PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Saturday, October 22, 2011

PERCUBAAN GEOGRAFI KERTAS 2 STPM NEGERI TERENGGANU 2011, SOALAN 5 - 6


5.(a) Apakah yang dimaksudkan dengan "Pembangunan Yang Tidak seimbang" [5] 
Huraian /Contoh
M
·      Merujuk kepada aras kemajuan sosio‑ekonomi yang tidak sama, rata dicapai antara kawasan /wilayah dalam sesebuah negara. Petunjuk perbezaan indeks sosio­ekonomi yang boleh digunakan antaranya ialah pendapatan perkapita,kuasa beli penduduk, tabungan, taraf kesihatan seperti nisbah doctor-pesakit, taraf pendidikan seperti kadar buta huruf dll. Di Malaysia amat jelas ada kawsan yang maju/membangun dan ada kawasan yang mundur/tiada pembangunan.
·      Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang di Malaysia boleh dikenalpasti antara kawasan Semenanjung Malaysia berbanding kawasan di Sabah dan Serawak. Begitu juga antara kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia dengan kawasan di pantai timur. Bandar denga Mar Bandar atau juga antara kaum­kaum wujud keadaan ketidakseimbangan yang amat ketara.

3





2

(b) Dengan merujuk kepada Negara Malaysia, terangkan mengapakah wujudnya 
      pembangunan yang tidak seimbang dalam negara tersebut. [12]
Isi /Fakta
Huraian/Contoh
M
B1.  Perbezaan bentuk muka bumi dan kesuburan tanah
Perbezaan muka bumi yang bergunung ganang bertanah tinggi, berbukit-bukau, lembah, lurah dengan kawasan yang pamah, rata,subur (alluvian, laterite, gambut) dan beralun yang boleh mempengaruhi kemajuan pertanian dan juga ketersampaian

3
B2. Taburan sumber mineral, hutan dan bahan mentah
Ada kawasan yang kaya dengan mineral lebih awal diterokai dan dimajukan seperti penerokaan bijih timah di Kuala Lumpur , Ipoh dan Seremban berbanding dengan lain-lain kawasan yang tidak berpotensi


3
B3.  Faktor penjajahan/sejarah
Dasar pecah dan perintah oleh Inggeris dan polisi yang hanya memajukan kawasan berpotensi atau kawasan pentadbiran mereka sahaja dengan mengabaikan kawasan tertentu di luar bandar dan rnenggagihkan sektor-sektor ekonomi berorietasikan kaum tertentu yang wujud sehingga hari ini

3
B4. Dasar dan polisi kerajaan
Program kerajaan pada awal kemerdekaan lebih menumpukan kepada rancangan pembangunan pertanian, perindustrian, infrastruktur jalan raya dan pembandaran di kawasan terpilih iaitu di ka,wasan/negeri negeri di pantai barat sahaja. Kawasan/negeri pantai timur hanya dimajukan secara agresif selepas tahun-tahun 1990an

3
B5. Proses perindustrian
Taburan dan kemajuan ekonomi industri serta rantaian ekonomi yang berkaitan hanya tertumpu disesuatu kawasan sahaja khususnya dijaluran estet perindustrian pantai barat. la telah menggalakkan migrasi dari kawasan mundur atau tiada industri ke kawasan yang telah sedia maju.

3
B6.  Faktor urbanisasi/
pemban daran
Perkembangan dan kewujudan bandar-bandar baru atau pusat-pusat pertumbuhan baru juga terdapat di pantai barat Semenanjung Malaysia berbanding dengan kawasan pantai timur, Sabah dan Sarawak

3
B7. Faktor sosial
Kemudahan pendidikan, institusi latihan, kemudahan asas, utiliti, jaringan pengangkutan dll lebih tertumpu di kawasan tertentu yang memudahkan pembauran pelbagai inovasi baru mengenai pembangunan sedangkan kawasan lain lambat menerimanya

3

4 faktor  X  3 m  = 12m

                                                                                       
c) Jelaskan kesan pembangunan ekonomi yang tidak seimbang terhadap sumber alam di Malaysia. [8]

Isi /Fakta
Huraian/Contoh
M
C1. Pembaziran sumber seperti sumber tanah, perikanan dan pertanian
Sumber –sumber yang ada khususnya sumber tanah di kawasan yang mundur/ tidak dimajukan/ kawasan yang mengalami migrasi keluar akan rnembazir dan terbiar. Contoh – wujud masalah tanah terbiar
2
C2. Tekanan terhadap sumber khususnya tanah
Tumpuan pembangunan di kawasan maju dan padat  penduduk seperti di kawasan bandar menyebabkan wujud persaingan guna tanah, saiz tanah menjadi semakin sempit. nilai tanah meningkat, hilang kesuburan.

