembuatan di Shah Alam,Mak Mandin dsbnya.

b5.     Kawasn Pasaran luas  - Kawasan berkenaan  biasanya merupakan kawasan yang ramai penduduk- bukan sahaja menawarkan tenaga buruh yang ramai tetapi juga  menyediakan saiz pasaran yang luas dengan kuasa beli yang tinggi terutama yang melibatkan  produk barangan pengguna seperti tekstil,elektrik dan elektronik,barangan makanan dll.

b6. Faktor teknologi ; kemajuan teknologi/teknologi tinggi sedia ada contoh di FTZ – menjadi tumpuan bagi menikmati  faedah ekonomi bidangan - seperti teknologi maklumat, reka bentuk, kawalan mutu dll yang sentiasa dipertingkatkan menerusi R&D.

b7.     Kawasan atau wilayah berkenaan sudah sedia maju-  wujud kemudahan asas,  kemudahan awam dan kemudahan perkhidmatan yang efisyen, seperti bank,sistem pengangkutan dan telekomunikasi, serta kemudahan pembandaran yang moden dan lengkap –menjadi tarikan kepada penduduk untuk berhijrah dan menjadi pekerja tetap.
                            
Pemarkahan:  Mana-mana 5  isi x 2 markah  =  MAX  10  Markah






2





2


2




2





2



2





2



2


c) Terangkan kesan yang dialami oleh penduduk di kawasan yang menjadi
     tumpuan industri tersebut?                                                       .                                [ 6 ]

Judul  Isi  Jawapan
Markah
Kesan yang dialami oleh penduduk di kawasan yang menjadi tumpuan industri pembuatan  tersebut                     

-Kesan Positif

c1.   Peningkatan taraf hidup – Peluang pekerjaan yang banyak-gaji yang tinggi- -meningkatkan kuasa beli dan taraf hidup penduduk,meningkatkankan tabungan
nya –membolehkan penduduk menikmati hidup yang selesa dan kondusif.

C2.   Menikmati kemudahan pembandaran- penduduk  dapat menikmati pelbagai kemudahan pembandaran-kawasan tumpuan industri biasanya mempercepatkan proses pembandaran/urbanisasi – lengkap dengan segala kemudahan-jesteru penduduk menikmati pelbagai kemudahan seperti telekomunikasi,pengangkutan,kemudahan tempat tinggal,membeli belah,rekreasi dll..


Kesan Negatif

C3   Gangguan Kesihatan – Kawasan tumpuan industri pembuatan- Lazimnya wujud  Fenomena pencemaran - udara,air,jerebu,hujan asid dsbnya. –membebaskan bahan pencemar yang banyak seperti,sulfur dioksida,karbon monoksida,CFC dll yang memudaratkan kesihatan.

C4.  Kesesakan lalu lintas- pertambahan pekerja/ tenaga buruh di kawasan tumpuan industri pembuatan- pertambahan kenderaan untuk berulang alik ke tempat kerja.-kesannya berlaku masalah aliran trafik –melambatkan perjalanan dan risiko kemalangan tinggi.

C5.   Masalah kesesakan penduduk dan masalah social-pertambahan tenaga  buruh-sesuatu kawasan tumpuan menjadi padat dan sesak-menimbulkan pelbagai masalah sosial, penyakit dan meningkatkan kadar jenayah.penyalahgunaan dadah dsb.       
Pemarkahan:  Mana-mana 3 isi x  2 markah  = MAX  6 Markah






2



2














2





2






SOALAN 4

a)            Nyatakan lima faktor yang menyebabkan fenomena penyahutanan
      di negara-negara Asia Tenggara.                                                                                        [ 5 ]

Lima faktor yang menyebabkan fenomena penyahutanan di Asia Tenggara ialah:
  • Aktiviti pembalakan haram tanpa kawalan
  • Aktiviti pertanian perladangan dan pertanian pindah.
  • Aktiviti pembinaan empangan hidroelektrik.
  • Aktiviti pembinaan infrastruktur khususnya jaringan lebuhraya.
  • Aktiviti pembinaan estet perumahan dan estet perindustrian
Pemarkahan 5 x 1= 5 markah

b) Mengapakah hutan masih dianggap sebagai sumber ekonomi yang penting
     bagi negara-negara di Asia Tenggara.                                                                           [10]

