PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, October 18, 2011

PERCUBAAN STPM KELANTAN 2010 GEOGRAFI KERTAS 1


1. (a) Apakah maksud sumber alam boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui [6]
Sumber alam tidak boleh diperbahrui ialah sumber yang akan pupus (1m)
apabila digunakan secara berterusan dan tidak boleh diganti semula dalam (1m)
keadaan asalnya. misalnya petroleum, gas asli, dan arang batu emas, besi,
timah, perak, tembaga dan lain-lain. (1m)
Sumber yang boleh diperbaharui ialah sumber yang berterusan dan tidak (1m)
pupus walaupun diguna berulang kali. Misalnya sumber tenaga solar, (1m)
Sumber air (hidro), sumber udara, angin, ombak, dan sebagainya. (1m)

(b) Merujuk kepada satu jenis sumber alam di Malaysia, huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi penerokaan dan penggunaan sumber alam tersebut . [9]

Calon mestilah memilih satu jenis sumber alam sahaja. Nyatakan jenis sumber = 1m

ISI UTAMA
HURAIAN
MARKS
b1 Nilai ekonomi yang dimiliki oleh sumber tersebut
· Harganya yang mahal, boleh dan menguntungkan apabila dieksport bagi menghasilkan pendapatan Negara.
2
b2 Mempunyai permintaan yang luas/baik
· Adanya permintaan yang tinggi terhadap sumber tersebut sama ada dari dalam atau luar Negara. Sumber berkenaan boleh memenuhi keperluan pengguna iaitu penduduk, sector industry, sektor perkhidmatan dll
2
b3 keupayaan sumber tersebut untuk membekalkan tenaga
· Sumber petroleum, gas asli, arang batu, tenaga hidro, tenaga solar dan lain-lain.
2
b4 Sifat-sifat yang dimiliki oleh sumber berkenaan
· Sumber tersebut banyak ‘berterusan’ tidak habis, mudah diperoleh, kosnya murah, bersih serta risiko terhadap aam sekitar yang minima.
2
b5 Faktor modal
· Adanya keupayaan modal untuk meneroka dan megeksploitasi sumber berkenaan khususnya bagi sumber yang memerlukan modal yang besar.
2
b6 Faktor tenaga dan kepakaran
· Adanya keupayaan teknologi untuk meneroka dan mengambil sumber tersebut khususnya bagi sumber yang memerlukan teknologi tinggi dan kepakaran tenaga mahir.
2
b7Keupayaan sumber untuk memenuhi keperluan tenaga kerja atau buruh apabila diteroka
· Menyediakan pekerjaan yang banyak
· menggurangkan pengganguran
· meningkatkan taraf hidup
2
b8 Keupayaan sumber tersebut untuk mengge
rakkan sektor ekonomi yang lain dalam negara berkenaan.
· Sumber perlombongan membantu memperkembangkan sektor industri dan perkhidmatan.
· kesan pengganda
2

Markah maksimum
8m
Catatan :
Jumlah markah 8+ 1 = 9 markah
Jika calon tidak menyatakan jenis sumber markah maksima
x/9x4.
Jika calon menjawab lebih dari satu sumber pilih satu yang dominan sahaja dari jawapan calon



(c) Berdasarkan satu jenis sumber alam yang anda pilih pada soalan (b),
Jelaskan kesan-kesan penerokaannya terhadap alam sekitar fizikal. [10]
ISI UTAMA
HURAIAN
MARKS
c1 -perubahan pandang darat
-penggondolan kawasan tanah tinggi
· Kawasan lombong tinggal, lekukan-lekukan seperti disekitar Ipoh, Taiping, dan lain-lain
· pembalakan, bukit gondola
2
c2 Kehilangan tanah penutup dan gangguan ke atas struktur tanah
· Tanah kehilangan kesuburan.
2
c3 Hakisan tanah dan tanah runtuh
· Sungai menjadi cetek, keroh dan pemendapan menyebabkan banjir
· penerokaan hutan
2
c4 Pencemaran Air,
pemendapan lumpur
· Sungai, tasik tercemar kerana tumpahan minyak semasa mencari gali atau penerokaan sumber. Gangguan terhadap kehidupan akuatik
· sungai cetek
2
c5 Pencemaran udara
· Habuk-habuk, debu-debu kawasan lombong serta berlakunya hujan asid Di pelantar minyak.
2
c6 Pemanasan Setempat
· Pemerosesan gas asli dan Petroleum seperti di Kerteh
· penerokaan hutan pembalakan, dll
2
c7 Pencemaran Bunyi
· Proses memecah kuari -penggunaan bahan letupan
2
c8 Kemusnahan Hutan
· Menjejaskan hidupan flora dan fauna
2