2
C3. Pencemaran Kemerosotan terhadap sumber air
Pembangunan ekonomi yang dijalankan di kawasan penduduk padat akan meningkatkan pencemaran Sumber air seperti pembebasan sisa toksik yang disalurkan oleh kilang ke kawasan sungai berhampiran seperti sungai Gombak menyebabkan hidupan akuatik terjejas.

2
C4 Kemusnahan Sumber Hutan
Tumpuan penduduk di kawasan yang padat akan menyebabkan banyak kawasan hutan terpaksa digondolkan untuk pembinaan petempatan, perkilangan dan kemudahan infrastruktur seperti
jalanraya dan lebuh raya contohnya Lebuhraya Persekutuan.

2
C5 Kepupusan Sumber Galian
Permintaan penduduk yang padat terhadap sumber  galian seperti bijih timah, petroleum menyebabkan sumber galian tersebut pupus contohnya bijih timah di Lembah Kinta akibat eksploitasi yang berlebihan.

2
Pemarkahan : 4 isi x  2 markah = 8 markah

                                
6 (a) Apakah yang anda faham dengan petempatan setinggan. [5]
Proses menduduki / mendiami bangunan / tanah yang bukan hak niilik /secara haram atau tidak sah. Seperti tanah rizab kerajaan, rezab sungai, kawasan bekas ombong, atau kawasan terbiar di dalam bandar.

b) Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan petempatan setinggan di sebuah negara yang anda kaji. [10]
Isi Utama
Huraian
M
B1. Urbanisasi Pesat / Tidak Terkawal
Kepesatan proses pembandaran / tidak terkawal menyebabkan wujudnya petempatan setinggan akibat kemasukan migrasi dari luar bandar ke bandar-bandar utama
2
B2. Krisis Perumahan
Pendapatan migran yang, kecil menyebabkan mereka tidak mampu menyewa /membeli rumah.
2
B3. Perancangan guna tanah tidak cekap
Kegagalan kerajaan / pemaju menyediakan rumah kos rendah. Kos tanah yang terlalu  di Bandar. Golongan berpendapatan rendah tidak mampu membeli rumah kerana harga yang tinggi
2
B4. Pertumbuhan Penduduk Bandar Pesat
Wujud banyak kawasan tanah rezab / tidak dibangunkan di kawasan bandar. Kurang kawalan ke atas tanah rezab memberi kesempatan kepada para setinggan mendirikan kediaman

2
B5. Kelahiran Tinggi

Akibat aliran migrasi dari luar bandar ke Bandar. Migrasi penduduk tidak diimbangi dengan jumlah perumahan. Migran muda yang perpendidi-kan rendah tidak mengamalkan perancangan keluarga. Bertambam saiz keluarga akan meningkat bebanan, untuk mengurang bebanan kawasan setinggan diteroka.       Pemarkahan : 5X 2M =  MAX  10 m

2
-
 (c) Jelaskan langkah-langkah yang dijalankan di negara tersebut bagi mengawal pembinaan petempatan setinggan di negara. [10]
Isi Utama
Huraian
M
C1. Mengekang Migrasi
Khususnya migrasi luar bandar ke Bandar dengan cara:-
          i.            Mengadakan Program Pembangunan Wilayah
        ii.            Penyelerakan Industri.
      iii.            Rancangan Pembangunan Desa
      iv.            Reformasi Tanah Pertanian

2
C2. Perbanyakkan Perumahan Kos Rendah
·      Pihak swasta digesa memperbanyakkan pembinaan perumahan kos rendah yang berharga kurang dari RM 25 000.
·      Kerajaan menubuhkan dana khas perumahan bagi memberi kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.

2
C3. Dasar Perbandaran
·      Proses pembandaran tidak hanya tertumpu di bandar-bandar utama sahaja, tetapi  menyeluruh dan bersepadu.
·      Bandar-bandar kecil turut di maju / bangunkan.

2
C4. Mengawal Kemasukan Pekerja Asing /
Pendatang      
Tan pa Izin
·      Pelbagai operasi bagi mengelak kebanjiran pendatang asing yang sering membina petempatan setinggan. Seperti Program Pemutihan, Ops Nyah, Program Penghantaran Pulang.
·      Meningkatkan rondaan di kawasan yang dianggap mudah telus,
·      Perlaksanaan hukuman yang lebih berat seperti hukuman sebat kepada tekong darat.

2
C5. Perancangan bandar yang sistematik
·      Penggunaan ruang tanah dan pengezonan bandar perlu dirancang dengan teliti. Ini adalah untuk mengelak wujud terlalu banyak  ruang kosong / rezab yang boleti dijadikan tapak setinggan oleh pendatang asing.
·      Wujudkan lebih banyak kawasan hijau
·      Robohkan rumah2 setinggan tanpa tekanan politik & karenah birokrasi.

2
Pemarkahan : 5X 2M = MAX 10 m

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...