1.         Penting kepada sistem ekonomi tradisional yang masih bergantung kepada sumber hutan seperti masyarakat asli yang menjalankan aktiviti pertanian pindah, mengutip dan berburu. Ekosistem hutan sebagai habitat/tempat tinggal mereka disamping mereka menggunakan sumber-sumber hutan itu sendiri sebagai sumber makanan mereka. Selain itu terdapat juga orang-orang asli yang menjual hasil-hasil hutan sebagai sumber ekonomi seperti hasil rotan, damar, akar-akar kayu untuk perubatan dan sebagainya.

2.         Penting untuk sektor pembalakan. Menghasilkan sumber kayu dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan tempatan dan juga di eksport . Ini akan menghasilkan pendapatan negara khususnya melalui pendapatn eksport. Sebagai contoh negara Thailand dan Burma amat bergantung kepada pengeksportan kayu jati  mereka ke negara Jepun, USA, negara-negara Eropah dan sebagainya yang mempunyai nilai matawang yang lebih tinggi daripada mereka bagi memperolehi keuntungan dari tukaran mata wang.

3.         Penting  untuk sektor pelancongan (Eko-pelancongan) seperti hutan lipur, air terjun, kepelbagaian spesis fauna dan flora yang menarik pelancong yang akan menambahkan pendapatan penduduk dan negara. Di Malaysia sebagai contoh, perkembangan pesat sektor pelancong amat dibantu oleh khazanah kepelbaaian biologi hutannya. Oleh itu kawasan hutan seperti Taman Negara di Pahang, hutan Endau – rompin, Taman negara Sepilok amat terkenal sebagai destinasi pelancongan utama.

4.         Membantu memajukan industri-industri yang berkaitan dengan sumber hutan (industri hiliran) seperti industri membuat perabot, industri pembinaan (perumahan) serta industri pengangkutan. Dengan adanya industri-industri ini maka kepelbagaian ekonomi dan rantaian ekonomi di sesebuah negara berkembang dengan pesat. Selain itu dengan adanya industri-industri yang berkaitan ini juga ia telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk dalam pelbagai sektor seperti  pekerja kilang pemprosesan kayu balak, pekerja kilang perabot, pemandu di sector pengangkutan dan sebagainya. Ini akan menambahkan lagi pendapatan perkapita penduduk dan taraf hidup mereka sekaligus pengganguran dan kemiskinan dapat dikurangkan.

5.         Menjadi kawasan tadahan air yang membekalkan air kepada empangan yang diproses untuk dijual kepada penduduk atau dieksport ke negara lain yang kelak menghasilkan pendapatan negara. Dalam kes ini Malaysia dan Singapura boleh dijadikan contoh. Dalam kes ini sumber-sumber air di Johor telah diproses untuk dijual ke Singapura dan hasil jualan diperolehi sebagai sumber pendapatan eksport Negara.
    Pemarkahan 5 x2 = 10 markah

c)   Jelaskan bagaimana proses penyahutanan memberi kesan terhadap aspek
       kepelbagaian biologi di negara-negara berkenaan.                                              [10]

1.         Pelbagai spesis fauna dan flora diancam kepupusan/kemusnahan akibat kehilangan sumber-sumber makanan. Apabila hutan dimusnahkan/dinyahkan maka fungsi pokok sebagai pengeluar utama akan musnah sama sekali. Dengan itu hidupan lain yang bergantung kepada tumbuhan seperti herbivor (kancil, rusa) akan kehilangan sumber-sumber makanan. Apabila hal ini berlaku ia memberi kesan kepada hidupan-hidupan lain yang sememangnya saling bergantung di dalam sesebuah hutan.                          [ 3 ]