JUMLAH MAKSIMUM
10


2. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan migrasi dalaman ? [5]
Migrasi dalaman merujuk kepada perpindahan penduduk dari satu tempat ke (1m)
tempat yang lain yang hanya melintasi sempadan di dalam negara itu (1m)
sahaja seperti sempadan antara daerah, sempadan antara luar bandar
dengan bandar, sempadan antara negeri, sempadan antara Bandar dan (1m)
sebagainya dalam tempoh tertentu.Contohnya dari Tumpat ke Kuantan. (1m)


b) Jelaskan faktor-fakor yang mempengaruhi migrasi dalaman di Malaysia . [10]
ISI UTAMA
HURAIAN
MARKS
b1 Peluang pekerjaan
· Peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih lumayan seperti migrasi dari Kelantan ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan pekerjaan.
2
b2 Pendidikan
Melanjutkan pelajaran
· Melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi seperti dari Rantau Panjang, Kelantan ke UPSI
2
b3 Kesihatan
· Mendapatkan rawatan kesihatan, seperti rawatan tradisional yang memerlukan tempoh masa yang lama
2
b4 Dasar Kerajaan
· Menempatkan penduduk ke kawasan pembangunan wilayah, polisi pembandaran, membangunakan kawasan pinggir bandar
2
b 5 Faktor mikro
· Perkahwinan, ikatan kekeluargaan, persaraan
2
b6 Infrastruktur
· Jalanraya
· Rekrasi/hiburan
2

JUMLAH MAKSIMUM
10

(c) Huraikan kesan-kesan migrasi dalaman terhadap sosio ekonomi dan alam
      sekitar fizikal. [10]
ISI UTAMA
HURAIAN
MARKS
NEGATIF
c1 Tekanan terhadap sumber alam khususnya sumber tanah
· Berlaku persaingan guna tanah yang ketara antara petempatan, industry, pembandaran, kemudahan asas, pertanian dan sebabgainya
2
c2 Pencemaran dan kerosakan sumber alam
· Pertambahan penduduk di Bandar-bandar besar akibat migrasi telah menyebabkan kadar pencemaran udara dan air.
2
c3 Kepupusan Sumber alam
· Migrasi masuk penduduk terhadap sesuatu kawasan yang mempunyai sumber berrpotensi menyebabkan lama kelamaan sumber tersebut mengalami kepupusan dan diancam kehabisan khususnya sumber yang tidak boleh diganti
2
c4 Pembaziran terhadap sumber
· Fnomena migrasi tenaga kerja dari sector pertanian dan perikanan dari luar Bandar ke sector industry dan perkhidmatan di Bandar menyebabkan kawasan desa yang ditinggalkan menjadi lebih mundur
2
c5 Kesan terhadap Ekonomi
· Timbul pelbagai masalah sekiranya aliran masuk dan keluar migrant terus meningkat di kawasan Bandar dan luar Bandar.
2
c6 Kesan Sosial
· Masalah jenayah, kemiskinan, penyalahgunaan dadah, samun, ragut dan sebagainya.
2
POSITIF
c7 Peningkatan pembangunan sumber alam.
· Migrasi masuk penduduk ke sesebuah kawasan membolehkan kawasan itu mempunyai tenaga buruh yang mencukupi bagi menjana dan membangunkan sumber alam yang ada.
2
c8 Tekanan kependudukan dan sumber alam
· Dapat dikurangkan melalui migrasi keluar penduduk dari kawasan tersebut. Contohnya melalui program transmigrasi penduduk Pulalu Jawa ke pulau-pulau lain di Indonesia sedikit sebanyak mengurangkan tekanan penduduk yang selama ini berlaku di Pulau Jawa.
2

JUMLAH MAKSIMUM
10








3.(a) Jadual 1 dibawah menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ( peratus ) bagi
         beberapa buah Negara maju dan Negara sedang membangun terpilih antara tahun 1995  
         hingga  tahun 1999.

     Jadual 1
Negara
Kadar Pertumbuhan penduduk tahunan ( % )
1995
1996
1997
1998
1999
Amerika Syarikat
0.9
0.9
0.9
1.0
1.0
United Kingdom
0.4
0.3
0.4
0.3
0.3
Jepun
0.2
0.2
0.2
0.2
0.2
Indonesia
1.6
1.6
1.5
1.5
1.5
Filipina
2.3
2.3
2.3
2.2
2.2
Malaysia
2.8
2.3
2.3
2.3
2.4


(i) Dengan menggunakan jadual 1, siapkan sebuah graf garis yang sesuai bagi menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan di beberapa buah negara maju dan negara sedang membangun terpilih antara tahun 1995 hingga 1999. [ 9 ]

Graf Garis : Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan di beberapa buah Negara maju dan Negara sedang membangun terpilih 1995 hingga 1999

Tajuk = 1m
Petunjuk = 1m
Skala = 1m
Plotan ( 6 x 1m) = 6m
Jumlah = 9m

(ii) Kenal pasti negara dan jelaskan faktor pertumbuhan penduduk tinggi [10]
Negara pertumbuhan penduduk tinggi ialah Malaysia dan Filipina : 2 m
Isi Utama
Huraian
Marks
a(ii)1 Faktor semula jadi
a(ii)2Kadar kelahiran tinggi
a(ii)3Kadar kematian rendah
· Kahwin pada usia muda. dll.
· Taraf kesihatan yang baik, kemajuan teknologi perubatan. dll.
· Peningkatan jangkahayat. Amalan pemakanan dan penjagaan kesihatan dll.
· Kegagalan program perancangan keluarga.
· Pendapatan dan taraf hidup meningkat.
2
2
2
2
a(ii)4 Faktor migrasi
· Aliran migrasi masuk yang tinggidi Malaysia akibat faktor tarikan.
· Perkembangan pesat ekonomi moden (perindustrian, perkhidmatan dan perniagaan).
· Menyediakan peluang pekerjaan yang luas dan tawaran gaji yang menarik.
· Kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang baik meningkatkan ketersampaian dan telekomunikasi dan lain-lain.
2
2
2
2

Jumlah markah 8+2 = 10m
Maksimum = 8m

iii) Kesan pertumbuhan penduduk terhadap demografi dan sosioekonomi [6]

Isi Utama
Huraian
Markah
a(iii)1 Pekerjaan
Bekalan tenaga kerja pada masa hadapan (pertanian, industri dan perkhidmatan)
2
a(iii)2 Meluaskan pasaran
Peningkatan permintaan barangan Perkhidmatan
2
a(iii)3 Perbelanjaan kerajaan
Pertambahan perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan kemudahan asas, pendidikan, kesihatan dan lain-lain.
2
a(iii)4 Perumahan
Setinggan Pencemaran
2
a(iii)5 Masalah sosial
Peningkatan jenayah Kekurangan kemudahan asas
Pengangguran Kesesakan penduduk
2

Maksimum
6
ATAU
(b) Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan,
     (i) Pilih satu kegiatan ekonomi primer dan namakan kawasan kajian. [2]
Menamakan satu aktiviti eonomi primer
Menamakan sebuah kawasan yang mungkin terdiri daripada : sebuah kampung, desa, petempatan felda dl
Jika tidak menepati sektor primer atau kawasan tidak menepati x/25x5
1
1
Max = 2m

(ii) Nyatakan kaedah kajian yang telah digunakan. [3]
ISI UTAMA
MARKS
Antara Tiga kaedah yang boleh diguna ialah:
1. Pemerhatian tentang jenis pekerjaan/aktiviti ekonomi isi rumah.
2. Temubual dengan responden di kawasan kajian
3. Kaji selidik . Menggunakan borang soal selidik. Responden dipilih secara rawak untuk disoal selidik.
4. Kajian data sekunder . Berdasarkan data yang sedia ada dari balai penghulu atau dari pejabat daerah dan agensi kerajaan yang lain.
Pemarkahan : 1 isi x 1 markah
1
1
1
1
1
Max
3 Markah