2.         Penghijrahan spesis akibat pemusnahan habitat .Hutan berfungsi sebagai satu habitat. Proses penyahutanan memusnahkan sama sekali habitat. Kemusnahan habitat mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. Justeru itu haiwan-haiwan akan berhijrah ke hutan/habitat lain untuk mencari perlindungan atau tempat baru. Di tempat baru ini mereka terpaksa bersaing dengan koloni lain. Persaingan intra dan interspesis akan berlaku dan mana-mana spesis yang kalah akan musnah dan pupus.                                    [ 3 ]

3.         Menggangu kestabilan ekosistem seperti kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga, komponen biotik dan abiotik yang kelak menggangu keseimbangan ekologi setempat. Gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku apabila huan-hutan dimusnahkan. Ketidakseimbangan ekologi mikro dan makro akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap unsur-unsur lain seperti cuaca, hakisan, banjir/hidrologi dan sebagainya.                [ 3 ]                                                                                           

4.         Menggangu kehidupan orang asli di dalam hutan yang dianggap sebagai komponen penting untuk menstabilkan ekosistem hutan. Memusnahkan pelbagai spesis herba yang sangat bernilai.                                                                                                  [ 3 ]

Pemarkahan 3x3 =9 markah + 1 huraian baik.
Calon perlu menjelaskan bagaimana proses berlaku untuk mendapat maksimum 3 markah bagi setiap isu.

SOALAN 5

   a)  Tanda dan namakan kawasan Segitiga Pertumbuhan yang terdapat
        dalam ASEAN.                                                                                                   [ 6 ]
            Pakatan Segitiga Pertumbuhan yang boleh dipilih
-          Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur (BIMP-EAGA)
-          Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT)
-          Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Singapura (IMS-GT atau SIJORI)
Pemarkahan :     3 pakatan x 2 markah   =  6 markah
                            Label tanpa nama         =  0 markah
                            Nama tanpa label         =  1 markah

PETA 1  : SOALAN 6a)
 


























b)   Mengapakah negara-negara ASEAN yang berjiran perlu membentuk
pakatan segitiga pertumbuhan ?                                                                                  [10]
      
Isi Utama
Huraian
Markah
b1 Perkongsian Pelaburan modal
- Negara ASEAN- merupakan negara membangun yang miskin-perlu pakatan untuk aliran modal –pelaburan silang, pelaburan bersama
2
b2 Perkongsian sumber
- perlu satu hubungan untuk pengaliran  keluar masuk sumber semulajadi/ kekurangan sumber tertentu boleh ditampung oleh negara jiran
2
b3 Pembangunan teknologi,R & D dan inovasi/pemindahan teknologi
-Boleh melakukan perkongsian-/pemindahan teknologi dalam pelbagai bidang perindustrian, pertanian dsbnya
2
b4 Saling  bergantungan/kerjasama menjaga alam sekitar dan keselamatan serantau
-Negara bersempadan boleh berkerjasama membuat rondaan,kawal selia,pemeliharaan dan pengawasan bersama bagi mendapat faedah bersama terutama dar segi penjimatan kos
2
b5 Menjaga Kestabilan politik dan keselamatan
-Pakatan perlu untuk bersama menjaga keselamatan kerana negara-negara ini bersempadan politik
2
b6 Hubungan Perdagangan
- Dengan adanya pakatan-hubungan perdagangan dapat diperluaskan terutama untuk perluasan pasaran,kawalan harga barangan dsbnya

2
b7Perkongsian tenaga buruh dan kepakaran
-Sesetengah negara mengalami masalah tenaga buruh sama ada berlebihan atau berkurangan-pakatan dapat mewujudkan aliran tenaga buruh lebih mudah-contoh buruh mahir dar singapura dapat disalurkan ke Indonesia,buruh Malaysia ke Singapura

2

b8 Saling keuntungan untuk mempercepatkan pembangunan sumber alam
Negara ASEAN-kaya dengan pelbagai sumber dan masih banyak yang belum dibangunkan-jesteru kerjasama dapat mempercepatkan pembangunan sumber tanpa membazir kerana tiap-tiap negara diberi pengkhususan sumber untuk dibangunkan

2

Pemarkahan :  5 isi x 2  = 10 m


c)   Huraikan kepentingan kerjasama serantau ASEAN dalam konteks
      pemeliharaan dan pemuliharaan  alam sekitar.                                     [ 9 ]