(iii) Huraikan empat ciri kegiatan ekonomi tersebut. [8]
Isi Jawapan
Huraian dan Contoh
Markah
b(iii)1- Jenis/hasil : tanaman/ tangkapan/mineral/kayu
· Tanaman : kelapa sawit, getah dll
· Tangkapan : ikan   · Jenis Mineral
· Jenis kayu              · dll
2
b(iii)2 Skala operasi
· besar           · kecil                     · sederhana
2
b(iii)3- Orentasi pengeluaran
· eksport       · dalam negara        · sara diri
2
b(iii)4-Kaedah/penggunaan teknologi/peralatan
· Tradisonal     · moden
2
b(iii)5. penggunaan buruh
· keluarga        · upah
2
b(iii)6- modal /pemilikan
· persendirian    · kerajaan     · swasta
2
Pemarkahan :Open Marking  4 isi x 2 Markah = 8 Markah
Panduan Pemarkahan:
1. Isi sahaja tanpa huraian (Listing only) - 3 isi = 1 markah. MAX 3
2. Isi dengan huraian longgar = 1 markah bagi setiap isi
3. Isi dengan huraian mantap = 2 markah bagi setiap isi
4. Isi dengan huraian longgar dan contoh = 2 markah bagi setiap isi
MAX = 8

4. (a) Apakah yang dimaksudkan pertanian lestari. [ 5]
Pertanian Lestari bermaksud kegiatan/aktiviti pertanian (1) yang dijalankan secara berterusan (1) untuk menampung keperluan makanan dan bahan mentah penduduk tempatan.  (1) Namun, aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar diambilkira(1)  agar generasi
akan datang dapat menikmati sumber alam. Contoh, aktiviti pertanian berteres, pertanian
bergilir, penggunaan baja organic dan kaedah biotikn untuk mengawal serangga dan
binatang perosak.[1]

(b) Jelaskan masalah yang dihadapi untuk memajukan aktiviti pertanian di Malaysia. [10]
Isi Utama
Huraian
Markah
b1 Masalah modal
· Kemiskinan     · Sukar mendapat pinjaman
· Kekurangan bantuan
2m
b2 Masalah buruh
· Kurang minat   · Tiada bekalan buroh    · Upah murah
2m
b3 Masalah pasaran dan persaingan Negara luar
· Pasaran terhad dalam dan luar Negara
· Harga turun naik    · Perlambakkan
2m
b4 Masalah tanah
· Saiz tanah tidak ekonomi (saiz kecil)
· Kehilangan kesuburan
· Persaingan dengan sektor ekonomi lain
2m
b5 Masalah ancaman fizikal
· Banjir atau hujan lebat        · Kemarau
· Angin kencang                    · Kemasinan air
2m
b6 Masalah teknologi
· Teknologi dan kepakaran rendah
· Tahap pendidikan dan kemahiran rendah
· Kaedah tradisional
2m
b7 Masalah serangan musuh dan penyakit
· Penyakit pokok contoh padi (bena perang, kulat dan lain-lain)
· Tikus, siput gondang emas dan burung
2m
b8 Masalah kurang penyelidikan (R&D)
· Kekurangan dalam kajian dan penyelidikan seperti benih, baja, penyakit dan cepat matang, dan lain-lain.
2m

Jumlah markah
Max = 10

(c) Huraikan langkah-langkah yang boleh dijalankan untuk meningkatkan kemajuan
      sektor pertanian di Malaysia. [10]
Isi Utama
Huraian
Marks
c1 Modal
· Subsidi atau bantuan kerajaan beri contoh
· Kemudahan pinjaman kewangan atau bank
2m
c2 Buruh
· Kursus dan latihan kepada petani
· Meningkatkan kemahiran tenaga buruh/member ilatihan/kepakaran
2m
c3 Pasaran
· Sistem pemasaran yang cekap spt FAMA, MARDEC, BERNAS dalam mengawal harga dan pasaran
· Promosi produk pertanian dalam dan luar Negara
· Menangkis provokasi pasaran komoditi pertanian Malaysia
2m
c4 Memperluaskan rancangan pembangunan tanah
· Pembangunan wilayah spt KESEDAR, KETENGAH, DARA dan lain-lain.
· FELDA
2m
c5 Teknik pertanian
· Sistem pengairan dan baikpulih
· Penggunaan teknologi moden cth jentera, mesin, baja, racun dll.
· Hidroponik dll
2m
c6 Teknologi dan R&D
· Peranan institusi penyelidikan pertanian spt MARDI, IPPA dll.
· Guna benih berkualiti, tahan penyakit, cepat matang dll.
2m
c7 Impot buruh dari Thailand dan Indonesia
· Mengurangkan masalah kekurangan tenaga buruh
2m
c8 Penyatuan tanah
· Pengurusan sistematik ala mini estet
· Penyatuan tanah oleh RISDA dan FELCRA
· Ladang berkelompok/Merdeka
2m

Jumlah markah
Max = 10

5(a) Nyatakan ciri-ciri perikanan laut dalam. [5]
ISI UTAMA
HURAIAN
MARKS
a1 Lokasi perikanan
· Lokasi perikanan: Kawasan perairan antarabangsa seperti Lautan Pasifik dan Lautan Hindi,
· Laut Cina Selatan
· jarak 32 km dari pantai dan kedalaman 180m.
1
a2 Teknologi atau peralatan moden
· Kapal besar lengkap dengan sistem telekomunikasi ,GPS, alat sonar ,canggih, pukat tunda, pukat harimau dan kemudahan dingin beku.
1
a3 Skala pengeluaran besar
· kuantiti yang banyak untuk memenuhi pasaran tempatan dan dieksport
1
a4 Modal besar
· Modal besar tempatan daripada Bank Perdagangan Tempatan, seperti Agro Bank, dimiliki oleh syarikat swasta atau koperasi nelayan dan modal pelabur asing
1
a5 Tempoh masa
· Tempoh masa: nelayan ke laut lebih daripada seminggu.
1
A6 Jenis tangkapan
· Ikan yu, ikan jerung , tuna , tenggiri


Pilih mana-mana 5 X 1m
5

b) Jelaskan kepentingan perikanan laut dalam kepada pembangunan ekonomi dan sosial
sesebuah negara [10]
ISI UTAMA
HURAIAN
MARKS
b 1 Dapat dijadikan sumber makanan @ protein
· Budaya pemakanan penduduk dan sumber protein penduduk di sebahagian besar negara-negara Asia Pasifik. Negara Malaysia amat bergantung kepada bekalan ikan laut dalam.
2
b 2 Dapat menyumbang pendapatan negara@ KDNK melalui hasil eksport
· Hasil tangkapannya dieksport ke Singapura , Jepun dan Taiwan. Hasil eksport ini dapat meningkatkan pendapatan negara.
· Melalui hasil eksport yang menyumbang kepada kemasukan mata wang asing ke Malaysia
2
b 3 Dapat menyediakan peluang pekerjaan
· Seperti nelayan, pekerja kilang memproses, kilang ais penyelidik dll kepada penduduk setempat. Ini akan meningkatkan pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk dan mengurangkan kadar pengangguran.
2
b 4 Kesan pengganda
· Industri perikanan turut membantu dalam menggalakkan perkembangan industri yang berkaitan seperti industri pengetinan hasil laut, industri pemprosesan ikan kering, keropok ,kilang ais dan sebagainya.Sektor industri ini menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk tempatan
2
b 5 Dapat meningkatkan penggunaan teknologi moden
· Penggunaan teknologi moden dalam negara khususnya teknologi perikanan seperti teknologi awet beku, penggunaan radar pengesan,penyediaan habitat tiruan atau tukun dan sebagainya.
2
b 6 Dapat mengurangkan import hasil perikanan,
· Mengurangkan pergantungan import hasil perikanan, seperti ikan, udang, ketam daripada negara asing, seperti Thailand dan dan mengurangkan pengaliran keluar wang negara ke negara asing dan mengurangkan defisit imbangan dagangan.
2
b7 Dapat memajukan infrastruktur
· Mengembangkan infrastruktur seperti, bekalan air bersih, elektrik 24 jam, hospital, klinik, sekolah, balai polis,rangkaian telekomunikasi, kedai,dewan serbaguna, masjid dan rumah ibadat lain. Contoh, di Tok Bali ,Kelantan.
2
b 7 Dapat memajukan bandar lama dan mewujudkan pekan@bandar baru
· Seperti Bandar Tumpat dan Kuala Besut yang dilengkapi dengan infrastruktur yang lengkap, kesan perkembangan sektor perikanan dan Pekan Baru Tok Bali, Kelantan.
2