Isi utama
Huraian
Markah
c1 Menjamin bekalan sumber bekalan sumber yang berterusan /lestari
- Sumber tenaga fosil – tidak boleh diperbaharui- perjanjian mengurangkan kebergantungan pada sumber-sumber ini
- Kerjasama memperluaskan R & D –untuk pemindahan teknologi membangunkan sumber tenaga alternatif-solar,tenaga hidro

2
c2 Mengurangkan risiko alam sekitar
- Kebococoran nuklear,risiko peningkatan suhu,pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan melalui kerjasama,perkongsian modal,teknologi,serta kepakaran-mengurus sisa,pemeliharaan dan pemuliharaan – kesan negatif akan ditanggung bersama oleh negara anggota.

2
c3Menjamin keberterusan pembangunan
-Perjanjian dan deklarasi-menentukan idea dan konsep pembangunan mapan dan lestari-nikmat pembangunan-akan dinikmati sehingga generasi akan dating

2
c4 memperkukuhkan hubungan antara negara
-Mengeratkan perhubungan diplomatik-contoh kes jerebu 1977-hubungan Malaysia,Indonesia,Thailand dan Singapura menjadi lebih kukuh kerana masing-masing bekerjasama dan berkongsi tenaga dan kepakaran

2
c5 Elakkan fenomena
pencemaran rentas sempadan
Jerebu, pembakaran hutan, letupan gunung berapi. Menjejaskan kegiatan ekonomi
2
c6 Keseimbangan ekosistem
Hutan
Laut / Marin
2
 Pemarkahan :  4 isi x 2  = 8 m;   bonus -1 markah pada huraian yang baik,  9 m.


SOALAN 6

a)     Huraikan ciri-ciri metropolis Kuala Lumpur                                                  [ 8 ]

Di antara ciri-ciri bagi  metropolis (bandaraya) Kuala Lumpur ialah:

1.     Ciri penduduk - saiz penduduk melebihi 1 juta  orang ( Data tahun 2007, penduduk bandaraya Kuala Lumpur ialah seramai 1.3 juta orang.

2. Ciri guna tanah – guna tanah bandar sepenuhnya (perniagaan, perkhidmatan,perindustrian, kediaman dll sektor ekonomi moden).

3.     Pemusatan (aglomerasi) fungsi bandar – pentadbiran, perniagaan, perdagangan, perindustrian dll.

4.     Ciri ruang bandar – padat dan tepubina. Perkembangan bangunan secara vertikal bagi menjimatkan ruang.

5.     Ciri lingkungan pengaruh – sangat luas meliputi sub-sub bandar dan juga bandar-bandar yang lain.
                                                                                       Pemarkahan : 4 x 2 = 8 markah

b)  Huraikan faktor yang mempengaruhi proses pembandaran yang
      pesat di Lembah Kelang                                                                                    [12 ]

Judul Isi jawapan
Markah
Faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembandaran yang pesat di Lembah Kelang.

(1)     Isipadu aliran migrasi masuk penduduk yang tinggi ke Lembah Kelang yang disebabkan oleh:
  • Perkembangan pesat sektor ekonomi moden – perindustrian,perkhidmatan dan perniagaan.
  • Peluang pekerjaan yang luas dalam ke tiga-tiga sektor di atas dengan tawaran  gaji yang  menarik.
  • Peluang melanjutkan pelajaran yang lebih banyak – kewujudan pusat-pusat pengajian tinggi (IPTA dan IPTS).
  • Kemudahan pembandaran yang menarik – prasarana lengkap, perumahan, perkhidmatan sosial, hiburan dan reakreasi dll.
  • Kemudahan pengangkutan yang baik yang meningkatkan ketersampaian untuk masuk ke Lembah Kelang.