Pilih mana-mana 5 X 2m
10




(c) Huraikan masalah yang dihadapi untuk membangunkan sektor perikanan laut dalam. [10]
ISI UTAMA
HURAIAN
MARKS
c1 Kekurangan tenaga buruh
Golongan muda lebih tidak berminat menceburi sektor perikanan, lebih gemar berkerja kilang di bandar.
Kekurangan tenaga buruh mahir tempatan kerana kekurangan graduan lepasan IPTA dalam bidang Perikanan.
2
c2 Persaingan pasaran
Berlaku persaingan pasaran dengan hasil perikanan yang diseludup daripada negara jiran, seperti Thailand.
Berlaku juga persaingan hasil perikanan negara di pasaran antarabangsa. Contoh, hasil perikanan tempatan bersaing dengan negara pengeluar lain, seperti Indonesia dan Thailand
Ini menyebabkan pasaran hasil perikanan negara adalah terhad di pasaran antarabangsa.
2
c 3 Kekurangan modal
Sukar dapat kelulusan pinjaman dari bank seperti Agro Bank,Koperasi Nelayan kerana syarat pinjaman yang ketat untuk membeli bot besar dan peralatan menangkap ikan.
2
c 4 Kekurangan teknologi moden
Kekurangan modal untuk membeli bot/kapal besar serta peralatan moden menangkap ikan telah menyukarkan nelayan menangkap ikan di laut dalam dan keluar menangkap ikan dalam tempoh melebihi seminggu.
2
c 5 Masalah keselamatan
Ancaman lanun,ancaman daripada nelayan negara lain disebabkan kawasan tangkapan berada didalam kawasan ZEE dengan persaingan yang terbuka.
2
c 6 Masalah ancaman fizikal
Laut yang bergelora pada musim tengkujuh di Pantai Timur Semenanjung dan fenomena jerebu di perairan laut berbahaya kepada nelayan.
2
c 7 Kekurangan sumber ikan
Tumpahan minyak kapal tangki dan kebocoran paip petroleum telah menjejaskan ekosistem hidupan akuatik marin termasuk sumber ikan
2

Pilih mana-mana 5 X 2m
10

6. (a) Nyatakan ciri-ciri Hutan Hujan Tropika. [5]
ISI UTAMA
HURAIAN
MARKAH
a1 Malar hijau sepanjang tahun
· Pertumbuhan hutan dipengaruhi oleh ciri-ciri iklim Khatulistiwa yang panas,lembab dan disinari cahaya matahari sepanjang tahun, min suhu tahunan 26.7˚ C, min hujan tahunan 2020mm setahun, kelembapan bandingan melebihi 90% .
1
a2 berkayu keras
· Jenis pokok yang berkayu keras seperti cengal, meranti, remmerbau, dll
1
a 3 Pokok balak
· Pokok balak ini berdaun lebar, berbatang besar, tinggi, beraberakar banir, seperti Cengal, Meranti, Seraya,
· Keruing, Berlian dan lain-lain.
1
a4 Berbentuk kanopi
· Profil hutan ini adalah tebal dan berbentuk bentuk kanopi empat lapisan.Contoh.
1
a5 Menjadi habitat fauna
· Terdiri daripada pelbagai spesis serangga, unggas, dan bina binatang liar, seperti ular, harimau, beruang, gajah, pelanduk, dan lain-lain.
1
a6 Tumbuhan lantai
· Tumbuhan lantai yang kurang kerana cahaya matahari dihalang oleh kanopi lapisan hutan.
1

Mana-mana 5 X 1m
5m

(b) Jelaskan mengapa hutan masih dianggap sebagai sumber ekonomi penting bagi negara Malaysia. [10]
UTAMA
HURAIAN
MARKS
b1. Sumber pendapatan eksport negara
· Mengeksport hasil hutan seperti, balak, kayu gergaji, papan lapis, rotan dll ke luar Negara. Contoh : Jepun, Amerika Syarikat, Singapura.
· Aliran mata wang yang lebih tinggi nilainya, menambah pendapatan negara.
2
b2. Membuka banyak peluang pekerjaan
· Di sektor pengurusan, pengeluaran, pemprosesan, mengurangkan kadar pengangguran, meningkatkan taraf hidup. Contoh : bekerja kilang.
2
b3. Memajukan indusrti yang berkaitan / industri hiliran
· Bahan mentah untuk industri perabot, industri pembinaan & industri mengilang kayu.
· Buka banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan perkapita
2
b4. Memajukan industri pelancongan
· Tarikan ekopelancongan iaitu sumber hutan.
· Pelbagai spesis flora & fauna di taman-taman negara / hutan simpan
· Contoh : Taman Negara Pahang, TN Bako, TN Mulu.
2
b5. Sumber ekonomi
Orang Asli
· Masyarakat orang asli yang menjalankan pertanian pindah, mengutip hasil hutan dan berburu binatang
· Tempat tinggal dan mendapatkan sumber makanan serta sumber jualan seperti rotan, damar, akar kayu.
2

Mana-mana 5 isi X 2m
10m

(c) Huraikan langkah ke arah penglestarian sektor perhutanan di Malaysia. [10]
Isi Utama
Huraian
Markah
c1 Langkah
Perundangan.
· Dasar Perhutanan Negara 1978,larangan menebang, menceroboh, memburu.
· Hutan diwartakan sebagai hutan simpan.
· Tarik lesen, menyita jentera pembalakan
· Denda menceroboh sehingga maksimum RM 50 000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali
2
2
2
2
Max = 2m
c2 Langkah .
Pengurusan
Strategik
· Mewartakan kawasan hutan simpan seperti hutan perlindungan, hutan berhasil dan hutan lipur.
· Melaksanakan penebangan terpilih iaitu:-
· Sistem Penebangan
· Sebaya (MUS)
· Tempoh pusingan tebangan MUS 60 tahun hingga 80 tahun.
· Sistem Penebangan Terpilih (SMS)
· SMS- Pokok yang diameter minimum 45cm – 50cm sahaja yang ditebang
· Menitikberatkan penebangan hutan secara sistematik dan berjadual.
· Program sistem ladang hutan. – Menanam spesis kayu yang cepat tumbuh – jangkaan pusingan hidup 15 tahun.Contoh, Akasia, Sentang, Batai.
· Usaha-usaha Penyelidikan dan Pembangunan R&D.
· Pengurusan, pembiakbakaan, kawalan serangga dan penyakit, bekalan stok dll.
Badan-badan yang terlibat –FRIM, UPM,Jabatan Perhutanan
· Menggunakan sumber Alternatif.
· Menggunakan,aluminium,besi,keluli batu-bata, simen untuk pembinaan. Menggunakan plastik, menggantikan bag kertas dll.
2
2
2
2
2
2
Max = 6m
c 3 Kempen dan
Pendidikan.
i. Formal – kurikulum sekolah &IPTA– UPM, UTM, Geografi dan interdisiplin dalam sains
ii. Tidak formal – Kempen kepada orang ramai. “Cintailah Hutan Kita” – Badan yang terlibat NGO, SAM.
iii Kerjasama kerajaan dengan negara serantau ASEAN seperti menyertai Program Alam Sekitar ASEAN dan program
   Antarabangsa, WWF
2
2
2
Max = 2m

Mana-mana 5 X 2m
10m

7 (a) Nyatakan taburan lokasi lima jenis mineral utama negara Malaysia (5 markah)
Petroleum
Luar pantai Terengganu,luar pantai barat Sabah,luar pantai Sarawak.
Gas asli
Luar pantai Kelantan,luar pantai Terengganu,luar pantai Sabah dan Sarawak
Bijih timah
Lembah Kinta,Sungai Lembing Pahang.
Emas
Bau Sarawak,Raub Pahang,Lubuk MandiTerengganu
Bijih besi
Semeling Kedah,Ipoh Perak.
Bauksit
Teluk Ramunia,Seri Medan Johor.
Tembaga
Mamut Sabah
Catatan : i. Terima mana-mana jenis mineral dan lokasi yang betul
    ii. Jenis mineral tanpa lokasi atau lokasi salah tiada markah.

(b) Merujuk kepada negara Malaysia,huraikan bagaimana aktiviti perlombongan memberi impak
     ke atas alam sekitar fizikal dan, [10]
Isi Utama
Huraian
Markah
Perlombongan bijih timah
· wujud kesan lekukan dan tasik yang sukar ditimbus akibat penggunaan kapal korek.
2
Perlombongan bijih timah
· kawasan lombong menjadi gersang dan tandus tidak sesuai untuk pertanian –akibat pembuangan tahi/sisa bijih timah.
2
Perlombongan kuari
· pencemaran udara akibat penggunaan bahan letupan-debu berterbangan di kawasan sekitar.
2
Perlombongan petroleum
· pencemaran air laut di kawasan pelantar minyak akibat kebocoran saluran paip-mengancam hidupan akuatik.
2
Perlombongan emas/kuprum
· kemusnahan kawasan hutan akibat aktiviti mencari gali.
2
Perlombongan pasir
· mengeruhkan /mencemarkan air sungai
2