(2)  Kadar pertumbuhan penduduk semulajadi yang pesat di Lembah Kelang yang disebabkan oleh:
  • Perkahwinan antara migran yang berusia muda – aras kesuburan bertambah, kadar kelahiran meningkat.
  • Taraf kesihatan yang baik (kemudahan, ubat, doktor, kakitangan perubatan) – menurunkan kadar kematian dan mengawal wabak penyakit. Kesannya pertumbuhan semulajadi meningkat.
  • Pendapatan dan taraf hidup meningkat – mampu memiliki saiz keluarga yang lebih ramai. Kesannya kelahiran bertambah.


(3)    Peranan kerajaan mempercepatkan proses pembandaran di Lembah Kelang seperti;
  • Menjadikan Lembah Kelang sebagai penjana pertumbuhan ekonomi negara – pusat perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan. Seperti usaha untuk menjadikan Lembah Kelang berstatus MSC secara keseluruhannya dalam RMK 9. (Status MSC kini – Taman Teknologi Malaysia, KL Sentral, Cyberjaya, Putrajaya dan KLCC)
  • Menyediakan prasarana pengangkutan awam yang cekap dan moden untuk meningkatkan ketersampaian dalam dan antara bandar di Lembah Kelang seperti LRT, ERL, Komuter dll.
  • Memajukan sub-urban sebagai kawasan kediaman yang dilengkapi dengan kemudahan pembandaran yang cukup.
  • Mewujudkan bandar-bandar baru dan bandar-bandar satelit seperti Shah Alam – Petaling Jaya (perindustrian), Putrajaya (pentadbiran), Petaling Jaya, Ampang Jaya, Subang Jaya dsb.
  • Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan sosial yang lengkap untuk penduduk bandar – kemudahan kesihatan, pendidikan, jaminan keselamatan dll.



2

2

2

2

2
( Max 4m)



2

2


2
(Max 4m)


2



2
2
2


2

2


2

(Max 4m)



c)  Nyatakan lima kesan terhadap  persekitaran manusia akibat
     proses pembandaran yang pesat.                                                                     [ 5 ]

Kesan positif dan negatif
(1)   Kesejahteraan/kualiti hidup meningkat-banyak kemudahan
(2)   Peningkatan taraf kesihatan penduduk
(3)   Peningkatan taraf pendidikan penduduk
(4)   Pengangguran dan kemiskinan bandar
(5)   Masalah perumahan-fenomena setinggan
(6)   Masalah persekitaran sosial-jenayah.
(7)   Ketidakselesaan akibat kesesakan lalu lintas
(8)   Kualiti hidup terjejas-kesan pencemaran
Pemarkahan: 1 isi = 1 markah = MAX  5 Markah


SOALAN 7

Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di sebuah kawasan ekopelancongan

a) Namakan kawasan pelancongan yang dikaji dan kaedah kajian 
    yang dijalankan.                                                                                                 [ 3 ]
Menamakan kawasan pelancon                                                                               1
Kaedah kajian yang dijalankan
  • Kaedah pemerhatian
  • Kaedah pencerapan
  • Kaedah pengukuran
  • Temu bual
  • Kaji selidik                                                                                                     3
Skema Jawapan : 1 markah bagi setiap kaedah (tanpa huraian)


b) Huraikan kelebihan-kelebihan fizikal dan kemanusiaan setempat
     yang mempengaruhi kegiatan pelancongan di  kawasan   tersebut.        [ 8 ]  

Isi Utama
Tarikan-tarikan  kawasan pelancongan
Markah
1.Tarikan Fizikal
1.Pantai bersih,berair jernih,kewujudan batu karang,taman laut/maritim.
2.Tanah tinggi,pemandangan cantik,suhu sejuk.
3.Hutan lipur, hutan bakau, kepelbagaian flora dan fauna,udara nyaman.
4,Gua batu kapur
5.Jeram,air terjun,sungai,tasik semulajadi
2

2

2
2
2
2.Tarikan kemanusiaan
1.Kemudahan pengangkutan dan    perhubungan
2.Kemudahan penginapan,resot,chalet
3.Kemudahan rekreasi
4.Kemudahan membeli belah
5.Kemudahan-kemudahan teknologi terkini
2
2
2
2
2

Pemarkahan :Menghuraikan kedua-dua tarikan fizikal dan kemanusiaan, 2+2 @ 3+1 atau 1 + 3.
                                       


c) Jelaskan bagaimanakah kegiatan pelancongan membantu pembangunan ekonomi dan sosial penduduk setempat.                                                                                            [ 8 ]
Isi Utama
Huraian
Markah
1.Peluang pekerjaan
-peluang pekerjaan sebagai pengusaha gerai,chalet,resort,pengangkutan dan perkhidmatan di kawasan pelancongan.
-Membantu meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
      2
2.Mewujudkan rantaian ekonomi berkaitan
-Perkembangan pelancongan telah membantu mewujudkan aktiviti ekonomi berkaitan seperti penyediaan aktiviti rekreasi,pengangkutan,hotel,chalet,perhubungan.
-Mempelbagaikan kegiatan ekonomi kawasan sekitar.
-Pemasaran hasil pertanian dan kraftangan setempat.
     2
3.Pembangunan kawasan
-Pembinaan jalan raya,perhubungan,kemudahan asas,bekalan air,elektrik,pusat perniagaan dll telah membangunkan kawasan sekitar.
-Penduduk sekitar menikmati kemudahan yang disediakan.
     2
4.Persekitaran yang selesa/kondusif
-Kawasan pelancongan dijaga dan dipelihara kebersihan/keindahan .Kawasan tidak tercemar.
-Penduduk sekitar dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.
     2
5.Peningkatan taraf hidup
-Pelbagai peluang pekerjaan yang wujud telah meningkatkan taraf hidup pendudk setempat.
-Mendapat pendapatan yang baik.
-Tidak terlalu bergantung kepada sektor tradisional/pertanian semata-mata.
    2

Pemarkahan : Mana-mana 4 isi x 2 markah. Maksimum 8 markah.

Nota :  Calon perlu menjelaskan ’bagaimana’  / proses untuk dapat  2m  - jika tiada  1m.


d) Cadangkan langkah yang boleh dilakukan untuk memajukan
    lagi kawasan pelancongan tersebut.                                                                   [ 6 ]      

Isi Utama
Huraian
Markah
1.Promosi
-Mempromosikan kawasan dan produk pelancongan kawasan melalui media massa dengan lebih meluas.
2
2.Menaiktarafkan kemudahan.
Menambah dan memperbaiki mutu perkhimatan yang disediakan seperti chalet,resort,restoran,jalan perhubungan,telekomunikasi dan sebagainya agar memenuhi kehendak pelancong.
2
3.Mewujudkan aktiviti rekreasi yang menarik.
Menambah dan mewujudkan aktiviti rekreasi laut,pantai,taman tema,pameran dan sebagainya mengikut keadaan semasa.
2
4.Mewujudkan landskap fizikal yang menarik./bersih.
-Mewujudkan taman,landskap flora yang menarik bagi memikat palancong.
-Memberikan tumpuan aspek meningkatkan kebersihan kawasan.
2
5.Pakej pelancongan yang menarik
-Mewujudkan pakej pelancongan yang menarik/murah bagi memikat pelancong.
2

Pemarkahan : Mana-mana 3 isi x 2 markah = maksimum 6 markah.
Skema Jawapan

Soalan ini adalah soalan kajian lapangan/luar,oleh itu jawapan calon mestilah memenuhi syarat-syarat berikut.
1.  Skala jawapan mestilah kecil dan khusus sifatnya.Merujuk kepada satu kawasan pelancongan yang kecil sahaja.Jawapan tidak boleh merujuk kepada banyak kawasan pelancongan.
2.  Jawapan tidak boleh merujuk kepada kawasan pelancongan yang terlalu luas/besar seperti daerah yang besar atau sebuah negeri.
3. Jawapan tidak boleh bersifat umum tanpa merujuk mana-man kawasan pelancongan.

(Jika jawapan calon tidak memenuhi syarat 1 2 dan 3 di atas,markah maksimum adalah 5/25 sahaja.)