Markah maksimum
10m

(c) Huraikan langkah-langkah pemuliharaan dan pemeliharaan yang boleh diambil untuk  
      mengurangkan impak negatif tersebut. [10]
Isi Utama
Huraian
Markah
Perundangan
i. Penguatkuasaan Undang- undang
ii. Pemantauan
· Tingkatkan lagi penguatkuasaan Akta Alam Sekeliling 1974.
· Tingkatkan pemantauan ke kawasan perlombongan oleh Jabatan Alam Sekitar ,Pihak Berkuasa Tempatan.
2
2
Maksimum = 2m
Pengurusan alam sekitar
iii. Kitar semula
· Kitar semula bahan-bahan terbuang yang diperbuat daripada hasil perlombongan
· mengurangkan kesan negatif pada alam sekitar fizikal-contoh-kitar semula besi,dll.
2
iv. Cari sumber alternatif
· Cari sumber alternatif-mengurangkan tekanan kepada usaha mencari gali sumber logam yang menghasilkan bahan api. Contoh penggunaan plastik
2
v. Tebus guna tanah
· Tebus semula kawasan lombong bijih timah-tempat rekreasi/petempatan/penternakan
2
vi. Zon Penampang
· mewujudkan zon penampang di antara kawasan perlombongan kuari
2
Maksimum = 6m
Kempen dan pendidikan
vii. Pendidikan
v. Seminar/ceraman
· Mendidik masyarakat supaya lebih menghargai alam sekitar fizikal
· Seminar/ceramah kepada syarikat-syarikat perlombongan.
2
2
Maksimun = 2m

Markah maksimum
10m


8. (a) Sebutkan dua jenis industri primer dan dua jenis industri sekunder. [4]
Isi Utama
Contoh
Markah
Industri primer
· Memproses hasil Pertanian.
1
· memproses memproses pembalakan
1
· memproses hasil perikanan
1
· memproses perlombongan
· dll yang sesuai
1
Mana-mana 2 jenis industri primer
Max = 2m
Industri sekunder
· Industri petrokimia
1
· Industri
· membuat minuman/makanan
1
· Industri pembuatan/elektrik/elektronik
· Dll yang sesuai
Mana-mana 2 jenis industri sekunder
1
Max =2 m
Jumlah
Catatan : Terima mana-mana jawapan yang betul mengikut kategori.
4m


(b) Jelaskan mengapakah industri perkilangan semakin dimajukan di Malaysia [10]
Isi Utama
Huraian
Markah
i. Pendapatan Negara
· Boleh menyumbangkan kepada pendapatan negara-hasil utama Negara - eksport peti sejuk,penghawa dingin yang utama di dunia.
· Tukaran mata wang asing yang utama
2
ii. Peluang pekerjaan
· Boleh mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat-meningkatkan pendapatan penduduk-mengurangkan pengganguran. Contoh : pekerja kilang elektronik sebagai operator pengeluaran, juruteknik, dll
2
iii. Pembangunan Kawasan luar Bandar
· Memajukan kawasan luar bandar-dapat mengurangkan migrasi penduduk
· luar bandar ke bandar
2
iv. Sumber bahan mentah
· mampu memajukan industri primer-sebagai bahan mentah industri perkilangan- seperti getah dan kelapa sawit.
2
v. Penggantian bahan import.
· mengurangkan import barangan dari negara lain.
· pengaliran keluar wang negar dapat dikurangkan .
· perdagangan lebih seimbang
· contoh : sumber makanan
2

Markah maksimum
10m


(c) Dengan merujuk kepada satu jenis industri perkilangan di Malaysia, jelaskan kesan aktiviti
tersebut ke atas alam sekitar fizikal. [11]
Satu jenis industri perkilangan yang dipilih : 1m
Calon hendaklah merujuk kepada satu jenis industri sahaja. Jika merujuk kepada pelbagai jenis industri pilih yang dominan sahaja.
Isi Utama
Huraian
Markah
i. Pencemaran udara
· kilang yang menggunakan bahan api seperti diesel sebagai bahan bakar-mewujudkan hujan asid.
2
ii. Pencemaran air
· kilang yang menyalurkan sisa toksid/cecair ke dalam sungai mengancam ekosistem sungai.
2
iii. Pencemaran bau
· terutama dari kilang petrokimia, kelapa sawit,getah dll
2
iv. Kemusnahan flora dan fauna/gangguan ekosistem
· Gangguan kepada flora dan fauna apabila hutan dibersihkan untuk dijadikan kawasan tapak kilang.
2
v. Peningkatan suhu
· Berlaku peningkatan suhu setempat kerana kawasan kilang tidak ada kawasan hijau.Permukaan bumi dikawasan tersebut terdedah kepada pancaran matahari secara terus.
2


10m








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...