SOALAN 8

a)         Apakah yang dimaksudkan dengan kemerosotan kualiti alam sekitar.    [ 5 ]             

            Kemerosotan alam sekitar fizikal ialah kemerosotan dari aspek kualiti
            meliputi tanah, udara, air, suhu, mineral dan kepelbagaian biologi’.                1

Alam sekeliling mengalami kemerosotan atau perubahan daripada
keadaan semulajadi menjadi kotor/tidak selesa/ tidak selamat untuk               1
digunakan dalam jangka masa yang panjang.

            Contoh hakisan tanah/ tanah runtuh/ banjir/ kemarau/pemanasan setempat.

            Udara tercemar IPU melebihi 50 / terdapat banyak gas beracun seperti
karbon dioksid, karbon monoksid, sulfur dsb / asap daripada kilang &             1
            kenderaan memasuki ruang atmosfera.

            Air tercemar – mengandungi banyak bahan BOD/ bahan toksid spt sisa
            makanan, bahan bukan organik, sisa buangan kilang, bahan kimia, raksa,      1
            plumbum, arsenik  atau jumlah pepejal terlarut ( TDS) dll.

            Kawasan sekeliling tercemar dengan sampah sarap dan berbau busuk/ bunyi
            bising dsb.                                                                                                           1
                                                                                    Pemarkahan : 5 isi x 1m = 5 markah

b)        Huraikan aktiviti manusia yang boleh menjejaskan alam sekitar.          [  10  ]
Judul isi jawapan
markah
b1   Pertanian : Pencemaran – penggunaan racun seperti DDT/
                          baja kimia – pencemaran air dan udara.

2
b2   Perindustrian :
i)   Mengeluarkan banyak asap – udara pencemara kilang simen- habuk debu
ii)    sisa buangan – peningkatan BOD/ kandungan bakteria  
escherichia coli (E Coli)/ kandungan amoniakal nitrogen (NH3), raksa dll dalam air – kilang makanan/ kimia
iii)   Peningkatan suhu setempat/ kesan rumah hijau      
                                                                    (Mana-mana 2m sahaja)


2

2

2
b3  Pembalakan/     i)   Peningkatan suhu - penyahutanan          
2
b4perikanan/
2
b5perlombongan / ii)   pencemaran bunyi/ udara / bunyi
2
b6pelancongan/
2
b7pembinaan
2

b8  Pembangunan tanah secara besar-besar untuk petempatan/ pembandaran/ infrastruktur
-      pencemaran sungai – pembukaan kawasan baru di bawah tanah rancangan/pembangunan wilayah/LKTP
-       Pembukaan KESEDAR,KEJORA, DARA/
-    Pembukaan KEJORA  - hulu Sungai Kelantan.   





2
b9  Pembakaran bahan api :
-       stesen jana kuasa dan alat-alat pembakaran bahan api seperti dandang – mengeluarkangas sulfur dioksida/nitrogen serta partikel-partikel halus ke udara.


2
b10  Penggunaan kenderaan bermotor/pengangkutan :
- membebaskan karbon monoksida  / dioksida/ plumbum/ kadmium/ raksa

2

b11 Pembakaran terbuka  - pelupusan sampah
2
                                                                     Pemarkahan   :   5 isi x 2m  =  10 markah

c)         Bincangkan kesan kemerosotan kualiti alam sekitar  terhadap manusia.     [ 10 ]

Judul isi jawapan
Markah

c1     Kegiatan ekonomi penduduk akan terjejas cuaca yang tidak menentu –   
         kejadian jerubu mengganggu  kegiatan pertanian, perikanan,
         perlombongan dll



2
c2    Menghadkan kegiatan sosial penduduk
         -   gangguan    riadah, pendidikan, sukan, perniagaan, perindustrian,  
             perkhidmatan dll



2
c3    Mengganggu keselesaan penduduk
-       keadaan yang panas , berpeluh dan
-       penyakit  kulit


2
c4    Masalah penyakit berjangkit dan kronik
       - penyakit tekanan darah tinggi, masalah kerosakan jantung,
         kerosakan buah pinggang dll



2  

C5   Keselamatan penduduk terjejas - Tanah runtuh, hakisan tanih 

2
                                       Pemarkahan :         Mana-mana 5 isi  x  2m    =    10 markah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...